 Bekas
 pengarah Jabatan Siastan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff 
mengesahkan bahawa beliau akan memfailkan saman ke atas Peguam Negara 
Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa 
Hassan.
Bekas
 pengarah Jabatan Siastan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff 
mengesahkan bahawa beliau akan memfailkan saman ke atas Peguam Negara 
Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa 
Hassan.
Perkara itu timbul selepas Malaysiakini menghubungi bekas 
pegawai kanan polis itu susulan laporan memetik naib presiden PAS 
Salahuddin Ayub bahawa beliau akan bertanding atas tiket parti itu.
Ramli berkata beliau terkejut dengan pengumuman Salahuddin namun enggan mengesahkan perkara itu.
"Sesetengahnya tidak tepat," katanya yang berharap individu yang ingin 
membuat kenyataan berhubung dirinya akan menghubungi beliau terlebih 
dahulu.
"Apa yang saya ingin isytihar adalah, ya, saya akan saman Abdul Gani, 
dan Musa dan yang lain kerana menganiaya saya dan merosakkan sistem 
kehakiman. Mereka memburukkan nama saya mengenai (dakwaan) pegawai polis
 RM27 juta sedangkan mereka tahu ini semua penipuan," katanya.
Tambahnya, beliau telah dihubungi banyak parti politik, bukan sahaja PAS.
Katanya lagi, tindakan untuk bertanding dalam pilihan raya itu hanya 
satu platform untuk memperjuangkan perkara yang diyakininya.
Beliau juga akan mengambil kira perkara itu apabila tiba masanya, kata Ramli lagi. - Malaysiakini
 
 
No comments:
Post a Comment