Pergerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS) merayu campur tangan Yang di-Pertuan Agong berhubung dakwaan rasuahnya ke atas Kertua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

MoCS juga memohon Seri Paduka supaya menolak sebarang cadangan bagi melantik Taib sebagai bakal Yang Di-Pertua Negeri Sarawak.
Memorandum berkenaan yang ditandatangani oleh Ahmad Azizan Abdul Manan, Awang Abdillah Nasar, Ronald Sia, Erick anak Nicholas Mujah dan Francis Siah diserahkan kepada seorang pegawai polis di pintu pagar Istana.

Memorandum yang diserahkan itu menyenaraikan pelbagai dakwaan salah laku dan rasuah yang dilaporkan di Internet, portal berita dan blog sama ada dalam negara mahupun luar negara yang dilakukan oleh Taib.
Pada 4 Mac lalu, MoCS menuntut pejabat SPRM di Kuching supaya segera menyiasat dakwaan rasuah yang dilemparkan itu.
Tuntutan itu turut diperakui oleh parti-parti Pakatan Rakyat di Sarawak - PKR , PAS dan DAP - serta beberapa NGO yang lain.

Sehingga hari ini, badan pencegah rasuah itu belum mendedahkan sebarang maklumat berhubung siasatan mereka itu.
"MoCS mahu butiran siasatan, jika ada didedahkan,” petik kenyataan itu. -M'kini
No comments:
Post a Comment