Sunday, July 11, 2010

Tipu Atas Tipu



"Pemikiran para pemimpin UMNO benar-benar bercelaru pada masa ini. Jika kita ambil satu isu sahaja pun sudah cukup untuk membuktikannya. Isu itu ialah ekonomi.
Bulan Jun yang lalu, Najib dengan bangganya memberitahu rakyat Malaysia bahawa ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 6%.

Sekarang ini dia buat U turn dan beritahu Malaysia akan menghadapi penguncupan ekonomi pada suku kedua tahun ini akibat faktor luaran. Dr. Mahathir yang baru balik dari England memberitahu ada tanda-tanda kemelesetan berganda akan berlaku di Eropah. Kalau hal itu berlaku, Malaysia akan turut merasainya.

Anehnya, Nur Muhamed Yaacob tetap dengan pendiriannya bahawa Malaysia berada di landasan yang betul untuk memperoleh pertumbuhan 6% itu. Dia menyandarkan kepada pertumbuhan yang berlaku di China dan beberapa negara yang lain.

Kesemua ini menggambarkan suasana kelam-kabut dalam pengurusan ekonomi negara. Sudahlah enggan menyahut cabaran ANAK untuk berdebat atas isu FELDA, kenyataan-kenyataan Najib pada Hari Peneroka di Sungkai telah disangkal dengan pelbagai bukti. Akhbar Suara Keadilan pula dilarang penerbitannya. Duduk tak duduk, Harakah pun terseret sama.

Rakyat boleh tersenyum lebar sekarang ini. UMNO-BN sudah memerangkap diri mereka sendiri. Najib sudah kena. Shafie sudah kena. Rais kena lanyak dengan A. Samad Said. Muhyiddin melalut-lalut menghentam Pakatan Rakyat. Nazri ditipu pegawainya sendiri. Pasal judi pun ada timbalan menteri kena tipu. Tipu atas tipu inilah yang akan menghancurkan UMNO-BN. Di Sarawak pun sudah ada "pemberontakan" nampaknya. Bukan sahaja dalam PBB malahan juga SUPP.

No comments: