Membalas kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga merangkap Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin dalam laporan SINCHEW DIGEST pada hari ini (3 Jan) yang mendakwa seolah kerajaan tiada kemampuan untuk membiayai kos pembaikan RM30 juta buat setiap 300 buah sekolah usang yang kini telah diklasifikasikan sebagai "menghadapi risiko keruntuhan", adalah sesuatu yang amat memeranjatkan.

Kenyataan TPM ini seolah mengiyakan sikap tidak ikhlas kerajaan lanun UMNO-BN selama ini apabila dengan awal-awal lagi hanya memperuntukkan RM6 billion buat Pembangunan berbanding RM29 billion buat menanggung kos Pengurusan Kementerian Pelajaran. Ini bermakna, kerajaan lanun UMNO-BN memang tidak pernah merancang untuk menyelamatkan sekolah-sekolah usang ini, walaupun sedia tahu ianya melibatkan keselamatan dan nyawa anak-anak serta guru-guru kita.
Saya yakin, jika ketirisan berjumlah RM340 bilion, iaitu sebanyak RM100 bilion telah berlaku sepanjang 22 tahun di era Mahathir, dan ketirisan RM240 bilion sepanjang lima tahun pemerintahan PM berikutnya seperti yang dilapor Barry Wain (gambar bawah) dapat dikawal dan dikesan semula, pastinya masalah kekurangan peruntukan ini tidak akan berlaku.
No comments:
Post a Comment