ILMUAN UITM BAKAL TAKLUK DUNIA
INI MACAM STYLE RAMBUT SAMY VELLU - MUKA BUKAN MUKA BERILMU
PAKAR –PAKAR UITM AKAN DI TEMPATKAN DI SELURUH DUNIA -mStar
Pakar-pakar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedang ditempatkan di universiti di seluruh dunia dalam program transformasi universiti itu untuk meletakkan Melayu di peta dunia.
Naib Canselor UiTM Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, program itu dimulakan di Indonesia dan negara Asean dan kemudiannya akan dikembangkan ke negara Eropah.
"Kita ada perancangan terperinci untuk meletakkan pakar-pakar UiTM Melayu dalam peta dunia. Maknanya Melayu dianggap sebagai pakar rujuk, Melayu dianggap sebagai profesor-profesor pakar dan kita nak kenalkan UiTM di persada dunia," katanya kepada pemberita di sini.
Program itu, katanya, dilaksanakan dengan harapan pensyarah-pensyarah pakar yang telah berkhidmat di universiti di seluruh pelusuk dunia dan lulusan UiTM yang diterima bekerja di luar negara akan pulang ke tanah air selepas 10 tahun untuk menjadi sumber yang amat dikehendaki negara.
nota:
ketrampilan sesebuah universiti bukan kerana adanya
orang dari univeristi tersebut menebeng di pelusuk dunia.
apa yang penting untuk ketrampian univeristi ialah:
membuat kajian untuk menemui penemuan baru
membuat kajian/penyelidikan untuk membuktikan teori/hipotesis
untuk melahirkan ilmuan yang ulung
mendidik graduan dan pasca graduan.
tenaga dari universiti ini tidak penting mundar madir
jean paul sartre tidak pernah meninggalkan paris
ilmu falsafahnya melimpahi dunia
karl marx tidak pernah meninggalkan north london
ilmu dan falsafahnya mengampuh dunia
ali shariati duduk di paris tapi pandangannya ampuh
ungku aziz mundar mandir ke hulu ke hilir
tak ada seorang pun ambil pot
yang penting wajib keluar dari sesebuah universiti ialah journal akademia
journal inilah yang berjalan merata pelusuk dunia
bukan susuk ke hulu ke hilir – mundar mandir
kenapa bangang sangat orang melayu ini
lima puluh tahu di bodohkan oleh united malays national organisation
sampai pekara ini pun si kang kong tak tahu.
mana dia journal kajian akademia dari universiti universiti malaysia?
apa journal akademik yang terkenal dari uitm?
apa journal akademik yang terkenal dari um?
apa journal akademik yang terkenal dari usm?
jawabnya : zilch zero nil rien sifar kosong
journal pancha indera dari mama juwi tak masuk kira – sorry.
journal journal ini akan memgeluarkan pandangan dan /teori/penemuan baru
untuk dikaji dan dibedah dikalangan ilmuan. ini dipanggil ‘peer review’.
proses ini amat penting. tanpa ‘peer review; satu kajian dianggap lekeh.
justeru journal ini bukan journal bergenre bodek.
bukan journal kajian tentang wawasan 2020
kemudian menjadi journal kajian tentang islam hadari
sekarang menjadi journal kajian tentang satu malaysia
journal di universiti yang unggul menulis tentang ilmu dan kajian
journal diterbit oleh pelbagai fakulti dan cabang ilmu.
setiap fakulti dan jabatan mengeluarkan journal.
tahap penulisan journal ini bukan tahap wikipedia
atau tahap rencana utusan melayau
atau tahap journal pemikir
atau tahap majalah dewan
journal dari universiti unggul adalah ilmu
yang menjadi rujukan dunia.
universiti yang unggul tak perlu letak iklan dijambatan lebuh raya
universiti yang unggul tak perlu beli iklan dalam radio
universiti yang unggul tak perlu iklan
univeriti yang unggul tak perlu menteri datang resmi
universiti ini unggul kerana kerampilan ilmu
bukan kerana rosmah datang main badminton
universiti unggul diketahui keunggulan kerana melahirkan ilmuan
pelajar diuniversiti yang unggul masuk belajar kerana tahap keilmuan
bukan masuk dengan kouta bumiputera
oxford, sobborne, havard, yale, frankfurt, leuven la neuve – semua
tidak ada kouta bumiputera – sorry.
ketika khalifah al-makmum mendirikan baitul hikmah di baghdad
ramai ilmuan datang dari seluruh pelusuk dunia
mereka datang bukan kerana nak dapat kontrek cetak buku
atau nak dapat kontrek buat t-shirt
atau nak kontrek buat progam hari keluarga
atau kerana nak bergambar dengan khalifah – bukan bukan bukan
mereka datang ke baghdad kerana ilmu
melayu makin lama makin bodoh dan terus dibodohkan
jika 10 tahun lagi kita masih dibawah pentabiran yang sama maka
kebodohan orang melayu akan sampai ke tahap yang menyerlah.
kalau naik cancelor uitm boleh berkata sedemikian bagaimana pandangan
pensyarah, bagaimana pula pelajarnya?
masa telah sampai untuk kita menyelamatkan malaysia dari
orangorang bangangn ini.
kalau tidak kita sama jadi bodoh bin bangang
No comments:
Post a Comment