Tuesday, December 14, 2010

BIRO TAIK NEGARA !

INI PROJEK UNTUK BEKAL MAKANAN



PEMIMPIN PELAJAR UITM DIASAK DENGAN SEMANGAT MELAYU
–harakah daily

Ke manakah hala tuju Umno dan Barisan Nasional sebenarnya? Untuk penyatuan segala bangsa di Malaysia melalui projek satu Malaysia atau terus dengan sentimen ketuanan Melayunya?

Ini kerana, ketika Najib Razak bercakap di pentas politik dengan slogan satu Malaysia, para pemimpin lain dalam Umno termasuk dalam kerajaan sendiri terus tenggelam dalam retorik Melayunya.

Khamis lepas, kira-kira 500 para pemimpin pelajar dari kampus UiTM seluruh negara dihimpunkan dalam satu program yang disifatkan oleh para peserta program itu sebagai usaha untuk 'mengUmnokan' mereka.

Program yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Tinggi itu turut disertai oleh menterinya Khalid Nordin dalam satu majlis makan malam bersama peserta.

Ia diadakan di kampus UiTM Shah Alam dengan asrama Mawar menjadi tempat penginapan semua pelajar ini sepanjang lima hari tersebut.

Walaupun dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam, hampir kesemua programnya diuruskan oleh Biro Tata Negara (BTN).

No comments: