Alhamdullillah, pada pagi tadi di Markas PAS Paya Dalam, buat julung-julung kalinya Tuan Guru Nik Aziz memberi kuliah subuh kepada jemaah di sekitar Paya Dalam terletak di Parlimen Bukit Katil, Melaka. Kuliah Subuh ini diadakan ekoran program turun padang Tuan Guru Nik Aziz ke DUN Merlimau. Jemaah yang hadir pada sesi kuliah subuh tadi ramai hingga memenuhi keseluruhan ruang di dalam markas.
Dalam kuliahnya Tuan Guru Nik Aziz menyeru supaya jemaah tidak lalai dalam mendirikan solat. Ini kerana sesiapa yang mendirikan solat dalam keadaan lalai akan masuk neraka. Lalai yang dimaksudkan ialah melewat-lewatkan dalam mendirikan solat serta tidak khusyuk.
Tuan Guru Nik Aziz juga menjelaskan, Al-Quran adalah kayu ukur iaitu panduan hidup seluruh umat manusia. Walaupun terdapat pelbagi idea dan pendapat namun Al-Quran patut perlu diutamakan. Sebelum kewafatan Rasulullah S.A.W, baginda telah berpesan bahawa umat manusia tidak akan sesat selagi mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasullullah S.A.W.
Tuan Guru Nik Aziz menekankan bahawa, segala urusan dunia termasuklah berpolitik perlulah berpandukan Al-Quran dan Sunnah untuk mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Jika tidak, Allah S.W.T menjanjikan seksaan yang pedih pada mereka yang ingkar.
Tuan Guru juga menyeru semua untuk mengumpulkan sebanyak-banyaknya pahala sebelum bertemu dengan Allah S.W.T. Pahala hanya boleh diperolehi dari Allah S.W.T. dengan berbuat 'amal makruf, nahi mungkar'. Di akhir kuliahnya, Tuan Guru menyarankan semua yang hadir menjaga solat dengan sebaiknya supaya diterima oleh Allah S.W.T, kerana solat adalah perkara yang pertama dihisab di akhirat kelak. Jikalau solat melepasi hisab yang pertama nescaya yang lain akan menuruti.
Seperti kebiasaan gangguan dari pihak luar pasti ada di dalam program anjuran PAS.Addin dapati beberapa kenderaan yang mencurigakan mundar mundir di hadapan markas termasuklah kereta peronda Polis dari Tiang Dua. Teringat kata-kata para alim, 'golongan baik dan jahat sampai kiamat pun tidak boleh bersama'..
No comments:
Post a Comment