Panel 10 pakar periksa kesihatan Sultan K'tan
Posted by RAKYAT MARHAEN
Sebuah panel 10 pakar perubatan yang dilantik oleh kerajaan negeri hari ini memulakan pemeriksaan kesihatan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian Selasa lepas untuk rawatan susulan masalah jantung.
Menurutnya, pakar-pakar perubatan itu tiba di HUSM kira-kira 3 petang dengan menaiki kenderaan kerajaan negeri.
"Mereka melakukan pemeriksaan untuk mengetahui status kesihatan baginda Al-Sultan Kelantan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata, pasukan pakar perubatan itu akan berada di HUSM sehingga laporan status kesihatan baginda selesai dijalankan.
Bagaimanapun, Abdul Halim berkata, pihaknya tidak pasti berapa lama pakar perubatan itu akan berada di HUSM.
Beliau berkata, setelah siap, laporan itu akan diserahkan kepada Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra.
No comments:
Post a Comment