Wednesday, May 12, 2010

Mei 13 Berlaku Atas Kelemahan UMNO, Bukan Kejahatan Kaum Cina

Mengapa Dasar Ekonomi Baru tidak dilaksanakan pada 31 Ogos 1957?

Sepanjang 1957 hingga 1969, ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang amat baik dan tidak mengalami apa-apa kemelesetan pun. Mengikut Laporan Bank Negara 1994 ms 4, GDP Malaysia meningkat:
a. Dari tahun 1956-1960 : 4.1%
b. Dari tahun 1961-1965 : 5%
c. Dari tahun 1966-1970 : 5.4 %
UMNO yang MEMILIH untuk meneruskan polisi ekonomi penjajah British yang memastikan Kerajaan tidak membantu orang Melayu keluar dari kepompong kemiskinan. HAsilnya dalam peningkatan ekonomi yang baik, orang Melayu terus merempat.

Ia bererti kemiskinan dan kehambatan orang Melayu selepas Merdeka dan sebelum 1969 adalah ANGKARA UMNO, dan bukannya angkara orang Cina.

PERKASA JADI PELINDUNG KEPADA UMNO

Itu persoalan yang Berahim PERKASA dan UMNO harus jawab sebelum mengadakan apa-apa majlis mengingati peristiwa 13 Mei.

PERKASA mengadakan majlis seperti ini kerana mahu menyelamatkan UMNO dari diserang kiri dan kanan. PERKASA ditubuhkan supaya semua serangan diarahkan pada PERKASA dan bukan pada UMNO dan Najib Tun Razak.

Hakikatnya, berlakunya 13 Mei adalah kerana kegagalan UMNO untuk menaikkan taraf ekonomi orang Melayu sebaik sahaja Merdeka. Tiada program khusus yang dilaksanakan untuk orang Melayu keluar dari kepompong kemiskinan.

KEKAYAAN MALAYSIA SEBELUM 1969 DIPUNYAI ORANG ASING DAN BUKAN ORANG CINA

Lagi pula, mengikut kajian Dr Jomo dan Prof Gomez dalam buku mereka bertajuk Malaysia’s Political Economy: Politics, Patronage and Profits, didapati pada tahun 1970, 63.4% dari saham-saham di Malaysia dipegang oleh Orang Asing dan bukannya orang Cina.

Walaupun sepanjang tahun 50an dan 60’an, ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang sangat baik, namun segala kekayaan negara telah disedut penjajah melalui syarikat-syarikat mereka yang masih beroperasi di Malaysia. UMNO telah menjadi barua British di dalam mengizinkan penjajah menyedut keluar kekayaan negara dari bumi Malaysia ini.

Plihanraya 1969 membuktikan bahawa terdapat penolakan kepada UMNO. Misalnya, kerusi Parlimen Parit telah dimenangi oleh Haji Hashim Gera dari PAS (bapa pada Salehuddin Hashim yang kemudiannya dipecat dari PAS kerana berjoget di Parlimen).

Demi melindungi kelemahan UMNO dan mengekalkan kuasa, kesalahan telah diletakkan kepada kaum Cina. Padahal, kaum Cina masa itu pun Cuma menguasai sebahagian kecil dari ekonomi Malaysia. Itupun, yang kaya pada masa itu adalah golongan Cina Koumintang yang sangat disayangi British kerana membantu mereka mengekalkan kekuasaan British di Malaya.

Cina-cina Koumintang ini kemudiannya menubuhkan MCA yang telah berkerjasama dengan UMNO dalam Perikatan.

Jelas, Berahim PERKASA sedang cuba untuk menutup kelemahan dan kesalahan UMNO sekali lagi. Saya cabar Berahim PERKASA dan UMNO menjawab soalan saya di atas;

Mengapa UMNO Tidak Menjalankan Dasar Ekonomi Baru Pada Hari MERDEKA?.

Yang kita nampak jelas adalah Presiden UMNO ke 2 merasmikan Kilang Arak Guiness di Sungai Way, tapi tiada program membantu Melayu dan orang miskin di Malaysia selepas 31 Ogos 1957.

Selain dari itu, pada 1969, imej UMNO juga amat buruk kerana telah melepaskan Singapura dengan sebegitu mudah.

Dalam keadaan imej UMNO yang amat buruk dan songsang itu, kaum Cina telah dijadikan mangsa mereka.

Berahim PERKASA mahu menghidupkan penipuan yang sama yang telah dilakukan oleh UMNO pada tahun 1969.

KESIMPULANNYA:
a. Melayu merempat selepas Merdeka kerana UMNO meneruskan dasar ekonomi Penjajah.
b. Sehingga 1970, ekonomi Malaysia masih dibawah penguasaan orang Asing, dan bukannya orang Cina
c. Orang CIna tampak hidup lebih baik kerana sememangnya semenjak mereka sampai ke Malaysia, mereka sudah duduk di kawasan-kawasan Bandar
d. UMNO menyalahkan kaum Cina untuk menutup kelemahan mereka yang gagal membela kaum Melayu dan melepaskan Singapura kepada "Cina PAP".
Sekian

Tulang Besi

No comments: