Najib Luluskan Judi Bola Untuk Vincent Tan - Sumber Tabung Pilihanraya UMNO?
Raja Petra pernah mendedahkan betapa Vincent Tan telah berbelanja Rm25 juta untuk membeli Timbalan Speaker Perak, YB Yee. Dengan melompatnya mereka, maka jatuhlah Kerajaan Perak.Saya syak dan rasa, Najib terpaksa meluluskan Lesen Judi Bola kerana:
1.0 Bayar hutang pada Vincent Tan di atas jasa beliau di PerakKita semua tahu, UMNO tiada duit. Nak beli YB Yee pun terpaksa mintak tolong si Vincent Tan (kawan baik Berahim PERKASA). RM25juta yang dibelanjakan Vincent Tan itu satu jumlah yang tersangat banyak.
2.0 Sebagai sumber tabung pilihanraya UMNO.
Artikel saya sebelum ini memetik laporan Mayban Securities pada tahun 2006 yang menyatakan nilai urusniaga Judi sehari adalah RM850 juta. Yang sah pun RM850 juta sehari, yang haram pun RM850 juta sehari. Jumlah keseluruhannya adalah RM1.7billion SEHARI.
Report itu juga menyebut, sekiranya berlaku judi sukan, nilai transaksi judi akan naik dua kali ganda, yakni dalam RM1.7 billion sehari juga.
Ini bererti sepanjang perjalanan Piala Dunia selama 30 hari, jumlah yang terkumpul dari transaksi Judi adalah sekitar RM60 billion.
Kalau UMNO dapat 1/4 dari jumlah itu pun sudah mencukupi untuk mereka menghadapi Pilihanraya ke 12 yang dikatakan adakan diadakan para April 2011.
UMNO SUDAH JADI ALAT TOKEH-TOKEH JUDI. Apa nak buat???
Tulang Besi
'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'
Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.
Menurut akhbar ha
rian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.
Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.
BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.
Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.
Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.
Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.
BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.
Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.
Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment