Penantian selama 36 jam Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim supaya Najib Altantuya berdebat dengannya mengenai Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat, akhirnya terjawab hari ini!
Najib Altantuya tidak mahu berdebat dengan Anwar. Noktah.
Alasan dangkal Najib Altantuya debat tidak membawa apa-apa manfaat kepada negara sebenarnya hanyalah dalih supaya program tersebut tidak diadakan!
Masakan tidak, sekiranya Najib Altantuya benar-benar mahu memperjuangkan nasib rakyat Malaysia dan menangkis segala tohmahan yang dilontarkan kepadanya, sudah lama dia sepatutnya memberi persetujuan!
Dan lagi, Najib Altantuya dapat merasakan bahawa Anwar akan menyerang habis-habisan dengan fakta dan bukti yang kukuh serta tidak takut disoal berkenaan dakwaannya Najib Altantuya mengupah perunding Zionis Israel, APCO Worldwide yang banyak menimbulkan masalah terutama dari sudut keselamatan negara.
Malahan pula, Najib Altantuya bimbang imej Barisan Najis akan terjejas teruk sekiranya apa-apa soal balas yang diajukan Anwar tidak dapat dijawab dengan jelas dan sarat dengan fakta.
Inilah penyebab sebenarnya mengapa Perdana Menteri Malaysia keenam ini berdolak-dalik membisu tentang cabaran Anwar semalam!
Apa yang terdaya dikatakan hanyalah membiarkan rakyat menjadi penentu kepada apa saja cadangan dan manfaat buat rakyat seperti yang terkandung dalam Buku Jingga yang dilancarkan semasa Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 di Kepala Batas, 19 Disember tahun lalu.
Sekiranya inilah keputusan muktamad Najib Altantuya, bermakna terlepas lagi peluang rakyat Malaysia menyaksikan dua pemimpin tertinggi negara buat pertama kali dalam sejarah berdebat secara langsung di televisyen.
Dan lebih malang lagi, Najib Altantuya hanya memperlihatkan sikap "menafi dan defensif" yang sebenarnya menjerumus Barisan Najis ke kancah lebih parah.
Imej Barisan Najis yang sememangnya sudah tercalar akan lebih teruk keadaannya disebabkan sikap ketidak terbukaan Najib Altantuya berlapang dada menerima segala kritikan yang dilontarkan kepadanya dan kerajaan.
Persepsi rakyat kini pula makin kritikal buat Barisan Najis amnya kerana pemimpin tertingginya tidak berupaya berdebat untuk kepentingan mereka!
Wajarlah Barisan Najis dan dia sendiri ditolak bulat-bulat oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang jika beginilah sikap terus-terusan menafi dan mendiamkan diri dilakukan Najib Altantuya!
Tepuk dada, tanyalah iman!/Jalan Pulang
Pelan 100 hari pembangkang, biar rakyat tentukan - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beliau berhubung ‘Pelan 100 hari’ pembangkang.
Perdana Menteri berkata, yang penting ialah penilaian daripada rakyat dan biar rakyat yang menentukannya.
"Kalau nak debat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu. Saya tak nampak ada hasil, yang penting sekali ialah penilaian daripada rakyat,” katanya kepada pemberita di Seri Perdana di sini hari ini selepas majlis ramah mesra meraikan skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki pada bulan lepas.
Najib berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran Anwar untuk berdebat dengan beliau berhubung ‘Pelan 100 hari’ pakatan pembangkang jika mereka menang pada pilihan raya umum ke-13 dengan menjanjikan antara lainnya pemansuhan tol dan kenaikan elaun untuk guru.
Sebelum ini, Perdana Menteri dan ramai pakar ekonomi menyifatkan pelan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan negara muflis.
No comments:
Post a Comment