Oleh N. SURENDRAN
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Saya merujuk kepada wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan di TV3 semalam yang bertuju an   untuk memesongkan fakta di dalam Akuan Bersumpah beliau bertarikh 18   Jun 2008. Akuan Bersumpah tersebut telah mendedahkan dakwaan serius   terhadap Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin   Sri Rosmah Mansor.
an   untuk memesongkan fakta di dalam Akuan Bersumpah beliau bertarikh 18   Jun 2008. Akuan Bersumpah tersebut telah mendedahkan dakwaan serius   terhadap Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin   Sri Rosmah Mansor.
 an   untuk memesongkan fakta di dalam Akuan Bersumpah beliau bertarikh 18   Jun 2008. Akuan Bersumpah tersebut telah mendedahkan dakwaan serius   terhadap Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin   Sri Rosmah Mansor.
an   untuk memesongkan fakta di dalam Akuan Bersumpah beliau bertarikh 18   Jun 2008. Akuan Bersumpah tersebut telah mendedahkan dakwaan serius   terhadap Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin   Sri Rosmah Mansor.Kenyataan Raja Petra  semalam  yang dibuat tiga tahun selepas Akuan  Bersumpah tersebut  kelihatan tidak  begitu penting dan kurang bernilai. Satu-satu Akuan  Bersumpah perlu  dibaca dan ditafsirkan berdasarkan kandungan  sepenuhnya. 
Wawancara  televisyen tidak sedikit pun menjejaskan  isi atau kebenaran kandungan  Akuan Bersumpah, melainkan wujud bukti  berlakunya tekanan yang mana  ianya tidak berlaku dalam kes ini. 
Adalah  penting  untuk dinyatakan bahawa Raja Petra telah mengesahkan Akuan  Bersumpah  beliau pada 18 Jun 2008 di mana beliau telah dimaklumkan oleh  "sumber  yang boleh dipercayai" berkenaan perkara ini.
Apa yang lebih mustahak adalah tiada penjelasan yang memuaskan dari Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib atau pihak Kerajaan berkaitan dakwaan oleh akhbar Liberation yang berpengkalan di Perancis tentang
kaitan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu dan penjualan tiga buah kapal selam oleh syarikat Amaris dari Perancis kepada kerajaan Malaysia.
Pada ketika itu, Najib merupakan Menteri   Pertahanan dan bertanggungjawab ke atas pembelian tersebut. Persoalan   ini adalah sangat mustahak dalam konteks kepentingan awam.
Juga tiada sebarang penjelasan yang jelas tentang mengapa syarikat Perimekar dari Malaysia menerima bayaran €114 juta dari urusan pembelian kapal selam.
Juga tiada sebarang penjelasan yang jelas tentang mengapa syarikat Perimekar dari Malaysia menerima bayaran €114 juta dari urusan pembelian kapal selam.
Urusan pembelian tersebut kini di dalam siasatan di Perancis kerana dipercayai melibatkan unsur rasuah. 
Adalah   mengecewakan manakala pihak Perancis giat meneruskan siasatan ke atas   perkara ini, namun di Malaysia ianya kelihatan 'disapu ke bawah   permaidani'. 
Dakwaan dan isu yang  menyelubunginya  adalah sangat serius dan sewajarnya ditubuhkan satu  Suruhanjaya Diraja  untuk melakukan siasatan.
 
 
No comments:
Post a Comment