Monday, May 10, 2010

Kes Aminulrashid : Polis yang menembak didakwa

Anggota polis Jenain Subi, 48 didakwa di bawah Seksyen 304 Kanun Kesiksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.Jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum sehingga 30 tahun.


Polis Yang Menembak Aminulrasyid Amzah Didakwa di Mahkamah Sesyen

SHAH ALAM: Anggota polis, Korporal Jemain Subi hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana menembak pelajar tingkatan tiga, Aminulrasyid Amzah sehingga membawa kepada kematiannya.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Anggota polis itu didakwa di bawah Seksyen 304 Kanun Kesiksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.

Jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum sehingga 30 tahun.

Hakim M. Gunalan mengenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 10 Jun depan sebagai tarikh sebutan kes.

Aminulrasyid mati ditembak dalam insiden polis peronda mengejarnya sejauh enam kilometer pada 26 April lalu di Seksyen 11 di sini selepas mangsa enggan memberhentikan kenderaannya.

Kejadian tersebut berlaku pada lebih kurang jam 2 pagi iaitu selepas mangsa bersama seorang lagi rakannya Azamuddin Omar, 15, keluar menggunakan kereta kakak mangsa ke sebuah restoran untuk minum.

Dalam perjalanan pulang, kereta yang dipandu mereka telah tergesel sebuah kenderaan lain dan ketika itulah mereka melarikan diri sambil dikejar oleh sekumpulan remaja lain yang menunggang motosikal.

Insiden tersebut disaksikan oleh sebuah kereta peronda yang melihat mangsa memandu dalam keadaan merbahaya dan memotong lampu isyarat merah di beberapa persimpangan lalu turut mengejar mangsa.


mStar

No comments: