Kekejaman tentera Mesir pimpinan Jeneral Abdul Fatah As-Sisi membunuh rakyatnya sendiri tanpa berperikemanusiaan dan belas kasihan walaupun mereka itu adalah sebangsa, senegara dan seagama. Perbuatan tersebut begitu menyayatkan hati kita lebih-lebih lagi apabila pasukan tentera ini dikatakan membunuh dengan membakar kanak-kanak yang sedang nyenyak tidur awal pagi dan membunuh pula umat Islam yang sedang mengerjakan solat berjemaah di masjid-masjid.
Tentera sebegini sepatutnya dikutuk kerana berperangai lebih teruk daripada binatang yang tidak berhati perut dan terlalu kejam itu. Bahkan tentera ini sanggup melemparkan bom dan menyembur asap pemedih mata ke dalam bangunan hospital demi terus menekan mereka yang cedera yang cuba untuk mendapatkan rawatan.
Peristiwa ini amat memalukan umat Islam itu sendiri apabila dunia sedang memerhatikan gelagat perangai umat yang begitu ganas dan kejam yang tergamak membunuh saudara seagamanya. Apakah dosa mereka dan apakah layak mereka diperlakukan sedemikian hanya kerana untuk menegakkan yang hak dan untuk cuba mengembalikan amalan pemerintahan secara demokrasi yang selama ini diamalkan itu?
Adalah wajar sekali seluruh umat Islam dan seluruh umat yang cintakan keamanan ini memboikot kesemua aktiviti yang melibatkan ekonomi, kebajikan dan hubungan dengan Kerajaan Mesir yang ditakbirkan secara haram dan keji itu. Selagi mereka berada di situ sepatutnya seluruh umat Islam di muka bumi ini jangan berurusan dengan mereka dalam apa juga keadaan sekalipun.
Manusia yang kejam saperti Jeneral As-Sisi dan konco-konconya selalunya atau lazimnya lambat laun akan menerima akibat atas pebuatan kejinya itu. Bersama-samalah kita bermunajat dan berdoa agar keamanan akan dikembalikan semula dan Presiden Morsi dikembalikan segala jawatannya.
Kerisauan kita bukan sahaja apa yang berlaku di Mesir tetapi juga dinegara lain seperti Afghanistan dan Iraq yang masih belum aman dan terkini Syria yang sedang bergolak. Tidak bumi Palestin yang sentiasa ditimpa malang atas perbuatan dan kekejaman Yahudi dan Amerika Syarikat yang telah meragut ratusan ribu nyawa umat Islam yang tidak berdosa.
No comments:
Post a Comment