Sunday, May 16, 2010

SPR Kecewa BN Tewas

Keluar undi rendah, SPR tidak puas hati


SIBU, 16 Mei — Proses pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu selesai dengan hanya merekodkan kurang 60 peratus keluar mengundi.

Peratusan keluar mengundi adalah 59.86 peratus atau 32,742 pengundi.

Paras itu jauh lebih rendah berbanding 80 peratus dijangkakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya kecewa kerana peratusan keluar mengundi jauh lebih rendah berbanding prestasi 8 Mac 2008.

Seramai 67.8 peratus keluar mengundi ketika pilihan raya umum dua tahun lalu, ketika itu dimenangi oleh calon Barisan Nasional.

Proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang tadi.

Sebanyak 10 pusat pengundian ditutup 1 tengah hari, lima lagi sejam kemudian, enam (3 petang), dua (pukul 4 petang) dan baki 22 pada pukul 5 petang.

Kini proses pengiraan undi sedang dikira dengan beberapa pusat yang ditutup awal sudah selesai mengira undi.

Terdahulu Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan paras keluar mengundi setakat pukul 2 petang tadi, kurang 50 peratus, sebagai sesuatu di luar jangkaan mereka.

Dalam pilihanraya kecil tersebut, calon DAP Wong Ho Leng telah mendapat 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

Di sebabkan kekecewaan SPR yang teramat sangat, maka keputusan pilihanraya hanya diumumkan lewat malam oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ternyata amat kecewa kerana walaupun setelah dicampur dengan undi pos berjumlah 2,323, SPR masih lagi tidak berdaya untuk menyelamatkan BN


No comments: