WarkahDaily – Sungguh hebat Umno ni yang dikatakan mewakili suara orang Melayu di negara ini (pemimpin Umno kata, bila dah Melayu, maka dia adalah Islam) kerana ‘berjaya mentarbiahkan’ rakannya dalam Barisan Nasional (BN) iaitu MCA mengenal tentang Islam sehingga suara azan yang berkumandang di sebuah masjid di Pantai Dalam, Kuala Lumpur ingin dihentikan.
Alangkah beruntungnya orang yang mengundi Umno sehingga Umno berjaya ‘mentarbiah’ rakannya dari MCA untuk ‘menghormati’ Islam. Dapat saham tu!
Menurut satu surat yang tersebar secara meluas dalam portal dan blog-blog, sanga jelas, orang yang bertanggungjawab dalam hal ini ialah seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA dari Pantai Hill Park.
Menurut apa yang dilaporkan media baru, ahli MCA itu telah pun menulis surat secara rasmi kepada YAB Perdana Menteri, YB Datuk Raja Nong Chik, YB Major Datuk Seri Jamil Khir Baharom, YB Dato Seri Mohd Nazri, YB Tan Sri Koh Tsu Koon dan penasihat agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Mat Zain sebagai membantah suara azan yang berkumandang di Masjid Al-Ikhlasiah, Pantai Dalam sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.
Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar meminta pihak yang diutuskan surat bantahan itu menjelaskan situasi berkenaan samada mereka memberi respon kepada surat bantahan ahli MCA itu supaya merendahkan suara azan di masjid berkenaan.
Beliau juga meminta Jakim menjelaskan, siapakah yang telah memberi arahan supaya masjid berkenaan patuh dengan bantahan ahli MCA berkenaan.
Barua-barua Umno lidah bercabang yang terdiri daripada blogger-blogger murahan dan juga media-media arus perdana diam membisu dalam hal ini kerana ianya melibatkan rakan sebantal mereka dalam BN. Mereka ini akan dayus dan bacul bila berdepan dengan MCA. Tapi berani berkokok dan berdemonstrasi bila ianya menyentuh parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR). Hangpa memang hipokrit dan bacul!
Terdahulu pernah berlaku dalam perkara yang sama terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada September 2008 kerana dituduh meminta sebuah masjid di Puchong supaya menghentikan penggunaan pembesar suara ketika azan.
Tetapi beliau dibebaskan seminggu selepas penangkapannya dan menafikan dakwaan itu, malah ahli jawatankuasa masjid berkenaan turut mempertahankan Pengerusi DAP Selangor itu sambil berkata tiada permintaan seumpama itu.
Namun, barua-barua Umno keluar beramai-ramai berhimpun di masjid dan jalanan untuk berdemontrasi mengutuk pemimpin DAP itu. Yang tak pernah kenal masjid pun turut sama berhimpun di masjid, semuanya kerana hipokrit dan sebungkus nasi free.
Tetapi bila ianya melibatkan rakan sebantal mereka dari MCA, maka ianya dibiarkan berlaku sewenang-wenangnya. Memang patutlah PAS mengatakan Umno ni parti sekular yang cuba menghancurkan Islam walaupun mereka mengaku Islam.
Amat beruntung ahli-ahli Umno, pengundi-pengundi, ulamak muda Umno, ustaz-ustaz upahan Umno yang mengangkat Umno sebagai kerajaan. Sekarang, ‘kejayaan’ menjahanamkan Islam itu membuahkan hasil sejak dari 50 tahun lebih negara kita merdeka dan diperintah oleh kerajaan Umno-BN. Hasilnya, Islam ‘dijulang’ oleh rakan Umno yang bukan Islam. Tahniah bro!..
Bagi penulis WarkahDaily, ianya memang satu kejayaan yang besar bagi Umno kerana memang itu agenda Umno selama ini tetapi ianya menjadi petaka yang dahsyat bagi umat Islam di Malaysia.
Dalam Pakatan Rakyat (PR), PAS berjaya membawa dimensi baru bagi bukan Islam terhadap Islam. Rakan PAS, DAP bukan sahaja berusaha untuk mencontohi Khalifah Umar Abd Aziz, bahkan ada yang menjadikan ayat-ayat Allah sebagai panduan percakapan untuk mengajak manusia ke arah kebaikan. Sungguh berbeza sekali dengan apa yang dilakukan Umno.
Sekarang, mana suara ulamak muda Umno yang sanggup bersekongkol dengan Umno kerana mendakwa untuk berjuang Islam bersama Umno?
Kepada pengundi Umno, penulis mengucap tahniah atas keberkesanan undi yang anda pilih dalam pilihanraya. Di sinilah letaknya dosa dan pahala atas setiap undi yang kita pilih.
No comments:
Post a Comment