Tuesday, July 23, 2013
Petisyen BN ditolak: Dun Mengkebang dan Manek Urai Kekal Milik PAS
KOTA BHARU: Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk John Louis O’hara hari ini mengekalkan Dun Manek Urai, Dun Mengkebang, Dun Air Lanas, Dun Kok Lanas dan parlimen Ketereh sebagaimana keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu.
Dun Mengkebang dan Manek Urai kekal ditangan PAS, manakala Dun Air Lanas, Kok Lanas dan Parlimen Ketereh kekal dimenangi BN.
Sebelum itu pada prosiding Dun Air Lanas yang dimenangi Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan 47 undi, hakim tidak menyifatkan rasuah dilakukan agen calon BN memandangkan agen tidak dilantik secara rasmi dan bertulis.
Pada perbicaraan minggu lepas, peguam pempetisyen Dun Air Lanas, Hisham Fauzi menjelaskan segala butiran lengkap mengenai kejadian rasuah disediakan dan sudah cukup untuk di adakan perbicaraan penuh.
Katanya, butiran itu mengandungi tarikh, tempat, masa dan jawatan agen berkenaan dalam politik, yang mana ia sudah dianggap relevan ketika mengemukakan petisyen tersebut.
Kata beliau perlakuan agen berkenaan secara jelas termasuk dalam senarai kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Walau bagaimanapun fakta yang dikemukakan masih belum mencukupi bagi membuktikan perlakuan rasuah dalam kes pilihanraya kerana seksyen 32(c) memerlukan beban bukti yang amat kukuh dan ketat yang mesti dibuktikan oleh Pempetisyen.
Hakim menolak setiap petisyen peringkat dengan kos RM30,000 perlu dibayar pempetisyen kepada responden pertama. Manakala Parlimen Ketereh pula ditolak dengan kos RM40,000.
Pada pilihan raya umum lalu Dun Dun Kok Lanas dimenangi Datuk Mohd Alwi Che Ahmad BN dengan majoriti 169 undi dan parlimen Ketereh dimenangi Tan Sri Annuar Musa (BN) - 974 undi.
Manakala Dun Mengkebang dimenangi Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS) dengan majoriti 1,072 undi) dan Manek Urai – Mohd Fauzi Abdullah (PAS) – 1,633 undi).
Pada petisyen tersebut Hisham turut dibantu peguam Abdul Rashid Yah dan empat lagi peguam daripada Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan. Manakala responden pertama hanya diwakili oleh Ilias Mohd Noor setelah Locus ketua pasukan peguam UMNO yang ketuai oleh Dato’ Mohd Hafarizam Harun dan dibantu oleh Abu Bakar Sidek dan Nor Azli Ahmed telah dipersoalkan oleh Peguam Hanipa Maidin kerana gagal mematuhi Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954 dan diterima oleh YA Dato' John Louis O'hara. Bantahan atas alasan yang sama telah dibuat oleh Dato’ Mohd Hafarizam terhadap peguam R Sivarasa dan Lateefa Koya daripada mewakili Aziz Kadir dari PKR bagi kerusi parlimen Ketereh ketika perbicaraan bantahan awal di hadapan YA Dato Zamani pada perbicaraan sebelumnya.
Pada peringkat penghujahan Bantahan Awal (Preliminary Objection) yang berlangsung pada 17hb Julai yang lalu bagi Dun Mengkebang dan Manek Urai, peguam Dato' Hafarizam, peguam Abu Bakar Sidek dan Nor Azli telah dihalang daripada mengemukakan hujahan berikutan ketiadaan "Locus" untuk mewakili Responden kerana kecuaian dan kegagalan mereka untuk menfailkan notis penerimaan perlantikan sebagai peguam menurut Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.
Pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya diwakili peguam kanan persekutuan, Azizan Md Arshad dan dibantu Najib Zakaria.
Berikutan perkembangan itu petisyen di Kelantan hanya tinggal membabitkan parlimen Bachok, Dun Gaal dan Dun Jelawat. Pada PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei lalu kesemua kerusi tersebut dimenangi PAS.
Pembicaraan petisyen parlimen Bachok dan Dun Jelawat sebelum ini ditetapkan pada 12 hingga 15 dan 18 hingga 22 Ogos hadapan. Manakala bagi Dun Gaal pula pada 1 hingga 5 September.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment