8am: Semua pusat pengundian dibuka.
Pengundi  mula membuang undi di kesemua 1,748 pusat pengundian di seluruh negeri.  Proses pengundian ini dijalankan secara berperingkat-peringkat dan  pusat pengundian termasuk sekolah, rumah panjang dan pusat komuniti  digunakan sebagai pusat pengundian.
SPR menjangkakan jumlah keluar mengundi akan mencecah 75 peratus.
Barisan  Nasional diramal tumbang di Sarawak dengan hanya memenangi 21 daripada  71 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya negeri itu, 16 April  ini.
Malah, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga diramalkan kalah dikerusi yang dipertahankannya di DUN Balingian. Demikian  hasil satu kaji selidik yang dilakukan Zentrum Future Studies, satu  pusat penyelidikan bebas yang meramalkan isu sosial, politik dan ekonomi  di masa depan.
Menurut  hasil kajian tersebut, Pakatan Rakyat diramal berjaya memperoleh 31  kerusi, bebas 4 kerusi dan Parti Kebangsaan Sarawak, yang juga menentang  BN sebanyak 15 kerusi dalam pilihan raya kali ini.
Kajian  tersebut juga mendapati, Taib Mahmud hanya memperoleh 34 peratus  sokongan di DUN Balingian, berbanding lawannya, Datuk Salleh Jafaruddin,  yang juga sepupunya sendiri iaitu sebanyak 38 peratus.
Dalam  perebutan kerusi yang sama juga menyaksikan calon KEADILAN, Suriati  Abdullah dijangka menerima sekurangnya 28 peratus sokongan.
Dari  segi Persepsi kepercayaan politik mengikut kaum pula, Pakatan berjaya  meraih sokongan dari kaum Melayu dan Melanau dengan meraih 40 peratus  sokongan, SNAP dengan 10 peratus dan masing-masing Parti Cinta Malaysia  (PCM) dan bebas hanya satu peratus.
Data  dari statistik itu juga menunjukkan BN ditinggalkan jauh di tempat  kedua oleh Pakatan yang memperolehi 46 peratus sokongan masyarakat cina  dan BN dengan 34 peratus.
SNAP  sebuah parti kaum Dayak di Sarawak pula mengungguli sokongan kaum Iban  apabila dijangkakan mampu meraih sokongan sebanyak 38 peratus manakala  Pakatan di tempat kedua dengan 32 peratus.
BN  yang mengekori di tempat ke tiga bagi persepsi sokongan kaum yang sama  pada ketika ini meraih sebanyak 23 peratus sokongan dan bebas dengan  tujuh peratus.
Pakatan  sekali lagi meraih populariti tinggi apabila diramalkan menerima  sokongan terbanyak di kalangan pengundi kaum Bidayuh dengan 40 peratus  manakala SNAP mengekori rapat di tempat ke dua dengan 38 peratus.
Menurut  hasil kajian PRN Sarawak prediksi period 1 itu lagi, Pakatan pula  memperolehi 36 peratus dan SNAP pula sebanyak 10 peratus juga bagi  masyarakat Orang Ulu.

 
 
No comments:
Post a Comment