Rosmah (1st Lady Of Malaysia) sewa hotel RM100, 000 satu malam di Dubai

Di   kala Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak menyarankan kepada  rakyat  agar mengubah cara hidup bagi mengurangkan kesan terhadap  kenaikkan  harga barangan, isteri kesayangan Perdana Menteri, Datin  Rosmah Mansor  bermewah - mewahan bagai isteri jutawan minyak dari Arab  Saudi,  mengamalkan gaya hidup mengalahkan selebriti Amerika apabila  memilih  untuk bermalam di sebuah hotel terkemuka di Dubai dengan kadar  sewa RM  100, 000 untuk satu malam.
 Beginikah   seorang pemimpin yang benar-benar mahu memperjuangkan nasib rakyat?   Bila kehendak rakyat diminta untuk diperjuangkan, alasan Najib "Negara   akan bankrap". Bila Najib ingin menamatkan subsidi petrol untuk rakyat,   alasan yang sama juga digunakan "Sekiranya subsidi untuk rakyat   diteruskan, negara akan bangkrap pada tahun 2019".
Beginikah   seorang pemimpin yang benar-benar mahu memperjuangkan nasib rakyat?   Bila kehendak rakyat diminta untuk diperjuangkan, alasan Najib "Negara   akan bankrap". Bila Najib ingin menamatkan subsidi petrol untuk rakyat,   alasan yang sama juga digunakan "Sekiranya subsidi untuk rakyat   diteruskan, negara akan bangkrap pada tahun 2019".Mintak turun harga minyak, "Tak boleh nanti negara bangkrap", PKR ingin beri kenaikan gaji guru Rm 500 sebulan "PR beri idea yang tak realistik, kalau buat begitu negara akan bangkrap", Pakatan Rakyat ingin beri air percuma kepada rakyat "PR tak pandai ekonomi, kalau bagi air percuma nanti Selangor akan bangkrap". Bila isu dibangkitkan untuk memperjuangkan nasib rakyat, alasan Najib untuk menolak pastinya "Negara akan bangkrap".
Rakyat   disuruh oleh Najib untuk mengubah gaya hidup, jaga perbelanjaan   keluarga, isteri, anak dan kurangkan pembaziran kerana harga barang   semakin meningkat. Rakyat bawahan disuruh kurangkan pembaziran, disuruh   ikat perut, disuruh tahan lapar, kurangkan gula, kurangkan kolesterol,   kurangkan penggunaan telefon kerana semuanya naik harga. Tapi isteri sendiri menghabiskan RM 100, 000 satu malam sekadar untuk menyewa hotel paling mahal di dunia. 
Perbelanjaan   Najib menggunakan wang negara di luar negara sepanjang tempoh 19 bulan   atau 588 hari menjadi Perdana Menteri juga kini sudah mencecah   RM8,724,894.91 bermakna RM31,840.50 sehari [Utusan].   Lihatlah, dalam masa sehari sahaja Najib menghabiskan wang negara  lebih  banyak daripada duit gaji rasminya selama sebulan iaitu sebanyak  RM  22826.65 [Utusan]. 
 
 
No comments:
Post a Comment