Thursday, January 13, 2011

Najib perlu sedar, negara akan muflis jika kerajaan pimpinannya terus memerintah

WarkahDaily – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya menerima kenyataan bahawa negara kita dalam keadaan kritikal sekarang ini yang bakal berhadapan dengan muflis.

Tapi beliau perlu ingat, perkara itu boleh dihalang dengan pengunduran kerajaan BN daripada tampuk pemerintahan negara kerana keadaan yang sebenar, kepimpinan kerajaan beliau sekarang ini yang tidak cekap dan suka berhutang sehingga membawa padah kepada kestabilan ekonomi negara.

Sebelum itu, Najib membuat tuduhan melulu kononnya Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat (PR) akan memufliskan negara. Namun tuduhan Najib tanpa memberi fakta yang sahih itu telah memakan diri apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar telah membalas tuduhan dengan mencabar Najib berdebat secara terbuka berkaitan isu itu.

Dalam kenyataan media semalam, Anwar menegaskan, tuduhan Pelan 100 Hari PR akan memufliskan negara adalah tidak benar kerana negara kita memang sedang menuju ke arah muflis sekiranya kerajaan Umno-BN berterusan dengan polisi berhutang sewenang-wenangnya.

Menurut Anwar, sebenarnya hutang negara bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 bilion atau 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50 peratus buat pertama kali dalam sejarah negara.

“Tabiat berhutang ini akan membebankan generasi akan datang adalah amat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat,” katanya.

Tegas Anwar lagi, ketirisan wang yang berlaku setiap tahun yang dianggarkan berjumlah RM51 bilion adalah terlalu banyak jika dibandingkan dengan kos RM19.2 bilion untuk menjayakan Pelan 100 Hari PR.

Jadi Najib perlu sedar, negara akan muflis jika kerajaan BN terus memerintah negara ini. Bukti jelas ada bersama laporan Ketua Audit negara yang dikeluarkan tahun lepas. Jadi usah pesongkan pengetahuan rakyat dengan tuduhan tidak berasas tanpa bukti. Kalau betul apa yang beliau jangkakan, cuba jawab cabaran debat terbuka Anwar!

No comments: