Setelah  melalui tempoh kempen  memeritkan sejak 10 hari lalu, pengundi akan  membuat keputusan di peti  undi dalam pilihan raya negeri ke-10.
Sejumlah 213 orang calon bertanding bagi merebut 10 kerusi yang dipertandingkan kali ini.
Pertandingan   kali ini tetap berlangsung di antara BN dan Pakatan rakyat walau   terdapat pelbagai parti pembangkang dan calon bebas yang mengambil   bahagian.
Kempen sebelum ini   menyaksikan ketua menterinyna Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang menjawat   jawatan itu sejak tiga dekad lalu, menjadi sasaran utama Pakatan Rakyat   manakala BN terus menggunakan isu pembangunan dalam kempennya.
Pemerhati menjangkakan Pakatan akan berjaya mendapat sokongan lebih besar kali ini, berdasarkan faktor anti-Taib.
Taib Mahmud yang bertanding bagi penggal ketiganya mengetuai BN untuk bertanding di kesemua 71 kerusi.
 Parti   PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti  komponen  BN yang lain masing-masing 9  untuk PRS dan 8 kerusi bagi  SPDP.
Parti   PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti  komponen  BN yang lain masing-masing 9  untuk PRS dan 8 kerusi bagi  SPDP.Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).
Secara keseluruhannya 41 orang calon lagi bertanding sebagai calon bebas.
Daripada   jumlah itu, berlaku pertandingan satu lawan satu di 27 kerusi,   pertandingan tiga penjuru di 23 kerusi, 17 (empat penjuru) , dua (lima   penjuru dan dua kerusi berdepan pertandingan enam penjuru.
Perhatian ditumpukan kepada 28 kerusi   yang telah dikenalpasi berlaku persaingan sengit di antara BN dan   Pakatan yang meletakkan sasaran untuk menghalang peluang BN meraih   majoriti dua pertiga.
Pakatan mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 24 kerusi. 
Kawasan   DUN yang mempunyai jumlah pengundi paling besar ialah Pending (29,498   pengundi) manakal jumlah yang paling kecil di Ba' Kelalan (6,958) 
Pusat   pengundian dibuka pada 8 pagi dan akan ditutup pada 5.30 petang.   Keputusan tidak rasmi dijangka akan dapat diketahui bermula 6 petang. 
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan rasmi akan dapat diketahui menjelang jam 8 malam. 
Bagaimanapun   pusat pengundian di luar bandar dengan jumlah pengundi yang kecil   dijangka akan ditutup menjelang 11.30 pagi. Keputusan tidak rasmi bagi   kawasan ini dijangka akan diketahui lebih awal. -M'kini

 
 
No comments:
Post a Comment