Thursday, May 6, 2010

Polis: AKUI kesilapan anda-'JIMAT@SHOOT TO KILL"

Posted by RAKYAT MARHAEN
[Siri 3] Dalam siri 3 ini panelis kedua ialah Raja Badrol Hisham seorang pensyarah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kanun Prosedur Jenayah (CPC)

Ketahui Hak-hak anda, ketahui hak anda seperti yang ada di dalam Kanun Prosedur Jenayah. Apakah Kuasa yang ada pada polis dalam membuat tangkapan? Kalau polis guna kuasa untuk menangkap bolehkah kita melawan dari ditangkap?

Cara Tangkapan polis ada disebutkan di dalam seksyen 15 di bawah Kanun Prosedur Jenayah.

1. Sentuh badan orang yang hendak ditangkap.
2. Kurung orang yang hendak ditangkap.
3. Orang yang hendak ditangkap serah diri.

Kes ditangkap tanpa waran boleh dilakukan sekiranya ada aduan menasabah, 'reasonable complaints, criminal in nature' di bawah seksyen 23 Kanun Prosedur Jenayah.

Pra-syarat ke 3 mungkin digunakan untuk polis membuat tangkapan dan bertindak ialah dengan adanya syak seseorang itu terlibat di dalam jenayah. Wujud syak yang menasabah, maka polis lakukan tangkapan.

Merujuk kepada kes yang berlaku kepada Adik Aminulrasyid pula polis percaya "kononnya Allahyarham Aminulrasyid bawa laju, selaju-lajunya, melanggar 2 atau 3 lampu isyarat. Lari dari polis dan tidak berhenti apabila polis tahan."

Maka menurut Raja Badrol Hisham, di sini polis menggunakan alasan 'reasonable suspicion di bawah seksyen 32 Kanun Prosedur Jenayah'.

Kenapa polis menembak?

Tambah beliau lagi bagi memahami kemungkinan mengapa polis bertindak seperti apa yang telah berlaku ialah " tidak boleh tangkap kerana mereka berada di dalam kereta dan melarikan diri, maka mereka telah disyaki secara menasabah, maka polis telah menggunakan kekerasan."

"Pada masa tindakan ini polis masih selamat dalam tindakan yang diambil. Gunakan kekerasan untuk mencegah penjenayah dari melarikan diri." terang Raja Badrol Hisham.

Namun timbul juga persoalan ini, " Adakah perlu tembak sampai mati?".

Persoalan seterusnya ialah mengenai isu wujudnya parang di dalam kereta mangsa. "Kenapa polis kata ada parang?"

Boleh Tembak sampai mati

Jawapan yang diberikan oleh Raja Badrol Hisham ialah " untuk melindungi diri mereka" kerana hukuman bagi penjenayah yang bersenjata ialah hukuman penjara seumur hidup, maka kata Raja Badrol Hisham "boleh tembak mati".

Walaupun dalam keadaan seperti di atas anggota polis boleh menembak 'penjenayah' tetapi apabila menggunakan senjata api tetap mesti ada 'limit' hadnya. Juga timbul isu berkenaan bahawa kereta juga boleh dianggap sebagai senjata yang mengancam pihak polis, tetapi tetap menimbulkan persoalan tentang apakah cukup buktinya.

Polis membuat dakwaan bahawa mereka telah 'reverse' kenderaan mereka yang dianggap mengancam keselamatan polis, tetapi ianya tetap dapat dibuktikan oleh pihak forensik yang menyiasat.

Perintah Tetap Ketua Polis Negara

Memang benar anggota polis boleh menggunakan senjata api dan kekerasan dalam menjalankan tugas mencegah jenayah seperti tercatat di dalam seksyen 15 Kanun Prosedur jenayah TETAPI ianya mestilah dibuat dengan mengikuti kuasa-kuasa di bawah PERINTAH TETAP KETUA POLIS NEGARA.

Di bawah Perintah Tetap Ketua Polis Negara tercatat bahawa 'Hanya boleh tembak bila serangan merbahaya, serangan yang menakutkan. Maka polis boleh bertindak untuk SHOOT TO KILL", ulas Raja Badrol Hisham.

Disebabkan kuasa yang tercatat seperti di atas, MAKA wujudlah fakta yang dibuat oleh Polis bahawa mangsa telah mengundurkan kenderaan mereka. Maka ini akan 'justified' tindakan polis menembak mangsa. Polis menggunakan kuasa yang ada pada mereka di dalam Kanun Jenayah seksyen 15 (2) iaitu untuk mencegah penjenayah dari melarikan diri.


'Extreme situation'

Namun anggota polis juga terikat dengan 'Code of Conduct of Official' dalam menjalankan tugas mereka iaitu 'boleh guna senjata api tetapi dalam 'extreme situation'. Jadi persoalaannya apakah keadaan ketika itu 'so extreme'?

Dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) menyatakan bahawa 'hanya tujuan untuk mendatangkan kecederaan, kalau keadaan izinkan, tembak kaki dan tembak tayar kereta memang diizinkan.

Penggunaan Command Centre

Raja Badrol Hisham membangkitkan tentang isu kewujudan 'Command Centre'. Di dalam adegan kejar mengejar polis dan penjenayah sepatutnya anggota polis terbabit boleh menghubungi Command Centre yang ada dan memaklumkan no plet kenderaan yang digunakan. Dari sana mereka dapat mengenalpasti tentang identiti pemilik kenderaan yang digunakan. Dari situ mereka boleh mengetahui jikalau kereta itu dimiliki oleh penjenayah atau sebuah kereta curi.

'JIMAT' @ SHOOT TO KILL

Raja Badrol Hisham juga menyentuh tentang taktik 'JIMAT' yang digunakan oleh polis. Kita pernah mendengar tentang perkataan ini dari aksi 2 orang yang dituduh membunuh Altantuya.

Maka di sinilah wujudnya dakwaan orang ramai bahwa polis telah bertindak sebagai Hakim. Menjatuhkan hukuman mati kepada mangsa mereka. Sedangkan undang-undang yang ada dalam negara kita ialah untuk melindungi rakyat.

Raja Badrol Hisham sebagaimana ramai yang lain menyokong agar IPCMC dilaksanakan. Beliau juga menyebut bahawa sekiranya perkara sebegini berlaku di negara lain di mana pihak berkuasa melakukan kesilapan atau kesalahan mereka akan memohon maaf dan cuba untuk membaikinya tetapi perkara sebaliknya berlaku di dalam negara kita di mana para pemimpin pula cuba untuk melindungi.

Raja Badrol berpendapat bahawa kematian sebegini dapat dielakkan sekiranya setiap anggota polis tahu tentang bidang kuasa mereka dan dibekalkan dengan IGSO, tetapi sayangnya dokumen penting hanya dimiliki oleh Ketua Polis Daerah sahaja.

Lebih mengejutkan lagi ialah fakta bahawa semua OCPD, Ketua Polis Daerah tidak mengetahui tentang pindaan besar-besaran yang dibuat dalam Kanun Prosedur Jenayah di tahun 2007. Sedangkan ini adalah bahan rujukan mereka untuk menjalankan tugas menjaga keselamtan rakyat dan mencegah jenayah. Perkara ini diketahui apabila beliau menghantar pelajarnya untuk membuat kajian.

"Jadi bolehkah kita meletakkan nyawa dan keselamatan kita pada mereka (polis)". Persoalan yang dilontarkan oleh beliau kepada hadirin sepatuntya membuka mata semua untuk terus mendesak agar siasatan segera dijalankan dan Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM atau IPCMC segera dilaksanakan.

Akhirnya saranan beliau kepada pihak polis ialah "admit their mistakes"

No comments: