Wednesday, July 11, 2012

Hudud: Perlu persetujuan semua pihak....


SHAH ALAM –  Cadangan pelaksanaan hukum hudud di negara ini perlu persetujuan semua pihak sebelum ia dilaksanakan.

Ketua Kluster, Jawatankuasa Kluster Politik Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, dalam situasi negara kini, pelaksanaan hukum hudud hanya dipersetujui oleh parti politik Islam, tetapi tidak parti bukan Islam yang menyatakan pendirian menolak hukum terbabit dilaksanakan.

Menurutnya, sekiranya kedua-dua parti bukan Islam, baik kerajaan atau pembangkang, tidak mendapat persefahaman bersama semua pihak dalam situasi ini, adalah menjadi masalah untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.


“Pada konteks pelaksanaannya di negara ini, pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan. Dalam komponen Pakatan Rakyat (PR), DAP juga tidak bersetuju. Begitu juga dengan MCA dalam parti Barisan Nasional (BN).

“Justeru, melihatkan situasi itu, timbul persoalan bagaimana ia boleh dipinda, jika tiada persetujuan bersama dicapai,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mohamed Mustafa berkata, soal kemampuan kepada parti yang melaksanakannya perlu juga diambil kira.

“Pelbagai pihak boleh menyatakan pandangan mereka, namun adakah parti yang berhasrat itu berkemampuan melaksanakannya? Bagaimana dengan penerimaan bukan Islam?.

“Kita bimbang, tanpa mengambil kira semua aspek, akan memberi kesan kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Sehubungan itu, Mohamed Mustafa berkata, adalah lebih baik parti politik menumpukan sektor pembangunan negara yang akhirnya memberi kesan kepada pelaksanaan hukum hudud, daripada menjadikan isu terbabit sebagai gimik politik.

“Perlu lebih fokus kepada pembasmian kemiskinan, sifar pengangguran, jenayah serta tekankan aspek pembangunan negara. Jika semua ini diberikan tumpuan, berkemungkinan kelak hukum hudud akhirnya dapat dilaksanakan,” katanya.

Tuesday, July 10, 2012

Fulamak !!!! Kalau Bro Bikers Pun dah Sokong Tok Guru..pening kepala lagi Amano..


Tok Guru Nik Aziz Melepaskan para peserta..

Tok Guru menyampaikan sepatah dua kata

Himpunan Kelantan International Bikers


Tiga Peserta Bikers  bergambar dengan Tok Guru Kite

berebut rebut The Bikers kita nak salam dengan Tok Guru
Para peserta berkonvoi keluar dari Kota Darul Naim
Ketu Marshall Bersalaman dengan tok Guru
Tok Guru Melepaskan peserta International Bikers

Ha Tu Dia ..Himpunan Motosikal Berkuasa Tinggi..
Terima kasih kepada Kelantan TV.. baru aku perasan..pada hari sabtu yang lalu..banyak superbike masuk lebuh raya Gerik Jeli..aku ingat konvoi biasa je..rupanya ada perjumpaan International Bikers di Kota darul Naim pada 7/7/2012..bila pulang pun berderu deram superbike ni memotong kereta aku.. memang terujala..ini gambar ori bukan edit tau.

[VIDEO & BERGAMBAR] Amukan Di Putrajaya: "Imam Mahadi" Ke Lanun?





Ada lambang "lanun" di topi yang dipakainya

Individu yang mengaku dirinya "Imam Mahadi, yang mengamuk mau mengulingkan kerajaan dengan bantuan pasangannya dengan hanya  bersenjatakan sebilah pedang samurai seperti dilaporkan oleh Utuseks Meloya dikenali dengan nama Khalil Afandi Hamid dan memiliki blog jenama Jaya Negara

Lelaki yang menyerbu pejabat JPM dan cuba menyerang orang ramai dengan pedang samurai di JPM rupanya seorang Penulis Blog  Jaya Negara. Allahyarham sempat menulis entri terakhir  tentang hidup dan mati. (Baca di sini...)


Mengikut kenyataan polis, lelaki  ini mengangkat dirinya sebagai Imam Mahadi. Tak dapat dipastikan sama ada dia ni penyokong mana-mana parti sebab dari blognya itu tidak digambarkan ideologi politiknya. Pas pun dia bantai, Najib pun dia bedal. Tapi dia banyak bercakap mengenai ketuhanan...

Nama sebenar lelaki tersebut ialah Khalil Afandi Hamid 47 tahun, seorang penganggur manakala  teman wanitanya bekas pelajar UIA berusia 28 tahun. Lelaki tersebut  disahkan meninggal dunia kira-kira 15 minit dimasukkan ke hospital berkenaan, manakala suspek wanita masih menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.




disunting dari: wargamarhaen

Video ketika amukan


Ada persoalan yang agak pelik dan misteri di dalam kes ini.

1) Nak gulingkan kerajaan cuma dengan dua orang?
2) Topi ada lambang tengkorak, nak tunjukkan apa sebenarnya?
3) Pedang samurai - jarang orang Melayu guna pedang, mungkin ini kes terpencil.
4) Belenging tak berbaju (malah gambar profail di blog pun begitu). Perwatakan sedemikian aneh dan pelik kecuali orang tidak siuman.
5) Laporan Utusan menyebut dia bertakbir beberapa kali. Betulkah atau auta Utusan?
6) Mati kerana terkena tembakan di kaki.. mungkin darah dah keluar banyak
7) Blognya baru dibuat 1 bulan yang lalu.. semacam dirancang...GB

WWW 1: Nizar saman Utusan, TV3 RM100 juta


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah kepada dua media pro Umno iaitu Utusan Malaysia dan TV3 berhubung isu bidaan plat kenderaan WWW1.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Kuala Lumpur, pagi tadi.

Menurutnya, pihak Utusan dan TV3 tidak memberi respons untuk memohon maaf dalam tempoh yang telah diberikan.

"Saya bersama peguam hari ini memfailkan saman masing-masing RM50 juta kepada Utusan dan TV3 selepas enggan memohon maaf kepada saya dalam tempoh 7 hari yang telah diberikan," katanya ketika ditemui Harakahdaily di pekarangan mahkamah.

Beliau hadir bersama barisan peguamnya yang diketuai Zamri Ibrahim yang juga Pengarah Juham Pemuda PAS Perak. (Gambar)

Mengulas lanjut, mantan Menteri Besar Perak itu berkata, TV3 dalam Buletin Utama pada 30 Mei lalu mendakwa beliau telah mendakwa Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida plat WWW1 yang berharga RM520 ribu melalui laman Twitternya.

Utusan Malaysia pula dalam keluaran 31 Mei lalu juga mendakwa perkara yang sama.

"Kenyataan saya seperti yang kita boleh lihat, ianya langsung tidak menyebut nama Sultan Johor sebaliknya ianya diputarbelitkan untuk menjatuhkan kredibiliti saya," jelasnya.

Ujarnya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada barisan peguamnya untuk tindakan lanjut dan berharap ianya dapat diselesaikan segera agar rakyat mengetahui perkara sebenar. -Hrkh

Monday, July 2, 2012

MB: Isu dinar boleh siasat, tapi fitnah dosa

Nik Aziz KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pegawai Kerajaan Pas Kelantan sekiranya terlibat dalam penyelewengan dirham dan dinar emas Kelantan yang dikeluarkan oleh Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT).

Menurutnya, kalau betul-betul wujud penyelewengan tersebut, beliau adalah orang pertama yang akan ambil tindakan.

“Penyelewengan boleh siasat tidak ada apa, nak kata apa katalah tetapi siasat kena ada, kalau siasat tak jumpa apa-apa ini ertinya fitnah.


“Fitnah ini berdosa, selagi orang buat fitnah itu tidak bertaubat, dia akan masuk kubur dalam keadaan berdosa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Perbandaran, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di Padang Perdana, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan dan Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan kononnya wujud penyelewengan dan salah laku pegawai kanan syarikat pengeluar dirham dan dinar emas Kelantan, KGT.

Mengenai kenyataan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad bahawa dinar Kelantan tidak boleh dijadikan sebagai mata wang, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, ia adalah perkara kedua yang membabitkan soal teknikal.

“Mata wang itu sendiri sudah Islam, kalau buat bulat atau leper pun, itu tetap Islamik, orang akan ingat kerajaan Islam sebelum ini, jika kata mahal, itu masalah perniagaan, tetapi jika benar sekalipun, kenapa orang beli begitu banyak,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz Nik Mat masih berteka teki ketika ditanya kedudukannya yang dikatakan berpindah ke kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka pada PRU12 lalu berkata, spekulasi penghijrahan itu akan terjawab sebaik sahaja Parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan.

“ Bertanding di Parlimen atau mana-mana, tengok la esok-esok (kemudian hari) sebab Parlimen belum dibubarkan lagi,” katanya Mat.

Sebelum ini, sebuah akhbar menyiarkan laporan mengenai spekulasi mengatakan Nik Aziz akan bertanding di Parlimen Pengkalan Chepa pada PRU-13.

Meneladani kejayaaan Ikhwan

Tidak syak lagi bawa kekuatan tarbiyah dan pendekatan dakwah serta jihad Ikhwanul Muslimin selama 84 tahun – dengan izin Allah – menyebabkan ia mencapai kejayaan besar di Mesir apabila pemimpin Ikhwan Muhammad Morsi Isa al-Ayyat dipilih sebagai Presiden Mesir, selepas kejatuhan diktator  Hosni Mubarak
Beliau yang berkelulusan jurutera dari Unversiti Southern California mewakili Freedom and Justice Party, berumur 60 tahun.
Ini sebuah sejarah gilang gemilang bukan saja bagi Ikhwan Mesir, bahkan juga gerakan Islam sedunia, termasuk PAS. Ini kerana demikian ramai pemimpin PAS semua peringkat – sejak dahulu lagi – mendapat inspirasi perjuangan dari Ikhwanul – Muslimin.
Demikian banyak buku-buku Ikhwan yang mengalir dan ditelaah oleh pendukung Abim dan PAS. Di samping itu demikian ramai pendukung PAS sejak dahulu lagi mengikuti usrah dan tamrin Ikhwan bukan saja di Mesir, bahkan di Jordan, Syria dan sebagainya.
Pemikiran Ikhwan adalah berlandaskan syariat Islam serta amal berterusan iaitu :

1. Baiki diri – 10 muwasafat
- aqidah sejahtera
- ibadah sahih
- akhlak mantap
- mampu bekerja
- berpengetahuan luas
- tubuh yang cergas
- sangat menjaga waktunya
- mujahadah li nafs
- teratur urusannya
- bermanfaat kepada orang lain
2. Baitul Muslim
– didik keluarga dgn cara Islam dan hormati fikrah Islam
-  Dahulukan hak dan Tanggungjawab
3. Bimbing Masyarakat
- kembangkan aspek dan budaya Islam dalam masyarakat
- Amar Makruf Nahi Munkar
4. Kerajaan Islam
5. Bebaskan tanah air daripada kuasa asing
6. Satukan negara-negara Islam
7. Panji-panji Islam kembali berkibar – satu suara, perpaduan ummah
Ini asas pendekatan tarbiyah dan dakwah Ikhwan sejak ditubuhkan hingga kini dan atas asas ini gerakan Islam itu mencapai kejayaan.
Ahli-ahli Ikhwan ini dididik dengan ilmu dan mencintai ilmu, justeru ilmu adalah senajata ampuh menghadapi musuh. Pernah ketika suatu, pemimpin tertinggi Ikhwan, Abd Qader Audah mengadakan tamrin untuk pendukung Ikhwan di Iskandariah, di sana dia diperkenalkan seorang demi seorang dengan ahli usrah dan mengadakan perbincangan.
Seorang pemuda, ahli usrah, berhujah dengan Abd Qader Audah di majlis itu di mana pemimpin Ikhwan itu sangat kagum dengan hujah yang dikemukakan oleh anak muda itu.
Esoknya, Abd Qader Audah pergi ke Pelabuhan Iskandariah dan merenung dari jarak yang tidak begitu jauh, seorang anak muda sedang memikul tepung gandum dari daratan ke pelabuhan untuk diangkut oleh kapal bagi dieksport ke luar negeri.
Abd Qader Audah mengenali anak muda yang memikul guni berisi gandum itu adalah ahli usrah yang berdebat dengannya malam tadi. Barulah dia tahu anak muda itu dengan kepetahan dan ilmunya, adalah hasil didikan Ikhwan di Iskandariah walaupun ia hanya buruh pelabuhan.
Inilah hasil didikan Ikhwan dalam membentuk kader-kadernya – mencintai tarbiyah dan dalam masa yang sama mengisi ilmu di dada. Inilah juga pendekatan Ikhwan di mana-manapun sejak dulu hingga kini.
Namun dengan perubahan zaman dan keadaan, Ikhwan membuat pembaharuan pendekatan untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini, namun asas perjuangan Islammya tidak berubah. Pendekatan baru seumpama inilah juga yang dilakukan oleh gerakan Islam An-Nahdah, Tunisia yang dipimpin oleh Rashad Ghanousi hingga mencapai kejayaan dalam Revolusi Jasmin yang menggulingkan diktator Zain-e-Abidin dan menyebabkan An-Nahdah mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya Tunisia tahun lalu.
Pendekatan baru Ikhwan dan An-Nahdah dengan mengadakan anggagement dengan semua golongan masyarakat, termasuk bukan Islam akhirnya menyerlahkan kejayaan besar. Gerakan Islam ini merobah wajahnya dari dilihat bengis, tanpa kompromi, terlalu eksklusif dan tiada tolak ansur kepada dasar terbuka dan lunak.
Sejak berlaku Arab Spring di Mesir, Tunisia dan lain-lain, wajah Ikhwan dan An-Nahdak berubah sama sekali dan pendekatan barunya menghasilkan kejayaan.
Di rantau sebelah sini, PAS sebagai gerakan dan parti politik Islam turut mengadakan perubahan imej dan mengadakan pendekatan baru apa yang dipanggil tahalluf-siasi, iaitu mengadakan pakatan dengan parti lain dan hasilnya sangat berjaya. Inilah perubahan dalam politik dan gerakan Islam masa kini dan PAS mempeloporinya di Nusantara ini.
Adapun kejayaan Ikhwan baru-baru ini telah dibayar dengan harga yang sangat mahal oleh pendukungnya. Ribuan yang mati syahid kerana perjuangan ini, termasuk Imam Hassan Al-Banna, Hasan Hudaibi, Abdul Qader Audah, Syed Qutb dan sebaris nama lagi yang sangat panjang.
Kerana itu apabila pendukung gerakan Islam di mana-manapun merayakan kemenangan Ikhwan Mesir ini, sebenarnya ia merayakan kemenangan gerakan Islam seluruhnya. Pendukung PAS dan Abim sejak lama dulu telah  disirami tarbiyah oleh tokoh-tokoh Ikhwan sendiri dan dalam masa yang sama mentelaah buku-buku yang ditulis oleh tokoh Ikhwan yang melimpah di negara ini sejak sekian lama.
Masih segar dalam ingatan saya dan teman-teman yang lain mengenai tarbiyah yang disampaikan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Nor, Ustaz Yahya Othman, Ustaz Abdul Hadi Awang dan tokoh lain. Mereka ingin mengingatkan pendukung PAS akan erti istiqamah pada perjuangan, niat yang ikhlas, pengorbanan dan jihad.
Hari ini ketika Ikhwanul-Muslimin menyambut kemenangannya, PAS turut merasa gembira dan bersyukur kepada Ilahi. Ini sebuah kejayaan yang diperoleh dengan perjuangan panjang yang dilatari darah, keringat dan air mata. Pada pendapat saya, PAS perlu meladani perjuangan Ikhwan ini, walapun dalam suasana dan iklim berbeza.

Rafizi: Isu "Kapal Selam Scorpene" Kini Buatkan "Najib Migrain" Umum Pembubaran Parlimen !!

KUANTAN, 2 Julai - Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli (foto, menegaskan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kini sedang pening dan migrain untuk menentukan tarikh pilihanraya umum ke-13 ini. Najib takut dan tidak dapat tidur lena memikirkan nasibnya andai pilhanraya dibuat dan UMNO Barisan Nasional dijatuhkan oleh kuasa rakyat pada kali ini. 
Sebab itulah sudah beberapa kali beliau terpaksa menunda tarikh pembubaran parlimen untuk membolehkan PRU-13 diadakan sekarang. "Najib takut dan kecut, buat pilihanraya kalah tapi kalau tak buat lagi parah. Dua perkara yang beliau takut sangat sekarang ialah isu kapal selam (Scorpene) dan Keretapi (LRT yang baru saya dedahkan", kata Rafizi dihadapan penyokongnya di Felda Lepar Hilir Satu dekat sini malam tadi. Menurut Rafizi, isu kapal selama yang cukup kontroversi itu menyebabkan sebuah kumpulan hak asasi manusia SUARAM akhirnya menfailkan saman sivil terhadap firma gergasi pertahanan tentera laut Perancis DCNS kerana didakwa membayar komisyen kepada pemimpin Malaysia. "Suaram kemukakan saman sebab DCNS jual kapal selam terpakai atau second hand kepada negara kita. Pemimpin terbabit (Najib) pula didakwa terma rasuah bernilai RM600 juta. Mana ada negara di dunia ini beli kapal selam second hand dengan membayar harga yang lebih jauh mahalnya dari yang baru", kata Rafizi. 
Beliau juga menegaskan apa yang istimewa ialah mahkamah di Perancis sudah membuka fail siasatan dan undang-undang mereka telus. "Di Perancis, penyiasat dan pendakwa bagi fail bukti kepada mahkamah...Hakim pula mendengar hujah dan bila berpuas hati atas kes, mahkamah akan lantik satu pasukan khas untuk menyiasat kes ini. Hasil siasatan yang adil dan telus itu, 153 dokumen baru telah berjaya dbuktikan di mana bukan sahaja maklumat tentang rasuah dan penyelewengan dalam kes ini. Malah ia juga menjurus kepada penjualan maklumat sulit pertahanan negara kepada musuh. Segala maklumat strategk yang telah djual kepada kontraktor luar yang berharga RM146 juta telah berjaya dibongkarkan. Dokumen tersebut sudah dikeluarkan di Hong Kong dan akan disebarkan ke seluruh negara dalam masa terdekat ini. Kalau ikut undang-undangh tentera, individu yang jual maklumat negara akan dihukum bunuh.. tapi, kalau hari ini menang ke Putrajaya kita akan raikan percutian Najib dan Rosmah di Penjara Sungai Buloh", jelas Rafizi Ramli lagi.
Kontroversi isu kapal selam Scorpene kini hantui Najib bubar parlimen
Menurut Rafizi, dosa orang yang khianat kepada sistem pertahanan negara adalah amat zaloim dan tidak boleh diterima kerana kesannya adalah terlalu berbahaya. "Bayangkan, kini musuh sudah tau pertahanan kita maka mudah untuk mereka menyerang negara kita. Musuh sudah tahu kapal selam kita boleh selam dalam mana, peluru ada berapa dan sebagainya. Jika ini keadaannya bermakna Najib sengaja mengadaikan nyawa tentera kita. Jika berlaku peperangan samalah seperti beliau mahu hantar tentera kita bunuh diri di tengah laut", kata Rafizi lagi. Oleh itu beliau menyeru seluruh rakyat agar tidak memberi undi kepada pengkhianat negara seperti ini. 
Terlalu besar dosa Najib kepada rakyat Malaysia jika dibandingkan dengan Perdana Menteri terdahulu. Rakyat harus sedar tanggungjawab mereka dan jangan gadaikan kedaulatan negara hanya kerana bila menerima sogokan dan rasuah setiap kali musim pilihanraya. Maka itu, beliau berharap rakyat membuat perubahan pada pilihanraya umum akan datang dengan mengundi Pakatan Rakyat jika mahu nasib mereka berubah dan lebih terbela. Tiada apa lagi yang boleh diharapkan kepada kerajaan BN jika pemimpin tertinggi mereka juga boleh terpalit dengan isu maha dasyat ini.

Guru-guru Di Kelantan Dipaksa Hadir Untuk Dengar Ceramah Hassan Ali?

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/555295_451386094885179_1469104136_n.jpg
http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/293240_451386354885153_699551202_n.jpg
http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/392884_451386684885120_1451225576_n.jpg
http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/553273_451387108218411_1570219047_n.jpg
http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/s720x720/205334_451388598218262_2026533242_n.jpghttp://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/425002_451385841551871_100159710_n.jpg

Ramai guru yang marah apabila mereka kena paksa untuk hadir ke program Hassan Ali. Inilah malang apabila umno telah mengamalkan dasar paksa memaksa ini.

Guru Kelantan sudah lama tolak UMNO BN!

Abd Razak Mak

kwn saya adalah salah seorang yg di'wajib'kan hadir program ni...so rsnya lebih 90% yg di'wajib'kan hadir...kalau x hadir tindakan akan diambil...sbb tu hasan akidah konfiden nk bg ucapan...sbb dh ada bantuan kn...

Kerepek Ubi

kesian kat cikgu.. udah ler kena paksa pegi... kena paksa dengar lak...

Chua Soi Lek Melenting ADUN UMNO Cadangkan Hudud




Cadang hudud: ADUN Umno 'hilang akal', kata MCA

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ADUN Umno Johor yang mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu "hilang akal" kerana mengemukakan perkara tersebut. Grafik: Pencinta keadilan.

Dalam satu tulisannya di Twitter malam tadi, Chua berkata ADUN berkenaan, Datuk Ayub Rahmat juga telah kehabisan idea sehingga menimbulkan cadangan berkenaan.

"ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam," katanya.

Tambahnya, MCA "pastinya" menentang usaha seperti itu.

Ayub yang merupakan ADUN Kemelah membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

Ketika diminta menjelaskan cadangannya itu, berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" – yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS.

Hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam, kata Ayub yang memberi contoh Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan).


Beliau berpandangan bahawa undang-undang itu menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan di antara orang Islam dan bukan Islam.

Pendiriannya itu meletakkan MCA sebagai parti kedua paling besar dalam BN dalam kedudukan sukar.

MCA sebelum ini lantang mengkritik undang-undang hudud dan sentiasa menyerang PAS atas rancangan pelaksanaan undang-undang syarie yang didakwa akan menakutkan pelabur asing.

MCA menjadikan kritikan ke atas hudud sebagai bahan kempen utamanya dalam menghadapi pilihan raya umum untuk menentang seterunya, DAP. -mk

Hudud: Kelantan ada halangan, jika Johor dahului silakan


KUALA LUMPUR: “Pada saya, saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar mencabar, saya menyokong sepenuh hati,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons setelah membaca kenyataan Adun Umno Johor di dalam Sidang Dun Johor, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar Johor melaksanakan hudud mendahului Kelantan serta mencabar PAS menyokong hukum hudud itu walaupun datang dari Umno.

“Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah.

“Insya Allah giliran Kelantan akan tiba juga. Sekali lagi saya nyatakan, saya menyokong sepenuh hati,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS melalui Facebooknya.

Justeru, harapan beliau agar cadangan itu tidak akan ditarik balik dan menjadi kenyataan.

“Mari kita bekerjasama memperlihatkan Islam yang sebenar kepada masyarakat Malaysia.

“Tahniah kepada Umno Johor dan saya menunggu untuk melihat langkah seterusnya,” ujarnya lagi.
-HD

Anda mungkin juga meminati:

Royalti minyak dinafi, bijih besi pula ditemui



KOTA BHARU: Ketika kerajaan pusat masih menafikan hak Kelantan ke atas royalti petroleum, sebaliknya bijih besi pula ditemui di bumi negeri ini.

Bijih besi tersebut sekarang dieksport sebanyak 40,000 tan metrik setiap minggu melalui Tok Bali ke China.

Kapal dari China kini berlabuh kira-kira 1.4 batu nautika dari pantai Tok Bali bagi mengangkut bijih besi, di mana ia diangkut ke kapal menggunakan 20 tongkang dari jeti di Tok Bali. (Gambar atas)

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, sebelum ini bijih besi tersebut dieksport ke China melalui pelabuhan di Kemaman dan Kuantan yang melibatkan kos agak tinggi.

“Namun sekarang bijih besi tersebut dieksport melalui pelabuhan di Tok Bali yang ternyata lebih menjimatkan kos pengangkutan,” katanya menjawab soalan Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) pada persidangan Dun hari ini.

Beliau berkata, hasil royalti tersebut dijangka dapat menampung kos pembinaan pembinaan lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu.

Menurutnya daripada hasil royalti besi sekurang-kurangnya dapat menampung bayaran tertunda projek lebuh raya berkenaan yang ditetapkan dalam masa 25 tahun.

“Kita telah berusaha memecahkan benteng kongkongan dan halangan oleh kerajaan pusat sebelum ini. Idea yang dicetus Menteri Besar bagi mengamalkan konsep wakaf sebagai satu nilai tambah.

“Usaha itu ternyata mendapat sambutan menggalakkan biar pun promosinya belum dilakukan secara meluas, namun dana yang disumbang secara online sekarang sebanyak RM430,000,” ujarnya.

Kata beliau kerajaan negeri akan mewujudkan dana amanah di bawah Perbendaraan Negeri bagi mengurus sumbangan orang ramai.

Malah pada 7 Julai ini artis-artis yang menyertai PAS akan mengadakan program khusus bagi menyokong projek lebuh raya rakyat.

“Pada Ramadan nanti kita juga akan lancarkan kutipan dana di Kuala Lumpur bagi membolehkan orang ramai turut sama menyumbang,” ujarnya.

Husam juga memberitahu lapan juruukur yang mengambil alih peranan juruukur awal menyiapkan jajaran projek lebuh raya rakyat sudah berjaya menyiapkan kerja-kerja ukur sepanjang 30 km.

Kata beliau kerja-kerja mengukur jajaran jalan raya tersebut sebenarnya sudah disiapkan pada 2007, namun juruukur yang terbabit tidak dbenarkan menyerahkan laporan kepada kerajaan negeri.

Bagaimanapun katanya, kerja-kerja pembinaan lebuh raya tersebut dijangka akan dimulakan selepas mendapat kelulusan mesyuarat Exco kerajaan negeri dalam masa terdekat ini.

Menurutnya jentera berat milik syarikat juga sudah berada di lokasi bagi memulakan kerja-kerja pembinaan.

“Kita akan laporkan setiap minggu perkembangan projek pembinaan lebuh raya tersebut selepas ini bagi pengetahuan rakyat,” katanya. -Hrkh

Friday, June 22, 2012

Peristiwa Israk Mikraj suatu mukjizat

Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur.
Oleh Nurul Fatimah Zahara Mohammad Radzi
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, tahun ke-12 dari masa kenabian Nabi Muhammad s.a.w. Ianya juga merupakan peristiwa penting yang dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Tarikh ini bersamaan 662M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum penghijrahan Nabi dari Mekah ke Madinah.
Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki burak bermula dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Manakala Mikraj pula membawa maksud naiknya Nabi s.a.w ke langit dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah al-Israk ayat 1 yang bermaksud “Maha suci (Allah) yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
Para ulama’ hadis, ulama’ feqah dan ulama’ tafsir secara umum menegaskan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda s.a.w sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan ruh Nabi s.a.w. Sebagaimana difahami daripada firman
Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan, yang bermaksud memperjalankan hambaNya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang mana meliputi batang tubuh dan ruhnya serentak bukannya ruhnya sahaja.
Mukjizatnya peristiwa ini jelas tergambar dari masa perjalanan yang hanya selama 3/4 malam iaitu dari jam 6 petang hingga 6 pagi sahaja Nabi sudah kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Malaikat Jibril dari Masjid al- Haram ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Anugerah Allah SWT

Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah berlaku ke atas rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai tanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Sepanjang perjalanan Israk Rasulullah s.a.w yang ditemani Malaikat Jibril a.s telah melihat pelbagai peristiwa aneh. Antaranya Nabi melihat satu kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru, keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril, itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
Nabi telah diperlihatkan sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril, itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). Nabi turut melihat sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril, itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
Selain itu, Nabi melihat satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail, itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami. Turut kelihatan seorang lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibril, itulah orang tak dapat menunaikan amanah  tetapi masih menerima amanah yang lain.
Ketika Nabi diIsrakkan, Nabi telah diberi gambaran oleh Allah akan keadaan umur dunia yang sangat tua melalui keadaan seorang perempuan bongkok tiga yang menahan Baginda untuk bertanyakan sesuatu. Pelbagai peristiwa aneh lain yang berlaku di malam Israk Mikraj ini yang banyak memberi maksud tersurat dan tersirat di sebaliknya.
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita sebagai umat Islam hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya telah memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan- Nya.

Tuesday, May 29, 2012

Mengapa PAS bersama Bersih 1, 2 dan 3


 
Memilih pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kerasnya ajaran yang memartabatkan pemimpin kerajaan sehingga dianggap Maha Suci daripada segala kesalahan. Di zaman keemasan umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah diharamkan bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (Allah S.W.T)

Rasulullah S.A.W bersabda : “Ketaatan terhadap pemimpin hanya dalam perkara yang baik “. Ucapan ini adalah menafsirkan perintah Allah yang dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan wajib diikuti oleh umatnya.

Ucapan  Abu Bakar R.A apabila dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah S.A.W : “Wahai tuan-tuan ! saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah saya, sekiranya saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat ......”. Beginilah juga ucapan setiap pemimpin yang dilantik selepasnya.

Amalan sistem pemerintahan Islam yang dibukukan dan dicatit oleh para ulama Islam daripada semua mazhab menjadi kajian para orentalis. Kitab-kitab seperti Muqaddimah Ibn Khaldun, Ahkam Sultaniyyah, Adab al-Wazir dan lain-lain  diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah mempengaruhi perkembangan Demokrasi Moden yang diamalkan oleh negara Barat. Walaupun mereka menerima dengan fahaman sekularisme yang dianut, memisahkan politik daripada agama, namun pengaruh inilah yang mewujudkan sistem pilihanraya yang adil dengan memberi hak kepada rakyat menjadi hakim terhadap kerajaan dan para pemimpin kerajaan yang boleh dijatuhkan sekiranya berlaku kesilapan atau kelemahan dalam mentadbir negara, rakyat pula diberi hak dalam urusan pemerintahan secara beradab. Sistem yang adil ini menggantikan revolusi rakyat secara berdarah yang banyak berlaku seperti di England, Perancis dan lain-lain. Akhirnya terciptalah demokrasi moden dengan mewujudkan pilihanraya yang adil.

Bagi mewujudkan penghakiman yang adil oleh rakyat melalui pilihan raya, maka rakyat diberi kefahaman yang benar berkenaan pilihanraya. Mereka benar-benar  memahami hak  mereka dengan larangan tegas secara undang-undang terhadap ugutan, sogokan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pihak media diletakkan sebagai saksi yang melaporkan semua pihak kepada rakyat yang menjadi hakim, samada pihak kerajaan yang dituduh atau pihak pembangkang yang menuduh. Pihak Suruhanjaya Pilihanraya adalah badan yang bebas bagi mengendalikan urusan pilihanraya mengikut sistem pemisahan kuasa di antara badan kehakiman, perundangan dan pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W ketika menegakkan negara contoh di Madinah.

Sistem ini diterima oleh semua parti Islam di seluruh dunia termasuk PAS, yang ditubuhkan  daripada gerakan tajdid dan islah kerana demokrasi moden menjadi medan  politik paling sesuai dengan Islam yang mengutamakan secara damai.  Keseluruhan negara Barat dan termasuk negara komunis sekarang telah berubah, menerima sistem demokrasi pilihanraya yang adil, sehingga tidak ada parti dan pemimpin kerajaan boleh mendabik dada bahawa mereka Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan tidak ada kesilapan langsung.

Sistem demokrasi moden ini menjadikan parti kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berwaspada dan sedia ditolak dan dihukum oleh rakyat, maka berlakulah perlumbaan yang sihat bagi melakukan yang baik dan menolak yang munkar, menjadikan riadah yang menjadikan hak rakyat dan kerajaan sentiasa sihat, kerana silih berganti apabila berlaku setiap kelemahan dan para pemimpin sangat berhati-hati menunaikan amanah.

Di Amerika pernah dibatalkan kemenangan seorang presiden dalam peristiwa yang terkenal dengan nama skandal Water Gate. Di England  pula menjatuhkan kerajaan kerana skandal salah seorang menteri kabinetnya dengan pelacur yang berkait dengan perisikan negara asing. Di India membatalkan kemenangan seorang perdana menteri kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan banyak lagi. Di zaman kini banyak negara yang dibelenggu dengah sistem dictatorship terpaksa berubah kepada sistem demokrasi pilihanraya yang adil.

Negara kita Malaysia yang tercinta ini mengalami sistem demokrasi menuju ke arah yang lebih buruk dan memalukan. Surahanjaya Pilihanraya yang tidak bermaya untuk melakukan reformasi demokrasi yang sebenar kerana tidak diberi kuasa yang sebenar mengikut takrif demokrasi dan tidak berlaku pemisahan kuasa yang sebenar. Kedudukannya berada di bawah siapa parti yang memerintah mengikut arahan secara nyata dan sulit bagi mengekalkan sistem satu parti seperti negara komunis, secara agenda yang diatur begitu rupa. Media arus perdana sebelah pihak yang menutup minda rakyat mengetahui segala kelemahan kerajaan, seolah-olah  menjadikan kerajaan itu Maha Suci sepanjang hayat seolah-olah tidak ada ajal dan tidak ada hari kiamat. Daftar pengundi yang tidak masuk akal, seperti jumlah isi rumah laksana sebuah kampung dan  penduduk kampung yang ramai laksana satu daerah kerana terlalu gelojoh mangambil pengundi bagi menjamin kemenangan parti yang sedang memerintah walaupun sudah banyak senarai penyelewengan sehingga dilupai yang telah berlaku sebelumnya tanpa tindakan yag adil. Politik wang yang membarah ke dalam parti kerajaan dan masuk pula ke dalam rakyat, ke lapangan pilihanraya umum.

Semua yang berlaku adalah kemunkaran yang mencalarkan imej Islam yang menjadi agama negara mengikut perlembagaan dan banyak kemunkaran yang wajib dicegah dan kezaliman yang wajib disanggah.

PAS wajib menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada penganut Islam dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, bagi mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana Rasulullah S.A.W mewajibkan kepada setiap orang Islam menyampaikan mesej sebenar, menyatakan yang benar dan mencegah kemunkaran mengikut kemampuan masing-masing dengan tangan, lidah dan perasaan benci dalam hati. Demonstrasi aman yang menjadi salah satu daripada amalan demokrasi moden adalah salah satu cara menunjukkan kebencian dalam hati.

Rasulullah S.A.W mengizinkan para sahabatnya keluar beramai-ramai daripada persembunyian mereka di Makkah selepas Islamnya Hamzah dan Umar R.A bagi menunjukkan sikap mereka terhadap pamimpin Makkah yang zalim  secara terbuka dan aman tanpa senjata.

Ketika berada di Madinah dan telah wujud negara yang berkuasa, tiba-tiba Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabatnya, menyebut  peristiwa lama berlaku sebelum dilantik manjadi Rasul: ”Aku pernah dibawa oleh bapa-bapa saudaraku ke rumah Abdullah bin Judaan bagi mengadakan Halaf Fudul  (persefahaman dan kerjasama) bagi membela mereka yang dizalimi dan menentang mereka yang zalim secara bersama. Sekiranya perkara ini dibawa kepadaku sekarang nescaya aku menyertainya “.


Rasulullah menerima secara positif segala sifat yang baik secara fitrah yang ada dalam diri manusia termasuk bukan Islam, sehingga menghargai keluarga Hatim al-Toei  seorang pemimpin kabilah yang suka menolong dan meraikan tamu  di zaman jahiliyyah dan banyak lagi contoh yang lain.

Bersih adalah gabungan kerjasama NGO berbagai agama dan parti-parti politik pelbagai ideologi yang menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pilihanraya yang mengotorkan amalan Demokrasi di Malaysia, ramai kalangan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pilihanraya, tetapi sifat fitrah manusia yang bencikan zalim, tipu dan lain-lain.

PAS berpendapat bahawa BN telah banyak menyeleweng daripada konsep demokrasi yang adil. UMNO sendiri telah lama merosakkan imej Islam. Ajaran Islam meletakkan politik adalah amanah  besar yang diamalkan para Rasul seluruhnya, tiba-tiba dikotori dengan banyak perkara yang memalukan, seperti menyalahgunakan kuasa secara penipuan dan zalim bukannya bertahan dengan akhlak yang mulia. Amanah politik dijadikan peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja, sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah.

Akhirnya PAS wajib mencegah kemungkaran besar yang sedang berlaku ini, hujah lebih kuat lagi apabila membaca amanat Rasulullah S.A.W: “Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran atau berdiam diri, nescaya orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu orang-orang yang baik berdoa, tiba-tiba doanya tidak diperkenankan oleh Allah“.  Sabdanya lagi: ” Menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim adalah jihad paling afdal “.


PAS tidak membenarkan para ulamanya menjadi syaitan bisu yang berdiam diri terhadap kebenaran di hadapan mata yang wajib ditegakkan dan kemunkaran nyata yang wajib ditegah, PAS tidak mengizinkan para ulamanya menjadi burung kakak tua yang bercakap hanya mengikut apa yang diajar oleh tuannya sahaja dan tidak mampu menilai sendiri.

Adapun alasan berlakunya kekacauan selepas itu, adalah disebabkan salah laku kerajaan terhadap perhimpunan aman, seperti melarang berhimpun di padang dataran merdeka yang menjadi tempat berhimpun dan provokasi pihak yang diadakan sendiri atau diizin oleh kerajaan sendiri. Sikap tidak adil melantik kumpulan penyiasat yang ditunjukkan oleh satu pihak kerajaan sahaja adalah cara yang tidak bermoral untuk menegakkan keadilan yang sebenar. Lebih tidak adil lagi apabila adanya tangkapan selepas bersurai dan menyeksa mereka yang ditangkap, dimaki hamun dan sebagainya.  Ini bukan cara yang bijak untuk mempertahankan kerajaan, bahkan cara menggali lubang sendiri untuk jatuh dengan cara memalukan. Bukan sahaja menjadi sunnah alam dan nas al-Quran dan hadith, serta doa mereka yang dizalimi pasti diperkenan Allah walaupun daripada seorang yang bukan Islam.

Akhirnya, kalau bangsa Melayu masih bersama UMNO yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah:

 وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ ( 38

Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38)

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Monday, May 28, 2012

3 Abdul: Najib, FGVB dan Peneroka



Banyak yang P Ramlee gambarkan dalam filemnya kini menjadi kenyataan dalam dalam alaf ini. Inilah kehebatan Seniman P. Ramlee. Pengajaran dalam filem-filemnya merentasi zaman.


Demikianlah juga Tiga Abdul, filem yang diterbitkan pada tahun 1964, arahan P. Ramle sarat dengan pengajaran yang segar sepanjang zaman.

Kisah Tuan Sadiq Segaraga lakonan Ahmad Nisfu yang licin kepalanya, dibantu oleh tuan ‘penasihat 20 persen’ Saleh kamil, cuba menipu Haji Mahadi dan  S. Kadarisman melalui watak Abd Wahab dan Abd Wahib dalam perjajian yang berat sebelah.

Konflik bermula apabila Tuan Sadiq Segaraga mengadu masalah kewangan pada penasihatnya Kasim Patalon.

Dari situlah Tuan penasihat memberikan cadangan untuk menipu 3 Abdul dan berjanji akan menyediakan perjanjian yg akan menguntungkan Tuan Sadiq Sigaraga.

Di atas penipuan ini Tuan Sadiq bersetuju untuk menganugerahkan 20 persen pada tuan penasihat.

“Jika anakanda marah anakanda akan dijual seluruhnya.” Demikianlah bunyi dialog sebelum tanda tanga diturunkan.

Tapi sebaliknya kalau bapa mertua mereka marah, tiada apa apa kerugian yang ditanggung oleh Tuan Sadiq.  Dokumen tipu itu hanya menguntungkan satu pihak.

Atas keyakinan tak mungkin bapa mertua akan menipu menantu, dokumen perjajian yg berat sebelah ini ditanda tangani dengan yakin, kalaupun ada penipuan, mereka merasakan mereka cukup cerdik dan tak mungkin akan ditipu. Namun akhirnya dua beradik ini dijual dan seluruh harta dirampas.

Kisah 3 Abdul hari ini muncul dalam versi moden. Watak watak itu kini dilakonkan pula oleh Najib bagaikan Tuan Sadiq yang tamak.  Isa Samad bagaikan “penasihat 20 persen” dan mangsa mereka adalah peneroka.

Peneroka diberikan satu dokumen bank yang harus ditanda tangani dan berisiko mengakibatkan kerugian seumur hidup.

Majoriti peneroka yang menandatangani dokumen itu tidak mengetahui isi kandungan, syarat dan termanya. Mereka hanya diminta  pergi pejabat Felda untuk tanda tangan borang durian runtuh. Rupanya mereka menanda tangani dokumen yang sama seperti Abd Wahab dan Abd Wahib.

Dalam surat tanggung rugi tertera klausa:

“Saya pada bila bila masa bertanggung jawab sepenuhnya dan bersedia menanggung kerugian dan sentiasa bersedia menanggung kerugian terhadap semua tindakan, guaman, prosiding, tuntutan, permintaan, kerugian, caj, penalty, fee, denda, kos yuran undang undang dan apa jua perbelanjaanyang dibuat, diambil dibawa, dikenakan, dialami, ditanggung, didakwa, atau kena bayar dalam apa jua keadaan terhadap saya ……(seterusnya)”

Bermakna FGVHB yang menjadi pemain utama dalam saham Felda ini, tak akan menerima risiko jika berlaku sesuatu yang tak diigini. FGVHB berlepas tangan, hanya peneroka yang akan menanggung semua risikonya.

Majoriti peneroka penuh yakin, tak mungkin kerajaan BN akan menipu rakyat sebagaimana yakinnya Abd Wahab dan Abd Wahib, tak mungkin ditipu oleh mertuanya sendiri.

Dalam usia menjangkau 60 tahun, terasa sangat menghairankan bila bank ‘masih sudi’ untuk memberi pinjaman. Sedangkan 15 tahun lalu, ketika usia mereka 40an ada peneroka yang naik turun tangga bank  untuk mohon pinjaman biaya tanam semula setelah tamat perjanjian bersama  Felda.

Mereka enggan untuk menyerahkan ladang mereka kepada Felda kerana yakin jika diusahakan sendiri lebih baik dari Felda.

Mereka hanya perlukan sekitar RM10,000 hingga RM15,000 sahaja, tetapi tidak ada mana-mana bank sudi memberi pinjaman.

Peneroka terpaksa meminjam dari sanak saudara dan isteri peneroka berkorban mencagarkan barang kemas di pajak gadai untuk mendapatjan wang.

Tapi kini tujuh bank berlumba lumba menawarkan pinjaman. Tambahan menghairankan peneroka tak tahu berapa amaun pinjaman yang akan diluluskan oleh bank kepada mereka, berapa jumlah saham yang akan dibiayai.

Tidak ada penerangan dari pihak bertauliah atas risiko yang akan peneroka tanggung.  Cuma yang jelasnya dalam perjanjian dengan Maybank sebagai contoh, perkara iv seksyen 4.02 tercatat  klausa:-

Apabila dikehendaki oleh bank, peneroka (pelanggan) hendaklah menggadai atau menyimpan dengan bank dokumen hak milik bagi mana-mana atau semua harta tidak alih milik mereka… (seterusnya).

Persoalannya adakah harta tidak alih milik itu bermaksud geran tanah ladang dan tapak rumah?

Lebih malang lagi anak-anak peneroka tidak dibenarkan campur tangan dalam urusan tanda tangan dokumen ini, namun dalam seksyen 6.21 menyebut, dokumen ini mengikat hak milik, wakil diri, waris … (seterusnya).

Inilah perjanjian 3 Abdul alaf moden. Peneroka yang enggan menandatangani dokumen pinjaman saham ini ‘diharam jadahkan’ oleh perdana menteri baru baru ini.

Jangan biarkan penipuan Ahmad Nisfu versi 1 Malaysia dan Saleh Kamil penasihat 20 persen berulang diabad ini. Peneroka perlu menjadi Abd Wahub lakonan P Ramlee bagi menggagalkan penipuan ini. Walaupun pada awalnya Abd. Wahub dianggap bodoh oleh dua abangnya.

Harapan harus disandarkan pada Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan Felda dan Selamatkan Malaysia.

Bapak kafir: Ulamak Kelantan minta fatwa

(Tuan Guru Nik Aziz menerima cenderamata dari Dewan Ulamak Kelantan)

MACHANG: Dewan Ulamak PAS Kelantan semalam meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan berhubung kes bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor, yang menghina Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai bapa kafir.

Majlis fatwa juga turut didesak mengeluarkan segera fatwa khas berhubung perkara itu bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai berhubung kenyataan menghina ulamak itu.

Pada masa yang sama, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Hassan Mahmood, turut menyokong demontrasi di hadapan pejabat NST petang ini berhubung kenytaan ‘bapa kafir’ kepada Tuan Guru.

“Kita meminta Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai mufti-mufti seluruh negara berasa sensitif tentang penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan yang memerintah hari ini.

“Banyak perkara yang tidak sehat dilakukan oleh pemerintah, namun pihak majlis fatwa berdiam diri, namun boleh pula mengeluarkan fatwa khas khusus untuk Pakatan Rakyat walaupun tidak bercanggah dengan Islam,”ujarnya.

Sambungnya, majlis fatwa tidak hanya perlu memandang sudut agama sahaja, sebaliknya pelenyelewengan kuasa, ekonomi, yang berlaku di hadapan mereka kena beri perhatian.

Beliau juga turut mencadangkan majlis fatwa menegur isu penyelewengan yang membabitkan NFC, saham syarikat MAS dan lain-lain lagi.

Sementara itu ketuanya, Datuk Mohammad Daud, mengakui pihaknya menggunakan kaedah yang lebih lunak dalam berdakwah, khususnya kepada orang bukan Islam.

Sambungnya, Dewan Ulamak PAS Kelantan, seboleh mungkin tidak akan menggunakan bahasa yang kesat apa lagi menyinggung perasaan mereka.

“Sebab itu ketika kita berucap, berkempen, berdakwah kita tidak kata mereka sebagai orang kafir, sebaliknya ‘bukan Islam’, sebab perkataan kafir itu begitu kasar, walaupun mereka bukan beragama Islam,”ujarnya.

Terdahulu Tuan Guru merasmikan laman web rasmi dewan berkenaan. Untuk melayari serta mendapat sebarang maklumat http://dupnk.org.my.

Jamil Khir, Habaq Mai Sapa Dalangnya

Apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata bahawa kemasukan Irshad Manji ke Malaysia adalah kerana dia didalangi oleh individu tertentu maka saya melihat beliau seolah-oleh cuba mengocak-ngocakkan air yang tenang dan jernih agar menjadi keruh dan kemudiannya senang bagi beliau untuk menangguk.

Terlalu mudah plot cerita yang cuba dia reka itu, seperti cerita Hindustan cerita sama yang diulang-ulang. Cuma watak dan tempat sahaja yang berbeza. Balik-balik kisah cinta terhalang, kisah wira penyelamat yang kekuatannya sekali tumbuk lima, enam orang musuh melayang. Itupun orang yang bodoh masih percaya dan menangis-nangis bila menontonnya.

Saya mungkin tidak terlalu arif tentang bagaimana proses kemasukkan orang asing ke negara ini yang kalau seperti dilaporkan oleh Malaysiakini, Jamil sepertinya menggambarkan kemasukan seseorang ke negara ini amat sukar disekat sepertinya negara kita ini tiada sistem bagi mengenal pasti siapa pelancong itu. Adakah sedangkal itu sistem yang dimiliki oleh imigresen Malaysia?

Kalaulah benar begitu sukarnya pihak berkuasa menyekat kemasukan orang-orang yang tidak diingini ke negara ini maka, bagaimana mungkin seorang peguam William Bourdon yang ingin menyiasat tentang kes rasuah pembelian kapal selam scorpene sedikit masa dahulu disuruh pulang kembali ke negaranya? Adakah pihak imigresen atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghalau peguam itu secara rambang? Atau kebetulan bertemu di pasar malam?

Dan bukankah kedatangan Irshad Manji telah menjadi isu yang besar di kebanyakkan akhbar kerana bantahan rakyat? Dan jelas beliau telah ditolak di Indonesia. Maka kenapa apabila kita sudah tahu berkenaan kedatangannya itu, kita masih gagal melakukan tindakan pro-aktif bagi menghalangnya? Perlu diingat Irshad Manji bukan pendatang tanpa izin yang masuk melalui hutan di sempadan. Dia masuk secara sah dan berdaftar atau dengan kata lain dia masuk melalui pintu depan rumah kita !

Kes yang sama pernah berlaku sedikit masa dahulu apabila seorang lelaki rakyat Arab Saudi Hamza Kashgari yang dikaitkan dengan tuduhan menghina rasulullah di laman Facebooknya ditangkap dan beliau telah dihantar kembali oleh kerajaan Malaysia ke negara asalnya. Kenapa dengan kes yang sangat menyerupai antara satu sama lain, tetapi hasil keputusannya sangat berbeza? Begitu mudah dia ditahan dan dihantar pulang, jadi apakah kerumitan yang dihadapi oleh kerajaan dalam kes Irshad?

Bagi pandangan saya isu Irshad Manji ini sebenarnya akan membawa sedikit political mileage kepada Umno sekiranya isu berkaitan dengan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) berjaya diperbesarkan, maka ia secara tidak langsung akan dipalit kepada pembangkang. Sengaja dibiarkan kemasukkan Irshad Manji agar terkait dengan pembangkang yang dituduh menyokong LGBT. Namun Alhamdulillah kelihatannya strategi ini tidak Berjaya

Berkaitan dengan dalang yang dikatakan oleh Jamil pula, dia hendaklah mengemukakan bukti supaya terang siapakah dalang disebalik segala ini dan diambil tindakan sewajarnya, dan saya percaya Pakatan Rakyat terutamanya PAS akan menyokongnya. Tetapi Jamil jangan hanya melepaskan peluru secara rambang, bahaya ! Kerana peluru itu mungkin terkena kepada orang yang tidak bersalah.

Atau adakah dalang itu berselindung di belakang beliau dan partinya. Mengapa saya berani menanyakan begitu? Lihat sahajalah tempat pelancaran buku Irshad Manji ialah di Wisma MCA !!!

MCA seperti yang diketahui umum adalah teman sebantal Umno. Tiadalah parti tersayang dan yang terbesar selepas Umno di dalam BN kecuali MCA yang mengaku sebagai kafir zimmi (oleh wakil MCA sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar -Terengganu iaitu Yang Berhormat Toh Chin Yaw dalam sidang dewan suatu masa dahulu). Jadi adakah anda hairan jika sekiranya tiada tindakan dikenakan oleh kerajaan atas penganjur yang melancarkan buku tulisan Irshad ini?

(Gambar kiri - Penerbit ZI Publications Ezra Zaid-kiri bersama Erykah Badu, artis kontroversi yang membuat tatu nama Allah di badannya)

Kerajaan juga sepatutnya menjalankan siasatan kepada penganjur program ini ZI Publications kerana cuba menghuru-harakan kefahaman orang awam terhadap Islam. Dengan tindakan keras oleh kerajaan saya percaya dan yakin pihak-pihak lain tidak akan mengambil mudah lagi dalam isu berkaitan sensiviti Islam. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Dan jangan dilakukan kerana keuntungan politik semata-mata. Sama jugalah dengan isu kumpulan K-Pop dalam majlis sambutan Belia Kebangsaan di Putrajaya dan isu tatu di badan Erykah Badu masih tak selesai. Dimana Majlis Fatwa Kebangsaan? Kenapa diam? Benarlah kata Tuan Guru Nik Aziz, ulamak terompah kayu, hanya dipakai dan bising untuk ke jamban.

Inilah yang saya katakan pada permulaan catatan ini iaitu cerita Hindustan sama yang sedang dimainkan oleh Umno iaitu untuk mengaitkan Pakatan Rakyat (PR) dengan amalan yang tidak bermoral. Alahamdulillah rakyat Malaysia sangat bijak membaca apa niat tersirat oleh orang yang berniat serong.

Teringat saya kepada cerita teman saya apabila mula-mula Jamil Khir dilantik menjadi menteri. Hampir saja Jamil ingin meletakkan jawatannya kata teman saya kerana tidak tahan melihat Islam bagaikan dipermainkan oleh kerajaan. Namun beliau dipujuk oleh sekumpulan cerdik pandai dalam kerajaan agar bertahan dan mereka akan membantu Jamil dari belakang.

Dengan cerita yang semakin banyak berkenaan Jamil Khir (baca cerita negatif) tentang wang zakat yang dibayar kepada peguam, cerita dalang kepada Irshad Manji ini dan terbaru kisah kerajaan Arab Saudi yang kononnya ingin mengurangkan kuota jemaah haji Malaysia kerana himpunan Bersih 3.0 yang diadakan di Mekah dan Madinah, dibangkang keras oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang Ustaz Mokhtar Senik yang mengatakan kerajaan Saudi tidak pernah mengeluarkan kenyataan pengurangan kuota itu, saya hanya tersenyum mengingatkan kembali cerita teman saya itu. Wallahua’lam -

Kerajaan mesti bertanggungjawab, bayar pampasan – Ibu mangsa rempuhan

PUTRAJAYA 28 Mei: Tujuh sekawan yang mahu menyaksikan acara lumba kereta semasa Himpunan Sejuta Belia yang berlangsung 23 hingga 27 Mei lalu meninggalkan sejarah hitam kepada Fairuz Jalaludin, 27, yang mengalami kecederaan kritikal di bahagian organ dalamannya.
Fairuz antara tiga mangsa lain yang masih kritikal sementara dua lagi rakannya, Muhamad Iskandar Rasiq Shaari, 20, mengalami masalah di bahagian usus dan Ami Nakim, 27, patah kedua-dua kaki dan tangan. Kesemua mangsa dirawat di Hospital Putrajaya.
Fairuz yang bakal melangsungkan perkahwinan Februari tahun depan terpaksa melakukan pembedahan membuang limpa ekoran rempuhan kuat kereta sehingga mengakibatkan limpanya hancur.

Menurut ibunya, Hamidah Zainal Abidin, 51, beliau yang hanya mengetahui lebih kurang jam 1.00 pagi Ahad lalu selepas diberitahu sendiri oleh tunang Fairuz terus bergegas ke hospital.
“Apabila dapat panggilan, mak cik tak boleh gambarkan perasaan risau, bimbang dan takut.
“Mak cik langsung tak boleh tengok gambar dia, sedih sangat. Pak cik pulak tak boleh langsung tengok orang kemalangan,” katanya ketika ditemui di hospital hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan N Surendran menziarah Fairuz di bilik rawatan.
Bagaikan mimpi ngeri melihat keadaan Fairuz terlalu kritikal kerana terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), membuatkan Hamidah yang bekerja sebagai guru tadika terlalu sebak memikirkan masa depan anaknya.
“Mak cik daripada malam itu terus berjaga, tak boleh tidur, makan pun tak ada selera, risau sangat. Kaki belah kirinya juga terkoyak, tapi dah dijahit.
“Semua limpa dia kena buang sebab doktor beritahu limpa dia hancur. Akibat itu, pertahanan badannya tidak kuat. Dia juga terpaksa bergantung kepada antibiotik selama tiga tahun,” katanya sebak.
Tegas Hamidah, beliau mahu kerajaan dan penganjur bertanggungjawab serta membayar pampasan.
“Mak cik nak penganjur tanggung segala kos dan kerajaan bayar pampasan kepada anak mak cik. Kerajaan mesti bertanggungjawab sebab mereka yang anjur.
“Semalam, Menteri (Datuk Seri Shabery Cheek) hanya datang melawat, beliau tidak beri jaminan apa-apa pun. Hanya tanya keadaan Fairuz sahaja,” kata ibu anak empat itu.
Dalam pada itu, beliau turut kecewa dengan tindakan penganjur yang tidak habis-habis menyalahkan anaknya yang didakwa tidak mengikut arahan.
“Dia (kerajaan) salahkan budak-budak ni, tapi bagi mak cik, pihak penganjur kena bertanggungjawab dari segi keselamatan.
“Penganjur ada datang hari Sabtu dan Ahad, tapi mereka salahkan anak mak cik yang tidak ikut arahan, tapi bila mak cik tanya kawan-kawan dia, mereka cakap penganjur tak bagi apa-apa arahan pun,” kata Hamidah lagi.

IIM sokong SPRM tapis semua calon PRU13

Institut Integriti Malaysia (IIM) mengalu-alukan dan menyokong cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menawarkan perkhidmatan untuk menapis semua calon parti sebelum pilihanraya umum Ke-13.

Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh berkata, langkah proaktif ini akan membantu kepimpinan parti untuk mencalonkan individu yang berintegriti.

"Institut Integriti Malaysia juga melihat bahawa proses ini akan memastikan tahap keyakinanan rakyat terhadap sistem pilihanraya dan sistem demokrasi akan bertambah baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ini, tambahnya, secara tidak langsung akan menarik minat dan penglibatan rakyat dalam proses pilihanraya dan pemilihan pemimpin.


Inisiatif ini juga akan dapat memperbaiki persepsi masyarakat terhadap kepimpinan politik, katanya.

Menurutnya, hasil kajian yang dikendalikan  IIM pada 2009 yang bertajuk “Sejauh mana Pemimpin Politik Berintegriti dan Bersih Rasuah dihargai rakyat,” mendapati pemimpin politik yang berintegriti dan bersih rasuah, amat dihargai rakyat.

"... dan kriteria kepimpinan berintegriti dan bersih rasuah, mengatasi elemen populariti dalam pemilihan pemimpin politik," tambahnya.

Sehubungan itu, menurut Dr Mohd Tap, IIM berpendapat amat penting untuk parti politik membuat pemilihan calon yang tepat, yang mempunyai ciri-ciri akauntabiliti, berintegriti dan telus dalam pilihanraya yang akan datang.

"Masyarakat juga akan berpeluang untuk mengenalpasti bahawa calon-calon merupakan pemimpin yang berintegriti.

"Secara tidak langsung, sistem pilihanraya yang akan datang juga akan meraih keyakinan dan kepercayaan masyarakat serta dilihat telus, bertanggungjawab dan mempunyai standard yang tinggi," tambahnya.

Sejak penubuhannya pada tahun 2004, katanya, IIM, menerusi sektor politiknya, telah mengendalikan pelbagai program dan kursus untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan nilai etika dan integriti, pengamalan budaya politik bersih dan pemantapan integriti politik dalam kalangan ahli politik dan juga parti-parti politik.

"IIM juga bercadang mengendalikan kursus pemantapan integriti politik yang berfokus kepada pemahaman sistem politik, perlembagaan, peranan institusi politik, cabaran integriti politik  dan dasar awam negara.

“Negara ini amat memerlukan kepimpinan politik yang berintegriti tinggi. Sehubungan itu, nilai-nilai murni seperti amanah, bertanggungjawab, benar, telus, boleh dipercayai, jujur dan ikhlas adalah amat perlu dalam jiwa pemimpin untuk menjalankan tanggungjawabnya kepada negara dan bangsa”, kata Dr Mohd Tap.

Faekah: Noh Perlu Tangani Isu NFC, Bukan Air Selangor

SHAH ALAM 28 MEI : Kegagalan Datuk Seri Noh Omar untuk memahami masalah pokok isu air di Selangor bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sendiri terbukti gagal menanggani isu penyelewengan dana NFC yang memalukan seluruh menteri kabinet.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin dalam kenyataan medianya mengulas, isu air yang cuba dibangkitkan Menteri Pertanian dan Asas Tani itu sebenarnya berpunca daripada pengurusan yang lemah dan pengetahuan yang cetek.
“Disebabkan kelemahan-kelemahan ini, rakyat dipaksa untuk menanggung kos pembinaan Langat 2 yang sangat mahal.

“Kenyataan Noh juga bahawa jika BN menawan semula Selangor maka masalah air akan selesaikan adalah amaran awal BN akan meneruskan Langat 2.
“Kos RM12 billion untuk membina Langat 2 mungkin ditanggung rakyat Selangor hingga ke cucu cicit dengan kenaikan tarif air yang melampau dan membebankan,” jelas Faekah.
Beliau juga menyifatkan Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor sebagai cetek ilmu mengenai usaha yang sedang giat dijalankan Kerajaan Negeri.
“Di samping memberikan perkhidmatan air yang lebih baik, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk meneruskan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan kepada rakyat Selangor.
“Kerajaan Negeri juga ingin rakyat menikmati tarif serendah mungkin kerana air merupakan keperluan asas,” tambahnya lagi.
Mengulas cabaran Noh Omar agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim minum air empangan, Faekah berkata tindakan tersebut benar-benar kurang bijak yang hanya menggambarkan betapa ceteknya akal Ahli Parlimen Tanjong Karang tersebut.
“Air empangan hanya selamat diminum selepas dirawat di loji pembersihan bukan seperti negara-negara maju yang mana air paip selamat diminum terus dari paip tetapi di Selangor sebaliknya berlaku.
“Inilah hasilnya apabila pengurusan air diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mengutamakan kualiti tetapi mengejar keuntungan semata-mata untuk menambah kekayaan kroni dan keluarga,” ujar Faekah.

Tok Pa risau apabila Kelantan buat lebuhraya


MACHANG: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad yang berkata Kelantan buat lebuhraya sendiri sebagai gimik politik seumpama orang yang sedang risau.

"Tok Pa risau takut Kelantan berjaya buat, sedangkan kerajaan pusat yang kaya nak halang walaupun dah rancang sejak RMK ke 5

"Dia nak risau, risaulah tetapi kita berdoa pada Allah. Moga berjaya buat, berkat sokongan semua," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mustapha selepas majlis perasmian pembinaan Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai di Felcra Berangan Meka Nab dekat sini pagi ini.

Lebuhraya  sejauh 64 km akan dibuat oleh kerajaan negeri berasaskan sumbangan kerajaan negeri, anak-anak syarikat dan orang ramai.

Semalam Mustapha mendakwa Kelantan membuat lebuhraya ini sebagai gimik pilihanraya semata-mata.

Tok Guru Nik Aziz sendiri menyumbangkan RM5,000 wang peribadinya hari ini untuk menjayakan projek ini.

Anak syarikat kerajaan negeri, Ladang Sungai Terah menyumbang RM1 juta manakala syarika Ufuk Budiman menyumbang RM100,000 kepada projek ini.

Di majlis itu, Tok Guru Nik Aziz menyeru semua lapisan masyarakat turut derma atas rasa tanggungjawab dan rasa hak bersama.

"Iapun bertepatan dengan Islam derma yang menggalakkan kita buat jalan selain masjid dan kita akan dapat pahala berpanjangan," katanya.

Menurutnya, sepanjang 22 tahun mentadbir Kelantan, beliau sudah dituduh dengan pelbagai fitnah "termasuk buat jalan pun akan hadapi masalah yang sama."

Exco kerajaan negeri yang menerajui projek lebuhraya ini, Datuk Husam Musa berkata, Kelantan telah dipinggirkan dalam pembangunan negara sejak sekian lama.

Antara projek yang menjadi mangsa adalah projek lebuhraya dan lapangan terbang.

"Anak Kelantan di luar bagaikan didera apabila kepulangan kereka ketika cuti sekolah dan hariraya terpaksa melalui jalan yang sukar kerana kesesakan," kata Husam.

FGV bakal lenyapkan 105,382 ekar Tanah Rezab Melayu


KUALA LUMPUR: Apabila Felda Global Venture (FGV) disenaraikan, sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu bakal tergadai kerana selepas itu sesiapa sahaja berhak untuk membelinya.


Ini kerana, perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian.

Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa.

Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal, kata Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR.

"PKR boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Semakan mereka menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara.

"Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGV boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu," katanya.

Bagi Rafizi, kedudukan FGV selepas ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan.



(Perjanjian antara Felda dengan Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis)

"Setakat ini, peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis," tegas beliau.

Oleh yang demikian, katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGV yang disenaraikan di pasaran saham?

"Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?" soalnya.

PKR juga menyeru supaya setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung yang terbabit menolak sebarang usaha untuk membatalkan status Tanah Rezab Melayu yang melibatkan tanah 105,382 ekar ini.

"Kami menunggu maklumbalas Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad sebelum memberikan lebih banyak maklumat mengenai Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar ini," katanya.

Sunday, May 27, 2012

TG Nik Aziz sebak lihat pelajar Yik solat berlantai tanah

Salmah Mat Husain|Foto: Rizal Tahir
MACHANG: Di saat pihak tertentu yang tidak sebulu dengan perjuangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menuduh sebagai ‘bapa kafir’, beliau terus menunaikan solat sunat rutin hariannya tidak kira di mana sahaja berada.

Semalam Tuan Guru menunaikan solat sunat syukur sebaik sahaja melihat pelajar menunaikan solat sunat dhuha di bawah pokok tanpa sejadah dan hanya berlantaikan tanah di hujung dewan Madu bersebelahan khemah masing-masing.

Tuan Guru tidak dapat membendung perasaan sedih gembiranya apabila melihat pelajar sekolah aliran Yayasan Islam Kelantan (Yik) menunaikan solat sunat dhuha.

Lebih 1,000 pelajar Yik menghadiri program Muqayyam Tarbawi di Kompleks Tarbiah Islam Ulama (Madu), dekat sini pagi semalam, antara pengisiannya menunaikan solat sunat dhuha.

Tuan Guru yang kebetulan melalui laluan itu untuk merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan di dewan besar Madu, tidak dapat menahan sebak kerana syukur anak didik rakyat Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan negeri begitu tekun menunaikan solat sunat itu.

Kerana sebak dan terharu yang amat sangat, menyebabkan bacaan solatnya sesekali teresak dan terganggu.

Tuan Guru mendedahkan perkara itu sewaktu berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan.

“Di saat-saat anak muda merempit di jalan-jalan, di tengah anak-anak muda lepak di pasaraya, di tengah anak-anak muda leka bersama teman masing-masing di luar Kelantan, tetapi pelajar Yik, anak muda Kelantan tekun menunaikan solat.

“Saya tidak dapat menahan sebak, saya begitu terharu, ya Allah ini hasil yang telah kami dapat hasil pentadbiran kami selama 22 tahun lalu, subhanallah,” ujarnya sekali lagi lagi menahan sebak.

Hampir seluruh pelajar Yik mewakili program yang diadakan setiap tahun selama tiga hari itu.

Selain seminar, turut diadakan slot solat berjemaah, riadah, qiamullail dan lain-lain lagi.

Thursday, May 24, 2012

Saman Khalid Samad: Utusan kalah lagi


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad.

Pada 21 November lalu Hakim Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10 September 2009 bertajuk 'ZULKIFLI BIDAS ‘PAK JANGGUT’ ” adalah memfitnah ke atas Khalid Samad.

Antara lain artikel tersebut menulis:

'Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya ‘Pak Janggut’ yang sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seskyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu.

Menurutnya, ‘Pak Janggut’ turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

“Yang paling pelik, ‘Pak Janggut’ ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,'katanya
.'

Mahkamah memutuskan perkataan “Pak Janggut” di artikel tersebut adalah merujuk kepada Khalid Samad kerana sebelum artikel tersebut diterbitkan, Khalid ada menulis surat kepada penduduk seksyen 23 Shah Alam supaya mereka berlaku adil walaupun ke atas orang bukan Islam dalam isu penempatan semula kuil hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.

Utusan telah memfailkan rayuan ke atas keputusan hakim tersebut di mana rayuan tersebut telah didengar pada pagi ini di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Pada prosiding pagi ini Mahkamah telah membenarkan permohonan Notis Usul yang difailkan oleh Khalid Samad bagi membatalkan rayuan Utusan atas alasan Notis Rayuan tersebut cacat kerana pihak Utusan telah gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan terlebih dahulu sebelum memfailkan rayuan mereka.

Ketika membacakan keputusannya pagi tadi Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyatakan bahawa beliau, Hakim Datuk Azhar Haji Ma’ah dan Hakim Datuk Abdul Wahab Patail iaitu panel hakim yang mendengar rayuan tersebut sebulat surat menolak rayuan Utusan kerana kecacatan rayuan tersebut.

Mahkamah menyatakan rayuan tersebut adalah bercanggah dengan seksyen 68 (1) (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan bahawa sebarang rayuan yang kurang dari RM 250,000-00 wajib mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu.

Mahkamah juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00 kepada Khalid Samad.

Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Utusan diwakili oleh Encik Mohana Kumar dari Tetuan Shafiee Mohan.