 TEMERLOH 12 Feb - Satu lagi Pilihan Raya Kecil bakal disaksikan dalam masa terdekat ini apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Pahang, Datuk  Zaharuddin Abu Kassim (foto) meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Haji  Ahmad Shah dekat sini,  petang tadi. Zaharuddin, 63, sebelum itu dilaporkan terjatuh di bilik  air rumahnya di  Kerdau, dekat sini.
TEMERLOH 12 Feb - Satu lagi Pilihan Raya Kecil bakal disaksikan dalam masa terdekat ini apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Pahang, Datuk  Zaharuddin Abu Kassim (foto) meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Haji  Ahmad Shah dekat sini,  petang tadi. Zaharuddin, 63, sebelum itu dilaporkan terjatuh di bilik  air rumahnya di  Kerdau, dekat sini.Allahyarham sebelum ini pernah  menerima rawatan di Institut Jantung negara  (IJN) dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh akibat komplikasi penyakit. Sejak setahun lalu, allahyarham seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai  penyakit. Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.
Allahyarham  juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku  masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser  usus.
[Dalam Pilihanraya Umum ke-12 (2008) lalu Zaharuddin yang mewakili BN menang kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin  Salim. Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.Nampaknya satu lagi pilihanraya kecil terpaksa dilalui sebelum pilihanraya umum ke-13 nanti. Kali ini di negeri kelahiran PM Najib Razak selepas negeri TPM Muhyiddin di DUN Tenang dulu. Selamat berjuang buat semua di Kerdau !].
 
 
No comments:
Post a Comment