Wednesday, July 28, 2010

Perkeso jual saham dalam syarikat minuman keras..akhirnya terbongkar setelah lama menafikan...!!!

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Dewan Negara dimaklumkan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah menjual semua saham dalam syarikat minuman keras, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad (Carlsberg), baru-baru ini.
Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata saham itu telah dijual berikutan keputusan Perkeso untuk melupuskan saham sedemikian pada April lepas.
“Pada masa sekarang, Perkeso tidak mempunyai mana-mana saham di dalam syarikat terbabit walaupun pada satu ketika memang betul ia telah membeli saham syarikat ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) peringkat kementeriannya di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Mumtaz Md Nawi yang meminta kementerian memberi penjelasan sama ada Perkeso masih mempunyai pegangan saham dalam syarikat itu pada sesi perbahasan sebelum ini.
Subramaniam berkata Perkeso tidak akan lagi membeli saham dalam syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan yang dianggap haram oleh agama seperti arak dan perjudian pada masa hadapan. – Bernama

No comments: