Analisis Astro Awani : 10 Faktor Kemenangan DAP Di PRK Sibu
Saya berkesempatan mengikuti diskusi ilmiah dalam rancangan Analisis terbitan Astro Awani sebentar tadi. Diskusi ini melibatkan Prof Madya Dr Ahmad Nizamuddin, Pensyarah Sains Politik UKM dan Prof Madya Shahrudin Badaruddin. Mereka mengulas kemenangan Wong Ho Leng dari DAP yang mengalahkan calon BN dengan majoriti 398 undi. Berikut merupakan faktor-faktor kemenangan calon DAP yang diulas dua professor terbabit dan juga professor-profesor tempatan.
1. Faktor calon. Calon BN adalah muka baru berbanding DAP yang lebih berkarakter dan sudah teruji. Wong Ho Leng dianggap rakyat Sibu sebagai tokoh lantang dan berani.
2. Faktor malam semalam di mana dalam satu majlisgrand finale, ia telah berjaya buktikan bahawa parti Dap sangat kuat. Dan dilaporkan hampir 20 ribu yang hadir dan itu bukannya orang luar. Kerana jarak Sibu dan Kuching sejauh 5 jam perjalanan dan mustahil orang luar datang. Pengundi Sibu yang datang ini membawa anak dan isteri dan mereka terjemahkan dalam bentuk undi pada hari ini.
3. Isu negara islam PAS sudah tidak relevan kerana rakyat Sibu tidak termakan dengan isu lapuk. Bahkan dalam program grand finale semalam, bendera PAS berkibar megah dan ia member tonik kepada kemenangan DAP
4. Kaum cina menolak SUPP dan sudah muak dengan janji kerajaan. Bantuan Mee Segera pada PRK ini dianggap sudah terlewat
5. Pengundi Sibu mahu perubahan kerana kerusi itu sudah dikuasai SUPP selama 5 penggal.
6. Kaum cina sudah muak dengan Ketua Menteri, Taib Mahmud. Bahkan dikatakan tidak terdapat langsung gambar Taib Mahmud kecuali di banner DAP yang memuatkan..Undi Supp, Undi Taib Mahmud.
7. Isu tanah pajak di Sibu, isu tanah adat dan isu-isu tempatan yang gagal diselesaikan oleh BN
8. Ramai pengundi saluran 1 dan 2 Sibu ikut cakap anak mereka di Bandar dan jika ikut trend pengundi muda, jelas bahawa pengundi muda menyokong PR
9. Isu rasuah terutamanya melibatkan Taib Mahmud. Mereka sudah bosan dengan empayar Taib Mahmud yang mengaut kekayaan Sarawak
10. Isu Kolej Laila Taib yang asalnya kolej milik SUPP tapi telah diserahkan kepada PBB dan taib guna nama kolej ini dengan nama isteri Taib Mahmud
No comments:
Post a Comment