 Malaysia  dengan enam Perdana Menteri (PM) dan tujuh isteri Perdana Menteri  semenjak PM pertama, isteri kepada PM terkini dianggap paling kerap  diharungi kontroversi yang tidak putus-putus.
Malaysia  dengan enam Perdana Menteri (PM) dan tujuh isteri Perdana Menteri  semenjak PM pertama, isteri kepada PM terkini dianggap paling kerap  diharungi kontroversi yang tidak putus-putus. Jika era PM kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi diselar oleh seorang lagi bekas PM iaitu PM keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan menempatkan menantunya di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Najib Razak pula didakwa menempatkan pejabat isterinya di bangunan yang sama
Isteri PM, Datin Seri Rosmah  Mansor ketika ini dilihat sedang menikmati kedudukan beliau sebagai  isteri PM Malaysia apabila bukan sahaja berjaya mencuri tumpuan malahan  menjadi satu-satunya isteri PM yang menerima peruntukan yang tinggi dan  pejabat khas di Putrajaya untuk beliau.
Memetik  lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat keadilan daily.com, edyesdotcom dan  beberapa blog lain, Rosmah bukan sahaja memiliki pejabatnya sendiri  malah turut mempunyai bahagian atau jabatan yang dinamakan Bahagian  Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division.
Bahagian  tersebut yang hanya ditubuhkan ketika era PM terkini itu, diketuai oleh  Pegawai Khasnya Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod disamping lima lagi  pegawai lain.
Selain dianggap  keterlaluan, tindakan tersebut turut dianggap satu pembaziran apabila  melibatkan perbelanjaan tambahan dana kerajaan seperti gaji pegawai dan  kakitangan, ubah suai pejabat dan pelbagai kos lain yang berkaitan.
Wanita Pertama Negara
Wanita Pertama Negara
Rosmah  juga didakwa menderhaka kepada Yang Dipertuan Agung dan Permaisurinya  kerana menggunakan gelaran Wanita Pertama Negara yang sepatutnya gelaran  bagi Permaisuri Agung seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan  Negara.
 Kontroversi  gelaran ini yang telah lama ditimbulkan semenjak isu iklan satu muka  surat penuh di akhbar New York Times yang memaparkan beliau sebagai  Wanita Pertama Malaysia tidak berapa lama dahulu, telah diserang hebat  oleh media pro pembangkang.
Kontroversi  gelaran ini yang telah lama ditimbulkan semenjak isu iklan satu muka  surat penuh di akhbar New York Times yang memaparkan beliau sebagai  Wanita Pertama Malaysia tidak berapa lama dahulu, telah diserang hebat  oleh media pro pembangkang.Bagaimanapun  serangan pihak pembangkang yang seakan menyedari bahawa Rosmah sebagai  satu lagi ‘titik lemah’ Najib, tidak memberi apa-apa kesan apabila  Rosmah dilihat berusaha menjadikan gelaran tersebut sebagai gelaran  rasmi terhadapnya apabila menganjurkan Sidang Kemucak Wanita Pertama  selama tiga hari yang menelan belanja RM4.5 juta.
Malahan  sesetengah pihak menganggap dari hari ke sehari, Rosmah dilihat begitu  dominan dalam pentadbiran Najib dan dikatakan sebagai pihak di belakang  tabir dalam beberapa keputusan pentadbiran Najib.
Memetik  blog bedukcanang.blogspot, dalam satu entri lama di awal tahun 2010,  pengendali blog tersebut melihat tingkah laku Rosmah sebagai tidak  mustahil sekiranya beliau mempunyai cita-cita untuk terjun ke dunia  politik sepenuhnya dan langkah-langkah awal untuk mempromosi dirinya  sedang giat dijalankan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
Teng cadang Rosmah bertanding pilihan raya
Teng cadang Rosmah bertanding pilihan raya
Sementara  itu, FMT pula dalam satu temu bual bersama Speaker Dewan Undangan  Negeri Selangor, Teng Chang Khim sekitar Oktober tahun lalu, dengan nada  sinis Teng turut mencadangkan agar Rosmah bertanding dalam pilihan raya  itu nanti.
Selain itu keputusan  Najib meletakkan Senator Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sebagai Menteri  di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini  juga ‘dibaca’ sebagai tindakan bagi membolehkan Rosmah lebih berperanan  jauh dalam hal ehwal yang membabitkan kementerian tersebut.
Status  Sharizat yang hanya sebagai Senator yang bukanlah dipilih rakyat  sebaliknya dilantik PM telah memaksa Sharizat hanya bertindak sebagai  timbalan atau penasihat kepada Rosmah.
Malahan  Rosmah turut diberikan kuasa untuk mengendalikan program Permata yang  sepatutnya lebih relevan diletakkan di bawah kendalian Kementerian  Pelajaran yang menterinya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin  Yassin.
Baru-baru ini, ketika Rosmah  di Arab Saudi, beliau juga mengadakan perbincangan dengan Menteri  Pelajaran Arab Saudi, Putera Faisal Bin Abdullah Bin Mohamad Al-Saud  Royal Suite, Intercontinental Hotel di sana sekaligus seolah  membelakangkan Muhyiddin.
Bagi  kebanyakan penyokong PR, Rosmah dianggap menghina Islam apabila menjadi  penaung Festival Busana Muslim yang diadakan di Monte Carlo, Monaco yang  memperagakan ‘busana muslim’ memaparkan nama Nabi Muhammad dalam  keadaan terbalik dan mendedahkan aurat wanita.
RM100,000 satu malam bilik hotel
Sementara  itu dalam satu ceramah di Taman Bolton, Gombak Isnin lalu, Timbalan  PKR, Azmin Ali mendedahkan Rosmah dikatakan telah menginap di Hotel  Atlantis, Dubai yang menelan belanja sebanyak 120,000 dirham atau  kira-kira RM100,000 untuk satu malam.
Kontroversi  tidak putus melibatkan Rosmah juga mungkin menambah rumitkan Najib  apabila kos perbelanjaan isterinya itu ke luar negara dikatakan  mempunyai signifikan terhadap peningkatan 40 peratus peruntukkan  perbelanjaan lawatan JPM ke luar negara seperti yang diumumkan dalam  parlimen tahun lalu.
 Keputusan  Najib dalam belanjawan 2011 yang memperuntukan sejumlah RM111 juta bagi  Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isterinya sebelum ini telah  mendapat bantahan keras dari ahli-ahli parlimen blok pembangkang.
Keputusan  Najib dalam belanjawan 2011 yang memperuntukan sejumlah RM111 juta bagi  Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isterinya sebelum ini telah  mendapat bantahan keras dari ahli-ahli parlimen blok pembangkang.Bagaimanapun  tidak dapat dipastikan samada keputusan-keputusan Najib yang menyentuh  isterinya itu dibuat berdasarkan nasihat yang diberikan oleh  penasihat-penasihatnya termasuk syarikat penasihat komunikasinya yang  penuh kontroversi itu atau pun terpaksa menolak nasihat tersebut bagi  memberi laluan kepada isterinya itu
Posted by Beduk Canang
 
 
No comments:
Post a Comment