 
 
Harakahdaily
PETALING JAYA, 3 Mei: Pelakon
 Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi disahkan meninggal dunia
 di rumahnya di Apartmen Salvia, Seksyen 11 Kota Damansara, jam 4.38 
petang ini.
Menurut jirannya, Razali, buat masa ini jenazah allahyarham masih berada di rumah dan belum diputuskan tempat untuk dikebumikan.
Ketika
 dihubungi sebentar tadi, beliau memberitahu keluarga terdekat 
allahyarham akan membuat keputusan itu apabila tiba di rumah nanti.
Jenazah dibawa ke Masjid Kota Damansara pada jam 6.30 petang ini untuk dimandikan.
(Gambar: Jenazah Bob Kuman dibawa masuk ke dalam van dibawa ke Masjid Kota Damansara untuk dimandi dan disolatkan.)
Jenazah
 akan disolatkan selepas Isyak dan kemudiannya akan dibawa untuk 
dikebumikan di kampung allahyarham di Rantau, Negeri Sembilan.
Pada
 17 April lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan 
rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas 
menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan. (Atas)
 
 
No comments:
Post a Comment