Bangsa Yahudi inilah yang pernah cuba membunuh Rasul-Rasul yang dilantik oleh Allah termasuklah Rasulullah, Muhammad s.a.w Mereka jugalah yang cuba memecahbelahkan umat Islam dalam peristiwa Masjid Dhirar dan Perang Ahzab
Bangsa Yahudi ini telah menghafal sejarah pengusiran mereka dari yang berentetan di seluruh dunia. Mereka bukan sahaja pernah diusir dari tanah arab ataupun Baitulmaqdis. Malah dalam pemerintahan Kerajaan selain dari Islam pun mereka pernah diusir dan dihalau dengan penuh penghinaan.
Merujuk kepada penulisan Dr Abdul Rahman dalam artikelnya yang bertajuk "Tahukah Anda Yahudi Suka Dicemuh" beliau telah menyenaraikan sejarah pengusiran kaum Yahudi di luar wilayah tanah Arab;
* Di England, King Edward telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada 1290.
* Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.
* Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada 1582.
* Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.
* Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.
* Di Austria, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada 1420.
* Di Belanda, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.
* Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.
* Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.
* Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.
Sikap merekalah yang menjadi punca kepada apa yang berlaku pada mereka itu. Malah mereka juga telah merosakkan Kitab Taurat dan mentafsirkan dengan sesuka hati. Kitab Taurat ditafsirkan melalui Kitab Talmud mereka yang mengariskan beberapa perkara yang jelas menunjukan sikap Yahudi yang tidak akan berbaik dengan mana-mana bangsa sampailah Kiamat.
Antara Perkara yang disebut dalam Talmud:
* Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut.
* Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain.
* Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi.
* Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, haram memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.
Seterusnya kita juga wajar mengambil peringatan yang telah diwasiatkan oleh Rasulullah tentang peristiwa hari kiamat nanti di mana satu-satunya bangsa yang akan mendukung pemikiran dan perjuangan Dajjal adalah bangsa Yahudi.
No comments:
Post a Comment