Salmah Mat Husain|Foto: Rizal Tahir
MACHANG: Di
saat pihak tertentu yang tidak sebulu dengan perjuangan Mursyidul Am,
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menuduh sebagai ‘bapa kafir’,
beliau terus menunaikan solat sunat rutin hariannya tidak kira di mana
sahaja berada.
Semalam
Tuan Guru menunaikan solat sunat syukur sebaik sahaja melihat pelajar
menunaikan solat sunat dhuha di bawah pokok tanpa sejadah dan hanya
berlantaikan tanah di hujung dewan Madu bersebelahan khemah
masing-masing.
Tuan
Guru tidak dapat membendung perasaan sedih gembiranya apabila melihat
pelajar sekolah aliran Yayasan Islam Kelantan (Yik) menunaikan solat
sunat dhuha.
Lebih
1,000 pelajar Yik menghadiri program Muqayyam Tarbawi di Kompleks
Tarbiah Islam Ulama (Madu), dekat sini pagi semalam, antara pengisiannya
menunaikan solat sunat dhuha.
Tuan
Guru yang kebetulan melalui laluan itu untuk merasmikan Muktamar Dewan
Ulamak PAS Kelantan di dewan besar Madu, tidak dapat menahan sebak
kerana syukur anak didik rakyat Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan
negeri begitu tekun menunaikan solat sunat itu.
Kerana sebak dan terharu yang amat sangat, menyebabkan bacaan solatnya sesekali teresak dan terganggu.
Tuan Guru mendedahkan perkara itu sewaktu berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan.
“Di
saat-saat anak muda merempit di jalan-jalan, di tengah anak-anak muda
lepak di pasaraya, di tengah anak-anak muda leka bersama teman
masing-masing di luar Kelantan, tetapi pelajar Yik, anak muda Kelantan
tekun menunaikan solat.
“Saya
tidak dapat menahan sebak, saya begitu terharu, ya Allah ini hasil yang
telah kami dapat hasil pentadbiran kami selama 22 tahun lalu,
subhanallah,” ujarnya sekali lagi lagi menahan sebak.
Hampir seluruh pelajar Yik mewakili program yang diadakan setiap tahun selama tiga hari itu.
Selain seminar, turut diadakan slot solat berjemaah, riadah, qiamullail dan lain-lain lagi.
No comments:
Post a Comment