TRANFORMASI : LU ORANG JANGAN KETAWA...NI MALAM JUMAAT ....!!!!
Thursday, March 21, 2013
PKR tanya Najib, penceroboh Lahad Datu ada IC biru?
Beliau menuntut penjelasan itu susulan dakwaan yang timbul semalam bahawa Agbimudin @ Azzimudie Kiram merupakan warga Malaysia dan pernah bertugas sebagai pembantu pengawai daerah di Kudat, Sabah.
"(Dakwaan) oleh jurucakap kumpulan (berkenaan)... bahawa Agbimudin pernah menjadi pegawai kerajaan di negeri Sabah terus menimbulkan persoalan mengenai latar belakang sebenar konflik pencerobohan di Lahad Datu," kata Rafizi.
"Apakah Agbimudin Kiram adalah rakyat Malaysia yang telah diberikan kad pengenalan biru?
"Berapa ramai dari kalangan penceroboh bersenjata yang mempunyai kad pengenalan biru?," soalnya yang turut bertanya sekiranya kad pengenalan berkenaan dikeluarkan melalui 'Projek IC'.
Rafizi merujuk kepada satu tulisan yang disiarkan portal berita Filipina, InterAksyson yang memetik kenyataan seorang jurucakap kesultanan Sulu, bahawa Azzimudie pernah berkhidmat sebagai pegawai daerah di Kudat.
Abraham Idjirani mendakwa walau Azzimudie pernah berkhidmat di Kudat, beliau masih merupakan warga Filipina dan tidak pernah diberikan taraf kerakyatan Malaysia.
"Mereka (Azzimudie) kata, 'beri kami kad pengenalan', namun pihak berkuasa Sabah beritahu mereka, 'walaupun kami tidak berikan, anda tetap miliki Sabah," kata Idjirani seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Rafizi ketika dihubungi hari ini bagaimanapun tidak berganjak daripada dakwaannya, bahawa Azzimudie pernah memegang taraf kerakyatan Malaysia, dan mendakwa ia berdasarkan maklumat yang diperolehi parti itu dari penduduk tempatan dan penduduk kampung Sabah yang mengetahui mengenai tempoh perkhdmatan Azzimudie sebagai pembantu pegawai daerah.
"Berdasarkan maklumat inilah kami kemudiannya menjalankan semakan dalam perkhidmatan awam Sabah dan menemui namanya disenaraikan di situ.
"Ramai di kalangan rakyat Filipina yang datang ke sini pada waktu itu memegang dua kerakyatan. Bila mereka di sini, mereka rakyat Malaysia, bila mereka berada di Filipina, mereka rakyat Filipina," katanya kepada Malaysiakini.
Rafizi membuat dakwaan mengenai tempoh perkhidmatan Azzimudie dalam perhidmatan awam Malaysia ketika bercakap dalam satu sidang media semalam, di mana beliau turut menunjukkan dokumen berhubung dakwaan mengenai seorang lelaki bernama Datu Agbimudin Kiram.
Blogger seks Umno bersalah kes rasuah?
KUALA LUMPUR:
Beberapa blog hari ini menyiarkan satu maklumat berkaitan Wan Muhammad
Azri Wan Deris yang dikaitkan sebagai pengendali blog Papa Gomo yang
disaman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Maklumat tersebut merupakan carian dari pengkalan data rekod pesalah rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) di sini.
Data tersebut antara lain memuatkan maklumat bahawa Muhammad Azri yang ketika itu berkhidmat sebagai anggota polis trafik berpangkat koperal, pernah dituduh dengan dua pertuduhan di mahkamah atas kesalahan melakukan rasuah pada 2004 lalu.
Dalam pertuduhan pertama, Muhammad Azri dituduh meminta suapan wang tunai RM1000 daripada seorang lelaki pada 29 Nov 2004 sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah.
Pertuduhan kedua pula, beliau dituduh bersetuju menerima rasuah wang tunai RM400 daripada lelaki sama untuk tujuan sama pada 30 Nov.
Berikut adalah maklumat penuh:
Pangkalan Data Pesalah Rasuah
No Pengenalan Diri : RF 142863
Nama : Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
No Kes : B-06B-68-2011
Mahkamah :
Hakim : Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
Pendakwaan : TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
PeguamBela : Samsul Sulaiman
Kesalahan : Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Negeri : Selangor
Kategori : Penjawat Awam
Majikan : Polis Di Raja Malaysia
Jawatan : Koperal
Tarikh sabitan : 06/09/2012
Pertuduhan :
Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.
Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. "
Hukuman :
"Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak"
Maklumat tersebut merupakan carian dari pengkalan data rekod pesalah rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) di sini.
Data tersebut antara lain memuatkan maklumat bahawa Muhammad Azri yang ketika itu berkhidmat sebagai anggota polis trafik berpangkat koperal, pernah dituduh dengan dua pertuduhan di mahkamah atas kesalahan melakukan rasuah pada 2004 lalu.
Dalam pertuduhan pertama, Muhammad Azri dituduh meminta suapan wang tunai RM1000 daripada seorang lelaki pada 29 Nov 2004 sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah.
Pertuduhan kedua pula, beliau dituduh bersetuju menerima rasuah wang tunai RM400 daripada lelaki sama untuk tujuan sama pada 30 Nov.
Berikut adalah maklumat penuh:
Pangkalan Data Pesalah Rasuah
No Pengenalan Diri : RF 142863
Nama : Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
No Kes : B-06B-68-2011
Mahkamah :
Hakim : Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
Pendakwaan : TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
PeguamBela : Samsul Sulaiman
Kesalahan : Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Negeri : Selangor
Kategori : Penjawat Awam
Majikan : Polis Di Raja Malaysia
Jawatan : Koperal
Tarikh sabitan : 06/09/2012
Pertuduhan :
Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.
Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. "
Hukuman :
"Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak"
Politik baru selepas PRU13
Saya teringatkan keadaan Saidina ‘Ali bin Abi Talibr.a yang menjadi khalifah selepas krisis yang paling besar dalam sejarah umat Islam iaitu peristiwa pembunuhan Khalifah Ketiga, Saidina ‘Uthman bin ‘Affan.
Umat Islam terpinga-pinga dengan keadaan politik baru ketika itu. Suatu pengalaman yang cukup baru, khalifah dibunuh dan pemberontak menguasai negara.
Dalam celahan itu, dengan desakan pemberontak dan umat Islam juga sebahagiannya bersetuju maka terlantiknya ‘Ali bin Abi Talib memegang jawatan khalifah.
Gawat
Suasana prasangka memenuhi dunia Islam ketika itu. Ini persis seperti kata Kata Abu al-Hassan ‘Ali al-Nadwi: “Pelantikan Saidina ‘Ali sebagai khalifah dibuat dalam keadaan yang paling gawat dan penuh dengan ujian getir dalam sejarah.
Ini kerana apabila ‘Ali dilantik sebagai pimpinan kerajaan dan masyarakat atau dibai’ah sebagai khalifah dalam keadaan peristiwa syahidnya Khalifah al-Muslimin ‘Uthman ibn ‘Affan r.a baharu sahaja berlaku dengan cara yang paling keji, kejam dan ganas.
Pada zaman itu terkumpul faktor-faktor negatif seperti ketidakpuasan hati, sentuhan perasaan dan jiwa.
Banyak pula khabar angin, persoalan dan salah faham yang timbul.
Perasaan ingin tahu dan meminta penjelasan semakin melonjak-lonjak.
Berita syahidnya ‘Uthman menjadi tajuk perbualan di mana-mana.
Suara orang ramai kedengaran di sana-sini meminta pelaksanaan hukuman bunuh balas terhadap pembunuh ‘Uthman.
Begitulah keadaan masyarakat manusia pada setiap masa dan zaman apabila berlakunya kejadian yang asing bagi mereka.
Maka hilanglah ketenteraman dan ketenangan”. (Al-Nadwi, Al-Murtadha, ms 141. Dar al-Qalam: Damsyik)
Ali menerima jawatan tersebut dalam keadaan yang demikian.
Hasilnya, berlakulah pergolakan politik yang dahsyat.
Perpecahan rakyat, kemunculan pelbagai aliran mazhab, pertumpahan darah dan seumpamanya.
Saya tertarik dengan jawapan Abdullah bin ‘Abbas apabila ‘Ali bertanya pandangannya tentang keadaan polisi-polisi yang ‘Ali ambil pada masa tersebut.
Antaranya, Abdullah bin ‘Abbas berpendapat sepatutnya semasa pembunuhan ‘Uthman, ‘Ali keluar ke Makkah dan tinggal di sana.
Apabila orang ramai tidak dapat mencari pengganti khalifah mereka akan mencari ‘Ali dan menjemputnya ke Madinah lalu melantiknya sebagai khalifah.
Ini tentu tidak akan menimbulkan sebarang sangkaan buruk Bani Umayyah.
Namun apa yang berlaku sekarang ialah ‘Ali menggantikan jawatan khalifah yang dibunuh ketika beliau sendiri berada di Madinah.
Sudah tentu ada pihak yang menganggap ‘Ali perlu dipertanggungjawabkan (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 4/438-439. Rawa‘i al-Turath al-Islami: Beirut).
Tempoh perubahan
Pandangan Ibn ‘Abbas itu ada benarnya.
Ketika negara dalam krisis kepimpinan, pemimpin yang selamat ialah pemimpin yang berkemampuan yang digesa oleh rakyat untuk memimpin mereka.
Ini lebih baik dari pemimpin yang mengambil kedudukan dalam keadaan rakyat masih terpinga-pinga.
Ya, walaupun pemimpin penyelamat semasa gawat juga diperlukan, namun sangat terdedah kepada pelbagai fitnah dan ketidakpuasan hati rakyat.
Hal yang sama kita lihat berlaku kepada Presiden Morsi di Mesir sekarang.
Oleh kerana banyak dan tingginya “expectation” rakyat, di samping kekangan pelaksanaan yang ada disebabkan saki baki regim yang lepas dan pengalaman yang belum cukup baik, maka ia merupakan saat yang paling mencabar dan mudah disalah fahami.
Morsi akhirnya dilihat terpaksa bertindak dengan gaya yang sedikit sebanyak ada persamaan dengan regim Mubarak yang lepas.
Di samping al-Ikhwan al-Muslimin yang berpecah dan mempunyai beberapa pendekatan yang kontraversi dalam politik perubahan.
Keadaan ini kadang-kala menunjukkan ada baiknya tokoh-tokoh gerakan Islam dan ilmuwan dalam masa transisi (transitional period) politik berjalan hendaklah bersabar dengan memberi laluan kepada pihak lain terlebih dahulu.
Apa yang penting hendaklah dipastikan pihak lain tersebut mendokong hasrat perubahan kepada yang lebih baik.
Selepas tempoh yang rumit dan mood rakyat hendakkan perubahan yang seterusnya, maka di situ mungkin peranan tokoh-tokoh yang berwibawa akan lebih berkesan.
Mungkin laluan terpaksa diberikan kepada orang yang kurang kualiti tetapi mampu menjayakan perubahan yang seterusnya.
Nabi menyatakan kadang-kala orang yang jahat secara tidak langsung dapat membantu agama.
Sabda Nabi s.a.w: “Tidak akan masuk syurga melainkan orang yang beriman, dan sesungguhnya Allah (kadang-kala) menolong agama ini dengan lelaki jahat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Cabaran
Keadaan dalam transaction period mungkin banyak perkara tidak dapat dilaksanakan.
Suasana yang tidak kondusif akan menggagalkan banyak idea-idea yang baik.
Hal ini dirasai oleh Khalifah ‘Ali bin Abi Talib apabila dia dipersoalkan tentang kegagalan melaksanakan undang-undang ke atas pembunuh khalifah ‘Uthman bin ‘Affan.
Para sahabat Nabi s.a.w termasuk Talhah dan al-Zubayr telah menemui ‘Ali meminta kepadanya: “Wahai ‘Ali! Kami mengisyaratkan agar engkau menegakkan hukum bunuh balas. Mereka adalah kaum yang terlibat dalam konspirasi pembunuhan ‘Uthman dan menghalalkannya.” Jawab ‘Ali: “Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bukannya jahil tentang apa yang kamu semua tahu.
Namun apa yang boleh aku lakukan terhadap suatu kaum yang menguasai kita dan kita tidak mampu menguasai mereka.
Hamba kamu dan golongan badawi yang ada telah menyertai mereka.
Hamba kamu dan golongan badawi yang ada telah menyertai mereka.
Mereka berada di tengah-tengah kamu dan bertindak apa sahaja yang mereka suka.
Apakah kamu melihat adanya kemampuan terhadap apa yang kamu mahu?” (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 4/ 437). Akhirnya, Ali yang diheret ke dalam kancah perbalahan sesama sahabah Nabi s.a.w yang padahal kesemua mereka mempunyai hasrat baik yang sama.
Proses perubahan yang paling mencabar ialah setelah sesuatu regim ataupun kuasa yang dinyahkan rakyat itu tumbang. Seringkali mengisi kemenangan jauh lebih sukar dan mencabar dibandingkan merebahkan sesuatu kuasa.
Saki-baki kesan kuasa yang lepas, mentaliti rakyat, mentaliti dan sikap pendokong perubahan itu sendiri setelah mencapai kemenangan, kemampuan idealisme dan kewibawaan kepimpinan menjadi cabaran bagi sesebuah kerajaan baru.
Congakan politik hendaklah kemas kepada sesiapa yang membuat keputusan yang menjadi pemimpin utama sebaik sahaja mana-mana regim ataupun kuasa ditukar.
Al-Rabi’ al-‘Arabi (Arab Spring) memberi banyak pengajaran kepada pejuang perubahan.
Pasca PRU-13
Kita inginkan landskap baru politik bagi negara ini setelah nanti berlangsungnya ibu segala pilihanraya bagi negara ini iaitu PRU-13.
Kita ingin melihat tamatnya krisis politik warisan kepada kemunculan urus tadbir yang sangat baik sebuah kerajaan (good governance).
Bermula dari kita tidak ingin lagi mendengar kisah pertarungan politik Mahathir-Anwar yang tidak habis-habis dan memakan korban pelbagai pihak, kepada tamatnya monopoli kerajaan terhadap harga diri rakyat, kronisme, rasuah, penyalah gunaan kuasa seperti di Sarawak dan seumpamanya.
Kita tidak ingin lagi memilih pemimpin yang kurang buruk secara perbandingan, tetapi ingin memilih pemimpin yang terbaik antara yang terbaik.
Era dan warisan krisis politik Mahathir-Anwar mestilah diakhirkan kepada nafas politik baru yang lebih segar.
Kita mesti pencenkan dinasour-dinasour politik yang sedia ada samada di pihak BN ataupun PR.
Di samping semua mereka ada sumbangan tersendiri dan kita menghargainya, tetapi mereka telah membawa dendam warisan, politik era lama yang tidak sesuai lagi bagi generasi yang mahu ke hadapan.
Kita mahu politik yang lebih segar bukan politik selak kain, tetapi politik telus dan idea yang bernas.
Ini harapan kita. Masih banyak kerja yang perlu dibuat selepas PRU-13. Masih banyak ruang untuk diisi dan perjuangan yang mesti dilangsungkan. Kita ingin melihat Malaysia baru yang segar dan bebas dari mimpi-mimpi buruk semalam.
Namun kita sedar semua itu tidak boleh berlaku melainkan PRU13 mesti mencetus satu perubahan yang besar yang memberi ruang dan peluang untuk perubahan seterusnya dapat dilakukan.
Sunday, March 17, 2013
Tujuh Projek dan Tujuh Dosa Besar dan Hujan Ribut
Dosa-dosa besar itu ialah;
1. Membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam,
2. Gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan,
3. Membenarkan pemimpin DAP secara rakuas membotakkan kawasan tanah di Lojing,
4. Mempermainkan matlamat perjuangan Islam PAS.
5. Dakwaan Tian Chua yang mempertikaikan isu Lahad Datu dan,
6. Mengadakan tahalusiasy dengan PKR dan DAP .
Tidak jelas apakah satu lagi dosa besar yang ketujuh?
Bila Najib mengketogorikan perkara-perkara itu sebagai dosa besar, menggunakan konotasi agama ia nampak besar dan seolah-olah PAS berada dalam keadaan kufur, munafik sehinggakan boleh terjerumus ke neraka. Aduh sayang...cik Minah bulu ketiak panjang enaknya.
Najib membilang dosa-dosa besar itu ketika berceramah dalam majlis Bewah Anak Kelantan Bersama PM di Tanah Merah Kelantan, Jumaat lalu. Moleklah kalau Najib sudah mengambil pendekatan agama di dalam ceramahnya. Mungkin itu satu ciri transformasi yang dilakukan Najib.
Mungkin bagi orang agama dan arif dengan Islam akan tersenyum dan tidak merasai apa-apa dengan peghuraian Najib berkenaan. Ia tidak memberi bekas kepaa PAS kerana ia tidak lebih dari dakyah politik semata-mata. Dosa-dosa besar disenaraikan Najib tidak termasuk dalam dosa-dosa menyebabkan seseorang itu kufur imanya.
Sebaliknya apa disebutkan Najib itu terbalik dan terkena ke atas batang hidng Umno sendiri khasnya diri beliau sebagai perdana menteri. Kesemua enam perkara yang disenariakan tidak terlaksana dan dilakukan oleh Najib sendiri.
Mengenai kalimah Allah, jelas Najib jahil dalam memahami atau menganali syariat Islam sebenarnya. Apabila Najib mempertahankan kalimah - sebutan-sebutan Allah atau nama-nama sifatnya, ertinya dia hanya mempertahankan kulit semata-mata. Kalau ibarat memakan durian, Najib tidak mementingkan isi atau buahnya wangi dan hamis, tetapi mempersoalkan soal duri. Najib tidak 'rangah' isu tetapi mentenkedarah kulit atau duri.
penasihatnya.
Dari segi hakikat kalimah tidak penting; siapa nak sebut dan guna, gunalah kerana ia hanya sebutan bukan hakikat dan hakikinya. Yang penting ialah isi ajaran-ajaran Islam dan suruhan Tuhan itu. Apakah Najib sudah patuh sewajarnya? Apakah UBN telah melaksanakan Islam seperti mana dituntut? Jawabnya tidak, Nanjib mementingkan soal luran dari soal dalaman.
Dalam konteks ini beliau perlu membandingkan apa dilaksanakan kerajaan Kelantan dengan apa dilaksanakan kerajaan Persekutuan. Ambil perkara paling rengkas ialah mengenai usaha mengelakkan riba. Kerajaan Kelantan telah lama menyimpab wang negeri dalam bank Islam.
Semua akauan kerajaan negeri Kelantan di buka dengan bank yang mempraktikan sistem perbankan Islam. Begitu juga dengan sistem pajak gadai, Kelantan sudah memperkenalkan pajak gadar Islam. Bagaimana dengan kerajaan Pusat yang sepatutnya menjadi pelopor perkara ini sampai kini masih tidak mempraktikan sistem Islam.
Najib kata kerajaan PAS Kelantan gagal menunaikan janji kepada rakyat. Sebelum Najib menuduh PAS gagal beliau harus melihat ke dalam dirinya terlebih dahulu. Najib awal-awal tidak menunaikan janji dan amanah berhubung royalti petrolium. Peruntukan 5% royalti untuk Kelantan seperti mana dimaktubkan dalam perjanjian di antara kerajaan Kelantan dengan Pertonas tidak dilaksanakan.
Malang lagi kerajaan Najib mencari seribu helah untuk tidak menunaikan tanggungjawab dan janji itu. Wang royalti dinamanakan atas nama wang ehsan. Pemberian wang ehsan itu mengesahkan bahawa wujud royalti 5% yang cuba dinafikan itu.
Najib juga terikut dakwaan sebuah NGO bebal di Kelantan mengatakan kerajaan Kelantan bagi tanah kepada DAP. Ini pembohongan paling besar dan paling kohong. Apa yang berlaku pemimpin DAP membeli sebuah syarikat yang ada diberikan pajakan tanah kepada mereka. Perkara ini ditafsirkan oleh pemimpin Umno Kelantan kononnya kerajaan berikan tanah kepada DAP.
Pentafsiran ini sangat bahalul sekali. Najib juga jadi bahalul dan tolol sama apabila mengulang apa yang didakwakan itu sedangkan asasnya tidak ada.
Seperkara dosa lagi PAS mempermainkan matlamat PAS. Matlamat apa Jib? Apakah kerana PAS lebih dekat dengan DAP dan menolak Umno itu dimaksudkan mengkhianati perjuangan dan matlamat perjuangan? Sebelum menuduh Najib harus meneliti dan menilik kepada diri sendiri. Najib harus membandingkan mana lebih ikhlas kepada PAS akan partinya Umno DAP. Najib jangan kira soal DAP itu kafir atau apa tetapi soal ikhlas dan integriti. Kalau kafir lebih berintegriti berbanding dengan Umno maka wajar kalau PAS mempercayai DAP. Soal politik ini bijaksana.
Mengenai kenyataan Tian Chua berhubung pencerobohan di Lahad Datu juga Najib mengambil sebagai dosa besar PAS. Najib kecewa dan marah dengan cara PAS menangani masalah yang dicetuskan oleh Tian Chua. Umno patut tahu PAS adalah sebuah partii politik yang ada pendekatan dan kaedahnya sendiri.
PAS tidak akan mudah tercokik dengan geletakan dan juga provokasi Umno. Dalam isu Tian Chua PAS menilai mengenaik kebenaran di sebalik dakwaan ke atas Tian Chua itu.
Jadi dosa-dosa besar yang disenaraikan Najib sebenarnya dosa besar parti itu. Mungkin disebabkan pembohongan dan niat jahat itu maka sebaik Najib senaraikan tujuh dosa besar sebagai sambung tujuh projek raksasa di Kelantan maka hujan ribut turun denbgan tiba-tiba dan melanda majlis 'berbohong Najib dengan rakyat" di Tanah Merah kelmarin dulu itu.
MSO
Skandal Projek IC dan sandiwara Lahad Datu
Betapa kalau kita lihat, insiden Lahad Datu ini berlaku ketika siasatan
skendal ‘projek IC segera’ di Sabah oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja
sedang rancak berjalan.
Beberapa pendedadahan mengenai penglibatan pemimpin Umno/BN seperti Mahathir, Megat Junid dan Aziz Shamsudin semakin terserlah.
Walaupun Mahathir cuba menafikannya dengan berkata bahawa pemberian IC tersebut adalah kepada mereka yang layak
dan mengikut tatacara perlembagaan negara, namun kenyataan Mahathir itu tidak menyakinkan rakyat dan nampak hambar.
Mudahnya Mahathir nak melepaskan tengkukya satelah ratusan ribu Filipina telah menjadi warga negara segera Sabah!
Apakah tragedi Lahad Datu ini satu cubaan untuk menyekat proses pendedahan skendal projek IC seterusnya?
Bukankah ini jelas sebagai cubaan untuk menutup pemberian taraf
kewarganegaraan kpd rakyat Filipina? Bukankah ini demi kepentingan
survival politik Umno/BN?
Di awal pencerobohan di Lahad Datu itu, Menteri UMNO di Kementerian
Dalam Negeri Dato Hisyamudin melalui kenyataan akhbarnya berkata
kumpulan lelaki ceroboh Lahad Datu itu bukan militan atau pengganas.
Malah beliau menyeru rakyat agar tidak mempercayai atau melayan khabar
angin tersebut.
Ternyata apa yang Menteri Auw-auw itu katakan bahawa ‘kumpulan lelaki
ceroboh Lahad Datu itu bukan militan atau pengganas’ adalah benar ~
bukan sandiwara sebagaimana anggapan sesetengah pihak!
Bahawa kebanyakan lelaki kumpulan bersenjata itu adalah dari kalangan
orang umno sendiri. Makanya UMNO ada kepentingan untuk mengekalkan
sokongan bangsa Filipina yang jadi warga negara segera Malaysia di
Sabah.
Selama ini, Lahad Datu adalah Lubuk Pengundi Hantu yang membantu Umno untuk terus berkuasa di Sabah.
Termasuklah Kiram sendiri yang khabarnya pernah menjadi Timbalan pegawai daerah Kudat dan menjadi Ahli UMNO Sabah.
Malah ada yang mengatakan bahawa Kiram menyandang jawatan Pengerusi PEKIDA Sabah.
Amat mustahil sekali sekiranya puak-puak Umno di Lahad Datu ini akan
menuruti telunjuk Anwar Ibrahim, yang Zahid Hamidi cuba kaitkan kononnya
Anwar Ibrahim adalah dalang disebalik insiden Lahad Datu itu.
Apabila 2 komando kita terbunuh, barulah Menteri Auw-auw kita tu
menggelabah! Sebelum ni dia memperlekehkan mengatakan ‘penceroboh orang
yang tak cukup makan, tua2, pakai kain sarong dan pakai slipper… ‘ ambik
kau!
Dan kemudian, Lahad Datu bertukar menjadi tragedi berdarah melibatkan 8
perwira terbunuh, namun Menteri Auw-auw ini tidak pernah cuba
memperbetulkan kenyataannya itu dan meminta maaf.
Dan tidak pasal-pasal, Tian Chua dihadapkan dengan tuduhan dibawah seksyen 4 (1)(b)akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan beliau yang mengaitkan Umno dengan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu.
Pada 1 Mac lalu, Tian Chua menyatakan pencerobohan Lahad Datu adalah
cubaan kerajaan Umno mengalih perhatian daripada “Projek IC” di Sabah.
Jangan biarkan misteri Lahad Datu menyelubungi kehidupan anda
Terlalu misteri insiden Lahad Datu ni! Kenapa begini rupa jadinya?
Kenapa perkara ini menakutkan sangat hingga PM Najib Tun Razak terus
enggan membincangkannya bersama Pakatan Rakyat di Parlimen?
Ini adalah masalah negara, bukan masalah Umno/BN sahaja.
Tetapi begitulah perangai Najib, konon dia seorang sahaja yang mahu jadi hero dalam isu Lahad Datu ini.
Umno/BN menggunakan media dan kuasa yang ada padanya untuk menagih simpati rakyat.
Ini adalah masalah negara, bukan masalah Umno/BN sahaja.
Tetapi begitulah perangai Najib, konon dia seorang sahaja yang mahu jadi hero dalam isu Lahad Datu ini.
Umno/BN menggunakan media dan kuasa yang ada padanya untuk menagih simpati rakyat.
Persoalan kini berkisar tentang siapakah dalang sebenarnya yang berada dibelakang tragedi tersebut?
Mula-mula pencacai Umno/BN tuduh bahawa kumpulan bersenjata Sulu itu mendapat dana USD2 juta daripada SUARAM.
Tuduhan tersebut bersumberkan dari kenyataan Presiden Jaringan Cina
Malaysia Ng Lam Yong kononnya telah menerima email dari rakannya yang
berada di Manila.
Isi kandungan email itu memberi tahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu
dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia dan telah menyalurkan USD 2 juta
untuk tujuan pencerobohan itu, katanya.
Kemudian, tuduhan terbaru datangnya dari Menteri Pertahanan Malaysia,
Zahid Hamidi dengan bersumberkan Setiausaha Pertahanan Filipina,
Voltaire T. Gazmin yang mengunjungi beliau di Putrajaya pada 15 Mac
lalu.
Akhbar Utusan Meloya dengan tajuk ganaznya ~ Kerajaan Filipina temui bukti ...Ha! ha! ha! nak katakan lawak atau sandiwara, aku sendiri pun tak tahu nak kata apa!Kata sandiwara, nanti jadi macam Tian Chua pula, nanya aku!
Akhbar Utusan Meloya dengan tajuk ganaznya ~ Kerajaan Filipina temui bukti ...Ha! ha! ha! nak katakan lawak atau sandiwara, aku sendiri pun tak tahu nak kata apa!Kata sandiwara, nanti jadi macam Tian Chua pula, nanya aku!
Tetapi yang lucunya bila Zahid berkata, “Beliau (Gazmin) menyatakan
Filipina akan menggunakan segala jaringan maklumat termasuk perisikan
untuk mengetahui siapakah dalang di belakang pencerobohan ini. Mereka
juga sedang mengumpul bukti-bukti,” ~ maknanya, belum lagi temui
buktilah tu kan?
Tanpa ada segan silu, walaupun katannya ‘sedang mengumpul bukti’, Zahid
seterus berkata, “Kita diberitahu bahawa ada tokoh pembangkang di negara
itu yang membiayai kos perjalanan itu. Ini dipercayai mempunyai kaitan
dengan usaha pembangkang yang sedang bergerak cergas dengan menjadikan
isu pencerobohan di Lahad Datu sebagai modal politik menjatuhkan
kerajaan,” katanya
di sini
PANAS!! Kerajaan Filipina temui bukti Tokoh Pembangkang terlibat ceroboh Lahad Datu..
Macai-macai
UMNO terutama sekali NGO-NGOk yang telah mengadakan demo di hadapan
Masjid Negara jumaat lalu tentu melompat-lompat kegembiraan bila membaca
tajuk yang disiarkan oleh Lidah Rasmi UMNO di atas..
Antara
NGO terbabit dalam demonstrasi itu ialah Pertubuhan Peribumi Perkasa
(Perkasa), Jalur Tiga (Jati), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim
(Tibai) serta Jaringan Melayu Malaysia (JMM).
NGOk
terbabit juga dilaporkan akan mengadakan siri jelajah ‘Anwar Dalang
Lahad Datu’ bermatlamat meyakinkan orang awam supaya menolak Pakatan
Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) 13 kerana menjadi punca
pencerobohan ‘Sultan Sulu’ di Lahad Datu.
Laporan penuh dan gambar-gambar semasa demo tersebut sila lihat di (SINI)
Lidah
rasmi UMNO semalam telah melaporkan.. Kerajaan Filipina menemui beberapa
bukti mengenai penglibatan tokoh pembangkang yang dipercayai membiayai
keluarga Jamalul Kiram III..
Malangnya
ia bukannya tokoh pembangkang dari negara ini... tapi tokoh pembangkang
dari negara itu.. kah.. kah.. kah.. kecewa lagi macai UMNO..
Tengok kat bawah ni..
Maka
dengan laporan Lidah Rasmi UMNO itu maka terputuslah punca rezeki
NGO-NGOk di atas untuk menjaja fitnah ke seluruh Malaysia bagi mengaikan
Anwar sebagai dalang insiden Lahad Datu...
Tapi.. mungkin mereka akan meneruskan juga jelajah mereka itu kerana macai-macai UMNO ini kebanyakkannya bodoh dan mudah untuk
diperbodohkan...
Wednesday, March 13, 2013
RTM tak hormat MB Kelantan?
Seperti biasa, saya menonton berita yang disiarkan oleh RTM melalui TV1 pada pukul 1.00 tengah hari dan 5.00 petang hari ini untuk mengikuti perkembangan terkini pencerobohan pengganas "Kiram" di Sabah. Saya keberatan menggunakan perkataan "Sulu" kerana bukan semua orang Sulu menyokong tindakan bodoh pengikut "Kiram" yang mendakwa sebagai "sultan" Sulu.
Saya
berbuat demikian sekadar ingin tahu bentuk laporan stesen tv milik
kerajaan kerana berita terkini lebih cepat diperolehi melalui sumber
Internet.
Antara berita
yang menarik perhatian saya ialah ketibaan jenazah dua orang wira
negara dari Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang gugur di Lahad
Datu, seorang dalam pertempuran dengan musuh manakala seorang lagi
akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan membawa bekalan
makanan kepada pasukan keselamatan.
Beribu-ribu
orang dilaporkan membanjiri Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kota
Bharu untuk turut sama menerima atau menyambut ketibaan jenazah
allahyarham Kpl. Ahmad Hurairah Ismail dan allahyarham Kpl. Ahmad
Farhan Roslan, dua orang anak Kelantan yang mati syahid.
Dalam
laporannya, RTM menyebut antara pembesar yang berada di lapangan
terbang ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk
Mustapha Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek,
kedua-dua dari Kelantan.
Apa
yang memeranjatkan saya ialah RTM tidak sebut langsung akan kehadiran
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedangkan
dia adalah ketua Kerajaan Negeri dan yang terkorban adalah dua orang
rakyat Kelantan.
Apakah
RTM tidak mengiktiraf atau tidak menghormati Datuk Nik Abdul Aziz
sebagai Ketua Kerajaan Kelantan dan sebab itulah kehadirannya tidak
disebut?
Ada
orang yang mungkin akan berkata ini satu perkara remeh tetapi ia tidak
seharusnya berlaku dan dilakukan oleh media rasmi kerajaan yang
menyebut kehadiran seorang menteri dan timbalan menteri Kerajaan
Persekutuan tetapi tidak Menteri Besar sedangkan dari segi protokol,
Menteri Besar mendahului menteri persekutuan. Jika nak sebut kehadiran
orang kenamaan, kenalah ikut protokol.
Mungkin
pemberita dan editor berkenaan tidak tahu kedudukan protokol tetapi ia
bukan satu alasan untuk tidak menyebut kehadiran seorang ketua
kerajaan negeri pada satu majlis yang membabitkan rakyat negeri
berkenaan dan yang berlaku dalam negeri berkenaan.
Sama
ada kita suka atau tidak akan Datuk Nik Abdul Aziz kita kena hormat
jawatannya selaku Menteri Besar, iaitu selaku ketua Kerajaan Negeri
Kelantan yang dipilih rakyat sama juga jika kita suka atau tidak akan
Datuk Seri Najib Tun Razak, kita kena hormat jawatannya sebagai Perdana
Menteri atau ketua Kerajaan Persekutuan Malaysia.
Pegamal
media seharusnya tahu yang ketua kerajaan negeri mendahului semua
Menteri Kabinet kecuali Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri
dari segi protokol. Sebab itulah Menteri Besar atau Ketua Menteri
diberi gelaran rasmi Yang Amat Berhormat sedangkan Menteri hanya Yang
Berhormat. Gelaran itu sudah cukup untuk menunjukkan siapa yang mesti
didahulukan - YAB atau YB.
Kerajaan
meminta isu pencerobohan di Lahad Datu tidak dipolitikkan, tetapi
media rasmi kerajaan sendiri yang nampaknya bermain politik.
'KSN mesti perjelas kesahan kerajaan sekarang'
Sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak inginkan seluruh
rakyat menghormati dan mempertahankan kedaulatan dan perlembagaan
negara, maka beliau sepatutnya menunjukkan teladan yang baik, serta
membuktikan kepada rakyat bahawa beliau sendiri sanggup mematuhi setiap
perkataan dalam perlembagaan itu.
Tetapi jika beliau dengan secara sedar melakukan sebaliknya, maka beliau tidak boleh menghalang jika terdapat sesetengah rakyat yang mengecam beliau sebagai seorang yang angkuh dan penuh dengan hipokrasi.
Kini semakin ramai rakyat yang mempersoalkan berkenaan kesahan kerajaan yang memerintah sekarang, setelah mandat lima tahun tamat pada 8 Mac 2013, jika diambil kira daripada pilihan raya umum ke-12 yang diadakan pada 8 Mac 2008. Rakyat tidak boleh dipersalahkan kerana inilah julung-julung kalinya kita berhadapan dengan situasi sebegini.
Bukan setiap rakyat faham akan selok belok perlembagaan tetapi kebanyakan mereka faham yang pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh lima tahun.
Sepatutnya ketua setiausaha negara telah mengambil inisiatif menjelaskan status kerajaan sekarang ini dalam bahasa yang mudah difahami oleh segenap lapisan rakyat bagi mengelakkan penyebaran sebarang salah sangka atau spekulasi nakal, yang boleh menggugat keharmonian dan ketenteraman awam serta menimbulkan kecurigaan terhadap kerajaan.
Status Najib sebagai PM
Apa pun keadaannya, persoalan berkaitan kesahan upacara mengangkat sumpah Najib sebagai perdana menteri keenam pada 3 April 2009 masih belum ada ketetapannya lagi.
Pelantikan Najib sebagai perdana menteri keenam oleh Yang Di-Pertuan Agong itu dibuat mengikut perlembagaan dan tidak dipersoalkan.
Perlembagaan juga telah menetapkan bahawa sebelum perdana menteri layak untuk menjalankan segala fungsi jawatan itu, beliau diwajibkan untuk mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia dan Sumpah Simpan Rahsia, sepertimana yang ditetapkan dalam Jadual Keenam Perlembagaan, di hadapan Yang Di-Pertuan Agong.
Isunya di sini, Najib telah mengangkat Sumpah Jawatan, Taat Setia dan Sumpah Simpan Rahsia menggunakan bentuk sumpah yang lain daripada yang ditetapkan dalam Jadual Keenam Perlembagaan. Di sinilah timbul persoalan sama ada Najib layak menjalankan fungsi jawatan Perdana Menteri memandangkan sumpah beliau tidak mengikut Perlembagaan.
Jika dalam lain perkara Najib bertegas untuk mengikut perlembagaan, mengapakah pula dalam perkara penting, iaitu mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia, beliau enggan mengikut bentuk sumpah yang telah ditetapkan semenjak wujudnya Perlembagaan itu? Jika semua menteri dan timbalan menteri boleh melakukannya, mengapa tidak beliau?
Secara peribadi saya menyatakan bahawa sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia yang diikrarkan oleh Najib pada April 2009 tidak memenuhi ketetapan perlembagaan. Oleh demikian beliau tidak layak atau berkuasa menjalankan apa-apa fungsi jawatan perdana menteri atau melaksanakan kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan undang-undang lain kepada seorang perdana menteri. Terdapat ramai orang yang sependapat dengan saya.
Sumpah jawatan Baginda
Sumpah jawatan Yang Di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong adalah ditetapkan sepertimana bentuknya yang terdapat dalam Jadual Keempat Perlembagaan. Malahan kedua-dua Baginda, diwajibkan memberi nama penuh Baginda-Baginda ketika melafazkan sumpah jawatan tersebut.
Sekiranya Yang Di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong berkenan untuk akur kepada peruntukan yang ditetapkan dalam Perlembagaan, maka apatah lagi seorang Perdana Menteri? Melainkan PM Najib ingin mengistiharkan diri beliau dikecualikan daripada semua peruntukan dalam Perlembagaan atau beliau berada di atas Yang Di-Pertuan Agong.
Jika di Sabah, kerajaan menghadapi masalah memberikan nama atau gelaran kepada segerombolan rakyat Sulu yang bersenjata yang melakukan huru-hara di Lahad Datu dan Semporna – sama ada mereka itu patut ditakrifkan sebagai pengganas, penceroboh atau kumpulan militan atau lain-lain – di Kuala Lumpur lain pula halnya.
Bukan sahaja buat pertama kali dalam sejarah negara, kita mempunyai kerajaan memerintah yang telah melampaui tempoh mandat lima tahun, tetapi buat pertama kalinya juga, kita mempunyai seorang perdana menteri yang mempunyai tiga nama yang berlainan yang digunakan dalam sekurang-kurangya tiga upacara mengangkat sumpah atau ikrar yang berlainan.
Ketika mengangkat sumpah jawatan sebagai PM Keenam pada April 2009, dengan nama Allah, beliau malafazkan nama beliau sebagai Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
Semasa mengikrarkan afidavit-afidavit pada September 2011, beliau menegaskan nama beliau sebagai Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan menggugurkan nama Muhammad dari nama beliau.
Sementara ketika menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Umum ke-13 pada Februari 2013 pula, beliau memberikan nama beliau sebagai Najib Razak sahaja, dengan menggugurkan nama “Muhammad” dari nama beliau dan nama “Abdul” dari nama Allahyarham bapa beliau.
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pula mengikrarkan dalam afidavit berasingan pada 21 September 2011, bahawa nama suami beliau ialah Najib bin Tun Hj Abdul Razak. Dengan demikian itu mengesahkan nama suami beliau tidak ada nama Muhammad atau Mohd.
Penjelasan KSN
Jika KSN dengan serta merta boleh mengeluarkan kenyataan bahawa penyelarasan atau kenaikan gaji kakitangan kerajaan, tentera dan polis seperti yang diumumkan oleh perdana menteri dua hari lalu, tidak ada kena mengena dengan PRU-13 yang bakal diadakan dalam masa terdekat ini sahaja, maka KSN juga diharapkan dapat menjelaskan perkara berikut:
Sekiranya persoalan di atas tidak diselesaikan dalam beberapa hari ini, saya menjangka bahawa isu-isu sama yang tersebut di atas akan berulang sekali lagi. Ditakdirkan PM Najib menang dalam pilihan raya ke-13 nanti dan beliau sekali lagi akan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri, maka persoalan kesahan sumpah dan nama beliau akan dipersoalkan semula.
Masalahnya akan lebih besar lagi pada ketika itu, berbanding dengan jika ketua setiausaha negara memberikan penjelasan kepada rakyat sekarang ini.
MAT ZAIN IBRAHIM merupakan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur. Tulisan ini adalah surat terbukanya kepada Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Tetapi jika beliau dengan secara sedar melakukan sebaliknya, maka beliau tidak boleh menghalang jika terdapat sesetengah rakyat yang mengecam beliau sebagai seorang yang angkuh dan penuh dengan hipokrasi.
Kini semakin ramai rakyat yang mempersoalkan berkenaan kesahan kerajaan yang memerintah sekarang, setelah mandat lima tahun tamat pada 8 Mac 2013, jika diambil kira daripada pilihan raya umum ke-12 yang diadakan pada 8 Mac 2008. Rakyat tidak boleh dipersalahkan kerana inilah julung-julung kalinya kita berhadapan dengan situasi sebegini.
Bukan setiap rakyat faham akan selok belok perlembagaan tetapi kebanyakan mereka faham yang pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh lima tahun.
Sepatutnya ketua setiausaha negara telah mengambil inisiatif menjelaskan status kerajaan sekarang ini dalam bahasa yang mudah difahami oleh segenap lapisan rakyat bagi mengelakkan penyebaran sebarang salah sangka atau spekulasi nakal, yang boleh menggugat keharmonian dan ketenteraman awam serta menimbulkan kecurigaan terhadap kerajaan.
Status Najib sebagai PM
Apa pun keadaannya, persoalan berkaitan kesahan upacara mengangkat sumpah Najib sebagai perdana menteri keenam pada 3 April 2009 masih belum ada ketetapannya lagi.
Pelantikan Najib sebagai perdana menteri keenam oleh Yang Di-Pertuan Agong itu dibuat mengikut perlembagaan dan tidak dipersoalkan.
Perlembagaan juga telah menetapkan bahawa sebelum perdana menteri layak untuk menjalankan segala fungsi jawatan itu, beliau diwajibkan untuk mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia dan Sumpah Simpan Rahsia, sepertimana yang ditetapkan dalam Jadual Keenam Perlembagaan, di hadapan Yang Di-Pertuan Agong.
Isunya di sini, Najib telah mengangkat Sumpah Jawatan, Taat Setia dan Sumpah Simpan Rahsia menggunakan bentuk sumpah yang lain daripada yang ditetapkan dalam Jadual Keenam Perlembagaan. Di sinilah timbul persoalan sama ada Najib layak menjalankan fungsi jawatan Perdana Menteri memandangkan sumpah beliau tidak mengikut Perlembagaan.
Jika dalam lain perkara Najib bertegas untuk mengikut perlembagaan, mengapakah pula dalam perkara penting, iaitu mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia, beliau enggan mengikut bentuk sumpah yang telah ditetapkan semenjak wujudnya Perlembagaan itu? Jika semua menteri dan timbalan menteri boleh melakukannya, mengapa tidak beliau?
Secara peribadi saya menyatakan bahawa sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia yang diikrarkan oleh Najib pada April 2009 tidak memenuhi ketetapan perlembagaan. Oleh demikian beliau tidak layak atau berkuasa menjalankan apa-apa fungsi jawatan perdana menteri atau melaksanakan kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan undang-undang lain kepada seorang perdana menteri. Terdapat ramai orang yang sependapat dengan saya.
Sumpah jawatan Baginda
Sumpah jawatan Yang Di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong adalah ditetapkan sepertimana bentuknya yang terdapat dalam Jadual Keempat Perlembagaan. Malahan kedua-dua Baginda, diwajibkan memberi nama penuh Baginda-Baginda ketika melafazkan sumpah jawatan tersebut.
Sekiranya Yang Di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong berkenan untuk akur kepada peruntukan yang ditetapkan dalam Perlembagaan, maka apatah lagi seorang Perdana Menteri? Melainkan PM Najib ingin mengistiharkan diri beliau dikecualikan daripada semua peruntukan dalam Perlembagaan atau beliau berada di atas Yang Di-Pertuan Agong.
Jika di Sabah, kerajaan menghadapi masalah memberikan nama atau gelaran kepada segerombolan rakyat Sulu yang bersenjata yang melakukan huru-hara di Lahad Datu dan Semporna – sama ada mereka itu patut ditakrifkan sebagai pengganas, penceroboh atau kumpulan militan atau lain-lain – di Kuala Lumpur lain pula halnya.
Bukan sahaja buat pertama kali dalam sejarah negara, kita mempunyai kerajaan memerintah yang telah melampaui tempoh mandat lima tahun, tetapi buat pertama kalinya juga, kita mempunyai seorang perdana menteri yang mempunyai tiga nama yang berlainan yang digunakan dalam sekurang-kurangya tiga upacara mengangkat sumpah atau ikrar yang berlainan.
Ketika mengangkat sumpah jawatan sebagai PM Keenam pada April 2009, dengan nama Allah, beliau malafazkan nama beliau sebagai Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
Semasa mengikrarkan afidavit-afidavit pada September 2011, beliau menegaskan nama beliau sebagai Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan menggugurkan nama Muhammad dari nama beliau.
Sementara ketika menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Umum ke-13 pada Februari 2013 pula, beliau memberikan nama beliau sebagai Najib Razak sahaja, dengan menggugurkan nama “Muhammad” dari nama beliau dan nama “Abdul” dari nama Allahyarham bapa beliau.
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pula mengikrarkan dalam afidavit berasingan pada 21 September 2011, bahawa nama suami beliau ialah Najib bin Tun Hj Abdul Razak. Dengan demikian itu mengesahkan nama suami beliau tidak ada nama Muhammad atau Mohd.
Penjelasan KSN
Jika KSN dengan serta merta boleh mengeluarkan kenyataan bahawa penyelarasan atau kenaikan gaji kakitangan kerajaan, tentera dan polis seperti yang diumumkan oleh perdana menteri dua hari lalu, tidak ada kena mengena dengan PRU-13 yang bakal diadakan dalam masa terdekat ini sahaja, maka KSN juga diharapkan dapat menjelaskan perkara berikut:
- Status Kerajaan memerintah yang telah melebihi tempoh lima tahun di-kira daripada tarikh PRU-12 pada 8 Mac 2008 – sama ada kerajaan patut dianggap sebagai kerajaan sementara ataupun kerajaan yang masih dalam tempoh mandatnya.
- Sama sah atau tidak sah sumpah yang dilafazkan oleh perdana menteri semasa upacara mengangkat sumpah jawatan PM keenam pada 3 April 2009 – apabila didapati beliau telah mengangkat sumpah tersebut menggunakan bentuk sumpah dan perkataan sumpah yang berlainan dan tidak mematuhi sepertimana sumpah yang ditetapkan dalam Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan.
- Apakah nama sebenar perdana menteri sama ada Muhammad (Mohd) Najib bin Tun Haji Abdul Razak atau Najib bin Tun Haji Abdul Razak atau pun Najib Razak sahaja?
Sekiranya persoalan di atas tidak diselesaikan dalam beberapa hari ini, saya menjangka bahawa isu-isu sama yang tersebut di atas akan berulang sekali lagi. Ditakdirkan PM Najib menang dalam pilihan raya ke-13 nanti dan beliau sekali lagi akan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri, maka persoalan kesahan sumpah dan nama beliau akan dipersoalkan semula.
Masalahnya akan lebih besar lagi pada ketika itu, berbanding dengan jika ketua setiausaha negara memberikan penjelasan kepada rakyat sekarang ini.
MAT ZAIN IBRAHIM merupakan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur. Tulisan ini adalah surat terbukanya kepada Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Komander Musa masih hidup dan ‘menikmati kopi’, kata keluarga Kiram
Jurucakap Sultan Sulu Abraham Idjirani memberitahu saluran media ABS-CBN News beliau telah bercakap dengan ketua kumpulan Agbimuddin Kiram yang mengesahkan Musa masih lagi hidup, bercanggah dengan laporan di sini.
“Beliau masih lagi hidup dan mereka telah berkumpul semula pada 1.00 pagi Rabu. Mereka minum kopi. Laporan berita Malaysia salah,” kata Idjirani menurut portal atas talian saluran tersebut.
Jurucakap tersebut juga mempertikaikan angka daripada pihak berkuasa Malaysia mengenai bilangan kematian militan Sulu, mengatakan hanya 23 anggota kumpulan itu telah dibunuh setakat ini.
Menurut angka daripada polis tempatan, 56 militan Sulu telah gugur sejak serangan bermula pada 1 Mac.
Agensi berita nasional melaporkan semalam pertempuran senjata yang terbaru antara pasukan keselamatan dan kumpulan pemberontak, dua lelaki bersenjata Sulu terbunuh, meningkatkan jumlah kematian militan Sulu kepada 56 orang.
Setakat ini, 10 rakyat Malaysia telah terbunuh, termasuk lapan anggota polis dan dua orang tentera. Seorang lagi remaja, yang identitinya masih tidak diketahui, tertembak mati semasa operasi Ops Daulat.
Agbimuddin, adik kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III, mendarat di Lahad Datu, Sabah pada 9 Febuari dengan sekumpulan 235 lelaki bersenjata untuk menuntut negeri Malaysia timur itu.
Selepas percubaan berunding secara aman oleh kerajaan Malaysia dan pemerintah Filipina gagal, pasukan keselamatan menggempur pemberontak bersenjata di Kampung Tanduo.
Selepas dua hari Ops Daulat dilancarkan , keluarga Kiram menuntut gencatan senjata tetapi enggan menarik keluar tentera mereka dari Lahad Datu.
Sebagai tindak balas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak permintaan itu, memberitahu kumpulan bersenjata untuk menyerah tanpa syarat atau berhadapan dengan kematian.
Terdahulu hari ini, Ketua Polis Sabah Datuk Hamza Taib mengakui bahawa pasukan keselamatan masih belum memahami Agbimuddin, walaupun selepas sembilan hari Ops Daulat.
Polis juga percaya, Agbimuddin tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan sejak pencerobohan pada 12 Februari lepas.
“Sebagai ketua dia tidak akan lari. Kami masih yakin dia bersama kumpulan itu,” katanya seperti dilapor oleh agensi berita Bernama pagi tadi.
Betulkah ada satu Operasi Sulit Serang Sabah Terbongkar..?
“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.
“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer),” lapor laman itu lagi.
Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.
Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17 Januari iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 20113.
Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef.
Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.
Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.
Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina
“The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”
USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu tersebut, ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.
“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”
Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.
Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang.
Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.
Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.
Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.
*Baca & cuba fahamkan. 1 pihak "salah perhitungan", 1 pihak "ambik kesempatan" & 1 pihak lagi "jadi kambing hitam".
1 Undi Untuk Barisan Nasional adalah 1 Persetujuan Menggadai Keselamatan Negara pada Rakyat Negara Asing..!
Tentera Filipina pintas 35 pengikut Sulu bersenjata
Tentera Laut Filipina merampas senjata api dan peluru dari 35 orang yang
disyaki pengikut kesultanan Sulu, seorang daripadanya wanita, ketika
memintas mereka di perairan sekitar Pulau Andolingan di Tawi-Tawi pagi
ini.
Jurucakap Tentera Laut Lt-Komander Gregory Fabic berkata kapal peronda BRP Mariano Alvarez dan kapal meriam BRP Jose Andrada memintas dua buah bot di barat Pulau Andolingan sekitar jam 6.30 pagi.
Fabic berkata laporan awal menunjukkan sebuah daripada bot tersebut sedang menuju ke Sabah.Suspek dijangka tiba di Batobato, Tawi-Tawi untuk siasatan.
Terdapat laporan mengenai orang Tausug sedang menuju keluar untuk membantu pengikut kesultanan Sulu di Sabah sejak pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia tercetus awal bulan ini.
Filipina dan Malaysia telah menjalankan kawalan di laut untuk menghalang pengikut kesultanan itu menyertai yang lainnya di Sabah.
Sebelum kejadian ini, pihak berkuasa Filipina berkata mereka juga telah memintas 70 pengikut kesultanan yang sedang menuju ke Sabah.
Di samping itu, ratusan rakyat Filipina dari Sabah telah tiba di selatan Filipina selepas melarikan diri daripada apa yang ramai daripada mereka mendakwa, tindakan keras oleh pihak berkuasa Malaysia.- InterAksyon
Jurucakap Tentera Laut Lt-Komander Gregory Fabic berkata kapal peronda BRP Mariano Alvarez dan kapal meriam BRP Jose Andrada memintas dua buah bot di barat Pulau Andolingan sekitar jam 6.30 pagi.
Fabic berkata laporan awal menunjukkan sebuah daripada bot tersebut sedang menuju ke Sabah.Suspek dijangka tiba di Batobato, Tawi-Tawi untuk siasatan.
Terdapat laporan mengenai orang Tausug sedang menuju keluar untuk membantu pengikut kesultanan Sulu di Sabah sejak pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia tercetus awal bulan ini.
Filipina dan Malaysia telah menjalankan kawalan di laut untuk menghalang pengikut kesultanan itu menyertai yang lainnya di Sabah.
Sebelum kejadian ini, pihak berkuasa Filipina berkata mereka juga telah memintas 70 pengikut kesultanan yang sedang menuju ke Sabah.
Di samping itu, ratusan rakyat Filipina dari Sabah telah tiba di selatan Filipina selepas melarikan diri daripada apa yang ramai daripada mereka mendakwa, tindakan keras oleh pihak berkuasa Malaysia.- InterAksyon
Tuesday, March 12, 2013
Sejarah Pembunuhan Syuhada Memali
PERISTIWA MEMALI 1985
Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh.
Polis memanggil operasi ini sebagai ‘Operasi Angkara/Operasi Hapus’.
Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
LOKASI
Peristiwa berlaku di Kampung Memali yang terletak di mukim Siong, Baling, Kedah berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand.
Penduduknya keturunan Melayu.
Sebahagian mempunyai kaitan dengan Siam/Patani.
Aktiviti ekonomi mereka ialah menoreh getah dan bersawah padi.
USTAZ IBRAHIM MAHMUD.
18 November 1985
Jam 1935:
Bertempat di Kem Pasukan Polis Hutan ( PPH ) Sungai Petani, Kedah; seramai 3600 kekuatan pasukan polis dari pelbagai bahagian termasuk Unit Simpanan Persekutuan ( FRU ) Pulau Pinang, dari Senoi Prak dan Komando 69 telah bersiap sedia menurut arahan. Kebanyakan mereka bukan beragama Islam.
Seorang Pegawai Tinggi dari Bukit Aman, Dato’ Yahya Yeop telah mengetuai Ops Hapus ini dengan bantuan beberapa orang pegawai dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Jam 1945:
Dato’ Razali Yeop mengeluarkan arahan iaitu:- Menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang terletak berhampiran sempadan Thailand.
Jam 2005:
Berlaku kekecohan di antara para pegawai di Kem Sungai Petani dengan pegawai dari Bukit Aman di bilik operasi Sg. Petani.
Kekecohan ini disebabkan perasaan tidak puas hati para pegawai di Kem Sg. Petani terhadap arahan tersebut kerana sepanjang pengetahuan mereka tidak wujud sebarang kem komunis di daerah Baling.
Jika benar kem itu wujud, sudah tentu mereka, PPH akan lebih dahulu mengetahuinya.
Namun menurut mereka, arahan itu adalah palsu kerana tempat sasaran mereka itu adalah kepada Ustaz Ibrahim Libya dan madrasahnya, tempat beliau menyampaikan kuliyyah setiap malam.
Malah Pegawai PPH Kem Sg. Petani itu turut menjelaskan bahawa Ustaz Ibrahim Mahmud adalah seorang tokoh ulamak yang disegani.
mai di kalangan anggota PPH Sg. Petani turut mengikuti pengajian agama bersama beliau.
Akibatnya, sedikit kekecohan telah berlaku di Bukit Aman kerana beberapa kali Penolong Pesuruhjaya Polis Bukit Aman gagal dihubungi.
Beberapa panggilan lain dibuat. Akhirnya, pihak di Sg. Petani telah berjaya disambungkan dengan Timbalan Perdana Menteri ( TPM ) ketika itu, Dato’ Musa Hitam yang juga merupakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Mereka menyatakan bahawa Ustaz Ibrahim Mahmud adalah ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam menaikkan taraf hidup masyarakat
Namun TPM menegaskan supaya Ops Hapus (beliau sendiri yang menamakannya sedemikian) tetap diteruskan.
Jam 2045:
Satu majlis keraian telah diadakan di dataran terbuka Kem PPH.
Minuman keras telah sengaja dihidangkan kepada para anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi.
Namun ada sebahagian daripada anggota PPH tidak menyentuh minuman tersebut.
Jam 2147:
Dato’ Razali Yeop selaku Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah menerima mesej daripada wayarless menyatakan 10 perisik PPH telah berjaya memasuki kawasan Memali dan seterusnya memberikan laporan keadaan di sana.
Semua unit kemudiannya telah bergerak di bawah pimpinan 8 pegawai muda memasuki Baling dengan iringan 2 buah kereta perisai.
Ketika ini PPH Sg. Petani telah mula tidak berminat untuk menyertai Ops Hapus ini.
Ketika itu Ustaz Ibrahim sedang menyampaikan kuliyyah seperti biasa untuk lebih kurang 50 orang yang mengikuti pengajiannya.
Kuliyyah itu berlanjutan sehingga pukul 11.45 malam.
Ada yang pulang ke rumah dan ada juga yang bermalam di madrasah.
Jam 0000:
Arahan terakhir telah diterima.
Namun PPH Sg. Petani mencadangkan agar hanya sekatan sahaja yang dilakukan agar Ustaz Ibrahim Mahmud dan pengikutnya berpeluang menyerah diri.
Mereka menganggarkan bahawa kepungan itu akan mengambil masa paling lama 3 bulan.
Cadangan tersebut dibantah oleh para pegawai dari Bukit Aman dengan sokongan OCPD Baling.
Mereka menganggap strategi itu akan melibatkan pihak polis dan anggota tentera yang bertugas di Sik dan Baling, sempadan Malaysia – Thailand.
Sekali lagi kekecohan berlaku kerana 90% anggota tentera di situ menyokong gerakan Islam dan arahan Ops Hapus ini kembali dipertikaikan.
TPM cuba dihubungi ketika ini namun gagal kerana beliau telah menuju ke sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Ketika itu juga, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato’ Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan Ops Hapus dari Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang.
Kemudian, TPM telah menghubungi mereka dengan suara yang marah dan agak terganggu beliau telah berkata, “Teruskan Ops Hapus, walaupun terpaksa menyerang seluruh negeri Kedah!”.
Pada waktu yang sama, seorang pemuda telah memberhentikan motosikalnya di hadapan pagar rumah Ustaz Ibrahim.
Setelah diizinkan, dia masuk ke rumah Ustaz Ibrahim dan memaklumkan bahawa sewaktu dia tiba di pekan Baling dia telah melihat sekumpulan polis yang terlalu ramai di sana.
Lalu Ustaz Ibrahim dikejutkan dan begitu juga dengan 39 muridnya yang tidur di madrasah telah diarahkan oleh Ustaz Ibrahim untuk bersiap sedia mempertahankan diri.
Mereka mula mengumpulkan senjata seperti kapak, parang, buluh runcing, pisau dan yang lebih berani lagi telah membuat molotov cocktail.
Ustaz ibrahim juga menegaskan ketika itu bahawa beliau tidak akan menyerah kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA ).
Ustaz Ibrahim kemudiannya mengarahkan pengikut-pengikutnya berwudhu’ di sebuah telaga yang berhampiran dan seterusnya menunaikan solat sunat, solat hajat dan membaca Yasiin.
Setelah itu beliau menyampaikan ucapan yang menyatakan:
Beliau lebih rela mati syahid daripada menyerah diri dan tunduk kepada ISA yang menahan orang tanpa memberi peluang kepada mereka untuk dibicarakan di mahkamah malah menjadi alat kepada mereka yang ingin menaikkan semangat nasionalisme.
Sekiranya perintah tahanannya di bawah akta lain, beliau akan keluar menyerah. Tapi mestilah dibicarakan di mahkamah.
Dia berkata lagi kepada pengikutnya, sesiapa yang rasa ragu-ragu boleh keluar dari kawasan itu namun kesemua yang ada pada malam itu langsung tidak beralih dari tempat mereka.
Laungan takbir bergema dan memecah keheningan malam itu.
Ketika itu pula di IPD Baling, segala persiapan serangan ke atas Kampung Memali semakin rancak dilakukan terutamanya oleh anggota–anggota polis yang telah mabuk dan hilang fikirannya.
19 November 1985
Jam 0100-3600:
Anggota polis dari pelbagai unit telah tiba di Memali dengan senjata automatik dan diiringi 2 buah kereta perisai mula mengepung Kg. Memali.
Ketika itu, TPM masih lagi di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Segala urusan komunikasi dijalankan dengan timbalannya yang berada di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang.
Kebanyakan anggota polis beranggapan bahawa mereka akan menyerang sebuah Kem Komunis – sebagaimana yang telah diberitahu oleh Dato’ Razali Yeop kepada mereka.
Manakala pasukan polis dari Sg Petani kecil bilangannya dan masih lagi samar dengan tugasan mereka.
Jam 0300:
Kampung Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis dan semua jalan keluar masuk telah ditutup.
PPh Sg Petani telah diarahkan untuk mengepung bahagian Selatan manakala FRU dan Special Branch (SB) telah mengepung bahagian Utara dan Komando 69 pula telah mengepung sebelah belakang rumah Ustaz Ibrahim yang juga merupakan sekolah agamanya.
Jam 0336:
Dato’ Yahya Yeop telah bercakap melalui megafon dan meminta supaya Ustaz Ibrahim menyerah diri.
Ustaz Ibrahim berbincang dengan murid-muridnya lalu mereka semua bersepakat untuk tidak akan keluar menyerah diri.
Kesemuanya telah siap-sedia untuk mati syahid dan mereka bertakbir sekali lagi.
Jam 0400:
Sekumpulan orang kampung termasuk wanita telah muncul dari arah utara.
Mereka telah meredah benteng pertahanan anggota polis dan membawa bersama peralatan yang sering mereka gunakan untuk bertani sebagai senjata.
Mereka ingin memasuki rumah Ustaz Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan.
Ketika itu, komando 69 yang masih mabuk telah melepaskan tembakan secara rambang ke arah mereka.
Namun sasarannya tersalah lalu mengenai seorang pegawai kanan, seorang pegawai rendah dan seorang konstabel PPH.
Manakala orang-orang kampung tadi telah berpatah balik kerana ketakutan.
Satu perundingan tergempar antara pegawai-pegawai Ops Hapus diadakan untuk meredakan ketegangan sesama mereka sendiri akibat tembakan tersebut.
Arahan mengepung rumah Ustaz Ibrahim itu masih lagi berkuat kuasa namun pegawai dari IPD Alor Setar mahu menarik balik anggotanya dari Ops Hapus tersebut dan mahu supaya kepungan dibatalkan.
Mereka telah mengambil iktibar dari kemalangan yang menimpa rakan-rakan mereka tadi .
Dato’ Yahya Yeop telah menolak permintaan IPD Alor Setar dan mengarahkan agar kepungan diteruskan.
Jam 0521:
Azan Subuh berkumandang dari rumah Ustaz Ibrahim .
Laungan azan itu menjentik hati para anggota polis dari Alor Setar.
Mereka semakin tawar hati malah mencurigai tujuan sebenar Ops Hapus ini.
Suara bacaan Ustaz Ibrahim yang mengimami Solat Subuh itu semakin sayu.
Tiba-tiba seorang pegawai berbangsa India dari Bukit Aman mengarahkan agar serangan dimulakan ketika itu namun arahannya ditentang oleh pegawai-pegawai bawahannya yang beragama Islam.
Jam 0559:
Solat Subuh selesai.
Sekumpulan orang kampung muncul lagi lalu menyerbu masuk ke kawasan rumah Ustaz Ibrahim sambil melaungkan takbir dan menggenggam senjata kampung.
Melihatkan reaksi itu, maka Pegawai PPH mengarahkan anggotanya berundur dan membiarkan orang kampung.
Mereka PPH hanya diarahkan untuk bertahan dan bersiap sedia.
Keadaan semakin cerah dan ini semakin mendedahkan kejijikan perancangnya.
Ini dikukuhkan lagi dengan beberapa siri penangkapan pemimpin-pemimpin Islam sebelum Ops Hapus ini.
Jam 0815:
Setelah mendapat kelulusan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, maka Dato’ Yahya Yeop sebagai Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah mengarahkan 2 buah kereta perisai mula menyerang rumah Ustaz Ibrahim Mahmud.
Mereka kemudiannya dihalang oleh pengikut-pengikut Ustaz Ibrahim dengan lontaran molotov cocktail.
Pasukan polis memberikan respon berundur terhadap lontaran tersebut sambil memuntahkan peluru dari senjata automatik.
Pada waktu yang sama, 4 wanita dan 3 kanak-kanak telah berlari keluar dari rumah setelah diarahkan oleh Ustaz Ibrahim.
Mereka kemudiannya telah dikepung dan ditangkap lalu dihumban ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing.
Tembakan daripada pihak polis masih lagi berterusan dan mereka sambutnya dengan laungan takbir.
Jam 1105:
Komando 69 diarahkan untuk menyerang rumah Ustaz Ibrahim Mahmud.
Pasukan polis mula melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata ke arah rumah Ustaz Ibrahim.
Mereka menghadapinya dengan kain basah atau membasuh muka malah ada juga yang menutup dengan guni basah.
Selain itu ada juga yang mengunyah daun-daun kayu setelah membaca sesuatu ayat.
Mereka berjaya menghadapi serangan gas pemedih mata itu yang berlangsung selama beberapa minit melainkan beberapa kanak-kanak.
Salah seorang kanak-kanak itu telah pengsan dan mulutnya berbuih-buih.
Cikgu Syafie Ali, salah seorang pengikut Ustaz Ibrahim marah melihatkan situasi kanak-kanak itu kerana menyangka dia telah mati lalu dengan parang yang terhunus beliau telah pergi untuk menyerang polis.
Namun, beliau telah dihujani dengan peluru dan terus ditembak ketika beliau berusaha untuk bangun akibat jatuh setelah ditembak.
Maka gugurlah beliau sebagai Syuhada’ pertama Memali.
Serangan gas telah reda.
Kemudian kedengaran lagi suara dari Dato’ Yahya Yeop dari megafon dan kali ini meminta supaya pihak yang dikepung menghantar wakil untuk berbincang.
Ketika itu, salah seorang anak murid Ustaz Ibrahim; Mat Piah Yunus yang lebih dikenali sebagai Pak Teh telah berjumpa dengan Ustaz Ibrahim dan meminta penjelasan berhubung permintaan Dato’ Yahya Yeop.
Ustaz Ibrahim menyatakan bahawa pintu rundingan pada hari itu telah tertutup dan beliau tidak akan berunding apa-apa pun dan tidak akan menyerahkan diri.
Memandangkan kepada ketegasan Ustaz Ibrahim serta murid-murid yang lain maka Pak Teh telah membuat keputusan sendiri sambil bertawakkal kepada Allah.
Pak Teh tampil berjumpa Dato’ Yahya Yeop yang berdiri di samping kereta perisai manakala dia sendiri berdiri di sebalik pagar rumah Ustaz Ibrahim.
Pak Teh mempersoalkan tanpa rasa gerun kenapa perlukan perbincangan sedangkan orang kampung sudah ada yang syahid ditembak pihak polis.
Dato’ Yahya Yeop terdiam seketika namun kemudiannya menjawab bahawa mereka ingin menangkap 4 orang penjenayah yang berada di situ.
Lantas Pak Teh mempelawa beliau untuk masuk sendiri ke rumah Ustaz Ibrahim dan melihat apakah 4 penjenayah itu berada di situ.
Dato’ Yahya Yeop kelihatan tidak berminat dan sedang memikirkan sesuatu setelah mengetahui Ustaz Ibrahim tidak mahu menyerah diri.
Setelah berulang-alik antara Ustaz Ibrahim dan Dato’ Yahya akhirnya Pak Teh masuk semula.
Namun semasa melewati kumpulan Muslimat dan kanak-kanak yang berada di pagar, beliau sempat mengarahkan mereka untuk berlindung di belakang rumah.
Ketika itu, beliau ternampak ada anggota polis yang ingin menembak Pak Suman dan tanpa berlengah beliau segera menyerbu ke arah polis tersebut dengan parang yang terhunus.
Parangnya sempat singgah kepada salah seorang daripada polis itu, namun kemudian beliau dihujani dengan tembakan yang bertalu-talu dan disambut dengan laungan takbir.
Pak Teh terlantar setelah ditembak sebanyak 14 das tembakan dari M-16.
Setelah Ops Hapus, beliau terlantar di Hospital Sg. Petani dengan keadaan bergari.
Kemudiannya, beliau dihantar ke Kem Kemunting sebagai tahanan ISA.
Jam 1136:
Komando 69 menyerbu masuk sambil memuntahkan peluru.
Berlaku beberapa pergelutan dengan Ustaz Ibrahim dan beberapa orang yang masih lagi bertenaga.
Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan Komando 69 di halaman rumah.
Polis terus menembak mereka walaupun mereka tidak bersenjata.
Ketika serangan yang menggila daripada pihak polis itu dalam tempoh ½ jam, hujan mulai turun renyai-renyai dan terus lebat sebaik sahaja serangan tersebut tamat.
Hanya laungan takbir yang terus mereka laungkan sehingga nyawa mereka telah tiada.
Ramai yang mati dan ada juga yang cedera teruk.
Beberapa anggota komando telah menyerang Ustaz Ibrahim dan beliau melawan sehingga menyebabkan salah seorang dari mereka terbunuh.
Akhirnya beliau syahid apabila badannya ditembusi muntahan peluru dari senjata automatik.
Ustaz Ibrahim gugur dengan tangan yang tergenggam ke atas dan mulutnya masih lagi melaungkan AllahuAkbar!
Seorang pegawai polis telah meluru ke arah Ustaz Ibrahim yang rebah dan memangkunya.
Ketika itu juga isteri Ustaz Ibrahim datang.
Di saat itu mereka mendengar Ustaz Ibrahim berkata:
Alhamdulillah! Kerana telah mengorbankan kami ke jalan mati syahid.
Jam 1213:
Serangan telah ditamatkan.
Semua yang ditangkap telah ditutup kepala mereka dengan karung guni.
Beberapa anggota komando kelihatan menendang tubuh-tubuh yang terkujur untuk memastikan sama ada mereka telah mati atau tidak.
Ada pula yang masih menembak mereka yang terkujur itu sambil mencemuh:
Pergi jahanam dengan Islam!
Jam 1305:
Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah membuat laporan rasmi kepada Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang dan kepada TPM di Kuala Lumpur.
TPM mengarahkan agar semua penduduk Kg. Memali ditangkap agar rahsia Ops Hapus tidak terdedah.
Jam 1500:
Penangkapan penduduk kampung diteruskan dan dibawa dengan 2 buah helikopter polis.
Mangsa yang terkorban di kalangan orang kampung termasuk Ustaz Ibrahim dan anggota polis di bawa ke Hospital Sg. Petani dan Alor Setar.
Jam 1510:
Sekitar 30 anggota tentera lengkap bersenjata dari Regimen Askar Melayu Di-Raja ( RAMD ) tiba di hadapan rumah Ustaz Ibrahim Mahmud.
Berlaku pertelagahan antara anggota polis dengan ketua pasukan tentera itu yang berpangkat Kapten.
Mereka menyuruh agar anggota polis yang ramai itu bersiap-sedia untuk menghadapi kemungkinan bertempur dengan pihak tentera.
Menyedari bilangan mereka sedikit maka pihak tentera telah mengambil keputusan untuk meredakan ketegangan itu. Lantas Kapten itu berkata :
“Hari ini hari kamu! Kamu boleh lakukan apa yang kamu mahu. Tapi ingat, akan tiba satu hari nanti kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara!”.
Korban Memali
1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986
ALLAHUAKBAR SEMOGA CATATAN INI DAPAT DIJADIKAN IKTIBAR OLEH UMAT ISLAM YANG MASIH PERCAYA BAHAWA ALLAH MAHA BERKUASA DAN MAHA MENGETAHUI...
Subscribe to:
Posts (Atom)