PENDEDAHAN XCLUSIF!!! FIRST LADY oF MALAYSIA - F.L.O.M !!
 BAHAGIAN F.L.O.M.(First Lady Of Malaysia Division)
Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod 
Pegawai Khas 
Saleha binti Mohd Rabani 
Pembantu Peribadi 
G. Vimala 
Pen. Pegawai Tugas Khas 
Siti Zaiton binti Abdul Ghani 
Pembantu Peribadi 
Rizal bin Mansor 
Pen. Pegawai Tugas Khas 
Nurul Rosemiemmy binti Khasimi@Mohamed 
Pen. Pegawai Tugas Khas 
FIRST LADY oF MALAYSIA - F.L.O.M
Kegilaan ini harus ditamatkan segera!!
Siapakah  sebenarnya 'First Lady' dalam negara sistem raja berpelembagaan?  Bukankah ianya hak milik kepada YTM Permaisuri Agong?? 
Satu  persoalan yang kerap ditanya-tanya dan jawapan sebenar masih kelabu.  Tetapi sejauh mana kelabunya jawapan kepada persoalan siapakah Wanita  Pertama Negara, ia tidak pernah menjadi satu kebenaran untuk digunakan  samada secara rasmi ataupun tidak rasmi ke atas sesiapa sahaja dalam  negara ini waima isteri kepada Perdana Menteri. 
Apabila istilah 'First Lady' ini digunakan walaupun secara tidak rasmi, ia satu pengkhianatan ke atas institusi Agong. Apatah lagi jika istilah tersebut digunakan secara rasmi, pasti si 'pencuri' istilah diraja itu harus dihukum dan dibuang negeri!
F.L.O.M  Divisyen - Apakah fungsinya bahagian ini apabila ia diletakkan sebaris  dengan bahagian lain dalam carta organisasi di bawah Jabatan Perdana  Menteri. Apakah ianya untuk 'menjaga' kebajikan isteri kepada Perdana  Menteri? 
Sepertimana  yang tertera dalam laman web rasmi Perdana Menteri Malaysia, FLOM  adalah satu penghinaan yang jelas bukan sahaja ke atas Tuanku Agong,  tetapi ia juga penghinaan dan penganiayaan terhadap seluruh rakyat  Malaysia apabila buat pertama kali dalam sejarah satu division  dibangunkan hanya semata-mata untuk pengurusan seorang isteri Perdana  Menteri. 
Ia  termasuklah mengurus untuk mendapatkan bajet-bajet yang tidak masuk  akal seperti berlangsungnya Sidang Kemuncak "First Ladies" yang  diadakan pada 11 hingga 13 Oktober tahun lalu di sebuah hotel terkemuka  negara. Apabila konvensyen yang dihadiri oleh kebanyakkan Wanita Pertama  negara-negara Afrika itu menelan belanja RM4.5 juta untuk period 3  hari, apakah ia masuk dek akal?
Tidak  cukup dengan PERMATA, peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat  Anak Permata Negara yang dinaungi isteri perdana menteri juga  disifatkan sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan  segelintir pihak. Apakah ianya berkait rapat dengan penubuhan FLOM dan  menjadi jalan kepada apa jua bentuk 'perniagaan'. Hapuskan kegilaan ini  segera!!
Dari  Tunku Abdul Rahman Putra sehinggalah kepada Paklah, belum pernah kita  dengar setiap isteri-isteri Perdana Menteri mempunyai satu pejabat rasmi  yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen. Bahagian  FLOM ini adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah  Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat  Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana. FLOM atau  nama panjangnya First Lady of Malaysia adalah sepatutnya disebut sebagai  Pejabat Isteri Perdana Menteri.
Hari  ini, ketika Najib mengarahkan rakyat marhein mengubah cara hidup dengan  mengurangkan pelbagai jenis subsidi sebagai isyarat, sepatutnya berasa  malu kerana membenarkan tertubuhnya sebuah pejabat Isteri Perdana  Menteri. Penubuhan FLOM Divisyen ini juga menunjukkan betapa urusan  pentadbiran negara sedikit sebanyak telah bercampur-aduk dengan perihal  rumah tangga. Adalah lebih baik Najib mengumumkan satu jawatan menteri  khas untuk isterinya.
Bilakah  FLOM ditubuhkan? Untuk pengetahuan semua, nama Prof. Dato' Hj. Khairil  Annas bin Jusoh cukup terkenal kerana terlibat dalam perjumpaan Saiful  Bukhari untuk memohon biasiswa di Pejabat Perdana Menteri. Anda melihat  nama Khairil Anas sebagai salah seorang pegawai tertinggi dalam carta  laman web JPM, tetapi adalah menjadi pelik apabila tidak seorang pun  perasan kewujudan FLOM yang cartanya sedikit atas dari kedudukan nama  Prof. Dato' Hj. Khairil Annas bin Jusoh sedangkan nama Khairil Anas  merupakan satu nama yang mempunyai kekerapan tinggi dalam enjin carian  ketika namanya meletup satu masa dulu.
Sehingga  hari ini, berapakah bajet yang telah dibelanjakan oleh FLOM tidak  diketahui. Untuk apa bajet dikeluarkan? Apa yang dibelanjakan? Adakah  ianya perlu dan berkepentingan? Sekadar mana keperluan Bahagian FLOM ini  relevan? Apakah penubuhan Bahagian FLOM ini menjadi punca akan  perbelanjaan dan peruntukkan untuk JPM jauh meningkat pada tahun ini ?? 
Justeru,  kita sebagai rakyat harus mendesak agar bahagian yang tidak perlu  seperti FLOM ini dibubarkan segera kerana tidak nampak akan keperluannya  untuk kepentingan negara, selain daripada suatu pembaziran yang  nyata. Kerajaan terpaksa menanggung pembayaran gaji yang  lumayan terhadap setiap staf-staf yang bekerja di bawah pentadbiran  bahagian FLOM. Ia termasuk juga gaji untuk pegawai-pegawai tertingginya  yang pasti ada yang mencecah belasan ribu. Semua pembayaran ini untuk  apa jika tidak untuk isteri Perdana Menteri dan kroninya?
Kepada  wartawan, sila jalankan tugas anda untuk membuat terjahan ke Pejabat  Bahagian FLOM di bawah Jabatan Perdana Menteri ini. Cuba tanya Najib  apakah fungsinya Department First Lady of Malaysia dan tanya sama  Rosmah, betulkah bajet FLOM melebihi bajet untuk pembangunan orang asli  dan pembangunan Islam di negara ini? Sedikit keberanian pasti mengubah  segala-galanya. Saya menunggu wartawan berani untuk memecah kebuntuan  FLOM!!
Last  but not least, mungkin ada yang bertanya, apakah kaitnya FLOM dengan  isteri Perdana Menteri? Mungkin ada yang mempersoalkan, benarkah FLOM  ini benar-benar ditubuhkan untuk Rosmah?  
Harap  sedikit lagi bersabar, akan saya bentangkan dalam satu lagi sesi  pendedahan Divisyen First Lady of Malaysia! FLOM belum berakhir di sini  dan akan diteruskan sehingga Department FLOM dibubarkan !!

 
 
No comments:
Post a Comment