Tuesday, April 10, 2012

Najib "Sapu" Gaji Menteri Wanita Untuk Rosmah Mansor?

Najib pangku Menteri Wanita laluan buat isteri?

KUALA LUMPUR, 8 April: Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Kelulaluan pada arga dan Masyarakat dengan tujuan untuk membolehkan isterinya mendapat laluan menguasai kementerian berkenaan, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan.

Tindakan itu juga, kata beliau, menunjukkan tidak ada Ahli Parlimen atau tokoh Wanita Umno yang mendapat kepercayaan Najib untuk memegang jawatan itu sehingga menyebabkan beliau mengambil keputusan memangku jawatan itu.

"Najib tak percaya sesiapa pun dari kalangan Ahli Parlimen wanita yang ada dari Umno dan Barisan Nasional (BN) dan tidak ada tokoh wanita lain dari Umno dan BN yang dipercayainya untuk dilantik sebagai senator dan seterusnya memegang jawatan sebagai menteri berkenaan," kata Mahfuz.

Sebelum itu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terpaksa melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh perkhidmatannya sebagai senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April dan tidak disambung oleh pentadbiran Najib dipercayai berikutan kes National Feedlot Corporation (NFCorp) yang melibatkan keluarganya.

Tindakan Najib yang memangku sendiri jawatan yang dikosongkan oleh Shahrizat itu dilihat oleh Mahfuz sebagai usaha membentuk pemikiran rakyat bahawa semua liabiliti kes lembu NFCorp bukan hanya ditanggung oleh Shahrizat seorang sahaja, tetapi hendaklah ditanggung sama oleh semua wanita Umno.

"Sekali lagi Najib memuaskan kehendak hobinya yang tidak berkesudahan iaitu menonjolkan dirinya sebagai penyelamat ketika beliau menunjukkan bahawa beliau tidak percaya sesiapa pun dari kalangan wanita Umno dan wanita BN untuk memegang jawatan tersebut," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz juga menolak alasan kononnya Najib tidak sempat hendak membuat pilihan berikutan pengunduran Shahrizat dari jawatan itu.

"Najib sudah tahu awal-awal lagi tarikh tamatnya tempoh perkhidmatan Shahrizat sebagai senator.

"Alasan tidak sempat membuat pilihan tidak diterima sama sekali dan tidak boleh dipercayai," katanya.

Alasan sebenarnya, kata Mahfuz, bukan kerana tidak sempat membuat pilihan.

"Alasan yang dilihat umum ialah Najib tidak percaya sesiapa pun dari kalangan wanita Umno dan wanita BN untuk memegang jawatan itu.

"Najib hanya percayakan (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor) sahaja.

"Tindakannya memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilihat akan membolehkan isterinya melebarkan lagi cengkaman pengaruhnya," kata beliau.

Selepas ini, kata Mahfuz, Rosmah tidak hanya menguasai secara tidak langsung pelbagai bahagian di Jabatan Perdana Menteri di samping menguasai secara tidak langsung Kementerian Kewangan, malah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga akan dikuasainya secara tidak langsung.

Selain menjadi Perdana Menteri, Najib juga adalah Menteri Kewangan dan kini pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Rosmah dilihat sebagai isteri Perdana Menteri yang paling berpengaruh dan paling berprofil tinggi dalam sejarah politik Malaysia.

Walau dikecam sebagai berlebihan termasuk dari kalangan tokoh-tokoh Umno sendiri, tidak ada sesiapa pun yang berani menghalang kehendak Rosmah termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri walaupun beliau dilihat begitu lantang bersuara. -Hrkh

Najib kini menyapu bersih gaji dua menteri yang dipegangnya iaitu Menteri Kewangan dan Menteri Wanita selain dari gaji persana Menteri sendiri.

Cuba kita lihat gaji-gaji ini:

Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia :

Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM 7,187.40 sebulan
Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79


a) Dua jawatan menteri kabinet 2 x RM14, 907.20 = 29,814.40
b) Jawatan perdana Menteri = RM 22,826.66
Jumlah a + b = RM52,641.06

Tak termasuk Eelaun-elaun Menteri seperti Elektrik, minyak, majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, bil elektrik, bercuti, driver, kereta dan lain-lain lagi. Semuanya ditanggung oleh rakyat.

Atau apakah gaji Menteri Wanita itu untuk Rosmah Mansor?

Kedua, perlantikan Najib terhadap dirinya sebagai Menteri Wanita menunjukkan tarikh pilihanraya "terlalu hampir" kerana beliau mungkin merasakan tidak perlu untuk membuat penyusunan semula atau perlantikan menteri kabinet dengan tempoh perkhidmatan yang hanya tinggal beberapa minggu lagi. -GB

No comments: