
11 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
Memandu  dalam keadaan mabuk adalah merbahaya dan merupakan satu kesalahan  undang-undang jalan raya. Jangan tanya saya seksyen mana. Saya bukan  pakar undang-undang. Tapi begitulah sekolah memandu bagi tau kita orang  dulu.
Ada dua jenis mabuk yang sangat merbahaya bila memandu. Satu mabuk alkohol dan satu lagi mabuk kuasa dijalan raya.
Mabuk kuasa di jalan raya merupakan pemandu yang berlagak samseng. Apa pun dia tidak kira!
Asyik  mahu memotong kenderaan di hadapannya walau pun di selekoh maupun di  double line.Lampu merah pun tidak diendahkannya – polis trafik takut nak  saman kerana sikap sombong dan samsengnya!
Pemandu jenis ini akan marah kalau kereta lain mahu memotongnya!
Jangan bahayakan diri kita dengan jenis pemandu yang mabuk alkoholik atau mabuk kuasa macam ini!
"Bagi  memastikan Malaysia dapat mencapai status negara maju dalam tempoh  lapan tahun akan datang, negara memerlukan 'pemandu' yang cekap supaya  dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan  kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan  selamat." Demikian kata Perdana Menteri Najib di sini 
Oleh  itu, janganlah kita biarkan pemandu yang mabuk memandu kenderaan. Bagi  memastikan kita selamat, kita perlu tukar pemandu yang mabuk itu serta  merta!
harakahdaily/-
 
 
No comments:
Post a Comment