KUANTAN,  2 Julai - Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli (foto, menegaskan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak
  kini sedang pening dan migrain untuk menentukan tarikh pilihanraya 
umum  ke-13 ini. Najib takut dan tidak dapat tidur lena memikirkan 
nasibnya  andai pilhanraya dibuat dan UMNO Barisan Nasional dijatuhkan 
oleh kuasa  rakyat pada kali ini. 
Sebab
 itulah sudah beberapa kali beliau terpaksa  menunda tarikh pembubaran 
parlimen untuk membolehkan PRU-13 diadakan  sekarang. "Najib takut
 dan kecut, buat pilihanraya kalah tapi  kalau tak buat lagi parah. Dua 
perkara yang beliau takut sangat sekarang  ialah isu kapal selam 
(Scorpene) dan Keretapi (LRT yang baru saya  dedahkan", kata Rafizi dihadapan penyokongnya di Felda Lepar Hilir Satu
  dekat sini malam tadi. Menurut Rafizi, isu kapal selama yang cukup  
kontroversi itu menyebabkan sebuah kumpulan hak asasi manusia SUARAM  
akhirnya menfailkan saman sivil terhadap firma gergasi pertahanan  
tentera laut Perancis DCNS kerana didakwa membayar komisyen kepada pemimpin Malaysia.
  "Suaram kemukakan saman sebab DCNS jual kapal selam terpakai atau  
second hand kepada negara kita. Pemimpin terbabit (Najib) pula didakwa  
terma rasuah bernilai RM600 juta. Mana ada negara di dunia ini beli  
kapal selam second hand dengan membayar harga yang lebih jauh mahalnya  
dari yang baru", kata Rafizi. 
Beliau
 juga menegaskan apa yang  istimewa ialah mahkamah di Perancis sudah 
membuka fail siasatan dan  undang-undang mereka telus. "Di 
Perancis, penyiasat dan pendakwa  bagi fail bukti kepada 
mahkamah...Hakim pula mendengar hujah dan bila  berpuas hati atas kes, 
mahkamah akan lantik satu pasukan khas untuk  menyiasat kes ini. Hasil 
siasatan yang adil dan telus itu, 153 dokumen  baru telah berjaya 
dbuktikan di mana bukan sahaja maklumat tentang  rasuah dan 
penyelewengan dalam kes ini. Malah ia juga menjurus kepada  penjualan 
maklumat sulit pertahanan negara kepada musuh. Segala maklumat  strategk
 yang telah djual kepada kontraktor luar yang berharga RM146  juta telah
 berjaya dibongkarkan. Dokumen tersebut sudah dikeluarkan di  Hong Kong 
dan akan disebarkan ke seluruh negara dalam masa terdekat ini.  Kalau 
ikut undang-undangh tentera, individu yang jual maklumat negara  akan 
dihukum bunuh.. tapi, kalau hari ini menang ke Putrajaya  kita akan  
raikan percutian Najib dan Rosmah di Penjara Sungai Buloh", jelas Rafizi Ramli lagi.
Kontroversi isu kapal selam Scorpene kini hantui Najib bubar parlimen
Menurut
  Rafizi, dosa orang yang khianat kepada sistem pertahanan negara adalah
  amat zaloim dan tidak boleh diterima kerana kesannya adalah terlalu  
berbahaya. "Bayangkan, kini musuh sudah  
tau pertahanan kita maka mudah untuk mereka menyerang negara kita. Musuh
  sudah tahu kapal selam kita boleh selam dalam mana, peluru ada berapa 
 dan sebagainya. Jika ini keadaannya bermakna Najib sengaja mengadaikan 
 nyawa tentera kita. Jika berlaku peperangan samalah seperti beliau mahu
  hantar tentera kita bunuh diri di tengah laut", kata Rafizi lagi.  Oleh itu beliau menyeru seluruh rakyat agar tidak memberi undi kepada  pengkhianat negara seperti ini. 
Terlalu
 besar dosa Najib kepada rakyat  Malaysia jika dibandingkan dengan 
Perdana Menteri terdahulu. Rakyat  harus sedar tanggungjawab mereka dan 
jangan gadaikan kedaulatan negara  hanya kerana bila menerima sogokan 
dan rasuah setiap kali musim  pilihanraya. Maka itu, beliau berharap 
rakyat membuat perubahan pada  pilihanraya umum akan datang dengan 
mengundi Pakatan Rakyat jika mahu  nasib mereka berubah dan lebih 
terbela. Tiada apa lagi yang boleh  diharapkan kepada kerajaan BN jika 
pemimpin tertinggi mereka juga boleh  terpalit dengan isu maha dasyat 
ini.

 
 
No comments:
Post a Comment