 Nama
 Najib Razak, Perdana Menteri  Malaysia muncul dalam dokumen penyiasatan
 pembelian kapal selam di  Perancis.  Pendakwaraya mahkamah Perancis 
memperolehi satu dokumen dari  pejabat syarikat Thales, mendedahkan 
bahawa syarikat DCNI diminta untuk  membayar USD 1 billion kepada 
Perimekar Sdn Bhd, untuk bertemu dengan  Menteri Pertahanan Malaysia 
ketika itu, Najib Razak.

ketika itu, Najib Razak.Demikianlah pendedahan SUARAM dalam satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, pagi tadi. Bagaimanapun, SUARAM menjelaskan bahawa hanya dua daripada 153 dokumen didedahkan setakat ini. Mereka akan memdedahkan dokumen selanjutnya kemudian.
Satu dokumen yang ditanda sebagai "Document 87", mengandungi sehelai faks yang ditulis dalam bahasa Inggeris, oleh F.Dupont pada 1 Jun 2001, kepada D.Arnaud, dengan salinan kepada BAIOCCO (CEO Thales International Asia ketika itu) dan seorang yang bernama SAUVAGEOT, dengan tajuknya "Projek Kapal Selam /Malaysia".
Orang yang bernama Dupont ini dengan jelas mencatatkan dalam dokumen jadual perjalanan ke Malaysia dan tindakan masa depan, termasuk mengadakan siri rundingan dengan Kementerian Pertahanan Malaysia dan pengurus syarikat Perimekar Sdn Bhd, berkenaan dua kertas cadangan kontrak (DCNI-Perimekar, Perimekar-kerajaan Malaysia).
 Dokumen
  menyebut, seandainya DCNI mahu bertemu dengan Menteri Pertahanan  
Malaysia ketika itu, iaitu Najib Razak, pada 14 Julai 2001, maka ia  
perlu membayar USD 1 billion kepada Perimekar Sdn Bhd, untuk bertemu  
dengan Najib.

dengan Najib.Perimekar ditubuhkan pada tahun 2001, iaitu beberapa bulan sebelum kontrak pembelian kapal selam ditandatangani. Pemegang sahamnya adalah bekas think-tank Najib, iaitu Abdul Razak Baginda dan isterinya Mazlinda Makhzan.
Mahkamah penyiasatan Perancis kini mengkategorikan kes pembelian kapal selam ini sebagai kes jenayah.
 
No comments:
Post a Comment