Sunday, February 13, 2011

Kini giliran prk di Pahang, Perlis bila?


TEMERLOH, 12 Feb: PAS Pahang mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, (gambar) yang meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam mesej ringkasnya berharap keluarga Allahyarham bersabar menghadapi ujian dan ketentuan 




Zaharuddin, 63, pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei tahun lalu setelah berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.
Beliau meninggalkan balu, Datin Rozlifah Ahmad, 33, yang baru dikahwininya tahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Temerloh, Supt. Zundin Mahmood mengesahkan kematian tersebut.
Sejak pilihan raya ke-12 pada 8 Mac 2008, Malaysia menyaksikan sebanyak 14 pilihan raya kecil, termasuk pilihan raya Tenang, di Johor, yang diadakan baru-baru ini
Selepas ini, rakyat Malaysia akan bersiap sedia pula untuk mengadakan pilihan raya kecil kali ke-15 iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, di Melaka, ekoran kematian wakil rakyatnya pada 20 Januari lalu.
Jumlah itu menghampiri jumlah pilihan raya kecil yang berlangsung antara tahun 1987 dengan 1990 tetapi masih kurang dua berbanding angka sepanjang tempoh 1995- 1999.
Malaysia menyaksikan 16 pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ketujuh dan tiga bulan sebelum pilihan raya umum kelapan pada November 1990.
Malah, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan antara tempoh selepas pilihan raya umum 1990 menjelang pilihan raya umum April 1995.
Pun begitu, Malaysia pernah berdepan 17 pilihan raya kecil – jumlah tertinggi sejak awal 1980-an – yang diadakan sepanjang tempoh selepas pilihan raya umum 1995 dan sebelum pilihan raya umum 1999.
Daripada 17 pilihan raya kecil itu, tiga di Sarawak, yang lazimnya mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan.
Jenazah dijangka dikebumikan pagi esok. – AL – FATIHAH
Keputusan PRU 12 bagi DUN Kerdau
Jumlah Pengundi: 8,451
Peratusan Kaum: M: 89.04% C:5.62% I: 3.59% L: 1.75 %
1. Zaharuddin Abu Kassim (BN) (4,135)
2. Hassanuddin Salim (Pas) (2,520)
Majoriti: 1,615
Jumlah undi: 6,777
Peratus mengundi: 80.19%
Undi rosak: 122

Kali ini giliran di negeri Pahang pula yang tingal cuma di negeri Perlis sahaja yang wakil rakyat masih sihat.

Pulau Pinang - Permatang Pauh, Penanti dan Permatang Pasir.
Kedah - Bukit Selambau.
Perak - Bukit Gantang.
Selangor - Hulu Selangor.
Kelantan - Manek Urai dan Galas
Terengganu - Kuala Terengganu
Johor - Tenang
Negeri Sembilan - Bagan Pinang
Sarawak - Batang Ai dan Sibu
Sabah - Batu Sapi
Melaka - Merlimau akan berlangsung
Terkini Pahang pula - Kerdau

Yang untong adalah rakyat kerana umno apco akan tabur duit berjuta untuk kawasan tersebut.

Kuliah Subuh Tuan Guru Nik Aziz Di Kubu Kuat Ali Rustam

Alhamdullillah, pada pagi tadi di Markas PAS Paya Dalam, buat julung-julung kalinya Tuan Guru Nik Aziz memberi kuliah subuh kepada jemaah di sekitar Paya Dalam terletak di Parlimen Bukit Katil, Melaka. Kuliah Subuh ini diadakan ekoran program turun padang Tuan Guru Nik Aziz ke DUN Merlimau. Jemaah yang hadir pada sesi kuliah subuh tadi ramai hingga memenuhi keseluruhan ruang di dalam markas.

Dalam kuliahnya Tuan Guru Nik Aziz menyeru supaya jemaah tidak lalai dalam mendirikan solat. Ini kerana sesiapa yang mendirikan solat dalam keadaan lalai akan masuk neraka. Lalai yang dimaksudkan ialah melewat-lewatkan dalam mendirikan solat serta tidak khusyuk.

Tuan Guru Nik Aziz juga menjelaskan, Al-Quran adalah kayu ukur iaitu panduan hidup seluruh umat manusia. Walaupun terdapat pelbagi idea dan pendapat namun Al-Quran patut perlu diutamakan. Sebelum kewafatan Rasulullah S.A.W, baginda telah berpesan bahawa umat manusia tidak akan sesat selagi mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasullullah S.A.W.

Tuan Guru Nik Aziz menekankan bahawa, segala urusan dunia termasuklah berpolitik perlulah berpandukan Al-Quran dan Sunnah untuk mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Jika tidak, Allah S.W.T menjanjikan seksaan yang pedih pada mereka yang ingkar.

Tuan Guru juga menyeru semua untuk mengumpulkan sebanyak-banyaknya pahala sebelum bertemu dengan Allah S.W.T. Pahala hanya boleh diperolehi dari Allah S.W.T. dengan berbuat 'amal makruf, nahi mungkar'. Di akhir kuliahnya, Tuan Guru menyarankan semua yang hadir menjaga solat dengan sebaiknya supaya diterima oleh Allah S.W.T, kerana solat adalah perkara yang pertama dihisab di akhirat kelak. Jikalau solat melepasi hisab yang pertama nescaya yang lain akan menuruti.

Seperti kebiasaan gangguan dari pihak luar pasti ada di dalam program anjuran PAS.Addin dapati beberapa kenderaan yang mencurigakan mundar mundir di hadapan markas termasuklah kereta peronda Polis dari Tiang Dua. Teringat kata-kata para alim, 'golongan baik dan jahat sampai kiamat pun tidak boleh bersama'..

PORTAL RASMI PRK MERLIMAU DILANCARKAN OLEH TUAN GURU

Portal rasmi Pilihanraya Kecil (PRK) Merlimau selamat dilancarkan oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi ini. Portal ini akan menjadi laman melaporkan isu-isu semasa, aktiviti kempen, program melibatkan calon dan sebagainya.

Portal ini akan menyiarkan pandangan dan idea calon PAS Dun Merliimau sebagai medan untuk rakyat menilai kemampuan dan kredibiliti beliau. Ianya akan diupdate dari masa ke semasa bagi memudahkan semua pihak mendapat maklumat terkini tentang kempen dan isu-isu semasa yang berbangkit.

Aktiviti dan jadual harian calon juga akan dilaporkan dari masa ke semasa.
Sila lawati untuk info semasa :

http://pasprkmerlimau.blogspot.com/

Mengapa Mesti Kalahkan Umno Pada PRU-13??

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita26/masjidbujalhp3.jpgKUALA NERUS – Rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya disuru untuk menyokong dan mengundi PAS dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang supaya dapat mengambil alih pemerintahan dari Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN)

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, Umno-BN mesti dikalahkan dalam PRU-12 kerana parti itu memerintah secara zalim.

“Sesungguhnya semulia-mulia dan sebesar-besar perjuangan adalah berhadapan dengan pemerintahan yang zalim, malam ini kita akan dedahkan dan senaraikan kenapa Umno zalim,

“PAS mesti disokong dan Umno mesti dikalahkan, dalam pilihanraya akan datang untuk PAS memerintah negeri Terengganu dan negara kita,”ujarnya ketika menyampaikan ceramah sempoena program Himpunan Pemuda Islam Terengganu, 11 Februari.

(Gambar - masjid Bujal sebelum dirobohkan (atas) dan setelah dirobohkan kerajaan Umno-BN (bawah)

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita26/rtb%20bujal%20roboh%20masjid%20009.jpgMenurutnya, PAS mesti disokong dan diundi kerana aqidah perjuangan yang berbeza dengan Umno –BN kerana PAS mengajak rakyat memperjuangkan Islam secara lengkap dan menyeluruh.

Manakala, katanya, Umno-BN yang mendakwa membela agama tetapi telah merobohkan masjid Bujal di Kemaman dan menghancurkan rumah-rumah rakyat serta merampas tanah-tanah rakyat.

“Saya mengingatoi semula, Umno menyatakan mereka membela agama tetapi hancur tersungkur masjid Bujal adalah kerana sikap pemimpin dan perjuangan Umno,

“saudara juga jangan lupa, Umno lah yang telah memusnahkan rumah-rumah rakyat dan merampas tanah-tanah rakyat,”jelasnya.

Menurut Ustaz Mohd Nor yang juga ADUN Bukit Payung, anak-anak muda juga menjadi mangsa, dibuang kerja dan terpaksa menganggur kerana kilang-kilang telah ditutup.

Kemudian, dakwanya lagi, tanah kilang yang ditutup itu telah diserahkan kepada duia individu bukan Melayu dan bukan Islam.

Terkini: Satu Lagi Pilihanraya Kecil Akan Berlaku, ADUN Kerdau Meninggal Dunia

TEMERLOH 12 Feb - Satu lagi Pilihan Raya Kecil bakal disaksikan dalam masa terdekat ini apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim (foto) meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dekat sini, petang tadi. Zaharuddin, 63, sebelum itu dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya di Kerdau, dekat sini.
Allahyarham sebelum ini pernah menerima rawatan di Institut Jantung negara (IJN) dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh akibat komplikasi penyakit. Sejak setahun lalu, allahyarham seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit. Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.
Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.
[Dalam Pilihanraya Umum ke-12 (2008) lalu Zaharuddin yang mewakili BN menang kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim. Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

Nampaknya satu lagi pilihanraya kecil terpaksa dilalui sebelum pilihanraya umum ke-13 nanti. Kali ini di negeri kelahiran PM Najib Razak selepas negeri TPM Muhyiddin di DUN Tenang dulu. Selamat berjuang buat semua di Kerdau !].

Saturday, February 12, 2011

Pasti Video ini diharamkan di TV Malaysia ?



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersiaran langsung dari CNN International, New York, Amerika Syarikat.

Program yang ditemuramah oleh wartawan CNN Hong Kong, Kristie Lu Stout menerusi sidang video secara langsung ini membicarakan tentang bagaimana kesan demokrasi di Mesir mampu mengubah dunia Islam secara keseluruhannya.

Turut ditanya, adakah teori domino yang bermula di Tunisia dan sedang melanda Mesir juga akan membadai Malaysia selepas ini. Yang pasti video ni takan dapat ruang dalam Rtm atau TV3.

Friday, February 11, 2011

Persiapan PRU: Najib jumpa ketua bahagian Umno

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini memulakan pertemuan secara tertutup dengan ketua-ketua bahagian Umno seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Beliau yang tiba tepat jam 8.30 pagidijangka meluangkan kira-kira 30 minit dengan beberapa kumpulan daripada setiap negeri yang membabitkan 152 ketua bahagian.

NONEMereka yang juga adalah ahli majlis tertinggi Umno, ahli parlimen, timbalan menteri dan menteri dikecualikan dalam pertemuan ini.

Sebelum ini, Najib berjumpa dengan ketua bahagian parti komponen BN ketika melawat Sarawak baru-baru ini dan beliau dijangka mengadakan pertemuan yang serupa di Sabah.

Bulan lalu, perjumpaan yang sama juga dianjurkan untuk ahli parlimen BN yang juga diadakan di ibupejabat Umno di PWTC.

Meskipun pelbagai pihak melihat tindakan Najib itu ada kaitannya kemungkinan parlimen dibubarkan supaya pilihan raya umum diadakan tetapi pengerusi BN itu telah menafikannya.

Sebaliknya, kata Najib, perjumpaan itu sebahagian daripada rancangan 'transformasi politik'.

Namun keghairahan mengaitkan perjumpaan itu pilihan raya umum terus berlarutan dengan beberapa pemimpin akar umbi Umno berkata najib memberi tumpuan khusus kepada negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Secara kebetulan, ketua-ketua bahagian dari negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan mendahului perjumpaan dengan Najib.
Cantas mencantas
Pengerusi perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata perdana menteri mengingatkan beberapa bahagian di Kedah supaya "mengurangkan isu dalaman" termasuk "cantas-mencantas".

Katanya, isu dalaman itu berlaku pada satu atau dua bahagian di negeri itu.

"Perdana Menteri meminta bahagian (bermasalah) untuk menyelesaikan masalah. Jika tidak selesai, padah akan diberikan oleh beliau," katanya.

Ahmad Bashah memberi contoh, bahagian Sungai Petani yang berlakunya insiden cantas mencantas.

Malah, katanya Najib yang juga presiden Umno sempena sambutan Thaipusam baru-baru ini secara khusus meminta bahagian Sungai Petani menyelesaikan masalah dalaman mereka itu.

"Beliau (Najib) minta kurangkan isu dalaman dan penyelesaian sudah bermula dengan mengadakan majlis pertemuan...Kita (perhubungan) negeri pun membantu menyelesaikan masalah," katanya.
"Gerakan Anti Ali"

Dilaporkan beberapa bulan lalu, kepimpinan bahagian dan akar umbi itu telah hilang keyakinan dengan ketua jawatan bahagian itu Ali Yahya sehingga mereka menubuhkan kumpulan "Gerakan Anti Ali" (GAA) bagi menentang kepimpinan beliau.

Ditanya bahagian lain yang menghadapi masalah dalaman, Ahmad Bashah yang juga ketua Umno bahagian Alor Setar enggan mendedahkannya.

Mengulas lanjut, beliau berkata seramai 14 ketua bahagian di Kedah memberi komitmen untuk menyelesaikan semua masalah demi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pertemuan tersebut berlangsung selama satu jam setengah bermula jam 8.30 pagi tadi.

Pada pertemuan itu juga, Ahmad Bashah berkata ketua-ketua bahagian memberi komitmen bahawa peratus keyakinan untuk menawan kembali Kedah daripada Pakatan Rakyat "memang ada".

Katanya antara yang disarankan oleh perdana menteri adalah supaya kepimpinan Umno bahagian merapati pengundi muda

"Pengundi 21 tahun ke atas, perdana menteri minta kita temui dan rapati mereka.

"Perkara ini sangat mendapat perhatian oleh perdana menteri," katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Bashah berkata Umno Kedah telah menyediakan pelbagai program untuk tujuan tersebut termasuk telah menyediakan senarai pengundi 21 tahun yang menjadi sasaran untuk ditarik menyertai Umno.

"Kita telah mengenalpasti seramai 170 ribu pengundi 21 tahun ke atas. Kalau separuh menyokong kita, kita akan menawan kembali negeri Kedah," katanya.

Saifuddin: Kejatuhan Mubarak iktibar bagi BN

Iktibar bagi BN

Katanya, sebagai warga dunia yang mencintai kebenaran, keadilan, keamanan sejagat, pihaknya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah.

“Kita yakin dan berdoa rakyat Mesir akan dapat menubuhkan kerajaan yang benar-benar demokratik, bebas daripada pengaruh kuasa besar dan mengamalkan politik baru yang berasaskan pemikiran progresif demi kemajuan dan kesejahteraan semua rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media.

NONESaifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno berkata kejatuhan Mubarak harus memberi iktibar kepada BN.

“Ini contoh 'kalau kita tidak berubah, kita akan rebah', seperti yang selalu diingatkan oleh (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak. Justeru, saya menyeru semua ahli BN supaya bersungguh-sungguh dan bersegera dalam mendokong sepenuhnya transformasi politik yang telah dimulakan oleh Najib,” katanya.
Lewat malam semalam, naib presiden Mesir, Omar Suleiman dalam siaran televisyen negara itu mengumumkan Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan jutaan rakyatnya dengan meletakkan jawatan.

“Mengambil kira ketegangan yang berlaku, presiden mengambil keputusan meletak jawatannya sebagai presiden dan Majlis Tertinggi Tentera akan mengambilalih pentadbiran negara,” kata Omar.

egypt revolution mubarak steps down crowd in square 1Jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tharir dan yang mengadakan tunjuk perasaan di seluruh negara bersorak dan menari kegembiraan sebaik Omar membuat pengumuman tersebut.

Mubarak, 82, yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Hosni tumbang, rakyat sangsi tentera tetap kuasai Mesir

Kegembiraan terpancar pada wajah rakyat Mesir selepas pengumuman bahawa Hosni Mubarak sudah melepaskan jawatan presidennya. — Foto Reuters
ANALISIS, 12 Feb — Presiden Hosni Mubarak sudah pergi! Kebangkitan rakyat sudah mencapai matlamat pertama mereka. Sejak kebangkitan rakyat 25 Januari, mereka menamakan tanggal 4 Februari lalu sebagai “Jumaat, Hari Berundur”. Ia hanya menjadi kenyataan semalam - mereka menamakan sebagai “Jumaat, Selamat Tinggal (buat Hosni)”. Mesir dengan 80 juta penduduk masih berada dalam gelombang kejutan dan kegembiraan dengan perkembangan yang tidak diduga sama sekali — Hosni akan berundur secara tiba-tiba sedangkan sehari sebelum itu mengulangi ketegasan akan kekal berkuasa sehingga September ini.
Persoalan susulan — sama ada majlis tertinggi dipimpin tentera boleh menunaikan harapan kedua rakyat — membawa peralihan kuasa ke arah sistem kerajaan yang lebih bersifat demokrasi. Ataupun kembali ke rejim lama - kerajaan dipimpin oleh pemimpin tentera.
Hosni yang mengambil alih jawatan presiden 1981 merupakan seorang komander tentera. Tiga dekad yang lalu, Hosni menggantikan Anwar Sadat yang mati ditembak ketika menyaksikan perarakan sambutan kemerdekaan. Hosni duduk bersebelahan dengan Anwar.
Hosni selaku komander Tentera Udara Mesir dan Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu telah memainkan peranan yang penting dalam soal perancangan mengadakan serangan mengejut ke atas tentera Israel yang menduduki semenanjung Sinai, yang membawa kepada Perang Yom Kippur pada 1973.
“Semua ini adalah pengikut rejim (Hosni), kesemua mereka dipilih sendiri oleh Hosni,” kata Nader Hashemi, profesor madya dari Universiti Denver, merujuk kepada majlis tertinggi tentera kini mengetuai Mesir.
“Mereka ini ada kaitan dengan kesetiaan kepada Hosni Mubarak,” kata beliau dipetik msnbc semalam.
Pun begitu tentera Mesir lazimnya memiliki keyakinan rakyat negara itu, berbeza dengan pasukan keselamatan lain dan polis negara itu.
Bagaimanapun mereka masih khuatir sama ada kepimpinan kanan tentera benar-benar akan menerima desakan diadakan perubahan politik.
Badan mentadbir baru negara - Majlis Tertinggi Tentera Udara Mesir - Jeneral Omar Suleiman yang dilantik sebagai naib presiden Mesir akhir bulan lalu ketika kebangkitan rakyat dan beliau juga bekas ketua risikan; Menteri Pertahanan Mohammed Hussein Tantawi, ketua staf tentera Mesir Lt Jen Sami Anan dan Menteri Penerbangan Awam Ahmed Shafiq.
Turut dilaporkan menghadiri mesyuarat tergempar majlis itu semalam ialah ketua komander tentera laut Laksamana Muda Mohab Mamish, komander Tentera Udara Marsyal Udara Reda Mahmoud Hafez Mohamed, dan komander pertahanan udara Lt. Jen Abd El Aziz Seif-Eldeen.
Status Omar, yang mengumumkan keputusan Hosni meletakkan jawatan semalam masih belum jelas.
Strarfor, firma risikan global Amerika Syarikat dalam satu e-mel kepada pelanggan-pelangganya mengingatkan bahawa “kenyataan Omar adalah petunjuk jelas bahawa tentera pimpinan Menteri Pertahanan telah mengadakan rampasan kuasa.
“Tidak jelas sama ada Omar akan kekal mengetuai kepimpinan awam dalam kerajaan diterajui tentera,” katanya.
Seorang pegawai Amerika Syarikat dipetik NBC News percaya bahawa Omar, 74, akan hilang daripada radar politik semasa negara itu.
Sumber itu berkata, pegawai-pegawai tentera menemui Obama malam kelmarin selepas Hosni menyampaikan ucapan menerusi TV kerajaan bahawa tidak akan meletakkan jawatan.
Matthew Axelrod, bekas pengarah Mesir di Pentagon dan sarjana Fulbright berkata, nasib Omar akan menggambarkan kesediaan majlis tentera untuk menerima pembaharuan politik.
Jika Omar meninggalkan pentadbiran Mesir, katanya, muka baru akan datang dan sekali gus akan membuka kepada arah aliran kepimpinan.
Pengaruh Menteri Pertahanan dalam majlis tentera dilihat sebagai petunjuk arah aliran badan itu.
Pegawai-pegawai Amerika Syarikat menggambarkan Mohammed Hussein, 75, sebagai seorang “keberatan untuk melakukan perubahan.”
Menurut maklumat Jabatan Negara 2008 yang didedahkan oleh WikiLeaks, Mohammed Hussein “membantah kedua-dua pembaharuan ekonomi dan politik yang menurutnya akan menghakis kuasa kerajaan pusat.”
Sama ada peranannya akan bergerak ke depan ataupun sebaliknya, kata Nader iaitu ahli panel pakar msnbc, anggota-anggota majlis tertinggi menganggap mempunyai kedudukan besar dalam mempertahankan status quo politik dan ekonomi.
“Dalam mana-mana sistem autoritarian, satu cara untuk memantapkan kuasa politik dan mewujudkan kesetiaan ialah memberi bahagian ekonomi kepada tentera, agar mereka ada pelaburan yang lebih besar dalam sistem politik sebagaimana wujud,” katanya.
Majlis tentera telah menjanjikan pemilihan presiden yang bebas dan adil pada September ini.
Kenyataan dibacakan oleh wakil majlis tentera semalam berkata tidak akan bertindak sebagai pengganti kepada kerajaan yang sah.
“Kami tahu graviti dan keseriusan isu ini dan tuntutan-tuntutan rakyat bagi menggerakkan perubahan yang radikal,” kata kenyataan itu.
“Majlis tertinggi tentera sedang mengkaji isu ini untuk mencapai harapan rakyat kita,” kata kenyataan itu.
Mengambil kira kepimpinan tentera di Mesir selama ini, setiap tiga daripada empat presiden sejak republik Mesir dibentuk pada 1953, merupakan pegawai tentera, ramai pemerhati masih skeptikal bahawa majlis terbaru ini akan membawa perubahan sebagaimana diharapkan rakyat jelata.

Mubarak Letak Jawatan - Sejarah Baru Kebangkitan Rakyat


Mubarak Undur, Rakyat Mesir Larut dalam Haru

KAHERAH - Jutaan rakyat Mesir larut dalam kegembiraan merayakan kemenangan mereka atas Presiden Hosni Mubarak yang pada hari kelapan-belas akhirnya menyatakan perletakan jawatannya setelah berkuasa selama 30 tahun.

Rakyat anti Mubarak yang berkumpul di jalan-jalan Tahrir di pusat kota Kaherah saling berpelukan, berteriak-teriak, melambai-lambaikan bendera Mesir dan melaunglaungkan kemenangan sebaik saja Wakil Presiden Omar Suleiman mengumumkan tentang perletakan jawatan Mubarak tersebut.

"Kita telah menggulingkan rejim, kita telah menggulingkan rejim. Allahu Akbar... Allahu Akbar," demikian laungan-laungan yang diteriakkan demonstran di jalan-jalan Tahrir seperti dilaporkan Reuters, Jumaat (11/2/2011) waktu tempatan.

Para penunjuk perasaan, sebahagian besarnya mendirikan solat syukur di atas pemergian Mubarak.

Suasana bertambah meriah dan bising ketika ribuan orang yang lain membunyikan hon kendaraan sementara para pejalan kaki berteriak histeria meluapkan kegembiraan.

"Saya adalah salah seorang yang menolong menggulingkan dia. Saya sudah di sini selama 17 hari. Masa depan Mesir sekarang berada di tangan rakyat," kata penyanyi Hani Sobhy, dalam perayaan di Tahrir.

Demonstran lainnya, Mohammed Abu Bakar mengaku tak percaya dengan yang didengarnya. "Ini adalah kesudahannya dari ketidakadilan," ujarnya.

Di luar stesyen TV nasional Mesir, demonstran berjabat tangan dengan para tentara yang ditugaskan menjaga stesyen tersebut. Beberapa dari mereka bahkan melompat ke atas tank.

"Saya tak percaya, saya akan melihat presiden yang lain dalam masa hidup saya," kata Sherif el-Husseiny, seorang pengacara. "Tak ada lagi yang bisa menghentikan rakyat Mesir. Ini adalah era baru bagi Mesir," tambahnya.


Hosni Mubarak letak jawatan Presiden

KAHERAH - CAIRO (AP) - Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan semalam selepas beliau meninggalkan Istana Presiden di sini.

Pengumuman beliau meletakkan jawatan diumumkan oleh Naib Presiden, Omar Suleiman menerusi televisyen semalam.

"Dalam situasi yang sukar ini, Presiden Hosni Mubarak memutuskan untuk meninggalkan kedudukannya sebagai presiden," kata Omar.

Omar turut mengumumkan bahawa satu majlis ketenteraan akan mengendalikan hal ehwal negara tersebut.

Hosni telah memerintah Mesir hampir 30 tahun. Sebelum ini, stesen televisyen Al-Arabiya semalam melaporkan Hosni Mubarak, 82, dan semua ahli keluarganya telah meninggalkan Istana Presiden di sini ketika beliau masih memegang jawatan sebagai Presiden.

Hosni dan keluarganya itu menuju ke pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Menurut saksi-saksi, sekurang-kurangnya dua buah helikopter dilihat berlepas dari istana tersebut.

Stesen televisyen Al-Arabiya mengesahkan ketibaan keluarga tersebut di Sharm el-Sheikh.

Berita itu timbul ketika penunjuk perasaan bergerak ke istana tersebut yang terletak di kawasan pinggir bandar Kaherah, Heliopolis.

Pergerakan penunjuk perasaan itu dibuat pertama kali sejak tunjuk perasaan berlangsung pada 25 Januari lalu.

Penunjuk perasaan berkumpul di tepi kawat duri yang mengelilingi istana.

Penunjuk perasaan bersorak sebaik sahaja mengetahui Hosni Mubarak meletak jawatan sebagai Presiden Mesir di Kaherah semalam.

Sementara itu, kereta-kereta kebal dan tentera elit yang bertanggungjawab ke atas keselamatan presiden berkawal di sekeliling istana.

"Tentera Penjaga Republik mengawal Istana Presiden," jelas satu sumber pasukan bersenjata.

Hosni sering menghabiskan masa di Sharm el-Sheikh yang merupakan destinasi pelancongan terkenal di Laut Merah dan bertemu dengan tetamu-tetamunya di sana.

Kelmarin, para penunjuk perasaan di Dataran Tahrir kecewa dan marah terhadap Hosni kerana beliau masih enggan meletakkan jawatan. - Agensi














Hosni Mubarak tersungkur oleh kuasa kebangkitan orang muda!

Anti-government protesters, and Egyptian soldiers on top of their vehicles, make traditional Muslim Friday prayers at the continuing demonstration in Tahrir Square in downtown Cairo, Egypt Friday, Feb. 11, 2011.
Anti-government protesters, and Egyptian Army soldiers on top of their vehicles, make traditional Muslim Friday prayers at the continuing demonstration in Tahrir Square in downtown Cairo, Egypt, Friday, Feb. 11, 2011.
Kaherah - Hosni Mubarak mengundurkan diri sebagai presiden dan kawalan diserahkan kepada tentera pada hari Jumaat selepas 29 tahun berkuasa, membongkok kepada gelombang 18-hari bersejarah demonstrasi pro-demokrasi oleh ratusan ribu.

"Rakyat menggulingkan presiden," teriak puluhan ribu yang berhimpun di luar istana presiden di Kaherah.

Beberapa ratus ribu penunjuk perasaan berkumpul di pusat Tahrir Square Kaherah bertukar menjadi gembira, mengibarkan bendera Mesir, dan membunyikan hon kereta dan beberapa tembakan ke udara terdengar di sekitar bandar 18 juta dalam kegembiraan selepas Naib Presiden Omar Suleiman membuat pengumuman di TV nasional hanya selepas malam berlabuh.

Mubarak telah berusaha untuk berpegang teguh kepada kuasa, menyerahkan beberapa kuasa untuk Sulaiman sekaligus mempertahankan gelarannya.

Tapi satu letupan protes Jumaat menolak langkah tersebut dan nampaknya telah mendorong tentera memaksanya keluar sepenuhnya.

Ratusan ribu berbaris sepanjang hari di bandar-bandar di seluruh negara sedangkan askar bersiap sedia mengawal, mengepung istananya di Kaherah dan Alexandria dan bangunan televisyen negara.

Seorang gabenor sebuah wilayah selatan terpaksa melarikan diri ke tempat yang selamat dalam menghadapi protes di sana.

Hari itu adalah hari terbesar protes namun dalam pergolakan yang bermula 25 Januari, berkembang dari aktivis muda yang bekerja di Internet menjadi gerakan massa yang mendepani ketidakpuasan luas kuasa autoritarian Mubarak, rasuah, kesengsaraan ekonomi dan jurang yang luas antara yang kaya dan miskin.

"Dalam situasi-situasi serius yang negara ini sedang lalui, Presiden Hosni Mubarak telah memutuskan untuk meninggalkan kedudukannya sebagai presiden republik," kata Suleiman yang nampak suram.

"Beliau telah memerintahkan Angkatan Bersenjata untuk mengambil alih negara. Allah. Pelindung dan Penolong kita."

Pemenang Nobel Keamanan Muhammad ElBaradei, dimana penyokong-penyokongnya muda turut berada di antara penyelenggara gerakan protes berkata kepada The Associated Press, "Ini adalah hari paling gembira dalam hidup saya."

"Negara ini telah dibebaskan setelah puluhan tahun dibawah penindasan," tambahnya dan ia mengharapkan satu "keindahan" peralihan kuasa.

Gambar Terbaik Dari Egypt

Bekas MP bebas tuduhan palsu dokumen

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Bekas Ahli Parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamad, 50, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini daripada 13 tuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewa hotel, sembilan tahun lalu.

Hakim Nasir Nordin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohamed Apandi, 51, lapor Bernama.

Mohamed Apandi didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Bagi setiap tuduhan, beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara 11 Feb 2002 dan 23 Julai 2003 di Cawangan Kewangan, Pejabat Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen di Kuala Lumpur.

Bekas ahli parlimen PAS itu didakwa memberikan butiran-butiran palsu berhubung tuntutan sewa Hotel Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Baharu pada kadar RM230 semalam antara 5 Jan 2002 dan 30 Jun 2003 yang semuanya berjumlah RM31,050. -Hrkh

Thursday, February 10, 2011

Umno Jadikan Lim Guan Eng Islam


Nampaknya Umno bersungguh mahu jadikan Lim Guan Eng Islam. Tahniah Umno! kerana mendahului yang lain-lain (fitnah). Jika sebelum ini Umno begitu inginkan makan lembu sembelihan Lim kini Umno ingin Lim berketayap pula seperti orang Pas. Hairan pula kenapa Lim tidak bersongkok seperti Najib.

Ketika ini terdapat risalah yang diedarkan di Balik Pulau menunjukkan setiausaha agung DAP itu memakai ketayap. Lim menegaskan "Tiada seorang pun daripada kami yang memakai kopiah,"

Sebenarnya mereka ingin melihat kau Islam, Alhamdulillah!!



Mahkamah Persekutuan tolak petisyen ketiga bekas Sultan Kelantan

7 Rabiul Awal 1432H.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak petisyen bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra untuk mencabar pelantikan putera sulung baginda, Sultan Muhammad V, menaiki takhta.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel tiga hakim membenarkan permohonan Sultan Muhammad V (Tengku Muhammad Faris Petra), untuk membatalkan petisyen ketiga ayahanda baginda yang memohon diisytiharkan permasyhuran baginda (Sultan Muhammad V) sebagai Sultan, adalah melanggar perlembagaan.

Permohonan untuk membatalkan petisyen itu difailkan atas alasan bahawa Tuanku Ismail Petra tidak mempunyai locus standi untuk mengemukakan petisyen itu dan forum yang betul untuk membuat keputusan terhadap pertikaian itu ialah Mahkamah Khas. Ini kerana Tengku Muhammad Faris ialah Sultan Kelantan dan permohonan tuntutan mempertikaikan pelantikan seorang Sultan perlu dibuat di Mahkamah Khas.

Panel hakim menyampaikan keputusan itu tanpa kehadiran peguam yang mewakili Tuanku Ismail Petra.

Peguam yang mewakili Tuanku Ismail Petra sebelum ini, Raja Aziz Addruse dan Abdul Rashid Ismail telah menarik diri daripada mewakili baginda pada 18 Januari laluselepas mahkamah menolak permohonan mereka supaya petisyen itu didengar pada pertengahan Mac kerana Raja Aziz perlu menyelesaikan rawatan perubatannya di sebuah hospital di Singapura pada awal Mac.
Panel itu yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Hakim Mahkamah Rayuan Hasan Lah menolak petisyen itu tanpa mengeluarkan perintah mengenai kos.

Petisyen ketiga itu difailkan pada 20 September tahun lalu, memohon pendapat Mahkamah Persekutuan mengenai persoalan perundangan berhubung pindaan ke atas perlembagaan negeri dan pelantikan tengku mahkota sebagai Sultan.

Pada 13 September tahun lalu, Majlis Perajaan melantik Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan, menggantikan ayahanda baginda, berikutan mengalami ketidakupayaan sejak Mei 2009.

Pada 26 November tahun lalu, dua petisyen yang mempersoalkan tahap kuasa dan kewibawaan Tengku Mahkota semasa Sultan mengalami ketidakupayaan yang difailkan oleh Tuanku Ismail Petra, ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan, dalam dua petisyen itu telah memutuskan bekas Sultan tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk merujuk persoalan berkenaan kepada mahkamah tertinggi itu untuk diputuskan.

Dalam prosiding hari ini, peguam Sunil Abraham yang mewakili Sultan Muhammad V memaklumkan mahkamah yang beliau telah memaklumkan kepada Tuanku Ismail Petra mengenai tarikh perbicaraan hari ini melalui sepucuk surat pada 28 Januari tahun ini.

Beliau berkata salinan hujahan beliau bagi permohonan beliau untuk membatalkan petisyen itu turut dikepilkan dalam surat itu.

Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Datuk Azlan Abdul Halim mewakili responden kedua, kerajaan negeri Kelantan. - BERNAMA


KOTA BHARU : Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru rakyat Kelantan menjadikan bulan menperingati kelahiran Rasulullah SAW atau bulan maulud dengan memperbanyakkan program ilmu. Menurut TG Nik Aziz, sebelum ini bila sahaja memasuki bulan Rabiulawal, umat Islam sentiasa menzahirkan ingatan kepada Nabi Muhammad dengan mengadakan pelbagai sambutan semata-mata.
Justeru beliau mahu sambutan bulan kelahiran Nabi itu diperluaskan lagi dengan program ilmu sehingga menukar persepsi umat Islam memasuki bulan itu seperti memasuki sebuah sekolah agama.
“Bulan maulud ni, amat sesuai kita perbanyakkan program ilmu di masjid-masjid atau madrasah untuk menyebarkan ilmu Islam itu sebaik mungkin, ibu-bapa dan guru juga perlu memainkan peranan dalam hal ini" kata beliau dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.
TG Nik Aziz menambah, antara lain dalam menerangkan ilmu Islam itu termasuklah hal berkaitan politik.
"Politik ini ada dalam agama bukannya boleh dipisahkan," kata beliau sambil menambah fahamam politik lain dan agama lain ini telah disebarkan secara meluas ke seluruh dunia.
"Soalnya benarkah politik dan agama ini berasingan, Nabi Muhammad SAW adalah orang politik yang paling bijak” tambah beliau lagi.
Katanya, apa sahaja manusia buat atas muka bumi ini mestilah merujuk kepada Al-Quran dan hadis, oleh itu semua pihak mestilah memainkan peranan penting dalam menyeru umat Islam lain untuk memahami tuntutan agama ini.
“Saya minta sangat semua pihak yang bertanggungjawab agar sebar Islam kepada semua pihak, apa yang dituntut oleh demokrasi atau nasionalis semuanya ada dalam Islam” katanya lagi. -Hrkh

Wang haram: Bekas pembantu menteri didakwa


Setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yakcop hari ini didakwa dengan penggubahan wang haram, setahun selepas beliau didapati memiliki RM2 juta di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang.

Hasbie Satar didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth petang tadi tetapi dibebaskan dengan jaminan RM60,000. NONE

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Empat hari selepas ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta di pangsapurinya itu, pejabat Nor Mohamed mengeluarkan kenyataan yang Hasbie telah meletakkan jawatan.


Setiausaha politik berusia dalam lingkungan 30an itu disiasat oleh SPRM berhubung pemilikan beberapa juta ringgit dalam hartanah, termasuk empat kereta mewah dan empat rumah di Lembah Klang. nor mohamed yakcopHasbie, seorang rakyat Sarawak dilantik sebagai setiausaha politik pada tahun 2008 ketika Nor Mohamed adalah menteri kewangan kedua. Nor Mohamed (kanan), yang berasal dari Pulau Pinang adalah juga ahli parlimen Tasek Gelugor.

Beliau dilantik sebagai menteri kewangan kedua dari 2004 hingga 2009. Sebagai menteri di jabatan perdana menteri, Nor Mohamed kini bertanggungjawab terhadap Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang berkuasa menentukan projek-projek kerajaan. -M'kini

Lagi fitnah terbaru keatas pejuang Islam abad ini


Jakarta, Indonesia (CNN) - usaha terbaru Indonesia untuk mendakwa seorang ulama Islam atas tuduhan keganasan terpaksa segera ditunda beberapa saat sahaja setelah bermula di mahkamah Jakarta Selatan, Khamis.

Abu Bakar Ba'asyir menghadapi hukuman mati dibawah dakwaan baru, yang merangkumi perancangan dan / atau menghasut tindakan pengganas dan penglibatan dalam kem latihan tentera yang ditemui Februari lalu di wilayah Aceh.

Namun, proses tersebut ditunda hingga Isnin selepas peguamnya membantah bahawa mereka tidak diberikan cukup waktu untuk merespon panggilan mahkamah.

Berusia 72 tahun, beliau melambaikan tangan dan tersenyum kepada beratus-ratus pendukungnya, yang meneriakkan "Allahu akbar!"

Ba'asyir pertama kali ditahan pada bulan Ogos kerana dituduh ada kaitan dengan sebuah kem latihan militan yang diserbu oleh pihak berkuasa di Aceh pada awal tahun 2010.

Polis mengatakan tertuduh dan organisasinya, Jamaat Tauhid Anshoru atau JAT, terlibat dalam mendirikan kem tersebut.

Para militan bersiap-sedia untuk melancarkan serangan serupa dengan yang di Mumbai 2008 dan cubaan pembunuhan terhadap pegawai kerajaan Indonesia, kata pihak berkuasa.

Namun para peguam membantah dan mengatakan bahawa kes tersebut sebagai lemah dan palsu.

Ini merupakan perbicaraan kali ketiga baginya. Dalam dua awalnya, pendakwa cuba untuk mengaitkan ulama tua ini dalam pengeboman tahun 2002 di Bali dan serangan bom di hotel Jakarta dalam tahun 2003.

Mahkamah telah mendapati dia bersalah atas kesalahan kecil, dan menjatuhkan hukuman 25 bulan.. Ia dibebaskan pada Jun 2006.

"Mahkamah ini sangat signifikan, kerana jika pemerintah Indonesia gagal untuk memberi keterangan mahkamah yang kuat tak tergoyahkan, mereka akan menggunakan ini sebagai senjata, sebuah peluru untuk mendapatkan rekrut lebih banyak," ujar Noor Huda, pengasas Jakarta Institute of International Peace Building, yang bertujuan untuk reformasi radikal banduan
.
"Ba'asyir jelas suatu ikon/simbol, dia mendapatkan tahap peringkat tertentu selebriti antara pejuang jihad, dia sangat kuat, dia memiliki kharisma yang kuat untuk membina rangkaian."

Ba'asyir dikenali sebagai seorang penceramah yang berapi-api.Beliau dituduh sebagai pemimpin spiritual rangkaian keganasan tempatan (Indonesia), Jemaah Islamiyah, yang banyak memberi inspirasi kepada mereka yang terlibat dalam pengeboman.

Dia telah menafikan semua tuduhan dan sering menyalahkan konspirasi AS untuk menempatkan dia di sebalik pintu besi.

Isa Samad terus membadak!

Tanpa ada sedikit perasaan segan silu, dan masih mahu terus bersikap 'pekak badak', Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad mengambil pendirian tidak menghiraukan kenyataan yang mempersoalkan pelantikannya sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ; malah sebaliknya beliau mempersoalkan kredibiliti pihak yng mengkritiknya itu.

"Mereka yang cakap begini biasanya mestilah hebat tapi kita kena tengok rekod mereka, hebat sangat ke sehingga boleh sesuka hati mendakwa itu dan ini... apapun biarlah," katanya.

Isa mengulas dakwaan Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof dan Ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam bahawa pelantikannya menerajui Felda adalah suatu yang sedih dan mengakibatkan kebimbangan pasaran.

Al-Husseyn : Setelah diteliti rekod khidmat Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof dan juga Ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mengkritik perlantikan Isa sebagai Pengerusi Felda, maka adalah didapati bahawa prestasi mereka berdua ini tidaklah sehebat mana pun.

Mereka tidak ada rekod rasuah sebagaimana Isa Samad yang terpalit dengan gejala rasuah dan didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005;

Omar Suleiman – Dalang Kegemaran Israel untuk menggantikan Mubarak : Wikileaks

Naib Presiden baru Mesir, Omar Suleiman (gambar kiri)merupakan ‘dalang’ antik kegemaran Israel yang sering berhubungan sehari-hari dengan kerajaan Tel Aviv melalui 'hotline' rahsia ke Kaherah, kabel diplomatik AS dikeluarkan oleh Wikileaks telah didedahkan.

Suleiman, yang secara luas dijangka untuk mengambil alih dari Hosni Mubarak sebagai Presiden, diberi nama sebagai calon pilihan Israel , selepas perbincangan dengan para pegawai Amerika pada tahun 2008, lapor Daily Telegraph Selasa lalu.

Pendedahan bermula setelah Suleiman memulakan perbincangan bagi masa depan kerajaan Mesir dengan kumpulan-kumpulan pembangkang .

Mesir sedang dalam cengkaman pergolakan politik sejak protes terhadap Mubarak mulai 25 Januari. PBB menganggarkan bahawa lebih dari 300 orang terkorban dalam pertembongan dengan polisi.

Sebagai seorang tokoh terpenting yang bekerja untuk keamanan Timur Tengah, Suleiman pernah mencadangkan agar pasukan Israel ‘disambut’ untuk menyerbu Mesir bagi tujuan menghentikan penyeludupan senjata kepada Hamas di Gaza .

Pada hari Sabtu, Suleiman menerima sokongan dari Menteri Luar Negeri AS Hillary Clinton untuk memimpin 'peralihan' kepada demokrasi selepas dua minggu demonstrasi yang menuntut Presiden Mubarak untuk mengundurkan diri.

Kebocoran kabel dari kedutaan Amerika di Kaherah dan Tel Aviv mendedahkan kerjasama yang erat-operasi antara Suleiman dan Amerika Syarikat dan kerajaan Israel sebagai kemungkinan besar pengganti Mubarak 83 tahun.

Pada tahun 2008, Suleiman, yang mengetuai agensi perisikan asing, telah menjadi titik kenalan utama Israel dalam kerajaan Mesir.

David Hacham, penasihat kanan dari kementerian pertahanan Israel, berkata kepada kedutaan besar Amerika di Tel Aviv bahawa sebuah delegasi yang dipimpin oleh Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak telah dikagumi oleh Suleiman, yang namanya ditulis 'Soliman' di beberapa kabel.

Tetapi Hacham berasa 'kaget' dengan 'penampilan usia dan pidato hambar Presiden Mubarak.

Kabel tersebut, dari bulan Ogos 2008, berkata: "Hacham penuh pujian untuk Soliman, bagaimanapun, dan mencatatkan bahawa 'hot line' ditetapkan antara MOD dan Perisikan Umum Mesir sekarang digunakan sehari-hari.

'Hacham mencatat bahawa Israel percaya Soliman berkemungkinan berkhidmat sebagai interim Presiden jika Mubarak mati atau tidak mampu. "

Diplomat Tel Aviv menambah: "Kami tunduk patuh kepada kedutaan Kaherah untuk analisis senario pengganti presiden Mesir, tetapi tidak ada soalan bahawa Israel yang paling selesa dengan prospek Omar Soliman."

Di tempat lain dokumen tersebut mendedahkan bahawa Suleiman dikritik habis oleh Israel kerana ketidakmampuan Mesir untuk menghentikan penyeludup senjata mengangkut senjata untuk militan Palestin di Gaza.

Pada satu titik ia menyarankan bahawa Israel menghantar pasukan ke wilayah sempadan Mesir Philadelphi untuk 'menghentikan penyeludupan' tersebut.

'Pada saat mereka tersangat kecewa , (Menteri Pertahanan Mesir) Tantawi dan Soliman masing-masing mendakwa bahawa IDF (Tentera Pertahanan Israel) akan' disambut 'untuk menyerang Philadelphi, jika IDF fikir akan dapat menghentikan penyeludupan,' dedah kabel tersebut.

Dokumen tersebut mendedahkan bahawa Sulaiman inginkan Hamas 'terpencil', dan Gaza harus 'berlapar tetapi tidak kebuluran’.

Diktator Hosni akan ke German?

Ada sebuah kisah menarik yang muncul di Jerman mengenai rancangan yang boleh menjadi langkah terakhir dalam percaturan akhir bagi Presiden Hosni Mubarak.

Akhbar yang dihormati akhbar Der Spiegel melaporkan bahawa AS mengusahakan satu strategi yang dapat melihat Presiden yang sakit meninggalkan Mesir untuk mencari rawatan di sebuah rumah sakit di Baden-Baden.

Menurut artikel tersebut, ia akan tinggal untuk "pemeriksaan kesihatan berpanjangan" di klinik kesihatan mewah, Max Grundig di bandar Barat Selatan Buhl.

Mantan Presiden Ukraine Viktor Yushenko dirawat di sana setelah ia diracun dengan dioxin.

Mubarak saat ini bersembunyi di villa bercuti mewah di resort Sharm el-Sheikh.

Perpindahan ke Jerman kemungkinan akan menenangkan para demonstran - mereka menuntut Mubarak meninggalkan negara sebelum proses reformasi bermula.

Desas desus tersebut agak pelik namun seorang ahli politik senior Jerman yang dinamakan memberikan beberapa laporan tersebut kredibiliti.

Seorang ahli senior Merkel CDU pihak Angela Canselor - Andreas Schockenhoff – disebut sebagai berkata, "kita perlu peralihan damai di Mesir itu. Jika Jerman boleh membuat konstruktif sumbangan dalam antarabangsa rangka kerja, kita harus menerima Hosni Mubarak jika dia mahu."

Jika ini adalah benar dan perbincangan itu berterusan, sejumlah pertanyaan akan timbul.Di satu sudut ia dapat dilihat sebagai suatu kompromi yang bagus.

Mesir dapat menyingkirkan pemimpin despotik tersebut dan Mubarak boleh meninggalkan dengan kepala terangkat tinggi.

Namun apakah kuasa besar Eropah menjadi syurga bagi seorang diktator yang memimpin rangkaian ganas polis rahsia? Ini adalah soalan rumit.

Barat nampaknya tidak punya masalah dengan Mubarak sementara ia menawarkan kestabilan keselamatan di kawasan itu.

Wira revolusi Mesir yang dibebaskan - semangatnya tetap kental!

Satu wawancara penuh emosional dengan pemimpin revolusi Mesir telah meningkatkan suhu di ibukota negara itu sekali lagi.

Wael Ghonim tetap mempertahankan para demonstran dalam satu wawancara televisyen dengan rasa penuh emosional.Wael Ghonim akhirnya dibebaskan kelmarin setelah hampir dua minggu dalam penahanan.
Halaman Facebooknya 'Kita semua Said Khaled' memimpin kempen cyber terhadap Presiden Hosni Mubarak . Ia juga seorang eksekutif senior Google.
Ghonim mulai menangis ketika ia berkata kepada penonton di Dream TV tentang 12 harinya di penjara dan ia membela gerakan protes terhadap kritikan.
"Saya ingin memberitahu keluarga yang kehilangan anak mereka ; ini bukan kesalahan kita. Ini adalah kesalahan dari mereka yang mahu terus bergayut pada kuasa," katanya.
Dan ia mengutuk televisyen negara kerana liputan penipuan atas revolusi.
"Saluran TV Negara Mesir tidak menggambarkan kebenaran, itulah sebabnya orang menonton saluran swasta sekarang."
Dan krusial bagi masyarakat Mesir menonton tuntutan rasmi yang disengketakan, revolusi itu adalah pekerjaan agen-agen asing.
"Para interogator ingin tahu apakah orang luar turut terlibat . Saya tegaskan bahawa mereka ini adalah gerakan murni Mesir," tambah Ghonim.
Wawancara tersebut telah meningkatkan semangat dan emosi di jalan-jalan Kaherah sekali lagi. Selasa sudah ditagih sebagai hari aksi.
Munculnya salah satu pemimpin kunci gerakan dan wawancara emosionalnya mungkin menggembleng revolusi yang mula kehilangan momentum. Hal ini juga memberi kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza dan pelbagai demonstran wajah dan nama banyak orang akan ingin berarak lagi.

Saturday, February 5, 2011

Gelombang Merah Ganti Gelombang Biru Untuk Tawan Kelantan


PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (tiga kiri) memotong reben pada bunting sebagai gimik pelancaran Gelombang Merah: Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat di Dewan UMNO Negeri Kelantan, di Kota Bharu, 5 Feb. – Utusan/AIZZUL A.MAJID

Pemuda UMNO Kelantan lancar Gelombang Merah

05/02/2011 4:35pm
KOTA BAHARU 5 Feb. – UMNO Kelantan melancarkan kempen Gelombang Merah untuk mendekati dan mendapatkan kepercayaan kira-kira 400,000 pengundi muda di Kelantan untuk menyokong Barisan Nasional (BN).
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Gelombang Merah bertemakan “Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat” akan dilaksanakan Pergerakan Pemuda UMNO negeri melalui penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja.
Kempen itu antara lain berobjektif untuk menawan negeri itu daripada kepimpinan Pas yang telah memerintah Kelantan selama 21 tahun, pada pilihan raya umum akan datang, katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Gelombang Merah di sini hari ini.
“Golongan muda di Kelantan adalah lebih ramai jumlahnya daripada pengundi biasa, iaitu jumlah keseluruhan pengundi di negeri ialah 600,000 orang dan 400,000 daripada jumlah itu adalah golongan muda.
“Mereka merupakan golongan yang berpengaruh dalam menentukan kejayaan BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.
Katanya BN semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan berdasarkan keputusan pada dua pilihan raya kecil iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada Julai 2009 dan DUN Galas pada November tahun lepas. – Bernama
………………………………………………………………………………..
http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2011/02/padedoh.jpg?w=300
Teringat pada Slogan Khairi pada PRU yang lalu ‘Pade Doh!’ 18 tahun
Rasanya ulasan dato Pa di atas lebih kurang je dg huraian Khairi pada masa itu…baca di bawah

SEBAR PEMBAHARUAN: Khairy bersama Pemuda Umno Kelantan melaungkan slogan Pade Doh! pada sidang media di Kuala Lumpur.Gambar di atas
Pemuda sasar golongan muda pulang mengundi: Khairy
KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) yakin golongan muda di Kelantan akan menolak kepemimpinan Pas yang selama ini gagal membawa sebarang kemajuan, walaupun selepas 18 tahun memerintah negeri itu.
Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, berkata ‘mood perubahan’ itu sedang melanda Kelantan, terutama di kalangan generasi muda, sekali gus menerbitkan keyakinan BN mampu merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.
Justeru, beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Umno berkata, Pemuda BN akan menggunakan dua strategi iaitu dengan menyediakan Bilik Gerakan ‘Pakat Kelik Ngundi’ (pakat balik mengundi) yang ditujukan kepada golongan muda Kelantan yang tinggal di luar Kelantan dan pengenalan slogan ‘Pade Doh!’ yang bermaksud cukup lah 18 tahun PAS memerintah negeri itu.
“Sudah cukuplah Pas memerintah, tiada perubahan pun yang dibawa. Cukuplah 18 tahun menabur janji kosong, rasuah, curi balak. Demi masa depan mereka (rakyat Kelantan), cuba buat perubahan sekali. “
Kita lihat apa yang kita (BN) boleh buat di Kelantan dan bandingkannya. Jangan 18 tahun pilih orang yang sama, pemimpin sama, Menteri Besar sama.
Ini satu gelombang besar yang akan melanda dan sampai ke rakyat Kelantan,” katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata, gerakan ‘Pakat Kelik Ngundi’ itu akan menggalakkan kira-kira 50,000 pengundi muda negeri itu berada di luar Kelantan, pulang mengundi pada hari pengundian kelak.
“Golongan muda ini mempunyai pengaruh, berpengetahuan tinggi dan akan bercerita kepada orang tua, saudara-mara dan pengundi lain, maka jika mereka ini mahu perubahan saya percaya pengundi lain akan turut serta,” katanya.
Beliau menjelaskan, bilik gerakan ditubuhkan di ibu kota kerana lebih 30,000 pengundi negeri berada di luar Kelantan, tinggal di Lembah Klang.
Justeru, penubuhan bilik gerakan di ibu pejabat Pemuda Umno di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, itu juga akan membantu mereka mendapatkan semua maklumat yang diperlukan dengan menghubungi talian 03-40439517 atau 012-7527775/0172631455.
Selain itu, Khairy berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan BN dan Pemuda Kelantan untuk memastikan bukan mereka saja yang balik mengundi, tetapi juga rakan dan keluarga masing-masing juga pulang ke Kelantan untuk mengundi.
“Ini penting kerana banyak kerusi yang dimenangi Pas pada Pilihan Raya Umum 2004 dengan majoriti kecil dan jika pengundi luar diberi tumpuan saya percaya Kelantan boleh ditawan pada tahun itu,” katanya.
Beliau berkata, semua kelemahan dan kekurangan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum 2004 akan diatasi untuk memastikan lebih ramai yang pulang ke Kelantan untuk mengundi.
Sementara itu, beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa bagi mewujudkan beberapa cadangan untuk golongan muda Kelantan yang khusus jika BN menang di negeri berkenaan.
“Ini merangkumi agama, sukan, sosial dan peluang ekonomi. Kita nak tumpukan cadangan khusus yang diperjuangkan Pemuda BN jika Kelantan kembali ditawan BN,” katanya.
……………………………………………………………………………….
Beberapa pekara yg Datuk Pa kena beri perhatian dan lakukan kalau benar2 nak dekati golongan muda di kelantan atau nak tawan kelantan dlm PRU dalam beberapa bulan lagi…
1..semasa perhimpunan besar-besaran menuntut Royalti minyak Kelantan dari Kerajaan pusat yang di buat di Stadium pada tahun lepas, hampir 50 peratus golongan muda turut serta memberi sokongan sambil mendengar ucapan pemimpin2 PAS dan amanat Tok Guru… Senang je !!apa yg Datuk Pa kena lakukan untuk mendekati dan mendapatkan kepercayaan kira-kira 400,000 pengundi muda di Kelantan ialah buat sesuatu supaya Royalti di beri kepada Kerajaan Negeri Kelantan.Sebab itu Hak Rakyat Kelantan..jangan dizalimi Rakyat Kelantan… kan mudah tu.

Jalan Untuk Negara Islam Senantiasa Ada

Oleh Nasrudin bin Hassan
1. Cita - cita untuk mendaulatkan Syariat Islam di negara ini senantiasa mekar dan laluan untuk merealisasikannya semakin lebar walaupun terpaksa menempuh cabaran dan rintangan yang sukar. Al Marhum Ustaz Fadhil Mohd Noor [ mantan Presiden PAS ] pernah menegaskan di dalam ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS ke 39 [ 11 Jun 1993 halaman 7  ] yang bertemakan "Pertahan Syakhsiyyah Ummah" bahawa :

" Dasar dan pegangan kita [PAS] memperjuangkan Islam adalah tidak pernah berubah. Kita bergerak dan bekerja adalah untuk kedaulatan Islam."

2. Kedaulatan Islam hanya dapat direalisasikan apabila kita memiliki Daulah Islamiyah [ Negara Islam ]. Justeru itu, berjuang untuk menegakkan negara Islam biarpun menghadapi halangan dan rintangan yang runcing disepanjang zaman, namun ia tetap menjadi suatu kewajipan bagi ummat Islam.
3. Gerakan ummah untuk mendaulatkan Syariat Islam di bumi tercinta ini telah bermula sejak sekian lama. Seorang tokoh ulamak terkenal dalam sejarah negara kita, Syeikh Junid Thola di Perak telah memberi penegasan bahawa menjadi satu kewajipan kepada ummat Islam mendirikan sebuah negara Islam di Tanah Melayu. Selepas Perang Dunia Kedua, tokoh ulamak terkenal tanahair Maulana Abdullah Noh dari Kelantan juga telah menegaskan tentang tanggungjawab memperjuangkan kewujudan sebuah negara Islam. [ Abdullah Noh ( 1947 )  "Semangat Perajurit - perajurit Muslim". Matba'ah ismailiah Kota Bharu. halaman 53 - 54 ]
4. Mendokong kesinambungan perjuangan ini, Baharudin Abd Latif  melalui lidah rasmi pertama PAS iaitu Suara Islam  telah menulis secara aktif artikel yang menjelaskan konsep negara Islam. Antara artikel beliau ialah : "Tanah Melayu dalam Perjuangan Kita : Baldah Toiyyibah Wa Rabbun Ghafur " sebanyak 3 siri . Prof Dr Zulkifli Mohammad juga merupakan tokoh besar di dalam "suara Islam"
5. Peranan suara Islam  [ 56' - 62' ] kemudiannya diteruskan oleh lidah rasmi PAS yang kedua "Bulan Bintang[ 67; - 73' ]. Artikel Jaiz Anwar [al marhum ] " Kedudukan Pemerintahan Islam" . Lidah rasmi PAS yang ketiga "Berita PAS" [ 73' - 74' dan 82' ] turut aktif membincangkan mengenai negara Islam seperti artikel : " Peranan Agama dan Idealogi Dalam Pembangunan" oleh Baharudin Latif  walaupun waktu itu PAS menyertai Kerajaan campuran PAS - Perikatan. Lidah rasmi PAS keempat Suara Islam  [ 79' - 81' ] pula menonjolkan idea siasah dan negara Islam yang agak radikal sesuai dengan zaman atau era kebangkitan Islam pada waktu itu. Artikel "Pemisahan Antara Agama dan Politik : Satu Kekeliruan" menjadi topik utama selain Tafsir Fi Zilaalil Qura'an oleh Syed Qutb.
6. Harakah selaku lidah rasmi PAS kelima, sejak 1987 juga telah menggempur pemikiran ummat Islam mengenai kewajipan menegakkan negara Islam dengan menyiarkan artikel " Ke arah Menegakkan Daulah Islamiyah : Tanggungjawab menolak kesesatan" [ Harakah bil. 1 : 31, 30 Oktober 1987 ].
7. Pemimpin - pemimpin PAS terdahulu [ Rahmatullahi Alaihim ] tedlah menunjukkan kesungguhan memperjuangkan pembentukan negara Islam seperti Dr Burhanudin Al Helmy yang pernah menulis 2 buah buku mengenai  hubungan Islam dengan politik kenegaraan iaitu Agama dan Politik  [ 1954 ] serta Idealogi Politik Islam. [ 1956 ] sungguhpun kedua - dua karya ini ditulis sebelum beliau menyertai PAS. Naib Ketua Dewan Pemuda PAS [1963] Budiman Radhi menulis buku berjudul Tata Negara Islam. Sementara menangani keperluan non muslim mengenai negara Islam Prof Dr Zulkifli Mohammad telah menghasilkan monolog yang berjudul " Practicability of Islam As a Socio-Political System "
8. Kegigihan tersebut terus diwarisi oleh kepimpinan PAS sehingga hari ini seperti Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi [ Presiden PAS ] menghasilkan karya berjudul " Konsep Negara Islam dan Matlamatnya " [ 1986 ] , " Jika Islam Mentadbir " [ 1984 ] , " Islam Penyelesaian  Masaalah Ummat dan Negara" [ 1982 ] dan " Sistem Pemerintahan Islam" [ 1995 ]
9. PAS telah mempraktiskan usahanya untuk mendaulatkan syariat Islam dengan meluluskan Rang Undang - Undang Kesalahan Jenayah Syariah [ Hudud dan Qisas ] di Dewan Undangan Negeri yang dimenangi oleh PAS seperti di Kelantan [ 24 November 1993 ] dan Terengganu [ 2002 ].
10. Biarpun PAS mengalami tekanan yang cukup getir sepanjang perjuangannya untuk mendaulatkan Islam di negara ini, usaha dan gerakkerja untuk mendaulatkan Islam terus dilangsungkan tanpa jemu dan mengalah kepada tekanan. Pelbagai usaha dilakukan untuk memahamkan masyarakat muslim dan non muslim sehinggalah ke hari ini. Mutaakhir ini kelihatan laluan untuk mendaulatkan syariat Islam semakin lebar sekalipun terpaksa melepasi kesukaran yang berpanjangan. Sabar, tabah, hikmah dan istiqamah menjadi ramuan utama untuk menjayakannya.
11. Kini semakin ramai non muslim menyokong perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. Malah DAP yang  seketika dulu dikenali sebagai anti PAS dan negara Islam kini semakin lunak dan memahami cita - cita perjuangan PAS setelah sekian waktu bersama dan berkawan dengan PAS. Terbaru apabila Yb Karpal Singh Pengerusi DAP yang pernah menegaskan bahawa " langkah mayatnya terlebih dahulu untuk menubuhkan negara Islam" kini secara terbuka di dalam Konvensyen Pakatan Rakyat menyatakan bahawa kenyataan beliau yang lalu sebagai "out of contact" sambil menegaskan bahawa isu negara Islam kini boleh dibincangkan .
12. Maha Suci Allah swt. Saya percaya jalan untuk mendaulatkan syariat Allah swt ini senantiasa ada walau apa pun bentuk demographynya. Apa yang penting ialah usaha berterusan secara hikmah mestilah dilakukan oleh semua pejuang Islam untuk mendidik dan memahamkan muslim dan non muslim kepada Islam dengan pemahaman yang betul dan tepat. Bukan sebagaimana yang dimomokkan oleh sesetengah pihak dengan tujuan untuk menakutkan lagi non muslim kepada Islam.
13. Lihat sahaja bentuk demography negara - negara arab sewaktu Rasulullah saw diutuskan oleh Allah swt kepada mereka.Ternyata jarak permukaan bumi, jurang persempadanan geografi, kepelbagaian kaum, agama dan bangsa tidak sedikit pun meresahkan Rasulullah saw apalagi untuk membuatkan Baginda saw berputus asa sehingga tidak nampak jalan untuk mendaulatkan syariat Islam di atas muka bumi ini. Sebaliknya Baginda saw gigih menunaikan amanah perjuangan untuk meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia lebih tinggi dari idealogi ciptaan manusia serta Baginda saw bersikap optimis dengan janji Allah swt bahawa Islam pasti akan tegak di atas muka bumi ini.
14. Bayangkan bagaimana keadaannya hari ini, andai Rasulullah saw berputus asa dari terus memperjuangkan Islam dan mendaulatkannya lantaran tekanan dan ancaman yang bertali arus dari musuh - musuh Allah swt.  pula menganggap tiada jalan lagi untuk mendaulatkan syariat Allah justeru halangan atau rintangan terlalu sulit dan getir. Tentunya Islam tidak akan sampai kepada kita .
15. Allah swt yang mencipta negara dan seluruh alam ini. Mustahil al Quran wahyu Allah yang mengandungi syariatNya tidak sesuai untuk  dilaksanakan dalam negara ini biar bagaimana payah mengurus dan menyelia demographynya. Bahkan Allah swt memerintahkan kita terus berdakwah dan berjuang untuk mendaulatkan syariatNya di atas muka bumi yang memiliki pelbagai rupa demography ini, sekalipun terpaksa bersabung nyawa . Janganlah mengalah hanya kerana kilauan harta dan kuasa jua janganlah butakan mata sehingga tidak nampak jalan untuk masa depan agama yang suci ini. Teruskan perjuangan dengan gigih dan optimis terhadap masa depan kemenangan Islam. Islam pasti menang dan masih ada jalan untuk mencapai kemenangan yang dijanji. [ Ketahuilah sesungguhnya kemenangan yang dijanjikan Allah itu hampir ]
Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

TGNA: Belajar kesan ulama Mesir yang ditutup mulutnya

KOTA BHARU, 5 Feb: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pihak yang mahu menutup mulutnya (dari terus memperkatakan Islam) supaya mengambil iktibar dari peristiwa ulama yang ditutup mulut mereka oleh pemerintah Mesir.

Beliau yang juga Menteri Besar mahu peristiwa yang berlaku ke atas Presiden Hosni Mubarak diambil ingatan oleh pihak berkenaan.
“Hosni Mubarak lama dah tutup mulut ulama, dan sekarang rakyat pula menutup mulut dia (dalam isu revolusi Mesir yang mahukan Hosni Mubaratk berundur),” katanya pada Kuliah Mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi tadi.

Terdahulu dari itu beliau mengimamkan solat hajat untukkesejahteraan rakyat Malaysia di Mesir. (gambar)
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa ‘fatwa’ yang keluar dari mulut Nik Aziz sering kali bertentangan dengan pendapat Dewan Ulama Pas dan parti itu, justeru beliau yang juga Menteri Pertahanan mahu supaya dicari jalan bagi ‘menutup mulut’ Nik Aziz.

Baru-baru ini Mursyidul Am PAS itu pada sidang media di Kampung Redong sempena kempen bagi  Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mendakwa pengundi yang tidak menyokong calon PAS sebagai orang jahiliah.

Mengulas dakwaan Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan Prof Madya Mohd Noor Deris yang mendakwa Nik Aziz telah mengeluarkan banyak kenyataan bercanggah dengan syarak, justeru mahukan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Mursyidul Am PAS itu, Nik Aziz berkata beliau amat bersetuju kalau ada pihak mahu berdialog dengannya mengenai Islam.

“Saya setuju benar orang berdialog dengan saya.  Ini kerana ajaran Islam menggesa diadakan mujadalah sekiranya ada isu tertentu, dan ‘hendaklah kamu berdebat dengan mereka dengan cara terbaik’.

“Berdebat dan berdialog adalah ajaran agama, bukan hanya ajaran demokrasi.

“Saya bersetuju kalau orang berdialog dengan saya (dan hendaklah) ‘pegang Al-Quran’.

“Untuk majlis dialog itu, orang tengahnya ialah Al-Quran, tetapi kalau berdialog tidak ada panduan, mana boleh,” katanya.

Beliau turut meminta pemimpin negara ini ambil iktibar dari peristiwa revolusi Mesir yang hangat kini.

Beliau menyifatkan rakyat dan pemimpin Negara adalah sama.

“Namun rakyat mudah mendengar nasihat, tetapi yang payahnya pemimpin, ini kerana mereka merasakan mereka itu pemimpin yang cerdik berbanding orang lain.

“Tahu-tahu,  dia kena guling, barulah dia reti,” katanya sinis.

Beliau menegaskan umat Islam mukmin wajib menolak ideology lain termasuk ideologi Melayu atau  nasionalis.

“Kerana apa, kerana Al-Quran adalah lebih dari segala-galanya.

“Di Malaysia sendiri, Allah swt beri kepada orang Melayu agama (Islam), namun ada di kalangan orang Melayu sendiri menolak Islam dan mengambil kebangsaan (sebagai dasar perjuangan partinya).  Ini menyebabkan timbulnya kecelaruan,” dakwanya.

Tenungan Yang Membuatkan Urat Taib Menjadi Tegang

Tenungan wanita berusia 31 tahun, (44 tahun lebih muda darinya) membuatkan setiap urat ditubuh Taib Mahmud  menjadi kejang, kapla lututnya turut menggigil.. !!










Bila urat Taib dah kejang.... habis wang dan khazanah negeri diselit.... selit di mana ya?
... jawapannya di sini