Seramai 979,796 pemilih berdaftar di Sarawak akan mengundi memilih 213 calon untuk mengisi 71 kerusi DUN.
Sejumlah 1,749 pusat pengundian  dibuka di sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan dewan serbaguna -  mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini.
Pertandingan kali ini dilihat  sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat walau terdapat parti  lain dan calon bebas yang turut bertanding.
Kempen sebelum ini menyaksikan  ketua menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang memegang jawatan itu  sejak tiga dekad lalu, menjadi sasaran utama Pakatan manakala BN terus  menggunakan isu pembangunan dalam kempennya.
Pemerhati menjangkakan Pakatan  akan berjaya mendapat sokongan lebih besar kali ini, berdasarkan faktor  anti-Taib. Taib Mahmud yang bertanding bagi penggal ketiganya mengetuai  BN yang bertanding di kesemua kerusi.
Parti PBB yang diketuai Taib  bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain  masing-masing SUPP (19), PRS (9) dan SPDP pula bertanding di lapan  kerusi. Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15),  PCM (6), PAS (5).
Sebelum dibubarkan, BN menguasai  63 daripada 71 kerusi di DUN Sarawak, iaitu PBB (35), SUPP (12), PRS  (8) dan SPDP (8). Manakala DAP mewakili enam kerusi dan PKR satu kerusi.  Satu lagi kerusi diwakili oleh PCM.
Dalam pilihan raya negeri kali  ini, secara keseluruhannya 41 orang calon lagi bertanding sebagai calon  bebas. Daripada jumlah itu, berlaku pertandingan satu lawan satu di 27  kerusi, pertandingan tiga penjuru di 23 kerusi, 17 (empat penjuru) , dua  (lima penjuru dan dua kerusi berdepan pertandingan enam penjuru.
Perhatian ditumpukan kepada 28  kerusi yang telah dikenalpasti berlaku persaingan sengit di antara BN  dan Pakatan yang meletakkan sasaran untuk menghalang peluang BN meraih  majoriti dua pertiga. Pakatan mensasarkan untuk memenangi  sekurang-kurangnya 24 kerusi. Kawasan DUN yang mempunyai jumlah pengundi  paling besar ialah Pending (29,498 pengundi) manakal jumlah yang paling  kecil di Ba' Kelalan (6,958)
Pusat pengundian dibuka pada 8  pagi dan akan ditutup pada 5.30 petang. Keputusan tidak rasmi dijangka  akan dapat diketahui bermula 6 petang.
Menurut Suruhanjaya Pilihan  Raya, keputusan rasmi akan dapat diketahui menjelang jam 8  malam. Bagaimanapun pusat pengundian di luar bandar dengan jumlah  pengundi yang kecil dijangka akan ditutup menjelang 11.30 pagi.  Keputusan tidak rasmi bagi kawasan ini dijangka akan diketahui lebih  awal.
M/insider

 
 
No comments:
Post a Comment