 KEMAMAN   15 JAN : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap PAS   adalah parti yang lebih baik daripada Umno dalam memperjuangkan nasib   orang Melayu secara keseluruhan berbanding Umno yang hanya   memperjuangkan  kepimpinan serta segelintir golongan kroni mereka.
KEMAMAN   15 JAN : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap PAS   adalah parti yang lebih baik daripada Umno dalam memperjuangkan nasib   orang Melayu secara keseluruhan berbanding Umno yang hanya   memperjuangkan  kepimpinan serta segelintir golongan kroni mereka.Anwar menyatakan Umno hanya mampu kembali kepada retorik ketuanan Melayu untuk menarik sokongan pengundi Melayu setelah melihat betapa pentadbiran berkesan Pakatan Rakyat di beberapa negeri.
PAS lebih konsisten dalam hal Melayu (berbanding Umno) kerana bila PAS membicarakan hal ini, melibatkan kepentingan masyarakat Melayu dan juga kepentingan Islam di negara ini.
Rakyat tidak harus terpedaya dengan dakyah baru (Umno ini)," kata Anwar dalam Pidato Khas selepas Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat! PAS ganti UMNO di Kampung Geliga Kecil di sini hari ini.
Himpunan  Kebangkitan Rakyat hari ini  mengumpulkan hampir 10 ribu rakyat dari  seluruh Terengganu dan negeri  lain untuk memberi sokongan dalam proses  memulakan gelombang rakyat bagi  menumpaskan UMNO BN dalam pilihan raya  akan datang.
Umno melalui media  kawalannya kini  sering bertindak menyebarkan cerita bahawa kedudukan  orang Melayu bakal  terjejas jika Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.
Anwar  mengingatkan rakyat Terengganu  agar bersedia untuk melakukan perubahan  setelah mendapat penerangan dan  melihat sendiri kedudukan mereka di  sisi Umno.
"Yang mahu kita tonjolkan  ialah orang  Melayu ramai yang miskin dan susah bukan hanya kayakan  segelintir kroni.  Tapi bila (UMNO) terdesak, mereka panggil semula  Melayu ini. 
"Negara kita baik dari  segi politiknya,  rumit. Persaingan kaum. UMNO tiada pilihan lain selain  merujuk semula  pada ketuanan Melayu." tegas Anwar.
 
 
No comments:
Post a Comment