Sunday, July 11, 2010

RAMPAS RUMAH TOYO - JADIKAN HOSPITAL JAMIN SATU SELANGOR GUMBIRA


MAJLIS PENASIHAT PBT BAZIR WANG - melayau

UMNO Selangor menyifatkan kerajaan negeri hari ini cuba membazirkan wang rakyat apabila bercadang untuk mewujudkan majlis penasihat kerajaan tempatan di Selangor.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, cadangan tersebut dilihat tidak wajar dan hanya menambahkan lagi masalah dari segi kewangan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Ini kerana, kata beliau, difahamkan setiap seorang daripada 288 ahli majlis di 12 PBT yang diumumkan pelantikannya oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu lalu itu akan dibayar elaun tetap kira-kira RM700 sebulan tidak termasuk dengan elaun mesyuarat.

Dengan pelantikan itu, ujarnya, PBT terpaksa memperuntukkan hampir RM201,600 sebulan untuk membayar elaun tetap ahli majlis terbabit dan jumlah itu dianggarkan mencapai RM2.4 juta setahun.

No comments: