Sehari dua ini politik Malaysia kembali ‘pening-pening’ lalat apabila isu dua tokoh ulama’ PAS iaitu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima undangan ‘Santapan DiRaja’ oleh Yang diPertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.
Isu ini, timbul dan menjadi ‘masalah’ kepada orang yang bermasalah itu adalah kerana dua orang Tok Guru ini bukan sahaja mereka jadi tetamu Tuanku tetapi melibatkan sama Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Dato’ Seri Muhyidin Yassin.
Tambahan pula, undangan tersebut dibuat melalui mantan PM Islam Had-hari, Dato’ Seri Utama Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pernah ‘dipaksa’ turun takhtanya juga oleh mantan PM ‘cabul’, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sekadar peringatan, gelaran mantan PM Islam Had-hari itu kerana ‘Pak Lah’ yang memperkenalkan slogan itu bagi menjatuhkan sokongan rakyat terhadap PAS melalui pendekatan agama.
Tapi sayangnya, konsep slogan ‘Islam Had-hari’ itu hanya sempat tempoh hayatnya tidak lama dan ‘berkubur’ dan ‘ditendang’ bersama-sama pengasasnya cucu Abdullah Fahim.
Manakala, gelaran mantan PM ‘cabul’ pula kerana ‘Che Det’ adalah PM yang bertanggungjawab ‘merampas’, ‘merompak’ dan ‘mencabuli’ hak royalti kerajaan negeri Terengganu.
Tun Dr Mahathir, adalah pemerintah ‘kuku besi’ dan bertindak seperti ‘Raja’ dan menjadi orang yang bertanggungjawab mencabut imuniti Raja-raja Melayu suatu ketika dahulu.
Baiklah, apabila dihebohkan Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi jumpa Najib al-Tantunya dan Muhyidin atas undangan Tuanku Mizan. Langsung ‘dipolitikkan’ oleh pihak tertentu termasuk di kalangan pimpinan PAS yang ‘pening-pening lalat’, ‘pimpinan Umno-BN’ dan ‘para blogger’ sekalian.
Malah, ada yang membuat persepsi ‘gila-gila’ mungkin kerana ‘busuk hati’ dengan menuduh Tok Guru Presiden telah ‘memperkudakan’ Tok Guru Menteri Besar Kelantan’ itu.
Apakah perlu, seorang ketua parti, seorang presiden parti dan penasihat parti yang mempunyai autoriti dalam mentadbir parti perlu memberitahu semua orang tentang perjalanan, perancangan dan strateginya kepada ahli parti?
Apa masalahnya? Apakah kerana ‘takutkan’ Unity Government? Atau kerana ada ‘seketul’ daging yang dinamakan ‘HATI’ itu bermasalah?
Berkali-kali sudah, Ustaz Hadi menjelaskan tidak ada lagi rundingan kea rah ‘Kerajaan Perpaduan’ atau ‘Unity Government’ (UG) dengan Umno atau kerajaan Barisan Nasional (BN). PAS sudah ‘TUTUP BUKU’.
Jadi apa yang ditimbulkan itu, jika melalui musuh PAS iaitu Umno sememangnya perkara biasa dan memang dia (Umno) kena buat ‘serangan’ sebegitu. Jika para Blogger yang suka ‘bodek’ Umno-BN akan mainkan isu UG untuk pecahkan PAS dan Pakatan Rakyat.
Tapi yang jadi masalahnya, adalah kritikan dan serangan dari ‘dalam’, dari kalangan pimpinan PAS ‘pertengahan’ dan ‘bawahan’ yang turut serta tidak faham atau sengaja ‘buat-buat’ tidak faham.
Atau dengan erti kata lainnya, pemimpin yang ‘gatal’ tangan atau ‘gila-gila’ kotak fakir mereka untuk mengulasnya. Atau mungkin kerana rasa tidak secucuk dengan citarasa peribadi lalu menjadi sasaran hentaman. Ini peluang (nok hentam) kata mereka.
Apabila Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi ambil pendekatan ‘RAHSIA’ dan tidak beradap kata Nik Aziz jika diceritakan semua sekali apa yang dibincangkan jika ada dalam pertemuan tersebut.
Ustaz Hadi pula, buka sekali tapi berkali-kali mengulangi pendirian parti yang sama tidak ada perbincangan tentang UG dengan Umno-BN. Pintu kerjasama dengan Umno-BN tertutup rapat buat masa kini.
Dalam hal ini, jika ‘ditakdirkan’ Awang ada sekali pada waktu itu pun…nescaya Awang pun tidak akan beritahu semua sekali perihal pertemuan itu. Untuk apa?...beritahu, dan faedah apa untuk diceritakan kepada semua orang.
Dan….dan…sekali lagi Awang ulangi, dan harap rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat kita seperti PKR dan DAP jangan ‘susah hatilah’. Setakat ini, PAS sangat ‘AMANAH’ dan ‘SETIA’ dalam ‘PERSAHABATAN’.
PKR dan DAP…jangan mudah ‘melatah’ dengan persoalan ini. Umno-BN memang mahu wujudkan rasa tidak puas hati di kalangan rakan-rakan PKR dan DAP tentang undangan ‘diRaja’ itu.
Mereka sangat mengharapkan supaya PKR dan DAP yang bersama dalam Pakatan Rakyat ‘MARAH’ dan timbullah ‘perang mulut’ serta ‘rasa hati’ dan curiga apa yang berlaku dalam ‘pertemuan’ pada 24 Disember 2010, tahun lalu itu.
Waktu itu, Awang sendiri pun berada di Kuala Lumpur…apa yang Awang buat tidak perlulah untuk Awang ceritakan kerana dari jutaan rakyat Malaysia, jutaan ahli PAS, jutaan ahli Umno-BN, jutaan ahli penyokong PKR dan DAP…tidak semuanya mereka faham dan cerdik.
Apa yng Awang lihat dan teliti buat masa ini dan saat ini. Pakatan Rakyat masih relevan. Pakatan Rakyat tidak ada masalah dan Pakatan Rakyat boleh terus maju dengan syarat rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat…baik dari PKR, baik dari DAP dan baik dari PAS sendiri tidak ‘berpecah’ dan saling mempercayai antara satu sama lain.
Sesungguhnya, pemimpin PKR ada strategi dan perancangannya…pemimpin DAP ada strategi dan perancangannya dan pemimpin PAS pun ada strategi dan perancangannya. Jadi gabungkan ketiga-tiga ‘STRATEGI dan PERANCANGAN’ tersebut untuk kita tumbangkan Umno dan Barisan Nasional.
Kesimpulannya, dalam suasana PRU ke-13 makin dekat jangan buat masalah dalam Pakatan Rakyat. Baik dari PKR atau DAP atau PAS sendiri kerana rakyat dan pengundi kita berjuta-juta orang sedang melihat gelagat serta kredibiliti pemimpin dan parti Pakatan Rakyat. Ingat ‘UNDI’ ditangan rakyat.
“PERINGATAN ITU PENTING…FIKIR PANJANG LAGI PENTING”
No comments:
Post a Comment