Cukuplaa kalau BN saja yg bengong... jangan la ajak rakyat jadi bengong sama..!!
Ketika Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai DAP dapat menerajui Pulau Pinang selepas PRU 12 pada Mac 2008, Umno mula mengatur strategi untuk memburukkan kerajaan PR yang dipimpin oleh Lim Guan Eng.
Umno mula menabur fitnah dan meracuni pemikiran orang-orang Melayu Pulau Pinang kononnya kaum itu akan terpinggir dan ditindas oleh DAP. Puak-puak Umno mula mengadu-domba, DAP akan mengusir Melayu dari Pulau Pinang.
Walaupun sebaliknya berlaku, kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng yang disifatkan lebih bertoleransi dan berjiwa rakyat jika hendak dibandingkan ketika di bawah pimpinan MCA-BN sedikit masa lalu.
Invalid Domain NameInvalid Domain Name
Sudah berapa tahun BN mentadbir Pulau Pinang tanpa disentuh sedikit pun oleh PR, orang Melayu semakin terpinggir. Apa puak-puak Umno sudah buat ketika itu? Di mana pemuda-pemuda bacul Umno berada ketika itu? Apakah Melayu ketika itu kaya-raya, hidup senang dan semakin maju?
Tetapi selepas BN tewas dalam pilihanraya lepas, Umno mula gelabah bila perut-perut bodoh mereka mula dihalang daripada membolot duit rakyat, maka ketika itu, barulah mereka itu bangun dari tidur di istana-istana besar mereka dan mendekati rakyat konon simpati terhadap nasib rakyat.
Padahal hidup Melayu Pulau Pinang yang terpinggir itu adalah hasil kebodohan dan kebejatan pemimpin-pemimpin Umno yang hanya memikirkan tembolok mereka ketika mereka memerintah dahulu. Itu semua adalah hasil peninggalan ‘kepandiran’ Umno yang bertopengkan Melayu konon memperjuangkan Melayu.
Secara logik pun rakyat dapat mengetahuinya, bagaimana kehidupan orang-orang Melayu di Pulau Pinang selama ini yang diwarisi pemerintahan BN. Takkan lah dalam masa dua tiga tahun sahaja PR memerintah, orang Melayu jadi papa-kedana? Masa Bn memerintah, di mana Melayu ketika itu?
Akhbar-akhbar arus perdana yang hanya pandai membodek tuannya (Umno-BN) cuba menggelapkan berita-berita kerajaan PR Pulau Pinang yang memberi agihan, bantuan dan peruntukan kepada semua kaum termasuk pembangunan sekolah-sekolah agama, tahfiz dan pendidikan orang Melayu Islam. Bahkan Lim Guan Eng yang bukan Islam itu pun lebih reti daripada Umno yang mengaku Islam dengan menambahkan lagi peruntukkan kepada sekolah-sekolah agama dan tahfiz. Ketika BN memerintah, belum pasti lagi dapat merasainya.
Tetapi baru-baru ini, parti Gerakan melalui setiauasha Gerakan Kedah yang mendakwa Lim Guan Eng melayan orang Melayu dengan lebih baik dengan memperuntukkan dana kepada mereka.
Walaupun dakwaan itu tidak berasas dan didakwa oleh pemuda Pakatan Rakyat (PR) sebagai menyerupai PERKASA versi Cina kerana cuba mengapi-apikan pertelingkahan antara kaum.
Padahal kerajaan Pulau Pinang memberi peruntukan sama rata kepada semua kaum tidak kira Cina atau pun Melayu.
Setiausaha PR Pulau Pinang, Ng Wei Aik membidas Gerakan dan berkata dakwaan mereka tidak berasas kerana dana yang diperuntukkan itu adalah untuk keperluan sesuatu komuniti tanpa mengira latar belakang kaum, agama, jantina serta pautan politik mereka.
“Setiap tahun kita memperuntukkan RM9.55 juta untuk pendidikan termasuk untuk sekolah-sekolah Cina, Tamil dan agama Islam,” katanya.
“Dakwaan Gerakan, bahawa hanya RM8 juta untuk bukan bumiputera adalah gimik politik dan tidak berasaskan fakta,” katanya.
Nah, sekarang terbukti DAP Pulau Pinang yang memimpin kerajaan PR tidak meminggirkan Melayu seperti yang didakwa oleh Umno selama ini kononnya Melayu terpinggir semenjak DAP-PR memimpin kerajaan Pulau Pinang.
Komponen BN, Umno dan Gerakan nampaknya sudah pening dan tertekan dengan gaya kepimpinan Lim Guan Eng yang telah pun diterima semua lapisan masyarakat Pulau Pinang tidak kira Melayu atau Cina sehinggakan masing-masing cuba membuat propaganda bodoh dan kebudak-budakan.
Umno kata DAP-PR pinggir Melayu dan hanya pentingkan Cina semata-mata, Gerakan pulak kata DAP-PR lebih-lebihkan kaum Melayu dan banyak beri peruntukan kepada kaum Melayu dan meminggirkan kaum Cina. Biul ke apa depa ni?
Dua-dua bodoh dan hamprak.
Padahal masing-masing terlalu tertekan dan takut dengan penolakan rakyat Pulau Pinang terhadap BN sehingga tembelang pembohongan mereka hanya dibongkarkan oleh rakan komponennya sendiri. Itulah permainan bodoh dah perkauman parti-parti komponen BN untuk membohongi rakyat. Mereka tidak mahu rakyat hidup senang di bawah Pakatan Rakyat. -WarkahDaily

No comments:
Post a Comment