Sunday, November 21, 2010

Memali berdarah angkara Mahathir dan Musa ?

Nama Dr Mahathir Mohamed diingat lagi setelah 25 tahun berlalunya peristiwa berdarah Memali, Baling Kedah.
Dr Mahathir ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia dan Musa Hitam adalah Menteri Dalam Negeri.
Memali tidak jauh dari kampung saya Keroh Perak. Saya pernah beberapa kali ke situ menaiki motosikal yang mengambil masa tidak lebih dari empat puluh minit.
Malah sesudah beberapa jam polis dan kereta perisai menjalankan operasi mereka di kawasan Madrasah berkenaan, saya dan beberapa orang wartawan media perdana sampai ke tempat kejadian selepas berjaya melepasi sekatan-sekatan jalanraya.
Saya masih ingat lagi Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya yang pernah datang ke Dewan Orang Ramai di Pekan Keroh untuk menyampaikan ceramah. Saya dan kawan-kawan mengambil kesempatan mendengar ceramah politiknya yang dikira berapi.
Peristiwa tahun 1985 itu melakarkan sejarah apabila Ustaz Ibrahim Mahmud dan tiga belas pengikutnya terbunuh ketika berdepan dengan lebih beribu anggota Polis.
"Operasi Hapus" seperti yang dinamakan Polis turut melibatkan ayah kepada rakan sekelas saya. Beliau merupakan diantara orang terpenting dalam menerima dan melaksanakan 'arahan orang atasan'.
Menurut Naib Presiden PAS Dato' Hj Mahfuz Omar pada The Malaysian Insider, "kehilangan jiwa bukanlah disebabkan mereka itu pengganas atau mengangkat senjata menentang kerajaan tetapi penduduk Mukim Siong itu dijadikan “kambing hitam” oleh kerajaan pusat demi menutup beberapa kelemahan Umno dan Barisan Nasional"
“Perkembangan Islam di Memali dianggap ancaman pada Umno ketika itu" tegas Mahfuz lagi.
Saya tidak bercadang mengulas isu ini dari pengalaman saya. Biarlah perhimpunan tiga hari itu mengkisahkan detik hitam atau sebaliknya untuk dijadikan tatapan dan iktibar generasi baru.
Pada hermat saya, sejarah semalam pasti kelabu dengan dapatan hari ini dan hari-hari mendatang jika muwarikhnya bermuslihat.
Cuma saya nak tanya Dr Mahathir dan Musa Hitam. Rata-rata mereka menuding jari bahawa lukanya masih berdarah dan Memali masih menangis dek angkara 'kerajaan dua M' itu.
Apakah ianya benar ?
Tidakkah ada rasa bersalah atau penyesalan pada diri masing-masing - mahu memohon maaf kepada keluarga mangsa, penduduk di situ, parti yang terlibat dan seluruh rakyat Malaysia ?

3 comments:

Anonymous said...

Ulasan tuan:
Saya tidak bercadang mengulas isu ini dari pengalaman saya. Biarlah perhimpunan tiga hari itu mengkisahkan detik hitam atau sebaliknya untuk dijadikan tatapan dan iktibar generasi baru.
Pada hermat saya, sejarah semalam pasti kelabu dengan dapatan hari ini dan hari-hari mendatang jika muwarikhnya bermuslihat.
Cuma saya nak tanya Dr Mahathir dan Musa Hitam. Rata-rata mereka menuding jari bahawa lukanya masih berdarah dan Memali masih menangis dek angkara 'kerajaan dua M' itu. Apakah ianya benar ?
Tidakkah ada rasa bersalah atau penyesalan pada diri masing-masing - mahu memohon maaf kepada keluarga mangsa, penduduk di situ, parti yang terlibat dan seluruh rakyat Malaysia ?

Apakah pendapat tuan perihal kenyataan dibawah? saya tunggu komen tuan.

Festival Memali buka pekung di dada Pas

AKHIRNYA atas kehendak Tuhan kebenaran muncul dengan sendiri. Festival Memali anjuran Pas bukanlah dibuat dengan jujur dan ikhlas. Ia dibuat bukan sangat hendak memperingati mereka yang terkorban, tetapi lebih untuk membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan demi kepentingan politik Pas semata-mata.

Festival Memali kini membuka pekung di dada Pas apabila penulis buku bertajuk Mohd Sabu Air Mata di bumi Memali mendakwa bukunya disekat dan tidak dibenarkan dijual di festival berkenaan kerana buku itu mendedahkan segala penyelewengan dan salah laku pemimpin tertentu dalam Pas.

Penulis buku tersebut, CN Alafghani, mempersoalkan ke mana perginya wang Tabung Memali yang ditubuhkan oleh Pas selepas berlaku peristiwa Memali pada November 1985. Sesudah 25 tahun baru penyelewengan ini dibongkar. Pendedahan ini dihadiri sama anak Ibrahim Libya.

Jadi untuk apa sebenarnya festival itu diadakan kalau anak Ibrahim Libya sendiri turut bersama penulis buku itu mendedahkan segala penyelewengan Pas itu? Wang tabung itu adalah untuk anak yatim yang kematian ayah dan janda yang kematian suami dalam peristiwa Memali.

Sebagai parti Islam mereka patut tahu apa hukumnya memakan wang anak yatim dan ibu tunggal. Kalau penulis buku berkenaan bersedia untuk berdebat atau diambil tindakan undang-undang, ertinya pembongkaran ini bukan fitnah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) patut bertindak.

Rakyat mahu tahu siapakah petualang di belakang penyelewengan ini. Mereka juga ingin tahu wang Tabung Memali itu digunakan untuk apa? Kenapa yang berhak menerimanya dinafikan haknya? Hukum Islam apa yang mereka gunakan?

Memang benarlah Pas sebuah parti double standard. Kalau terjadi ke atas UMNO atau BN berebut-rebut pemimpin Pas hendak bercakap. Tetapi apabila terkena batang hidung sendiri ia cuba dilindungi. Inikah yang dikatakan perjuangan Islam?

Kita harap tokoh-tokoh hebat Pas yang sering memburukkan UMNO dengan tuduhan rasuah, menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa, silalah tampil untuk menunjukkan kejujuran dan ketelusan. Tak ada guna menutup bangkai gajah dengan tudung saja.

Khalid Samad, Mohamad Sabu, Salahuddin Ayob, Mahfuz Omar, Husam Musa, Idris Ahmad dan lain-lain pemimpin Pas yang mengaku hanya diri mereka saja bersih dan telus, tampillah membongkar penyelewengan ini. Buktikan anda adalah pejuang Islam sejati.

Festival Memali buka pekung di dada Pas.

AKHIRNYA atas kehendak Tuhan kebenaran muncul dengan sendiri.

Festival Memali kini membuka pekung di dada Pas apabila penulis buku bertajuk Mohd Sabu Air Mata di bumi Memali mendakwa bukunya disekat dan tidak dibenarkan dijual di festival berkenaan kerana buku itu mendedahkan segala penyelewengan dan salah laku pemimpin tertentu dalam Pas.
Penulis buku tersebut, CN Alafghani, mempersoalkan ke mana perginya wang Tabung Memali yang ditubuhkan oleh Pas selepas berlaku peristiwa Memali pada November 1985. Sesudah 25 tahun baru penyelewengan ini dibongkar. Pendedahan ini dihadiri sama anak Ibrahim Libya.
Khalid Samad, Mohamad Sabu, Salahuddin Ayob, Mahfuz Omar, Husam Musa, Idris Ahmad dan lain-lain pemimpin Pas yang mengaku hanya diri mereka saja bersih dan telus, tampillah membongkar penyelewengan ini. Buktikan anda adalah pejuang Islam sejati. silalah tampil untuk menunjukkan kejujuran dan ketelusan. Tak ada guna menutup bangkai gajah dengan tudung saja.