Sunday, May 23, 2010

Khairy dan Senatak Sesumpah jadi Menteri?

Mstar hari ini melaporkan mungkinkah akan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat ini.

Itu cakap-cakap yang kian hangat diperkatakan di kalangan Jemaah Menteri dan pemerhati politik sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan akan mengumumkan barisan baru anggota Kabinet pada bila-bila masa.

"Akan ada rombakan tapi belum tahu masa untuk diumumkan," kata sumber kepada mStar Online di sini hari ini.

* Jawabnya Ya...Sumber Sharpshooter memberitahu kemungkinan besar Khairy akan dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan manakala Senatak Sesumpah pula akan dilantik menjadi Timbalan Menteri Pertahanan.

Namun menurut laman web pro UMNO....Ezam Timbalan Menteri, MIC Dapat Dua Menteri, Samy Jadi Duta?

Sementara itu, Datuk Seri Samy Vellu dijangka bercuti panjang daripada jawatan Presiden MIC dan akan dilantik sebagai Duta bertaraf Menteri ke India.

Bekas Ketua Angkatan Pemuda Keadilan, Ezam Mohd Noor yang dilantik sebagai Senator pada minggu lalu dijangka akan dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet akan datang.

Selain Ezam, antara yang akan turut berada dalam senarai kabinet baru ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanievel yang akan dilantik sebagai Menteri penuh. Bagaimanapun perlantikan Palanievel dijangka tidak mengambil alih kedudukan Menteri Sumber Manusia, Datuk S. S. Subramaniam.

MIC dijangka akan mendapat dua Menteri Penuh, manakala MCA hanya akan mendapat tiga jawatan menteri berbanding empat sekarang ini.

Sementara itu, beberapa ahli politik UMNO yang dihubungi mykmu kurang senang dengan khabar angin perlantikan Ezam sebagai Timbalan Menteri. Mereka berpendapat belum masanya beliau diberi jawatan sedemikian biarpun percaya Ezam mempunyai pengalaman, kebolehan dan kemampuan melaksanakan tugasnya.

Menurut mereka jika perlantikan Ezam sebagai senator sahaja sudah menimbulkan riak kurang senang di kalangan sebahagian penggerak UMNO, apakah bentuk tindak balas jika beliau dilantik pula sebagai Timbalan Menteri.

Menurut sumber, perlantikan Ezam bertujuan membantu kerajaan menarik golongan muda bersama kerajaan dalam melaksanakan agenda pembangunan. Jika ini benar ia bermakna satu tamparan hebat kepada Pemuda UMNO terutamanya Naib Ketua Pemuda, YB Datuk Razali Ibrahim yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Biarkan...Biarkan...mereka bergaduh...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

No comments: