Sunday, May 30, 2010

Lompat parti: PKR rangka kriteria ketat pemilihan calon

Oleh G. Manimaran


KOTA BARU, 30 Mei — Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah memulakan proses merangka kriteria pemilihan calon pilihan raya — kemungkinan besar akan digunakan apabila berhadapan dengan pilihan raya Sarawak.

Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berkata, kriteria pemilihan itu termasuklah menilai komitmen bakal calon kepada parti dan juga kepada rakyat.

Fuziah yang dilantik ke jawatan itu Februari lalu memberitahu, pihaknya meletakkan sasaran untuk memuktamadkan kriteria pemilihan dalam waktu terdekat.

“Sasaran saya ialah untuk menggunakan kriteria ini ketika pilihan raya negeri Sarawak. Jika dapat digunakan semasa pilihan raya negeri Sarawak, saya melihat ia sebagai satu bonus,” kata beliau kepada The Malaysian Insider pada Kongres Nasional Keenam PKR di sini hari ini.

Jelas beliau, kriteria itu termasuklah senarai rujukan latar belakang seseorang yang bakal dipilih sebagai calon.

“Sumber rujukan ini termasuklah mendapatkan pandangan orang ramai, badan-badan awam, cabang, ranting dan sebagainya... kriteria ini akan dijadikan prosedur standard dalam memilih calon pada masa-masa akan datang,” kata beliau dengan menambah, soal pemilihan calon bukan sahaja membabitkan individu calon, sebaliknya ia melibatkan kepentingan pelbagai pihak.

Oleh itu, katanya pandangan pelbagai pihak akan diperoleh.

“Kita sudah belajar (pengalaman lompat parti),” katanya.

Ditanya sama ada PKR akan menggunakan kaedah yang digunakan ketika pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah awal tahun lalu, Fuziah berkata, kemungkinan juga ia akan diambil kira.

Ketika itu PKR mengguna pakai pendekatan menemu bual mereka yang dicalonkan dan melahirkan hasrat untuk bertanding.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandang kerusi itu melepaskan jawatannya ketika timbul pelbagai spekulasi beliau mahu melompat parti.

Penyandang jawatan itu juga merupakan Exco Kerajaan Negeri.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider baru-baru ini, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tindakan tergesa-gesa parti itu dalam menurunkan calon dalam pilihan raya umum 2008 telah menyebabkan pemilihan pemimpin yang masih berfikiran “macam Umno.”

Katanya, PKR tidak membuat persiapan selengkapnya menghadapi pilihan raya umum 2008 memandangkan tidak mendapat calon yang cukup bilangan untuk bertanding kerusi yang diperuntukkan.

Oleh itu kata beliau, pihaknya ada membuat “kesilapan” dengan terpaksa menerima sesiapa sahaja yang hendak bertanding.

PKR yang ditubuhkan 12 tahun yang lalu mencatatkan kejayaan paling besar pada 8 Mac 2008.

PKR merupakan antara komponen dalam Pakatan Rakyat, yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008.

Di bawah gabungan itu, Pakatan Rakyat menawan lima negeri dan menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Dewan Rakyat.

Sejajar dengan ucapan dasar Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perwakilan-perwakilan yang menghadiri kongres kali ini turut menimbulkan isu wakil-wakil rakyat melompat parti.

Kata Wan Azizah, ukuran pemilikan pimpinan harus lebih ketat manakala bakal calon harus mengikuti program latihan.

“Apakah mampu dipertahankan tokoh lama yang kurang wibawa? “Atau mestikah kita sekadar memilih baru yang telah kenal aspirasi perjuangan parti yang bersifat islahi — tajdidi; kearah reformasi dan pembaharuan,” katanya.

Semalam ketika berceramah di Padang Perdana di sini, Anwar berkata, partinya kemungkinan akan memperkenalkan pendekatan tarbiyah atau latihan untuk calon-calon yang bakal bertanding.

Selain itu Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, PKR juga kemungkinan akan memperkenalkan pendekatan ikrar bagi mengelak budaya melompat.

Mengulas pendekatan ambil ikrar, Fuziah berpendapat, beliau berpendapat seseorang itu akan bertindak seperti wakil-wakil rakyat yang telah keluar jika mereka tiada komitmen kepada parti meskipun diwajibkan mengambil ikrar.

Bagaimanapun katanya, pendekatan itu akan diambil kira bersama input-input yang sedang diperoleh dari pelbagai lapisan masyarakat.

“Kami sedang dalam proses mengumpul maklumat,” kata Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan menekankan, hasil perbahasan di kongres menunjukkan perwakilan sudah tidak kisah dengan budaya keluar parti yang dialami PKR.

“Kami sudah tidak rindu mereka lagi... ini yang saya dapati hasil perbahasan,” katanya.

Isu Tanah KTMB Tanjung Pagar. Tergadaikah Maruah Kita ?

"Keretapi Tanah Melayu Bhd(KTMB) mempunyai tanah pajakan dengan Kerajaan Singpura selama 999 tahun bermula tahun 1932 seluas 217 hektar. Tanah sepanjang 30 km ini adalah daripada Woodland, Kranji, Tanjung Pagar dan 3 lot di Bukit Timah(lot 76-2Mk 16, lot 249 Mk 4 & lot 32-10 Mk 16).

Tanah ini cukup strategik kerana terletak di tengah-tengah Singapura , terlengkar dari utara di Woodland hingga ke Selatan di Tanjung Pagar. Menteri Pangankutan Datuk Ong Tee Keat yang merupakan salah seorang ahli rombongan pertemuan kerajaan Malayasia dan Singapura telah menyatakan bahawa sekatan terhadap tanah KTMB telah menghalang tanah KTMB tersebut dibangunkan sebelum ini.

Ini bermaksud KTMB tidak boleh membangunkan kawasan tersebut tanpa perubahan syarat pajakan. Maka kekalah tanah tersebut tampa boleh dikomersialkan. Perjajian pajakan yang telah dimeterai dengan pihak British telah menyatakan bahawa tanah tersebut hanya boleh digunakan untuk tujuan kereta api sahaja. Ini bermaksud bahawa jika KTMB membuat aktiviti lain daripada kereta api maka perjanjian pajakan akan terbatal dan Singapura berhak untuk merampas tanah tersebut.

Persoalannya kenapa semasa Singapura keluar daripada Malaysia tahun 1965 duhulu syarat-syarat yang menjerut diri kita ini tidak diubah? Ada banyak perjanjian dan dokumen yang menjerut kita antaranya perjanjian pajakan tanah KTMB , perjanjian air dan surat Setiauasaha Kerajaan Negeri Johor yang melepaskan kepentingan tanah Pulau Batu Putih daripada negeri Johor.

Itulah kelemahan sebenar Kerajaan Malaysia. Membuat keputusan terburu-buru melepaskan Singpura tanpa kajian mendalam. Samalah seperti melepaskan Blok M & L kepada Brunei dan dasar Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dahulu. Semuanya melambangkan sikap terburu-buru kerajaan Malaysia. Pepatah melayu baru mungkin boleh dicipta. “Dasar terburu-buru amalan Kerajaan BN” . Pepatah ini boleh dimasukkan dalam Dewan Bahasa Dan Pustaka apabila kerajaan BN tumbang tidak lama lagi.

Menteri Besar Johor Dato Abd Ghani Othman menyatakan bahawa KTMB perlu keluar daripada Tangjung Pagar seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pimpinan Malaysia dan Singapura . Ia telah dipersetujui dalam Point Of Agreement (POA) tahun 1990. Walaubagaimanapun Dato Abd Ghani Othman menyatakan bahawa KTMB akan mendapat tanah baru sebagai ganti tanah 217 hektar tersebut iaitu tanah bertaraf antarabangsa diempat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor. Pelaburan dan pembangunan di dua bidang tanah itu akan dilakukan oleh syarikat usahasama MS Pte Ltd iaitu usahasama antara Khazanah Nasional (60%) dan Temasek Holding(40%).

Stesen KTMB Tanjung Pagar akan dipindahkan ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlang (WTCP) menjelang 1 Julai 2011. Ini bermaksud bahawa KTMB tidak lagi menggunakan tanah 217 hektar tersebut untuk tujuan kereta Api. Maka perjanjian pajakan tanah telah dilanggar oleh KTMB dan Singapura berhak memiliki tanah tersebut. Maka berjayalah Singapura mengambil maruah kita di atas tanah tersebut.

Sebagai ganti Singapura akan menukarkan tanah di Marina South dan Ophir Rochor. Tanah asal KTMB bernilai rendah sebab tanah tersebut tidak boleh dimajukan, terdapat sekatan, bentuknya panjang sukar dimajukan, bersepah dan macam-macam lagi faktor yang membolehkan ianya dinilai dengan harga yang rendah.

Kemudian tanah di Marina South dan Ophir Rochor adalah tanah di kawasan srategik, lokasi perniagaan antarabangsa, telah banyak pembangunan dan macam-macam lagi faktor yang membolehkan ianya di nilai dengan harga yang tinggi. Akhirnya tanah asal KTMB yang seluas 217 hektar akan di tukar dengan luas tanah sekangkang kera sahaja di Marina South dan Ophir Rochor.

Lebih memedihkan lagi tanah 217 hektar yang sudah menjadi milik Singapura akan diubah sayaratnya untuk membolehkan Singapura membangunkannya. Tanah yang asalnya murah dan kononnya tidak strategik akan menjadi tanah yang cukup strategik apabila syaratnya telah di ubah. Maka kawasan ini akan dibangunkan lebih hebat daripada kawasan Marina South dan Ophir Rochor. Akhirnya putih matalah rakyat Malaysia yang melalui kawasan tersebut . Rakyat Malaysia yang datang melawat bahan sejarah Tanjung Pagar akan berkata “ Singapura tipu kita lagi”. Itulah lakonan sebuah babak berjudul “Menang-menang”.

Perkongsian 60-40 antara Khazanah Nasional(60%) mewakili Malaysia dan Temasik Holding (40%) mewakili Singapura masih tidak jelas maksudnya yang sebenar. PAS Johor mendesak agar 60% milik Khazanah Nasional adalah mewakili nilai tanah seluas 217 hektar bukannya keseluruhan tanah tersebut diwakili oleh perkongsian 100%.

Dengan maksud bahawa Kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan modal dalam syarikat MS Pte Ltd, modalnya adalah tanah 217 hektar tersebut tetapi Temasik Holding perlu mamasukkan modal luar mewakili 40% kepentingannya. Jika Temasik Holding tidak mengeluarkan sebarang modal untuk perkongsian ini maka boleh dianggap bahawa Kerajaan Malaysia telah menyerahkan 40% tanah KTMB kepada Singapura.

Marilah kita sama-sama memerhatikan dengan penuh teliti apakah kertas cadangan balas Perdana Menteri Singapura Lee Hsian Loong akan berkunjung ke negara kita tidak lama lagi. Apakah Malaysia akan menerima nasib seperti Pulau Batu Putih? Adakah maruah kita telah digadai? Sama-samalah kita perhatikan.

Judi: Pandangan agama dunia

Negara telah dihangatkan dengan kelulusan pihak kerajaan meluluskan lesen kepada Berjaya Corporation untuk menguruskan pertaruhan sempena Piala Dunia 2010 yang menjelang tiba. Tentangan bukan sahaja datang dari pihak parti pembangkang dan orang Islam, bahkan dari pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat bukan Islam.

Saranan dari bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar keputusan kerajaan tersebut dikaji semula amatlah dialu-alukan dan harus diteliti oleh pihak kerajaan.

Ia bukan sahaja dapat mereda suasana dan desakan majoriti masyarakat, bahkan bersesuaian dengan identiti Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di kalangan Negara-negara Islam terutama dalam negara menonjolkan diri sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa dan juga Pusat Halal Dunia.

Walaupun lesen judi hanya dibenarkan untuk pelanggan di kalangan bukan Islam termasuk pekerja dan premis, namun judi bukan sahaja mendapat tentangan daripada masyarakat Islam tetapi bukan Islam sendiri. Jika ditelusuri judi di kalangan agama dunia, majoriti merujuk tentang keburukan judi kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Islam sebagai agama rasmi negara, secara jelas menyatakan haramnya judi.

Allah ta'ala telah berfirman yang mafhumnya: "Wahai orang-orang mukmin. Sesungguhnya arak, judi, berhala, anak panah (judi) adalah najis (kotor) dari kelakuan syaitan. Jauhilah ia supaya kamu beroleh kemenangan. Sesungguhnya syaitan bertujuan menjadikan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan judi, serta menghalang kamu dari mengingati Allah dan mendirikan solat". Al-Maidah, 90-91. Ayat ini jelas menunjukkan pengharaman 'khamr' (arak) dan segala bentuk 'maysir' (judi).

Ajaran lama Budha Hinayana, menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; " membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi".

Namun ajaran baru Budha Mahayana telah melonggarkan larangan ini dan ia hanya terpakai kepada yang mahu menjadi sami atau betul-betul menghayati ajaran Budha. Juga tercatit dalam kitab lama Budha kisah masyhur 'Ratapan si Penjudi' (Gambler's Lament) yang menjadi pengajaran berguna apabila seorang penjudi yang kalah wang taruhan menyebabkan dia kehilangan anak dan isteri.

Dalam kitab Budha, 'Tipitaka' juga ada menceritakan enam perkara bahaya akibat judi: Pertama bagi yang menang akan mengundang kebencian, kedua bagi yang kalah akan tertekan kerana kehilangan wang, ketiga tidak ada perkataan yang boleh digunakan untuk pembelaannya di mahkamah, keempat dia akan dijauhi oleh rakan dan keluarga, kelima dia akan susah untuk menemui jodoh kerana tiada yang mahu bersuamikan si penjudi dan keenam mencari kekayaan atas pertaruhan menyebabkan kesengsaraan kepada orang lain (yang kalah)' .

Walaupun ajaran Budha tidak mengharamkan secara jelas aktiviti judi dan membenarkannya sekadar permainan rekreasi dan hiburan seperti permainan 'mahjung' atas dasar untung nasib atau 'ong'. Namun Budha memberi amaran keras bagi yang mempertaruhkan wang dan mengabaikan tanggungjawab keluarga sehingga hilang wang pertaruhan dan sumber mata pencarian.
Apa yang berlaku, aktiviti judi yang sedia ada di negara kita terutama di kalangan yang berpendapatan rendah telah menyebabkan kebobrokan rumah tangga dan ramai terperangkap dengan hutang dengan meminjam melalui 'Ah Long' dan ceti haram.

Bagi ajaran Kristian pula tidak ada kejelasan dalam pengharaman judi tetapi ajaran Kristian memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang seperti yang disebut di dalam Timothy 6:10 " Bagi mereka yang mencintakan wang ia adalah punca bagi segala kejahatan. Bagi mereka yang terlalu taksub berlumba mendapatkan wang dan mengabaikan tanggungjawab agama, seolah dia mencucuk dirinya dengan kesedihan di kemudian hari".

Dalam Hebrew 13:5 pula mengatakan " Bebaskan dirimu dari kecintaan dunia (wang) dan berpadalah dengan apa yang kamu ada, kerana Tuhan telah mengatakan, ' Aku tidak akan tinggalkan kamu dan tidak akan membiarkan kamu (sentiasa menolongmu)'. Majoriti gereja bersepakat menyatakan keburukan judi dan sebahagian membenarkan loteri kebajikan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan juga aktiviti judi 'Bingo' sebagai akiviti rekreasi yang popular di kalangan warga pesara di negara barat.

Namun begitu majoriti gereja menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino atas dasar 'melampau'. Manakala gereja Prebysterian menolak terus segala bentuk judi termasuk loteri kerana atas hujah ia mengambil wang dari golongan miskin dan berpendapatan rendah, yang mengharapkan hadiah lumayan, tetapi hanya 'seorang dalam sejuta sahaja' yang memenangi hadiah wang yang dijanjikan.

Manakala bagi penganut agama Yahudi, para Rabbi (pemimpin agama Yahudi) menetapkan aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan.

Usaha kerajaan UK suatu ketika dahulu untuk menubuhkan kasino secara besaran atas alasan untuk menarik pelancong dan menambah pendapat negara mendapat kecaman dari rakyat.

Di Amerika Syarikat pula, walaupun di peringat Federal (Pusat) membenarkan aktiviti judi, namun setiap negeri mempunyai kuasa untuk mengharamkannya. Nevada membenarkan lesen judi pada tahun 1931 dan menjadi sumber ekonomi utama negeri, diikuti Atlantic City dan New Jersey pada tahun 1976 dan Mississipi pada tahun 1990. Kebanyakan negeri lain di Amerika Syarikat masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial kecuali loteri kebajikan dan permainan Bingo oleh pertubuhan bukan kerajaan untuk tujuan kebajikan.

Judi secara logiknya adalah permainan orang yang mempunyai lebihan wang dan tidak terasa apabila mereka kalah judi. Oleh kerana itulah pusat perjudian yang terkenal di Eropah, Monaco, rata-rata penghuninya adalah hartawan dan selebriti.

Dalam sesetengah negara berlumba membina pusat-pusat perjudian dengan anggapan ia dapat meningkatkan hasil pendapatan negara, lain pula halnya sebuah negeri kepulauan kecil di Pasifik, Vanuatu, yang berpenduduk hampir 300,000 orang dan majoriti beragama Kristian. Kerajaan Vanuatu telah meluluskan akta pengharaman judi di negara mereka sejak tahun 2006 dan ia tidak mendapat sebarang bantahan dari rakyat malah dialu-alukan.

Sekiranya pungutan suara dilakukan di kalangan awam, juga ketua-ketua semua agama di Malaysia selain Islam, nescaya mereka akan bersetuju tentang kemudaratan judi dan arak kepada masyarakat, melebihi kebaikan.

Semoga acara sukan dan sebagainya tidak dicemari dengan aktiviti yang tidak sihat seperti judi. Ia bukan sahaja menggalakkan mereka yang meminati sukan tersebut berminat untuk berjudi sama, malah menambah masalah judi yang sedia ada di negara kita.
Penulis mewakili pertubuhan Faith & Globalisation Network yang berpangkalan di United Kingdom. Beliau boleh dihubungi melalui email: n_mh@btinternet.com

Subsidi nie Dari Duit Kita Juga.. Masalah Utama Sekarang ialah Puak Yang Mengurus tu dah tak reti dah...

Pengurangan Subsidi: Kesan Baik Dan Buruknya

A Kadir Jasin

PERBAHASAN isu subsidi di mana-mana pun panas dan emosional. Tak kira di negara kaya macam Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah atau negara miskin macam Mesir.

Di Mesir berlaku rusuhan bila subsidi roti dikurangkan. Di Eropah petani merusuh dengan membinasakan hasil keluaran.

Menteri orang bukan politik macam Idris Jala yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), mungkin kurang peka hal sebegini. Apatah lagi jika pengalamannya hanya makan gaji dan gajinya pula besar.

Hendak mudah cakap, kalau tidak kerana subsidi baja dan subsidi harga padi, ratusan ribu petani kita akan hidup dalam kemiskinan tegar dan hasil padi/beras negara merudum.

Jadi kita saling bantu membantu. Orang yang beli beras bayar harga yang tinggi sedikit dan harga tambahan itu dipindahkan kepada penanam padi sebagai subsidi.

Ahli ekonomi selalu kata subsidi mengherotkan (distort) ekonomi. Tapi mereka jarang cakap kesan positif subsidi kepada penerima atau seolah-olah pengguna individu dan orang miskin saja nikmati subsidi.

Ambil contoh subsidi baja. Petani dapat baja dan pengilang dapat hasil membekalkan baja. Kalau tidak kerana skim subsidi baja, industri baja kita tidaklah sebesar sekarang.

Subsidi menjana ekonomi. Seorang pengguna yang terima RM1 ringgit subsidi akan belanja duit itu. Pekedai dapat hasil. Pekedai pasti buat keuntungan kerana barang yang dijual dengar harga RM1 itu diperolehnya dengar harga lebih rendah daripada pembekal. Pembekal beli lebih rendah dari pengilang. Setiap kali duit RM1 itu bertukar tangan, ia menambah kepada nilai ekonomi.

Billionaire Pun Telan Subsidi

Dan jangan lupa, di Malaysia pengilang dan pelabur yang kononnya sangat pandai berniaga itu pun mendapat subsidi berbilion-bilion ringgit. Antaranya subsidi diesel (untuk pengangkutan) dan subsidi gas asli cecair (untuk penjanaan elektrik oleh IPP dan kilang pembuatan).

Malah tauke-tauke billionaire yang pakai kereta Mercedes Benz 6,000cc dapat subsidi minyak petrol yang berkali-kali ganda lebih banyak daripada orang biasa yang guna Kancil atau Proton.

Kilang yang dapat subsidi kata mereka jual barang dengan harga yang lebih murah kepada pengguna. Tetapi mana kita tahu kalau mereka songlap (tipu)?

Kita semua tahu penguatkuasaan kita hambar. Kerap kali sekadar melepas batuk di tangga saja. Kurang pengetahuan, malas dan rasuah adalah antara punca pengawasan harga dan bekalan sangat lemah.

Bukan semua subsidi dalam bentuk cross (lintang) di mana pengguna membayar harga yang tinggi sedikit untuk membantu pengeluar, macam subsidi harga padi.

Subsidi Dari Duit Kita Juga

Sebahagian besar subsidi adalah daripada sumber kewangan yang diamanahkan kepada kerajaan, sama ada hasil cukai atau keuntungan pelaburan.

Duit yang digunakan untuk subsidi itu bukan duit kerajaan, tetapi duit pembayar cukai individu dan korporat. Kerajaan sekadar menguruskannya.

Soalnya, Idris kata kerajaan tak mampu lagi tampung kadar subsidi seperti yang ada sekarang. Malah dia kata negara akan muflis, bankrupt, kaput, hancus dalam masa lima tahun kalau kadar perbelanjaan negara dikurangkan.

Salah satu cara menjimatkan perbelanjaan adalah dengan mengurangkan atau menghapuskan langsung subsidi.

Mustahil boleh dihapuskan langsung. Jadi soalnya sekarang bagaimana kita hendak melaksanakan rasionalisasi subsidi ini?

Ya kita, saya dan Saudara serta Saudari semua kerana kitalah yang pilih kerajaan, kitalah yang bayar cukai dan kitalah yang terpaksa menanggung bebannya.

Kalau ikut Idris, subsidi, tak kira subsidi tol, bahan api, elektrik, gula, tepung atau minyak masak dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini. Matlamatnya nak kurangkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.

Baguslah kerajaan mengadakan mekanisme khas dipanggil Makmal Rasionalisasi Subsidi untuk tujuan perbahasan dan mengadakan hari terbuka makmal itu Khamis lepas di Ibu Negara. Jadi adalah wajib kita memberi maklum balas sebelum cadangan dikemukakan kepada Kabinet.

Tak kiralah betul atau tidak kita antara negara yang paling tinggi subsidi di dunia, tapi jumlah RM74 bilion tahun lalu itu memanglah besar.

Daripada jumlah itu, subsidi sosial sebanyak RM42.4 bilion, bahan api dan elektrik (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion). Kata Idris, purata subsidi itu bersamaan RM12,900 bagi setiap isi rumah.

Tapi saya terkilan bila Idris membandingkan negara kita dengan Greece yang kini mengalami krisis kewangan yang teruk dan hampir muflis. Takkanlah kita seteruk Greece? Kalau nak gempar (takut-takutkan) pun, biarlah rasional sikit.

Potongan Subsidi Akan Jejaskan Rakyat

Pengurangan subsidi pasti akan jejaskan taraf hidup rakyat. Kuasa membeli mereka akan jatuh dan akan diburukkan lagi oleh kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Pengilang, penyedia perkhidmatan, pengedar dan pekedai akan menaikkan harga bagi menampung pengurangan atau penghapusan subsidi. Setiap peringkat rangkaian pembekalan (supply chain) akan menaikkan harga. Lebih teruk daripada itu mereka akan mengambil kesempatan membuat keuntungan berlebihan (profiteering).

Pentadbiran Mohd Najib Abdul Razak tentu sedar kesan rasionalisasi subsidi ini. Ia mungkin membantu mengurangkan beban hutang negara yang mencecah RM362 bilion (54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi kesannya kepada ekonomi dan rakyat jelata juga besar.

Perlu juga dijawab apakah hutang negara yang besar ini kerana subsidi sahaja atau kerana pemborosan, ketirisan dan rasuah?

Pada pandangan rambang rakyat jelata, para pembesar terus hidup dengan mewah, boros dan menunjuk-nunjuk. Pengiring polis berkereta dan bermotosikal, pengawal peribadi, permaidani merah, kerusi tinggi, perbarisan pegawai dan makanan berlambak!

Subsidi adalah sebahagian daripada ekonomi. Ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran, menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi.

Tetapi ia juga menyebabkan kemudaratan bila harga yang murah menyebabkan penggunaan berlebihan, misalnya gula dan minyak masak yang memudaratkan kesihatan.

Soalnya, bagaimanakah Mohd Najib dan para penasihat ekonominya akan melaksanakan tugas rumit dan sensitif ini tanpa menjejaskan ekonomi negara, kesejahteraan rakyat dan sokongan pengundi.

Langkah mengurangkan subsidi pasti mendapat sokongan dan pujian hebat para “free marketeer”, Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

Tetapi sokongan mutakhir yang menentukan jatuh atau bangun pemerintah adalah rakyat jelata, khasnya golongan majoriti yang masih miskin, terpinggir dan memerlukan bantuan.

Dan tidak perlulah Idris Jala memberi “lecture” kepada rakyat jelata supaya sedar negara memberi subsidi yang tinggi. Saya rasa Idris juga datang daripada latar belakang di mana subsidi dan bantuan adalah peyelamat.

Mana tak bankrap 9 tahun lagi...dah hangpa bengong urus ekonomi negara...

Mana tak bankrap 9 tahun lagi, bila...
Drs. Khalil Idham Lim

Terkejut besar dengan kenyataan dari menteri yang satu masa dulu jaga kapalterbang bila katanya Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Satu kenyataan yang saya sifatkan tidak lebih dari menghalalkan tindakan BN yang akan menyusahkan rakyat. Namun tahukah Idris bahawa apa yang disubsidikan oleh kerajaan sebenarnya datang dari rakyat juga, jadi apalah salahnya subsidi? Yang jelas bagi saya negara akan bengkrap bukan kerana subsidi tetapi kerana rasuah berterusan oleh pemimpin BN sehingga wang rakyat sebenarnya banyak yang masuk poket orang politik malah lebih banyak dari subsidi yang diberikan kepada rakyat.

Bayangkan bagaimana Malaysia boleh jadi bengkrap dengan pengurusan wang dan khazanah negara seperti dibawah bila

1- Negara kehilangan hasil Minyak RM320 billion dengan penyerahan Blok L dan M kepada Brunai.
2- Sime darby rugi lebih RM1 billion
3- Komisen kapalselam kepada individu lebih RM500 juta...
4- PKFZ rugi beratus billion..
5- Pos Malaysia pun rugi lebih RM200 juta...
6- Kerajaan berbelanja RM6.89 juta setahun membayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita.Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari. Tidak lagi termasuk wang pengurusan yang juga mencecah jutaan ringgit setahu.

Senarai di atas adalah beberapa peratus dari banyak lagi penyelewangan dan pembaziran wang kerajaan yang akan menbengkrapkan negara bukannya kerana subsidi.

Termasuklah bagaimana MAS yang pernah dijaga Idris rugi dan akan bankrap bila 3 buah lukisan yang menghiasi dinding di pejabat Pengerui MAS yang bernilai RM1.5 juta dan seorang Pengurus Kanan MAS bernama Chris Andrews, seorang warga asing yang dibayar gaji RM7,525 sehari! (bersamaan hampir suku juta sebulan ataupun RM2.7 juta setahun!)

Semoga rakyat tidak termakan usaha Idris untuk memperbodohkan rakyat itu, yang penting lagi cepat BN disungkurkan lagi cepat negara kita akan tidak bengkrap. Malah bukannya sampai kena tunggu 9 tahun, bagi saya negara kita telahpun bankrap kerana kerakusan pemimpin BN mengambil harta rakyat setiap kali mandat diberikan.

Harga Lesen Memandu Naik..Jom Semua Termasuk Mat Rempit..Kita Tolak BN

Lepas satu, satu naik..ini semua salah UMNO Israel..jangan salahkan rakyat miskin jika mereka memandu tanpa lesen..kos sekarang pun macam nak beli motor second hand..ambil lesen insurans pun kena RM 30..berbanding lesen kereta yang mencecah 600 lebih. Memang negera ini dah jadi negara bala..tu lah, jadikan lesen ini satu perniagaan..ini semua salah UMNO..jom semua termasuk mat rempit, jom kita tolak UMNO BN Yahudi dalam PRU akan datang...

Kos Belajar Memandu Mungkin Naik - JPJ

TAPAH: Kos untuk belajar memandu mungkin akan dinaikkan berikutan pengenalan kurikulum pembelajaran yang baru yang kini berada di peringkat akhir untuk mendapat kelulusan kerajaan dan mungkin dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata kenaikan kos itu tidak dapat dielakkan dalam usaha JPJ mewujudkan kurikulum pembelajaran memandu yang lebih berkualiti dan menyeluruh kepada bakal pemandu di negara ini.

"Saya jangka akan berlaku kenaikan (kos) sebab kita mahu menuju kepada kualiti latihan yang lebih baik. Kalau kita tidak mahu pemandu yang tidak berkualiti, yang tidak mempunyai pemanduan berhemah, cermat dan bersopan santun, kita kenalah bayar lebih sedikit (untuk latihan memandu)," katanya kepada pemberita selepas menutup program 'Satu Komuniti Satu JPJ' di sini hari ini.

Seramai 585 masyarakat Orang Asli turut menerima lesen memandu B2 pada majlis ini.Solah menjangkakan kenaikan kos berkenaan akan menjadi perdebatan hangat di kalangan masyarakat, namun beliau menegaskan bahawa negara masih menenakan bayaran paling rendah bagi mendapatkan lesen memandu.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa JPJ akan memperkenalkan kurikulum baru ke arah menyediakan satu sistem latihan memandu yang dapat melahirkan pemandu yang kompeten, mematuhi undang-undang dan berhemah.

Solah berkata menerusi kurikulum baru, jumlah waktu belajar memandu akan turut mengalami perubahan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah waktu baru yang akan ditetapkan.

"Kita juga akan mengajar mengikut jenis kenderaan yang mereka (pelajar mamandu) mahukan. Kalau mereka mahu kenderaan jenis manual, kita akan ajar cara mengendalikan kenderaan manual, kalau mahu kenderaan automatik, kita akan ajar memandu kenderaan yang berautomatik," jelasnya.

Katanya para pemegang lesen memandu P (percubaan) juga perlu mengambil ujian khas untuk memperolehi Lesen Memandu Kompeten (CDL) selepas ini dan bukan memperolehinya secara automatik seperti sekarang.

"Kita juga akan memperbaiki lagi cara untuk mendapatkan lesen Public Service Vehicle (PSV) dan Good Driver's License (GDL). Ini antara beberapa perubahan yang kita hendak laksanakan. Kita kini dalam peringkat akhir untuk mendapat persetujuan pihak Kementerian Pengangkutan," katanya. - BERNAMA

TG Nik Aziz syukur PAS kekal bersama Pakatan Rakyat

SEPANG, 30 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyuarakan rasa syukur kepada Allah kerana kekal memelihara PAS bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk menggantikan Umno BN pada pilihanraya umum ke-13 (PRU13) kelak.

“Mahu tak mahu, Allah dah siapkan kita bersama DAP dan PKR untuk kita (PAS) sebut tentang Islam untuk ganti Umno.

“Alhamdulillah, sekarang ini PAS dah bersama Pakatan (Rakyat) dan tolak (usaha) perpaduan (PAS) dengan Umno,” jelas beliau tengah hari tadi ketika merasmikan Masjlis Pecah Tanah Kompleks PAS di Paya Indah Wetland, di sini. (Gambar)

Disebabkan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS seharusnya terus mendekati masyarakat bukan Islam dari kalangan kaum Cina dan India untuk menghadapi Umno, selain memperkukuh hubungannya dengan masyarakat Islam berbangsa Melayu.

“Yang lawan kita ini bukannya orang Cina, orang India bukan Islam, yang lawan kita ini dalam pilihan raya nanti orang Melayu (Umno).

“Sebab ini, dalam pilihan raya nanti yang lawan PAS bukannya orang Cina, tetapi orang Islam sendiri (Umno),” tegasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau memuji kepemimpinan PAS kerana meletakkan PAS sebagai parti yang disegani oleh masyarakat Islam dan bukan Islam di tanah air.

“Setahun dua ini, orang Cina mulai rapat dengan PAS, orang India mulai rapat dengan PAS atas pemimpin kita yang tolak politik perkauman,” ujar beliau.

Mengambil contoh reaksi rakyat terhadap PAS dalam pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini, beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa masyarakat bukan Islam kian mengenali keindahan Islam.

“Di Sibu baru-baru ini, orang Cina yang sokong DAP mula rapat dengan PAS, mula-mula rapat dengan PAS, selepas ini rapat dengan Islam,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata, tidak mustahil Islam di tanah air akan dominan dengan keislaman bangsa Cina dan India kerana sejarah membuktikan bahawa kedua-dua bangsa itu lebih awal menerima Islam berbanding bangsa Melayu serta sudahpun mempunyai tamadun Islamnya yang tersendiri.

Sebelum pada itu, Abdul Hadi mewakili kepemimpinan PAS Pusat merakamkan penghargaan kepada Nik Abdul Aziz kerana sudi merasmikan masjlis pecah tanah tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyeru seluruh rakyat khususnya ahli-ahli PAS supaya berlumba-lumba berwakaf harta untuk membina kompleks PAS sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar as-Siddiq dengan membeli sebidang tanah untuk didirikan Masjid Nabawi di Madinah.

Turut bercakap di pentas yang sama, Datuk Husam Musa selaku Pengarah Jawatankuasa Pembinaan Kompleks PAS.

Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Nuridah Mohd Salleh (Ketua Muslimat), Datuk Mustafa Ali (setiausaha agung), Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat).

Sebarang derma dan sumbangan wakaf boleh disalurkan melalui Bank Islam Sdn. Bhd. (BIMB) bernombor 14023010039098 atas penama Parti Islam SeMalaysia Markaz Tarbiah PAS. -Hrkh

Harussani Zakaria Penasihat – Warga Brunei Rugi RM211 Juta

Harussani Zakaria
Harussani Zakaria


4,763 minta bantuan dapatkan semula pelaburan dalam firma Malaysia

Seramai 4,763 rakyat Brunei yang melabur dalam sebuah syarikat yang didaftarkan di negara ini memohon bantuan kerajaan Malaysia membantu mereka mendapatkan semula wang pelaburan yang didakwa berjumlah B$91.5 juta (RM211.549 juta).

Sembilan wakil pelabur itu yang berada di negara ini sejak Ahad lalu untuk menyelesaikan masalah berkenaan, mendakwa mereka melabur menerusi sebuah entiti, iaitu Kelab Taqwa Malaysia (KTM) yang dimiliki Syarikat Kumpulan Dina yang mempunyai cawangan di Brunei dan Sarawak.

Seorang wakil mereka yang enggan namanya disiarkan mendakwa, ketika kempen menarik pelaburan, KTM yang beroperasi di Limbang, Sarawak, mendakwa menggunakan kaedah urus niaga berunsurkan Islam dengan slogan 'Diri Islam, Negara Aman', menyebabkan mereka yakin melabur.

“Wakil syarikat itu mendakwa melantik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai penasihat syariah sejak Mac 2008 untuk meyakinkan pelabur,” katanya ketika datang ke Berita Harian, semalam.

Beliau berkata, sebelum membuat pembayaran kepada KTM, mereka berurusan dengan sebuah lagi syarikat dikendalikan pengurusan sama, Pan Phoenix Dina Sdn Bhd (PPD) di Brunei, tetapi ditutup tidak lama selepas itu kerana dikatakan terbabit menerima deposit tanpa lesen perbankan sah.

Seorang pesara lelaki yang turut melabur berkata, pembayaran keuntungan berjalan lancar sejak 2007 sehingga syarikat itu ditutup pada 16 Mac tahun lalu.

Beliau berkata, selepas ditutup, seorang daripada pengasas syarikat warga Malaysia membuat perjanjian untuk membayar semula modal secara berperingkat pada September tahun lalu dan awal tahun ini, namun ia tidak dilaksanakan dan mereka menghilangkan diri tanpa dapat dihubungi.
“Selain menggunakan wang persaraan, saya resah kerana selalu menerima panggilan rakan dan saudara mara bertanyakan mengenai wang pelaburan mereka yang masih tidak dikembalikan syarikat berkenaan,” katanya.

Seorang wanita yang melabur B$165,000 (RM381,482) mendakwa, mereka sudah berjumpa wakil Bank Negara Malaysia (BNM) dan dimaklumkan antara RM20 hingga RM30 juta wang milik KTM dibekukan kerana kesalahan menerima deposit tanpa lesen sah.

“Meskipun dimaklumkan pelabur bakal menerima semula wang selepas kes diputuskan oleh mahkamah, ia akan memakan masa dan selepas pelbagai ikhtiar, kami berharap pemimpin di Malaysia dapat membantu kami.

“Bukan semua rakyat Brunei yang melabur dalam syarikat itu terdiri daripada mereka yang berpendapatan tinggi. Selain menggunakan wang persaraan, ada yang membuat pinjaman kerana menyangkakan memperoleh pulangan lumayan,” katanya.

Harussani ketika dihubungi berkata, beliau tidak lagi berhubungan dengan mana-mana wakil syarikat itu selepas dimaklumkan ia ditutup dan tiada pelabur yang datang atau menghubunginya.

Sementara itu, berdasarkan salinan maklumat daripada pelabur syarikat itu, KTM dan PPD yang mengeluarkan produk cucian jenama Dina, mempunyai beberapa pejabat, antaranya di Shah Alam, Pengkalan Chepa, Kelantan dan Sarawak.

Antara skim pelaburan yang ditawarkan syarikat itu adalah Al Iwa 2 dengan pelaburan serendah B$500 (RM1156) membabitkan kontrak dua tahun dengan keuntungan dijanjikan 24 peratus sebulan. Pelaburan tertinggi yang ditawarkan ialah Al Ghani dengan permulaan serendah B$200,000 (RM462,403) dengan kontrak setahun dan keuntungan 30 peratus sebulan.

April tahun lalu, Pengarah Pan Phoenix Dina Sdn Bhd, M Bakri Kamaruddin dan Zainal Md Yusof dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM33 juta yang boleh menyebabkan mereka dihukum penjara lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan. - BH

AMK MINTA SIASAT NAKA MUDA INI

Anwar cabar Najib nafi beri RM2 juta untuk lompat parti

KOTA BHARU, 30 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuduhnya berbohong apabila berkata para wakil rakyat parti itu yang melompat parti mendapat habuan RM2 juta.

Beliau juga mahu menunggu wakil rakyat yang melompat parti itu menafikan dakwaan beliau itu.

"Ketika itu, saya akan dedahkan (bukti) yang saya ada," kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dalam ceramah perdana sempena Kongres PKR keenam di Padang Perdana malam tadi.

Turut serta bersama beliau adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.

"Buat masa ini saya nak kata...ia ada..di mana, saya lupa mana tempat saya letak maklumat itu," kata Anwar disambut terukan gemuruh para hadirin.

Dalam ucapan semasa merasmikan Kongres PKR keenam di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) pagi semalam, Datuk Seri Wan Azizah juga membuat dakwaan yang sama, mereka yang meninggalkan parti itu dibayar RM2 juta.

Dalam pada itu, Anwar memohon maaf kepada penyokong Pakatan Rakyat dengan apa yang berlaku kepada beberapa wakil rakyat PKR itu.

"Saya minta maaf...yang akan datang saya jamin tidak akan berulang lagi...malaun betul mereka ini," kata Anwar.

Beliau memberitahu, PKR akan mengadakan kursus untuk bakal-bakal calon mereka dan memastikan mereka berikrar untuk memberikan sokongan kepada parti dengan utuh dan taat kepada perjuangan. -Hrkh

Ribuan Penyokong Banjiri Ceramah Anwar dan Tok Guru

Inti pati ucapan pada ceramah malam tadi, Anwar yang juga penasihat parti itu berkata, beliau berharap wakil-wakil rakyat yang telah keluar itu agar menyahut cabaran beliau.

Anwar ada mengeluarkan kenyataan bahawa ahli-ahli Parlimen yang keluar PKR menerima (ganjaran) wang RM2 juta, .

Anwar meminta mereka menafikan (yang tidak terima ganjaran,” kata Anwar

“Saya nak tunggu apa mereka hendak kata,” katanya lagi.

Kata Anwar, kenyataan-kenyataan bahawa mereka tidak percaya dan kecewa dengan kepimpinan parti dan Pakatan Rakyat hanyalah alasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka keluar parti.

“Mereka keluar dengan kata Anwar khianat, tetapi alasan sebenar kita akan keluarkan bukti... biar rakyat yang buat penilaian,” katanya.

Turut berucap pada ceramah itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

“Kita ada maklumat, paling kurang (mereka terima RM2 juta)... saya ada bukti, dalam waktu singkat (akan umumkan),” katanya.

Ceramah Pimpinan Pakatan Rakyat malam tadi di padang bandaran Tanah Merah Kelantan,

Antara pimpinan yang menyampaikan ceramah ialah Tok Guru Nik Aziz, Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan Saifuddin Nasution.

PKR perketat pilih calon, elak lompat

KOTA BHARU : Ekoran beberapa episod melompat parti oleh wakil rakyat PKR, pemilihan calon bagi pilihan raya umum ke-13 akan diperketatkan.

Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kriteria pemilihan diperketatkan bagi mengelak berlakunya lompat parti setelah memenangi pilihan raya.

“Mereka yang mempunyai hasrat untuk melompat parti seharusnya dipecat atau disingkirkan sekiranya dapat dikesan lebih awal.

"Jika demikian watak wakil rakyat, bukankah lebih baik mereka disingkir.

Langkah itu akan diambil bagi memperkukuhkan lagi parti,” katanya pada ucapan dasar Kongres Nasional PKR Tahunan ke-6 2009 di Dewan Konvensyen KTC hari ini.

Ucapan dasar itu bertema Harapan Baru Selamatkan Malaysia mengambil masa lebih sejam.

Dewan Konvesnyen penuh sesak dengan kehadiran perwakilan dan pemerhati.

Wakil kedutaan yang kelihatan dari Singapura, United Kingdom, Kanada, Australia dan Amerika Syarikat.

Manakala pemimpin utama Pakatan Rakyat yang hadir Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali.

Perasmian yang bermula jam 9 pagi dimulakan dengan persembahan dikir barat.

Pada perasmian serentak Wanita dan Angkatan Muda PKR pula dipersembahkan paluan rebana.

Wan Azizah berkata, bakal calon juga perlu mengikuti program tarbiah atau latihan sebagai pelapis kepada pemimpin yang sedia ada.

"Apakah mampu dipertahankan tokoh lama yang kurang wibawa? Atau mestikah kita sekadar memilih pemimpin yang telah kenal aspirasi perjuangan parti," katanya.

Beliau juga menyifatkan wakil rakyat yang bertindak melompat parti dijangkiti amalan yang sudah lama menjadi budaya dalam Umno dan Barisan Nasional (BN).

PKR katanya sudah mengenal pasti beberapa punca masalah lompat antaranya fakta berhubung umpan sebanyak RM2 juta ringgit dan imbuhan kontrak kerajaan sebagai upah bagi ahli parlimen yang yang melompat.

Katanya, perkara itu tidak lama lagi akan dijelaskan kepada rakyat.

Tuesday, May 25, 2010

Tabloid nafi tiada permit

Ketua pengarang akhbar Kabar Era Pakatan hari ini menyangkal kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menyebut tabloid tersebut diterbitkan tanpa permit penerbitan.

Mat Zahari Ali (kiri) berkata permit bagi akhbar terbitan Damak Media itu diperolehi untuk akhbar dengan nama'Kabar' bagi tempoh satu tahun bermula 28 Disember 2009.

Jelasnya, "Era Pakatan" hanya merupakan motto bagi penerbitan tersebut dan perkara ini dinyatakan dalam sepucuk surat kepada KDN pada 29 Apr lalu.

"Kami sudah maklumkan kepada KDN bahawa 'Era Pakatan' itu hanyalah motto bagi akhbar kami. Kami tidak pula terima apa-apa surat daripada mereka, mengatakan perkara ini salah.

"Jadi, bagi kami, tidak ada masalah lagi. Tapi kami sangat dukacitalah apabila mereka bertindak merampas akhbar tersebut," katanya lagi ketika dihubungi.

KDN bagaimanapun bertindak
merampas sebanyak 6,108 naskah akhbar tersebut, berdasarkan aduan awam dan laporan polis.

Mat Zahari bagaimanapun tidak yakin dengan alasan tersebut dan mendakwa tindakan rampasan itu dibuat atas "arahan pihak atasan."

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Mat Zahari berkata rampasan dan penyitaan yang dibuat tanpa sebarang notis itu sebagai "tindakan yang tidak profesional."

"(Ia juga) menimbulkan pelbagai keraguan serta menjejaskan kredibiliti kementerian tersebut.

"Kalau ada laporan polis atau aduan awam, KDN seharusnya datang menyiasat atau mengambil keterangan dari
Kabar," katanya lagi.

"Sekiranya KDN tidak berpuas hati atau menyarankan supaya diubah saiz atau mana-mana yang tidak (memenuhi) kehendak KDN maka kementerian tersebut sepatutnya menghubungi pihak
Kabar bagi memaklumkannya atau memberi surat peringatan atau amaran," katanya lagi.

Menyentuh soal motto Kabar, Mat Zahari berkata, KDN sepatutnya menyedari permit akhbar itu diperoleh untuk akhbar bernama Kabar, bukan 'Kabar Era Pakatan' yang sememangnya tidak dikeluarkan oleh kementerian itu.

"Lagipun motto sesebuah akhbar boleh dinamakan apa sahaja atau ditukar dengan apa nama sekalipun pada bila-bila masa kerana ia tidak terikat dengan penerbitan permit," katanya lagi.

-malaysiakini-

ISU PENARIKAN BALIK DARJAH DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI KELANTAN OLEH PEMANGKU RAJA KELANTAN, TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian pada hari ini, 24 Mei 2010, kami di the Kelantan Insider ingin memaklumkan bahawa Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, sememangnya telah menarik balik darjah-darjah dan pingat-pingat kebesaran yang telah dikurniakan oleh ayahanda Baginda, Tuanku Ismail Petra, kepada 9 individu tertentu.

Individu-individu yang darjah-darjah dan pingat-pingat kebesaran membawa gelaran Dato’ mereka telah ditarik balik itu adalah seperti berikut:

Nama Penerima: Shkori Mohamed
Darjah-darjah dan pingat-pingat kebesaran yang ditarik balik: SPSK, DPSK, PSK, BSK dan ASK
Nombor Kad Pengenalan: 531122-03-5379
Alamat: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,
Kota Darul Naim,
15503 Kota Bharu, Kelantan.

Nama Penerima: Ismail Ghani
Darjah dan pingat-pingat kebesaran yang ditarik balik: DPSK, PSK, BSK dan ASK
Nombor Kad Pengenalan: 540101-11-5243
Alamat: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,
Kota Darul Naim,
15503 Kota Bharu, Kelantan.

Nama Penerima: Ibrahim Abdul Kadir
Darjah dan pingat-pingat kebesaran yang ditarik balik: DJMK, SMK dan JP
Nombor Kad Pengenalan: 550916-03-5665
Alamat: Sri Benteng Auto Sdn Bhd,
Lot 427, Batu 1 ¾,
Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu, Kelantan.

Nama Penerima: Tan Huat @ Tan Liang Chong
Darjah-darjah dan pingat kebesaran yang ditarik balik: DPMK, DJMK dan JP
Nombor Kad Pengenalan: 440720-03-5009
Alamat: SBJ Binajaya Development Sdn Bhd,
Nombor 5400 E & F, Bangunan SBJ,
Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Nama Penerima: Wan Hassan Wan Zin
Darjah kebesaran yang ditarik balik: DJMK
Nombor Kad Pengenalan: 510218-03-5047
Alamat: Nombor 4, Tingkat 1, Batu 3,
Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh,
15100 Kota Bharu, Kelantan.

Nama Penerima: Mohd Raihan Dato’ Seri Eusuff Teh
Darjah kebesaran yang ditarik balik: DJMK
Nombor Kad Pengenalan: 560320-03-5959
Alamat: Nombor 10,
Jalan Tunku Putra, Kenny Hill,
50480 Kuala Lumpur.

Nama Penerima: Senator Ahmad Rusli Iberahim
Darjah dan pingat-pingat kebesaran yang ditarik balik: DJMK, ASK dan JP
Nombor Kad Pengenalan: 570930-03-5491
Alamat: Kampung Kukang,
Jalan Perol,
16010 Kota Bharu, Kelantan.

Individu-individu yang pingat kebesaran mereka telah ditarik balik itu adalah seperti berikut:

Nama Penerima: Yusri Che Noh
Pingat kebesaran yang ditarik balik: JP
Alamat: YUS Construction and Trading,
2090-J, Simpang Tiga Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu, Kelantan.

Nama Penerima: Tengku Ahmad Zahari Tengku Abdul Kadir
Pingat kebesaran yang ditarik balik: JP
Alamat: Lot 126, Taman Permai,
Kampung Demit, Jalan Raja Perempuan Zainab II,
Kubang Kerian,
16150 Kota Bharu, Kelantan.

Penarikan balik darjah-darjah dan pingat-pingat kebesaran ini dibuat oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, berasaskan kepada Perkara 45(1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) yang memberi kuasa kepada Baginda untuk “menurunkan pangkat mana-mana orang yang telah dikurniakan kepadanya mana-mana pangkat atau gelaran atau pingat-pingat kehormatan mengikut syarat-syarat Perkara 43 atau 44 Bahagian ini jika ada cukup kesalahan atau dosa yang telah dilakukan yang mengharuskan diperbuat demikian itu”.

Kami percaya ketegasan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, di dalam menjaga nama baik Istana Kelantan dari dicemari oleh mana-mana anasir yang boleh merosakkan ini amatlah dialu-alukan oleh seluruh pelosok rakyat Kelantan yang cintakan kebenaran.

Dengan ini juga, kami mendoakan semoga selepas ini tidak akan wujud lagi cubaan dari mana-mana pihak pun juga, khususnya dari kalangan mereka yang pernah menerima darjah-darjah dan pingat-pingat kebesaran negeri ini, untuk mencemarkan nama baik Istana Kelantan.

Bersama-sama ini disertakan laporan akhbar Berita Harian yang berkaitan:

5 dilucut pingat kebesaran
Pemangku Raja Kelantan anggap penerima gagal jaga integriti
Oleh Ismail Mat

KOTA BHARU: Lima kenamaan negeri terdiri tiga bergelar Datuk dan dua Jaksa Pendamai (JP) dilucutkan pingat kebesaran masing-masing yang dikurniakan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Mereka yang dikenakan tindakan terbabit terdiri daripada tiga kakitangan kerajaan negeri yang masih berkhidmat di pusat pentadbiran Kota Darul Naim dan Balai Islam.

Dua lagi ahli perniagaan dikenakan tindakan sama pula terbabit dalam bidang pembinaan dan automobil.

Sumber berkata, semua individu terbabit dipercayai sudah atau akan menerima surat makluman mengenai perlucutan pingat kebesaran daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan dalam tempoh terdekat.

Katanya, tindakan itu diambil Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, berikutan kegagalan individu berkenaan menjaga integriti sebagai penerima darjah kebesaran negeri ini seterusnya menjejaskan nama baik institusi Istana Kelantan.

Difahamkan, dua daripada individu terbabit juga berdepan perbicaraan di mahkamah selepas didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dan rasuah.

Sebelum ini, tindakan melucutkan pingat kebesaran Kelantan bagi gelaran Datuk diambil Pemangku Raja terhadap empat individu yang terdiri daripada seorang ahli politik dan tiga ahli perniagaan.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, ketika dihubungi meminta perkara itu dirujuk kepada Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias, yang bertanggungjawab mengenainya.

"Saya tidak dapat mengulas tindakan itu kerana ia adalah di bawah urusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya.

Usaha mendapatkan komen daripada Mohd Aiseri tidak berhasil kerana menghadiri mesyuarat.

Kantoi Lagi.. Tanah KTMB di S'pore ditukar dengan tapak judi..!!

Tukar tanah KTMB dengan tapak perjudian?

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Belum selesai isu judi bola sepak, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada syarikat usahasama dan digantikan dengan tanah di kawasan perjudian Singapura iaitu di Marina Bay.

Alasan yang digunakan adalah, tanah ini mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini.

Namun, Marina Bay (gambar) adalah tapak perjudian yang dijangka menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia.

Semalam Perdana Menteri Najib telah menandatangani perjanjian itu dalam retreatnya dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Melalui perjanjian itu, Malaysia menyerahkan tanah KTMB itu kepada satu syarikat milik bersama antara Malaysia dan Singapura.

Padahal, sejak sekian lama Malaysia berpendirian, tanah itu adalah milik penuh KTMB kerana ia telah dimiliki syarikat itu sejak Singapura berada dalam Malaysia lagi.

Kedua-dua negara, katanya, bersetuju untuk menubuhkan M-S Pte. Ltd. bagi tujuan membangunkan tanah-tanah milik KTMB di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan Bukit Timah di sini.

Najib berkata, Khazanah Nasional Bhd. akan menguasai 60 peratus kepentingan dalam syarikat terbabit manakala baki 40 peratus lagi dimiliki pihak Singapura melalui Temasek Holdings Ltd.

Tanah yang dikatakan bernilai itu adalah di Marina Bay iaitu kawasan yang terletaknya Marina Bay Sands Casino Resort.

"Marina Bay Sands dijangka akan menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia," tulis Tom Jones, Staff Editor, CasinoGamblingWeb.com dalam tulisannya 25 April baru-baru ini.

Sementara itu, PAS menyelar tindakan perdana menteri itu yang seolah oleh tidak pernah belajar dari beberapa kesilapan kerajaan berhubung isu penyerahan kawasan dan kedaulatan negara kepada negara luar.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, PAS tetap berpendirian bahawa kesemua tanah KTMB itu adalah hak mutlak Malaysia, dan Singapura tiada hak ke atasnya.

"Kita mempertahan Tanjung Pagar itu dari sudut sejarahnya, faktanya adalah sebahagian hak Malaysia dan tidak boleh dibahagi-bahagi," katanya.

Najib katanya perlu lebih telus dan terbuka menjelaskan kepada rakyat berhubung tujuan di sebalik pemberian 40 peratus kepada Singapura itu.

Ini kerana, rakyat katanya tidak mahu kedaulatan negara terus digadai kepada negara luar seperti apa yang berlaku terhadap dua blok minyak, L dan M yang diserah kepada kerajaan Brunei sehingga merugikan negara.

Malaysia juga jelasnya, telah kecundang dalam menuntut hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih dan isu pangkalan TLDM Woodlands.

"Kita tidak tahu apa yang Najib deal dengan perdana menteri Singapura dan rakyat tidak mendapat penjelasan lanjut, sepatutnya ia diperhalusi.

"Ini bukan soal hak tanah, tapi soal kedaulatan dan maruah negara," katanya lagi.

Katanya lagi, Najib sewajarnya ingat sejarah Umno melepaskan Singapura yang dahulunya sebahagian dari Malaysia di zaman Tunku Abdul Rahman menjadi perdana menteri ekoran kegagalan menangani krisis dalaman dengan Lee Kwan Yew.

Kongres PKR mahu dedah ‘rahsia’ MP, Adun keluar parti?

Posted by RAKYAT MARHAEN

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Selepas sebahagian besar wakil rakyat yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan “rahsia” kepimpinan sepanjang tiga bulan lalu, komponen Pakatan Rakyat (PR) ini dijangka membuat “pendedahan balas” sebab dan punca mereka mengkhianati parti itu hujung minggu ini.
Beberapa pemimpin yang ditemui The Malaysian Insider berkata mereka menunggu “lampu hijau” pucuk kepimpinan untuk membuat pendedahan ketika Kongres Nasional Keenam PKR di Kota Baru.
“Kami mengarah ke sana, sekarang tunggu lampu hijau daripada (Penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, bila dan siapa yang perlu membuat pendedahan... kemungkinan ketika Kongres Nasional kali ini... sama ada Datuk Seri Anwar sendiri ataupun pemimpin kanan yang lain,” kata seorang pemimpin kanan parti itu, tetapi enggan namanya didedahkan atas alasan parti masih memikirkan strategi pendedahan.
“Parti sudah banyak bersabar dan kini sudah sampai masa bagi parti menjelaskan kepada perwakilan apa yang sebenarnya berlaku.
“Kita akan mendedahkan habuan yang mereka dapat, pendedahan akan dibuat melalui beberapa saluran yang akan membuktikan apa yang menjadi punca mereka mengkritik kepimpinan parti habis-habisan dan mahu keluar parti,” katanya lagi.
Menurut pemimpin ini, pendedahan mereka akan memfokus terhadap lima Ahli Parlimen yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat.
Malah, katanya, ia juga kemungkinan memfokus bagaimana usaha sedang diambil Barisan Nasional (BN) untuk memancing seorang lagi Ahli Parlimen.
Lima Ahli Parlimen PKR yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas ialah wakil kawasan Bayan Baru, Nibong Tebal, Kulim-Bandar Baharu, Wangsa Maju dan Bagan Serai. Selain lima Ahli Parlimen terbabit PKR juga kehilangan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu masing-masing dua di Kedah dan Perak dan seorang di Selangor.
Kecuali Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang telah dipecat oleh PKR, empat lain mengumumkan keluar parti atas alasan kecewa dengan kepimpinan dalaman PKR dan juga Pakatan Rakyat.
Ketika sesi perbahasan di Parlimen pertengahan Mac lalu, lebih sebulan selepas keluar PKR, Ahli Parlimen Bayang Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli telah mendedahkan sedikit sebanyak gerak-geri Anwar termasuk rancangan 16 Sept 2008 mahu mengambil alih kerajaan pusat.
Zulkifli pula mendedahkan isu berkaitan pembunuhan wanita Mongolia. Zulkifli mendedahkan telah ditawarkan ganjaran lumayan untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu empat tahun lalu.
Ekoran pendedahan itu, Najib mengadakan pertemuan dengan kedua-dua mereka di Washington ketika lawatan ke Amerika Syarikat.
Kongres PKR dijangka membincangkan pendekatan untuk menangani masalah keluar dan lompat parti di Kota Baru hujung minggu ini.
Minggu lalu Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh memberi tempoh notis sebulan kepada mereka yang ingin keluar parti sebelum pihaknya menjalankan proses penjenamaan semula selepas Kongres Nasional Keenam.

Menyangkal Artikel YADIM Tentang Isu Halal Judi Dan Arak

Posted by RAKYAT MARHAEN

Jamadil Akhir 1431 H
ibnuirfadzil.blogspot.com

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani”

Akhbar Utusan Malaysia pada hari Isnin bertarikh 24.5.2010 telah menyiarkan satu rencana yang telah dikarang oleh saudara Mohd Shauki Abdul Majid, pengurus penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIEM) yang bertajuk ‘Kerajaan Tidak Menghalalkan Judi dan Arak’.

Rencana itu dikarang dengan tujuan menjawab isu lesen perjudian bola sepak yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. Di dalam rencana tersebut pengarang mendakwa bahawa pemberian lesen perjudian tersebut tidak bercanggah dengan kaedah siasah syariyyah sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w dan Saidina Umar al-Khattab.

Namun setelah diteliti dengan mendalam mengikut nas-nas al-Quran dan hadis serta kaedah syarak, rencana tersebut secara jelas tidak dapat memberikan hujjah yang benar dan didapati banyak kesilapan yang telah dilakukan oleh pengarang dalam usaha membenarkan dakwaan beliau. Secara ringkas, pengarang mahu menyamakan hukum berkaitan arak dengan hukum perjudian yang mana membenarkan sebuah negara membuka ruang aktiviti perjudian sebagaimana arak dibenarkan kepada bukan Islam berdasarkan maslahah. Di sini pihak saya akan menyatakan kesilapan-kesilapan tersebut berdasar beberapa perkara dibawah:

Kesilapan Pertama:

Pengharaman judi disamakan dengan pengharaman arak

Dalam muqaddimah rencana tersebut, pengarang telah menyebut perihal pengharaman arak secara beransur-ansur (tadarruj) sebagaimana yang tersebut di dalam Al-Quran pada surah Al-Baqarah (ayat 219), surah Al-Nisaa’(ayat 43) dan surah Al-maidah (ayat 90). Tujuan pengharaman arak secara beransur-ansur adalah untuk meraikan keadaan dan suasana umat Islam pada ketika itu yang masih lagi dalam peringkat pembinaan iman. Pengarang walaubagaimana pun telah menyamakan pengharaman judi dengan arak semasa mengulas ayat 43 surah al-Nisaa’ dengan kata beliau:

“Pada peringkat kedua, Allah SWT menurunkan ayat selanjutnya, iaitu ayat 43, surah al-Nisa. Antara kandungannya ialah Allah melarang orang Islam menunaikan solat ketika mereka mabuk, sehinggalah mereka benar-benar mengetahui apa yang mereka bacakan. Pada tahap itu, arak dan judi masih belum diharamkan secara tegas.”

“Akhirnya, Allah menurunkan firman-Nya dalam surah al-Maidah, ayat 90 yang dengan tegas mengatakan bahawa arak, judi, menyembelih korban untuk berhala dan nujum adalah lebih keji dan lahir daripada perbuatan syaitan.”

Pada hakikatnya pengharaman judi tidak boleh disamakan dengan pengharaman arak dari sudut tadarruj (bertahap). Pengharaman judi sebenarnya adalah sama dengan pengharaman zina, bunuh, mencuri, merompak dan lain-lain yang mana pengharamannya datang secara terus tanpa disebut secara bertahap sebagaimana pengharaman arak kerana mudarat aktiviti perjudian amat besar kepada masyarakat berbanding arak yang mana ia digunakan juga untuk aktiviti lain seumpama tujuan perubatan oleh masyarakat pada ketika itu selain daripada minuman.

Oleh itu pengharaman sekaligus telah diwahyukan oleh Allah dalam surah Al-Maidah ayat 90. Maka jelaslah di sini pengharaman secara bertahap adalah dikhususkan untuk arak tidak termasuk judi dengan hikmah tertentu. Walaupun pengharaman judi tidak disebut di dalam al-Quran sebagaimana arak tetapi ia tidak bermakna judi dihalalkan oleh Islam sebelum dinyatakan secara jelas di dalamnya. Kalaulah kaedahnya begitu, maka perbuatan lain seperti membunuh, merompak dan berzina dikira halal sebelum diharamkan oleh al-Quran.

Kesilapan Kedua:

Mendakwa dalil orang bukan Islam boleh meminum arak berdasarkan perbuatan Rasulullah s.a.w menyuruh para sahabat membayar ganti rugi(dhoman) terhadap bekas arak yang dipecahkan.

Pengarang berkata:

“Pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW, beberapa sahabat memecahkan tempat menyimpan arak milik bukan Islam. Rasulullah telah meminta supaya para sahabat berkenaan membayar diat (ganti rugi) yang jumlahnya setimpal dengan nilai barangan yang telah dirosakkan. Ini boleh dijadikan asas bahawa orang bukan Islam boleh meminum minuman yang memabukkan atau memprosesnya selagi tidak memudaratkan orang lain”

Pertama, pengarang mengistilahkan ganti rugi dengan perkataan diat. Istilah tepat yang sepatutnya digunakan mengikut ilmu feqh adalah dhoman. Kedua, hadis tersebut langsung tidak menyebutkan orang bukan Islam harus minum arak secara jelas (sorih) atau melalui mafhumnya (samada mafhum muwafaqah, mafhum mukhalafah dan lain-lain yang digunakan untuk memahami nas).

Ketiga, Rasulullah menyuruh para sahabat membayar ganti rugi adalah kerana merosakkan harta iaitu bekas-bekas yang masih boleh digunakan sedangkan yang diharamkan adalah arak bukan bekas-bekas tersebut. Bekas-bekas tersebut tiada kaitan dengan pengharaman arak.

Keempat, hukum bukan Islam meminum arak di dalam syariat Islam juga adalah berdosa dan dihisab pada hari akhirat. Ini kerana mengikut pendapat yang paling kuat di sisi para ulama, bukan Islam juga ditaklifkan dengan perkara furu’ (seperti solat, zakat dan lain) sebagaimana mereka ditaklifkan dengan perkara usul (iaitu beriman dengan Allah). Maka tiada dalil yang membenarkan atau mengharuskan perbuatan tersebut mengikut nas Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

Cuma perkara yang membenarkan mereka meminum arak adalah berdasarkan dasar toleransi Islam itu sendiri yang membenarkan penganut agama lain yang berada dalam negara Islam melakukan aktiviti yang dibenarkan oleh agama mereka seperti meminum arak dan memakan daging khinzir. Sesebuah negara Islam itu tidak boleh menghalang mereka dalam soal tersebut. Ianya berlainan dengan judi yang tidak dibenarkan atau dihalalkan oleh mana-mana agama utama di dunia. Oleh itu Khilafah Islamiah sejak dahulu tidak membenarkan judi kerana diharamkan oleh seluruh agama di dunia. (Rujuk Ghairul Muslimin Fi Mujtama’ Islami, Dr. Yusuf Al-Qaradawi, ms 47-48, cetakan Maktabah Wahbah, Kaherah)

Seterusnya pengarang berkata:

“Namun, mereka perlu sedar bahawa perbuatan tersebut bercanggah dengan ajaran umat Islam. Jika mereka hendak meneruskan juga perbuatan itu, maka hendaklah dilakukan secara yang tidak mengganggu umat Islam seperti di tempat-tempat khusus dan tersembunyi.

Pengajaran dan pembinaan hukum Islam seperti dalam kes pengharaman arak ini amat sesuai dengan situasi yang wujud di Malaysia, iaitu umat Islam dan bukan Islam hidup bersama dalam sebuah entiti negara.”

Kemudian pengarang berkata lagi:

“Prinsip itu terkandung dalam siasah syariah. Imam Syafie r.a. dalam kitabnya Asybah Wa al-Nazair ada membincangkan satu kaedah yang bermaksud: Pemimpin seharusnya bertindak ke atas rakyatnya berdasarkan kesesuaian maslahah (kebajikan dan kepentingan umum).”

Memang diakui sekiranya bukan Islam ingin melakukan aktiviti yang dibenarkan oleh agama mereka tetapi diharam oleh Islam (seperti kes minum arak), maka hendaklah dilakukan ditempat khusus dan tersembunyi supaya tidak menyinggung perasaan umat Islam. Tetapi persoalannya, adakah perkara ini betul-betul diangkat menjadi undang-undang Malaysia atau diamalkan secara baik?

Apa yang terjadi adalah berlawanan sebagaimana yang dakwaan-dakwaan yang terdapat di dalam rencana tersebut yang berkaitan dengan arak. Kita boleh lihat sendiri arak dijual secara berleluasa tanpa kawalan, dihidangkan di dalam hotel-hotel, dijual oleh peramugari beragama Islam di dalam kapal terbang, kilang yang terbesar di Asia Tenggara dan diminum serta dijual secara terbuka oleh orang Islam sendiri. Adakah wujud satu kaedah khusus dalam Islam yang membenarkan sebuah negara menjalankan aktiviti perniagaan arak sampai ke tahap itu? Di mana maslahah yang didakwa?


Keadah yang disebutkan oleh pengarang sedikit pun tidak tepat dengan realiti yang berlaku ataupun boleh dianggap telah menyeleweng daripada maksud yang tujuan asal. Apa yang berlaku sekarang adalah satu mafsadah dan bukan maslahah. Adakah tepat sekiranya semata-mata ingin menjaga satu kepentingan kita mengundang satu kecelakaan kepada umat? Adakah sama perbuatan Saidina Umar mengutip cukai import arak dengan keadaan sekarang? Itu adalah persoalan kepada pengarang kerana saya tidak mahu membahaskan persoalan maslahah di dalam Islam secara panjang lebar kerana isu yang diulas adalah berkaitan judi.

Kesilapan Ketiga:

Pengarang silap menyebut kaedah syara’

Samada secara sedar atau tidak, pengarang sebenarnya telah melakukan kesilapan dalam menyebut satu kaedah penting iaitu katanya:

“Malah dalam usul fikah juga terdapat perkara yang menekankan menangani bahaya yang khusus adalah lebih diutamakan daripada bahaya yang umum (yang boleh melibatkan kemudaratan yang lebih besar).”

Kaedah yang sebenarnya adalah berbunyi, “menangani bahaya yang umum (melibatkan masyarakat umum atau lebih besar) lebih diutamakan daripada bahaya khusus (yang bersifat peribadi dan kecil).

Bagi sesiapa yang mempelajari Fiqhul Muwazanah (rujuk Siasah Syariyyah, Dr. Yusuf al-Qaradawi, m.s 300-301, Maktabah Wahbah, Kaherah) akan memahami dengan mudah kaedah tersebut. Kaedah yang sama dalam bahasa arab berbunyi:

"دفع المفسدة العامة يقدم على المفسدة الخاصة"
Mengelak kemudaratan umum lebih utama daripada yang khusus

"ضحى بالمصلحة الخاصة من أجل المصلحة العامة"
Dikorbankan maslahah khusus kerana menjaga kepentingan umum

"يتحمل الضرر الأدنى لدفع الضرر الأعلى"
Ditanggung mudarat yang lebih kecil kerana mengelakkan mudarat yang lebih besar

"يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام"
Ditanggung mudarat yang khusus untuk mengelak mudarat yang umum

Semua kaedah di atas mempunyai maksud yang hampir sama iaitu menjaga kepentingan umum diutamakan dengan menggadaikan kepentingan khusus atau mengelakkan bahaya yang lebih besar dan yang melibatkan masyarakat secara amnya perlu diutamakan dengan hanya menanggung bahaya yang lebih kecil atau khusus.(Qawaid Fiqhiyyah, Dr. Abdul Aziz Muhammad Azzam, m.s 144, Darul Hadith, Kaherah)

Pengarang berkata:

“Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, beliau pernah mengenakan cukai import ke atas minuman keras yang dibawa masuk dari luar negara. Hasil kutipan tersebut dimasukkan ke dalam sumber am negara dan dibelanjakan untuk pengurusan infrastruktur seperti jalan raya.

Ini menggambarkan suatu pemerintahan yang bijaksana apabila pengimportan najis tersebut dibenarkan dan dikawal. Maksudnya, pemerintah telah mengambil langkah memilih bahaya (kemudaratan) yang sedikit daripada bahaya yang lebih besar.”

Untuk pengetahuan pembaca, kaedah yang digariskan adalah kaedah“menanggung bahaya yang lebih ringan daripada dua bahaya atau Irtikab Akhaffu dharurain”. Maksudnya lebih kurang kaedah di atas. Selain itu, soal yang dilaksanakan oleh Saidina Umar adalah berkaitan arak dengan berdasarkan toleransi Islam dengan bukan Islam seperti yang telah saya nyatakan tadi dalam perbahasan kedua. Kerajaan Islam yang dipimpin oleh sahabat Nabi Muhammad yang agung ini tiada kena mengena sedikit pun dengan urusan perjudian.

Selain itu juga, kaedah ini juga tidak terpakai dalam isu judi kerana memberikan lesen perjudian pada hakikatnya akan menimbulkan darurat yang lebih besar kepada negara bahkan menggalakkan aktiviti perjudian di kalangan rakyat kerana mendapat ‘lampu hijau’ daripada kerajaan. Mereka juga tidak menanggung risiko penanggkapan polis.

Oleh itu, sekiranya kaedah ini ingin digunakan maka yang sepatutnya yang dilaksanakan ialah kerajaan seharusnya mengharamkan aktiviti perjudian dan menangkap mereka yang berjudi sekalipun terpaksa mengorban harta, masa dan tenaga kerana risiko pengorbanan itu lebih ringan berbanding membiarkan rakyat terjebak dengan aktiviti yang keji lagi mempunyai mudarat yang besar. Dengan itu, barulah kaedah yang tersebut di atas tepat pada perlaksanaannya sebagaimana yang disebut oleh para fuqaha’ serta kerajaan juga dapat mendidik masyarakat agar tidak terjebak dengan arak dan judi.

Kesilapan Keempat:

Menqiyaskan hukum arak dengan hukum judi

Kesilapan yang paling utama dan juga tujuan utama rencana ini dikarang adalah untuk membenarkan tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi dengan membawa dalil-dalil yang mengharuskan perniagaan arak dalam negara Islam.

Maaf, saya ingin katakan bahawa pengarang belum memahami selok belok ilmu siasah syariyyah dengan baik atau memahami ilmu qawaid fiqhiyyah secara sempurna sehinggakan dalil yang dibawa untuk mengharuskan arak dijual dalam negara Islam pun banyak menyeleweng dan salah. Apatah lagi ingin menggunakan hujjah tersebut untuk menghalalkan aktiviti perjudian. Pengarang telah menyebut dalam rencana tersebut:

“Inilah persepsi yang sepatutnya difahami apabila kerajaan mengizinkan pengimportan ke atas arak, atau mengeluarkan lesen judi. Kerajaan juga tidak menghalalkan arak dan judi atau mendorong dan menggalakkan rakyatnya berjudi dan meminum arak.”

“Tegasnya arak dan judi adalah untuk mereka yang bukan beragama Islam, yang menjadikan judi dan arak itu sebagai lumrah dalam kehidupan mereka. Lagi pun undang-undang dalam enakmen syariah di setiap negeri ada memperuntukkan fasal-fasal yang menjatuhkan hukuman ke atas kegiatan dan penglibatan umat Islam dalam kes judi dan arak.”

Sekali lagi ingin saya nyatakan bahawa Islam tidak membenarkan langsung aktiviti perjudian kerana semua agama di dunia tidak menghalalkannya. Ini berlainan dengan isu arak yang mana ia merupakan hak bukan Islam untuk meminumnya dalam negara Islam kerana ia dibenarkan oleh sebahagian agama mereka walaupun Islam meletakkan piawaian tertentu untuk mengelakkan berlaku kemudaratan. Hak ini samalah dengan hak mereka untuk beribadat di kuil-kuil, merayakan hari kebesaran agama mereka dan lain-lain.

Kesimpulan hujjah yang didakwa pengarang ialah judi diharamkan bersama arak yang mana pengharamannya secara bertahap. Judi juga adalah amalan dan budaya jahiliyyah seperti arak maka hukumnya adalah seperti arak. Memberikan lesen judi pula adalah daripada satu perinsip pemimpin negara untuk menjaga maslahah umum dan menanggung mudarat yang ringan.

Setelah dijawab satu persatu maka jelaslah dalil-dalil tersebut adalah dalil rekaan yang tidak berdasarkan keilmuan yang jitu dan tidak menepati realiti. Mereka yang benar-benar mengkaji hukum dan tarikh tasyri’ sangat mudah untuk mematahkan hujjah yang dangkal tersebut.

Tegasnya, mengqiyaskan soal arak dengan soal judi dalam persoalan ini adalah Qiyas maal fariq. Sejarah Islam belum pernah mencatatkan mana-mana kerajaan di bawah mana-mana Khalifah membenarkan aktiviti judi kerana judi itu seolah-olah telah membunuh aktiviti ekonomi rakyat.

Akhir sekali, saya menyeru dan mencadangkan kepada kerajaan Malaysia supaya mengharamkan aktiviti perjudian dan menasihati kepada golongan agamawan dalam sektor-sektor kerajaan supaya berani menegur kesilapan dan bukannya mengeluarkan fatwa yang menyeleweng. Saya memohon ampun sekiranya jawapan ringkas ini mengandungi kelemahan. Wallahu A’lam.