KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Malasysia (DPPM) akan meneruskan usaha
melobi pihak antarabangsa untuk bersama-sama memberi tekanan kepada
rejim Mesir yang menindas rakyat negara itu.
Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, DPPM akan melobi negara yang
berada dalam Liga Arab, OIC dan sebagainya bagi tujuan itu.
Menurutnya, pemerintahan sementara di Mesir mencabul hak demokrasi, tambahan pula dengan kezaliman yang dilakukan.
"Kita akan melobi di peringkat antarabangsa," katanya pada sidang media selepas Himpunan Munajat 100K, di sini.
Beliau menambah, DPPM juga akan menghantar surat kepada Speaker Dewan
Rakyat dan Dun untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahas
isu kekejaman kerajaan sementara Mesir.
"Kita minta Dewan Rakyat dan Dun adakan sidang tergempar, itulah
langkah yang sepatutnya diambil bagi menekan rejim tentera di bumi
Mesir.
Nasrudin yang juga ahli Parlimen Temerloh itu turut menyokong tindakan
kerajaan untuk menghantar pulang pelajar yang berada di Mesir ke
Malaysia jika keadaan semakin teruk.
"Ia wajar, memang sebenarnya itu adalah tanggungjawab kerajaan terhadap pelajar," jelasnya.
DPPM juga katanya akan mengadakan "roadshow" berterusan bagi
menunjukkan solidariti terhadap rakyat Mesir dan memberi tekanan kepada
kekejaman tentera.
"Kita akan buat 'roadshow' selain meminta umat Islam melakukan Qunut Nazilah pada setiap solat fardu.
"Doa adalah senjata jarak jauh supaya ALLAH membantu rakyat di sana," katanya.
1 comment:
singgah lepas jumaat
Post a Comment