Sunday, January 30, 2011

Apakan hujan dan banjir ni 'bantuan dari langit' untuk PAS



Ramai yang kata sebelum ni kalau peratus keluar mengundi di bawah 75%, calon PAS ada peluang untuk menang dalam PRK kali ni. Kalau peratus melebihi 80%, maknanya Umno berjaya memujuk orang yang kurang minat untuk keluar mengundi, keluar untuk mengundi calon BN. Ataupun Umno berjaya menyusup hantu untuk turut sama mengundi.

Malaysiakini melaporkan:
Calon PAS berpeluang merampas kerusi DUN Tenang jika sekurang-kurangnya 75 peratus pemilih berdaftar keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Ahad ini, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman.

Katanya, berdasarkan beberapa perkembangan baru yang diperolehinya, calon PAS serta jentera Pakatan Rakyat berjaya mendapat reaksi “positif” khususnya di kawasan perkampungan tradisi dan di masyarakat Felda yang sebelum ini sukar ditembusi. - Mkini
Hujan lebat dan banjir di Tenang pastinya akan mengurangkan peratus keluar mengundi. Apakah hujan dan banjir ni rahmat untuk PAS. Apa kah hujan dan banjir ni satu bentuk bantuan dari langit untuk PAS. Apakah hujan dan banjir ni satu 'keajaiban' untuk PAS di PRK Tenang?

Semua persoalan tu akan terjawab malam ni bila keputusan diumumkan.

Pusat Pengundian Ditutup. PR Bimbang Banjir Dimanipulasikan BN


Pilihanraya N05 Tenang akan tamat 30 minit lagi. Keadaan hujaan masih turun dan beberapa tempat telah dinaiki air sehingga sedalam 1 meter seperti laluan dari Labis ke kg Paya Merah.

Jalan menghala ke Segamat telah ditutup kerana ditenggelami air.

Bot dan trak lima tan milik tentera dan bomba digunakan untuk membawa pengundi ke SMK Kamarul Ariffin selepas hujan di tempat itu kembali lebat. Terdapat juga kereta-kereta yang "tersangkut" di dalam banjir.


LAPORAN LANGSUNG

5.00pm: Kesemua 12 pusat pembuangan undi di Tenang ditutup pada jam 5 petang.


Pakatan Rakyat bimbang keadaan banjir dimanipulasi BN

Banjir yang berlaku di merata-rata kawasan di sekitar sekitar Dun Tenang dibimbangi akan dimanipulasi oleh Barisan Nasional melalui jentera kerajaan seperti Pertahanan Awam (JPA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Bomba.

Setiausaha Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Zabidie Abas berkata keadaan itu boleh dimanipulasi kerana agensi kerajaan itu ditugaskan untuk membawa pengundi ke pusat-pusat pengundian akibat banjir.

“Kita bimbang sekiranya perkara ini berlaku kerana Barisan Nasional mempunyai akses (kepada pengundi), sementara kita (Pakatan Rakyat) tidak dapat memberikan sentuhan terakhir kepada para pengundi,” katanya...


4.29pm: Sehingga jam 4 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 68.68% atau 10,133.










Calon PAS Di Pusat Pembuangan Undi


Bantuan angkut pengundi tidak adil


Hujan lebat sepanjang hari Tenang telah mengakibatkan banyak kawasan di luar bandar ditenggelami banjir dan beberapa pusat pengundian terputus hubungan.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengundi Cina - yang menjadi bank undi Pakatan - tidak dapat keluar mengundi.

Walaupun pasukan polis, tentera, jabatan pertahanan awam dan berbagai agensi kerajaan telah dikerah membantu membawa penduduk ke pusat pengundian, tetapi pemimpin Pakatan mengadnu ia tidak dilakukan secara adil.

Mereka mendakwa lebih banyak kemudahan pengangkutan dikerah ke kawasan Felda - yang merupakan penyokong kuat BN.

"Mengapa tidak ada bot untuk membawa majoriti pengundi di bandar Labis yang ditenggelami banjir tetapi Felda mendapat semua bot polis dan bomba?" soal ketua publisiti DAP, Tony Pua dalam twitternya.

Menurutnya, kegagalan untuk menyediakan bot dan lori yang cukup, dan diagihkan secara adil di semua daerah pengundian, akan menjejaskan keputusan pilihan raya kecil ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Tony berkata pihak polis dan tentera seharusnya tidak hanya memberi bantuan ke tempat-tempat tertentu sahaja kerana banjir berlaku di semua kawasan pilihanraya.

Sekurang-kurangnya dua pusat pengundian - SMK Kamarul Ariffin dan dewan serbaguna Kampung Paya Merah di bandar Labis - terputus hubungan kerana teruk dilanda banjir sekitar jam 2.30 petang tadi.

Kedua-duanya masing-masing merupakan pusat pengundian bagi Bandar labis Tengah dan Bandar Labis Timur yang didominasikan pengundi Cina dan dimenangi PAS dalam dalam pilihan raya umum.

Daripada 12 daerah mengundi, PAS hanya memenangi di tiga daerah majoriti pengundi Cina pada 2008.

Menurut ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching, kadar pengundian tersebut hanya mencecah 20 peratus pada jam 1 tengaharai tadi, berbanding dengan 50 peratus pengundian di kawasan majoriti Melayu di Felda.

BN memperolehi 80 peratus undi di tiga penempatan Felda dalam pilihanraya umum lalu.

Dalam twitternya, Teoh memberi beberapa nombor telefon dan meminta pengundi Cina untuk menghubungi mereka untuk dibawa ke pusat pengundian.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dilaporkan berkata tempoh pengundian tidak akan dilanjut.

Walaupun beberapa jalan ke pusat pengundian terputus kerana banjir, pelbagai agensi kerajaan dikerah membantu menghantar pengundi ke pusat-pusat tersebut, kata Abdul Aziz.

Di bawah undang-undang sekarang, tempoh pengundian tidak boleh dilanjutkan, kata timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Wan Ahmad Omar

Lagi Suasana Di DUN Tenang...

Jam 1.19 pm - Cikgu Mala tiba di pusat mengundi Dewan Bola Jaring JKKK Labis melihat proses pembuangan undi di situ.

























Gambar dipetik daripada PAS JB