Kalau Datuk Najib tidak sayang Puteri, siapa nak cari pengundi Melayu muda.
SHAH ALAM: Bekas orang nombor satu Puteri Umno hari ini mendedahkan Tun Rafidah Aziz menentang penubuhan sayap Umno itu.Datuk Seri Azalina Othman Said juga mendakwa mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga cuba mengekang penubuhan Puteri Umno.
Azalina berkata,“ maklumlah Pak Lah lebih sayang kepada Khairy (Jamaluddin), menantunya.”
Katanya, hanya mantan perdana menteri. Tun Dr Mahathir Mohomad yang menyokong Puteri Umno.
“Mereka mempersoalkan mengapa mesti ada Puteri sedangkan sudah ada Wanita Umno.
“Ketua bahagian dan ketua cawangan pun tidak sokong Puteri Umno.
“Kalau Datuk Najib (Tun Razak) tidak sayang Puteri, siapa nak cari pengundi Melayu muda,? katanya di majlis bicara tokoh anjuran Puteri Umno Selangor hari ini.
Azalina berkata, beliau yang paling dibenci oleh pergerakan Wanita Umno ekoran penubuhan Puteri Umno,
Bagaimanapun, katanya beliau menjadi ketua Puteri Umno yang pertama pada 2001 kerana dipilih oleh Dr Mahathir.
Beliau juga mendakwa ahli Puteri yang sudah habis tempoh iaitu mencapai usia 35 tahun tidak diterima di peringkat Wanita.
“Yang dapat jawatan ketua bahagian saya seorang saja,” kata Ketua Umno Pengerang itu.
No comments:
Post a Comment