Saturday, April 7, 2012

Mengapa Syed Mokhtar Harapan Terakhir Dana Umno-APCO?


Sudah menjadi rahsia umum, kebanyakan syarikat kroni bukan Bumiputera enggan menghulurkan dana pilihanraya kepada Umno-APCO dan Najib Altantuya ekoran prestasinya sendiri pun tidak menggalakkan sejak menjadi perdana menteri tiga tahun lalu.

Genting Berhad, YTL Corporation dan Berjaya Corporation dilaporkan enggan memberi peruntukan seperti kebiasaannya kerana sudah dapat menghidu kekalahan yang bakal diterima rejim pemerintah sekiranya pilihanraya umum diadakan dalam masa terdekat.

Maka, jalan terakhir hanyalah meminta bantuan taikun Melayu, Syed Mohktar Albukhary yang sudah pun mencatat sejarah bilionair Melayu pertama pernah dilahirkan menerusi sistem kroni Umno-APCO sejak zaman bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad.

Dikhabarkan, Umno-APCO dan Barisan Najis memerlukan sekurang-kurangnya RM1.2 bilion untuk memenangi pilihanraya umum dengan mengandaikan setiap parlimen diberi rasuah sebanyak RM10 juta dan setiap DUN sebanyak RM5 juta.

Dengan jumlah 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN di seluruh negara (tolak Sarawak 71 kerusi kerana sudah setahun mengadakan pilihanraya negeri), ia masih memerlukan RM1 bilion untuk memastikan Putrajaya tidak terlepas dari tangan.

Jadi dengan kebenaran kerajaan kepada Syed Mokhtar mengakses segala maklumat berkenaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), sudah pasti Umno-APCO mendapat imbuhan yang sangat diperlukan di kala kantung pilihanrayanya agak kritikal.

Keputusan Syed Mokhtar Al Bukhary mendapat kelulusan untuk membuat kajian terperinci terhadap KTM Berhad, adakah ia satu lagi tindakan menambahkan dana pilihan raya Umno dan Barisan Nasional (BN), Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempersoalkan.

"Saya diberitahu bahawa Syed Mokhtar telah dapat kelulusan untuk buat due diligence ke atas KTM Berhad, iaitu diberi kebenaran untuk mengetahui semua perkara yang dianggap perlu untuk diketahui berkaitan KTM.

"Perkara itu berlaku ketika dihebohankan bahawa kerajaan BN akan di beri balik sejumlah wang dari penjualan aset-aset tertentu untuk menghadapi pilihan raya umum," katanya.

Antara tindakan yang paling mendapat perhatian sebelum ini ialah apabila Maju Expressway (MEX), lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya sepanjang 26 kilometer baru-baru ini dijual dengan harga RM1.7 bilion kepada EP Manufacturing Berhad (EPMB) oleh Maju Holdings Sdn Bhd sedangkan pelaburan asal Pengerusi Eksekutif Maju Group, Tan Sri Abu Sahid Mohamed (Ali Maju) untuk MEX hanya RM60 juta sahaja.

Mohamad mempersoalkan, adakah apa yang berlaku itu merupakan bailout atau penjualan asset yang dipisah-pisahkan bagi tujuan mendapatkan lebih banyak keuntungan atau asset stripping.

"Adakah apa yang orang korporat kata asset stripping itu juga dapat membantu menambahkan dana pilihan raya Umno BN?" soal beliau.

Berikutan dakwaan bahawa Syed Mokhtar mendapat kelulusan untuk melakukan due diligence ke atas KTM itu, Mohamad bimbang akan wujud raksaksa yang sangat berkuasa ke atas negara ini.

"Saya diberitahu ada khabar angin bahawa Syed Mokhtar telah membuat tawaran membeli PLUS Berhad.

"Kalau KTM dia punya, PLUS pun dia punya, Syed Mokhtar menjadi individu yang sangat berkuasa, menguasai logistik negara serta menjadi orang yang sangat penting ke atas kesejahteraan ekonomi negara.

"Sekarang pun, dengan penguasaan beberapa pelabuhan serta cadangan untuk menguasai pelabuhan lain dalam negara ini, kalau Syed Mokhtar demam, Malaysia boleh pengsan," kata beliau.

Syed Mokhtar menguasai Pelabuhan Tanjong Pelepas, Johor dan Pulau Pinang.

Terdapat pula dakwaaan Syed Mokhtar sedang berusaha untuk mengambilalih Northport Berhad di Pelabuhan Kelang.

"Kalau Syed Mokhtar berjaya kuasai PLUS dan KTM dan 60 peratus dari eksport negara pula adalah melalui pelabuhan-pelabuhan sekitar Selat Melaka yang beliau miliki, bayangkan betapa berkuasanya Syed Mokhtar.

"Banyak pula khabar yang kita dengar bahawa di belakang Syed Mokhtar ialah (Tun) Dr Mahathir (Mohamad).

"Kalau benar, adakah ia bermakna Dr Mahathir sekarang sedang berusaha habis-habisan untuk menguasai infrastruktur strategik dalam negara ini dan beliau tetap mempunyai kuasa tawar-menawar sekalipun berlakunya keadaan Umno dan BN menghadapi kekalahan?" kata Mohamad.

Beliau melahirkan kebimbangan apa akan terjadi apabila infrastruktur-infratruktur penting negara ini dikuasai oleh Syed Mokhtar yang sering dilaporkan mempunyai tanggungan yang luar biasa besar.

"Beberapa kali saya membaca laporan bahawa syarikat-syarikat milik Syed Mokhtar mempunyai hutang yang sudah mencecah RM25 juta.

"Kalau Syed Mokhtar tersungkur, ia bermakna kerajaan mesti membantunya dengan memberikan pelbagai geran dan pinjaman mudah dan rakyat jugalah yang akan menanggung bebannya," kata beliau.

Tindakan kerajaan Umno meluluskan Syed Mokhtar menguasai hampir semua infrastruktur pengangkutan dan logistik negara juga merupakan tindakan yang sangat luar biasa, kata Mohamad.

"Kalau semua infrastruktur pengangkutan dan logistik negara Syed Mokhtar yang punya, buat apa lagi ada Kementerian Pengangkutan?

"Juallah dengan menterinya sekali!" beliau menyindir.

Sebelum ini Malaysian Insider melaporkan bahawa pihaknya difahamkan bahawa Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

No comments: