Harakahdaily
KLANG: Media
Umno menobatkan kononnya Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu
menghina pengorbanan anggota polis ekoran peritiwa Bukit Kepong.
(Pelakon filem Bukit Kepong, Shamsudin Baslah bersalam dengan Mohamad Sabu)
Namun,
bagi pelakun filem Bukit Kepong sendiri, beliau tidak nampak itu yang
dibuat oleh Mohamad bahkan kenyataan Mohamad telah memberikan implikasi
baik kepada bekas-bekas polis yang selama ini terbiar.
Bahkan, balu anggota polis Bukit Kepong yang selama ini terbiar menerima pencen yang tidak pernah diterimanya sejak tahun 1962.
Baru-baru
ini, pelakon filem Bukit Kepong arahan Datuk Jins Shamsudin itu,
Shamsudin Baslah yang memegang watak Mata-Mata, Abdul Khadir b. Jusoh
telah menyertai Parti Keadilan Rakyat.
Beliau
juga sempat bertemu dengan Mohamad Sabu ketika beliau dan beberapa
pimpinan Pakatan Rakyat ketika berceramah di Taman Rakyat, Sri Andalas,
Klang.
Bagi pemerhati politik, ia memberi tamparan hebat buat Umno BN yang kononnya memperjuangkan mangsa peristiwa Bukit Kepong.
No comments:
Post a Comment